(Maaf u al tak sempat BW dah 2,3 hari since my BIL passed away. N3 kat bawah ni pun bt auto publish seblm tu lagi)
Masih ingat mommy buat Chocolate Pavlova? Topping guna fresh kiwi kan? Hehe, beli 6 biji……..Guna utk pavlova 3 biji je sebab balance ingat nak makan fresh gitu je (mmg favourite kami ni). Alih2 simpan dalam peti ais sampai jadi ais (lebam). Hahaha!!!!kes semua terlupa & frost peti sejuk tu plak mcm winter season. Ngok ngek betul la.
Tapi mujur juga sbb dgn insiden tu maka tercipta la dessert yg nyaman & menggoda kalbu ni. Tak caya? Cuba buat sendiri.
Bila dah siap buat tu mommy teringat plak dgn Panna Cotta Kiwi yg mommy pernah buat. Rupa paras & rasa lebih kurang sama tapi i tell u yg ni lagi jimat & berbaloi buat. Untuk yg diet pun rasanya sesuai lagi yg ni. Adusssss!!!!terasa lagi masam-masam manis ditambah lemak2 berkrim. Nyum!!!nyum!!!!
Bahan2:
1 paket agar2 serbuk
1.5 liter air (sukatan dlm paket tu 1L tapi mommy nak biar lembut)
200g gula kastor
3 biji buah kiwi (kisar)
Sedikit pewarna hijau (optional)
Susu cair
Caranya:
1. Mula2 didihkan 1 liter air bersama serbuk agar2 & gula. Kacau sehingga agar2 & gula larut.
2. Kisar buah kiwi dengan balance air tadi.
3. Masukkan buah kiwi yg telah dikisar ke dalam sebatian agar2. Kacau rata.
4. Untuk mencantikkan warna boleh masukkan 2 titik pewarna hijau. Kacau & angkat dari api.
5. Tuangkan sebatian agar2 ke dalam acuan @ gelas dessert.
6. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 30 minit.
7. Semasa menghidang, curahkan susu cair. Enak dinikmati ketika sejuk/dingin.
10 comments:
Sorry saya skip recipe kali ni, sajer excited nak say hye hehehe. Kak Ros fly ahad tu ko? Saya fly sabtu tapi ahad malam landing KLIA. wieeee pakat main boh kito.
Salam kak ros.. sejuk2 gini pon mkn dessert sejuk2 jugak ye. hihi... dh lama makan jelly. ada sepeket jelly kat dapur, tp dh ada perasa strawberry lah.
Nastyna: kros smp around 7pm….klu nok jmp blh la kito calling2 (klu masa lbh kurang la)….add frenz kros kat FB la, blh bui no ctc
tun: kat sini tak kerap sgt hujan…mendung gitu2 je. btw itu je resepi yg rasa paling cpt & semua suka. nak clear stock nak blk semenanjung ni
Selisih kot kita kat atas tu hehehe. saya pun sampai 8/12 dalam 9.30mlm. Lama jugak beza tu. Insya Allah kalau dah jodoh kita tak kemana yer kak, kot2 nnt berlago bahu kat airport tu. hehehe
tinggalkan saya 1 cawan,saya nk jugak rasa!!!....
Rajin nye memuding kros..nampok sedak doh
Nampa menarik tu Ros ...warna pun dah sama mcm blog ni dan blog OKje hehe....Lagilah I loike hehe
nmpk sgt sedap. Ada rupa resepi masterchef dah. Bila ada masa nanti, nak gak saya cuba. Tq eh
boleh ler bawak bekal ke korea nnti..he..he
saya biasa makan kiwi cicah kicap... sedap rupanya... tp tetap xleh lawan dgn colek buah pauh ringan lagi... huhhu
Post a Comment