Happy Dewali deeei org2 Malaysia, heheh kami @Brunei xdak Diwali (walau ada org Hindu tapi semuanya pendatang/org luar. Rakyat asal Brunei xde India).
Harini cam biasa je rutin kami. Takde cerita menarik nak share cuma nak jotdown resepi 'tak sengaja' ni je. Hahaha!!!!lawak betul semalam, tapi ada hikmahnya. Mommy selalu goreng ayam, tempe, udang, sotong mahupun mushroom ala KFC just guna instant tepung serbaguna brand 'Bestari'. Memang proven tepung ni menepati pilihan semua. Senang plak tu sbb eggless, just salut tepung pastu goreng.
Cumanya citer semalam mommy dengan tak sengajanya telah membuat sendiri tepung gorengan tu yg sebijik cam tepung serbaguna 'Bestari'…….ngeh3x!!!!boleh riak cam gitu? bukan2 nak riak tapi suka ati sangat sebab rasanya +- sama la.
Al-kisahnya, masa dah siap2 tos cendawan utk disalut tepung Bestari sekali tgk bekasnya kosong (masa tu mommy ada ingat mommy dah beli stok baru). Cari punya cari tempat biasa simpan stok xde, huhu!!! masa tu mmg dah xde idea lain nak masak cendawan tu selain dari goreng ala KFC je. Itu yg bantai le campur segala macam bahan2 & hentam je goreng. Sekali bila siap goreng, heheh cantik garing je cendawan tu…….bila ngap plak, yeay!!!!sama.
Tunggu feedback yg lain makan (xde bunyi kira sama la tu).
Yang kelakarnya, lepas dah siap dinner & mommy kemas2 dapur sekali bukak laci tgk tepung Bestari baru beli (blm buka) dok dalam plastik dgn tepung2 lain. Ukalohhhhh la!!!!! saje je.
Pepepun kena simpan resepi ni utk rujukan kalau2 tepung Bestari dah pupus.
Bahan2:
Cendawan tiram (dalam 200-300g)
1/2 cawan tepung beras*
1/2 cawan tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
1 sudu besar serbuk perasa pasti sedap/cukup rasa*
1 sudu teh serbuk lada sulah*
1 sudu teh garam*
Minyak untuk menggoreng
Sedikit butter
Caranya:
1. Basuh cendawan & toskan airnya.
2. Campurkan semua bahan2 bertanda * & gaul rata guna whisk.
3. Panaskan minyak serta butter & goreng cendawan yg telah disalut tepung (caranya dengan tekan2 cendawan dalam tepung & tabur rata sebelum di goncang sedikit untuk ratakan salutan tepung).
4. Setelah garing, angkat & toskan minyak. Siap
9 comments:
boleh cuba resepi ni..nampak sedap..
kak nah pun selalu campo2 tepung je..tp xde sukatan semua main agak2/campak2..
sedapnyer sis...
kunyah2 lak sambil tgk muvi..x payah popkon dah..ekekek
Menarik nyer la pulak 3 serangkai tu..
K.Sham still tahap rajin tang instant jer. Guna tepung instant tempura kut nak goreng ayam, peria etc.
dulu favourite ni beli depan office every rabu ada pasar fama kalau tak silap. sini mahal sgt2 la kak cendawan tiram, pakai champignons boleh tak agak2?
Oloh sedak ni kak ros.lama doh dok buat.kita sini guna tepung magik.hihihi.nak rasa tak?nanti saya pos utk kak ros.
Sedapnye... Kat kedai haza memang guna tepong bestari utk goreng patty ayam.
Yummeeehhhh...!!! Nak sikit..!!!!
Dah buat krispy sangat tp sayang terlebih garam..hi.hi
Post a Comment