بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 11 November 2013

Kulat Sisir Goreng Pecah Telur ?????

Assalamualaikum & good day.
Alhamdulilah dah seminggu kita berada dalam tahun Hijrah. Harini dah 7 Muharam 1435H. Semoga ALLAH bagi peluang lagi untuk terus hidup & beramal ibadat. Amin3x..

 Mommy nak jotdown dulu resepi yang hampir pupus di bumi Malaya ni. Mungkin ada yg tahu & kenal, tapi mommy yakin mesti ramai yg tak kenal & tak cinta resepi ni. For sure 3A pun mmg tak tahu apa benda ni, sampaikan si Arfa boleh masa makan dia cakap " daging apa ni mommy?"..Hahaha!!!punya le 'peraq' new generation leni. 


So ini mommy nak kena introduce ni bagi yang tak tahu. Empunya benda diberi nama KULAT SISIR, ada juga yang panggil cendawan kukur. Pernah dengar @ makan? Kulat sisir ni mmg species cendawan yg tumbuh selepas hujan le biasanya di atas permukaan batang2 pokok yg dah mati. Kenangan mommy dengan kulat sisir ni pun indah juga. Heheh!!!!masa tu xingat dah le berapa umur tapi for sure sekolah rendah le. Nenek baru beli tanah untuk buat kebun & menetap jauh dari kebiasaan (family kami ni dulu tak biasa sgt dok dlm hutan ni, so kiranya mcm nenek nak settledown after retirement dia le, sebagai tokey kedai makan. Heheh)……


Masa cuti sekolah kami cucu2 dia pergi le nak pungut hasil sikit2 masa tu dah ada pokok langsat, duku & durian. Pastu antara aktiviti kami juga ni haaa kutip kulat sisir……Huhu!!!!ingat hari kejadian tu, dok tengah kutip kulat sisir ni, mommy terasa mcm basah2 kat kaki, sekali bila sapu……"MOKKKKKKKKKK, gapo nihhhhhhhh?", serentak jugak terus tercampak baldi kulat sisir & panjat naik atas belakang C.Dae (mama Syafiq a.k.a my sis yg @Jubail skrg ni). Eeeeeeeeei, mmg fobia betul dgn lintah/pacat & yg sewaktu dgnnya tu. 
Kesimpulan cerita ni ialah mencabarnya nak kutip kulat sisir ni. Maka harusla appreciate kalau dapat makan. Susah nak dapat leni, ini pun mommy beli @tamu (2nd time pergi tamu & 2nd time juga beli kulat sisir ni). Tak sangka org Brunei makan gak but i wonder la mcmana cara dorg masak kan. 


Pepepun harini mommy nak bgt resepi wajib klu dpt stok kulat sisir ni. Mungkin org lain masak style lain tapi mommy suka goreng garing pecah telur. Kalau xde nasi pun xpe, meratah je lagi sedap. Oh btw hari Khamis time beli tu mommy beli 2 tompok (BND1/tompok). Banyak gak dapat, rasanya kat Malaysia tak dpt dah kot rege tu. So separuh mommy goreng & another half nak buat gulai lemak.


Bahan2:
Kulat sisir (rendam & basuh bersih)
1 biji bawang besar holland (hiris nipis)
2 biji bawang putih (tumbuk)
2 biji cili (kalau suka pedas boleh guna cili api)
2 biji telur (kocak)
Garam
Minyak

Caranya:
1. Setelah dibasuh bersih kulat sisir, perah sikit airnya & toskan sekejap.
2. Tumis bawang putih sehingga garing, masukkan kulat sisir & goreng sehingga kering air.
3. Masukkan bawang & cili. Gaul rata.
4. Perisakan dengan garam & curahkan telur yg telah dikocak.
5. Gaul sebati supaya telur pecah sekata di antara kulat sisir. 
6. Sedia dihidang sebagai lauk tambahan.

15 comments:

mala said...

kat tamu mmg byk ni ...

Nastyna said...

owhh nostalgia ni kak. Teringat terus masa kecik2 menyusur dalam kebun getah lepas ujan cari kulat ni. Kalau dapat banyak tu,siap keringkan boleh simpan lama2. My nenek everytime datang visit kami mesti bawakan kulat sisir ni sebab tau favourite kami. rindunya rindunya.

tun_telani said...

Salam kak ros.. tun pun geliiii sgt2 lintah/pacat.. mmg kalau nk masuk kebun tu, pakai stokin tebal, siap sembur insect repellent kat kaki.. haha...
macam pernah nmpk kat tamu, tp xpernah beli. nnti nk try beli lah.

Umm AA said...

kulat sisir nie sayur hok sedap n free ms dolu2...meme nostagia sungguh..biaso kawe make hok gulai lemok jah..sedap weyhhh..kalu hok goreng tuh tok ingat sangat..tp kulat sisir nie wat gapo2 pun sedap..jge wat sisir rambut sudoh lah ros..heheh

penDragon said...

rindunya masakan ini...dah bertahun2 tak makan kulat sisir...teringat dulu kecik2 ikut mak masuk kebun getah cari kulat sisir...sedapnya mkn dgn nasi panas2...

nurbijen said...

dah lama tak makan kulat sisir ni... masa kecik2 dulu jer arwak nenek selalu masak dan mmg saya sgt suka... ratah macam tu pun sodappp....

Unknown said...

Kak Ros,

Dah lama sangat saya tak makan kulat sisir ni. Last sekali masa kecil2 dulu jika tak silap. Memang sedap. Nostalgia betul bila tengok gambar masakan ni. Sobsobsob

Unknown said...

Assalamualaikum Ros,
Lagi antara benda wajib carik/makan kalau balik Tanah Malaya.
Kalau org N9, buat gulai je ni.
Buat pedas2.. tak sedar.. nasik dah bertambah-tambah.

Tengkubutang said...

Wohoho.. teman suka niii.. dulu mak selalu masak lemak.. sedapppp.. tp susah nk cari kan

yan's cottage said...

mmm..sedapnya...kulat nie..kalau yan jumpa kat mana pasar memang wajib beli punya....suka sangat...masak apa pun sedap....

Irfa said...

my feveret too ;)
extra cili padi sbb suka pedas

Aty Fared said...

Saye tak tau pon mknn ni..ni baru fes time saya tau..huhu..kesian kat diri sndiri.. ngeee

Cheq Sue said...

menu peberet saya ni kak ros. masa balik kelantan deepavali aritu, dah ada ramai yang jual, tapi masih agak mahal lagi. rugi pulak tak beli... kalau dikeringkan boleh tahan lebih lama...

Tie HT said...

wahh best ni..saya biasa buat cekodok kulat ni..sedapp
kat malaysia rm5 sepinggan kecik coet jer..

OKje said...

Mmg sedap Ros.... kalau basuh tak bersih masih berbau pokok kan Ros...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...