بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday 9 November 2013

TAMAN AGRO BRUNEI

 Assalamualaikum & good day. 
Boring tak tau nak p round mana dlm Brunei ni. So enjoy je dgn apa yg ada. Alhamdulilah!!!!

Lawatan sambil belajar 4A+R ke Taman Agro Brunei yg bertempat di Kg Tunku, Mukim Gadong, Bandar Seri Begawan. Heheh!!!!belajar le sangat. Orang2 Malaysia ni bab2 Agro culture mmg dah expert, segala jenis haiwan peliharaan & tumbuh-tumbuhan semua dah kenal. Yeke? Kalau tak kenal mmg sia2 la usaha kerajaan dok bela binatang segala bagai species dalam zoo tu. Sebab tu kena selalu ajak anak2 ziarah dorg @zoo. Bila dok negara yg xdak zoo ni baru terasa rindu & appreciate kenangan dgn binatang2 tu semua. Ngeh3x…….


Tapi 3A ni walau dah berkenalan lama dengan haiwan2 pun masih juga seronok bila dapat tengok rusa & burung ostrich kat sini. Bukan tu je, ayam hutan, itik pun seronok cam jakun je dorg tengok especially Arfa. 




Sebenarnya Taman Agro Brunei ni ialah pemuliharaan semula kawasan seluas 500 hektar menjadi salah satu projek pembangunan agro industri dalam usaha mempelbagaikan ekonomi Negara Brunei Darussalam yang memfokuskan kepada penghasilan produk-produk Halal. 


Antara objektif utama Taman ialah: 
i. Menarik pelabur-pelabur tempatan dan asing untuk melabur dalam teknologi tinggi dan perladangan intensif. 
ii. Menempatkan aplikasi penyelidikan dan teknologi inovatif untuk membantu kepelbagaian produk, dan 
iii. Membina dan menyokong pembangunan Jenama Brunei Halal.



Taman ni terbahagi kepada 3 kluster iaitu Kluster Penyelidikan, Kluster Logistik & Pemprosesan juga Taman Botanik.  



 Taman Botanik yang akan menyediakan kawasan bagi penanaman tumbuh-tumbuhan tempatan yang mempunyai nilai-nilai perubatan tradisional, buah-buahan tropic dan tumbuh-tumbuhan hutan. Taman ini akan menjadi fokus utama bagi penyelidikan tumbuh-tumbuhan disamping menjadi satu tarikan kepada pelawat-pelawat tempatan dan luar Negara yang berminat dalam eko-pelancongan dan persekitaran semulajadi (natural environment). 



Taman ini juga akan mengkhususkan kawasan bagi perhotelan, spa kesihatan dan terapeutik sebagai tarikan tambahan kepada orang ramai dan pelancong pada masa akan datang. 



Okey, itu le serba sedikit penerangan tentang tempat ni, kira baru nak buat le. Bagus jugak kerajaan usahakan projek ni sebab selain meningkatkan ekonomi negara Brunei ia juga menjadi tempat untuk orang ramai beriadah & menghabiskan masa bersama2 keluarga.

Dah tu, u all layan je la shots 3A (ada gak le pelakon tambahan R tu) dalam filem bertajuk "Berpanas di Taman Agro Brunei". Hehe!!! 



Mokcik penat & kepanasan……Laporrrrr!!!!

11 comments:

HomeKreation said...

Aslmkm. Along yg dekat pun tak tau ada taman agro ni....hehe

tun_telani said...

Salam kak ros. tun kan skrg, mmg xsanggup nk berjalan tgh2 hari. panas yg amat. kalau kuar beli groceries pon, balik sure sakit kepala. xtahan betul panas terik skrg ni.

Unknown said...

salam ros. dalam cuaca panas pun enjoy kan dapat jejalan bawa anak2 =)

Mia Kassim said...

Wah best juga sekali sekala lawat tempat camni......bunga2 tu semua nampak cantik dan segar :D

Umm AA said...

oh comey sungguh anok2 daro dok payong tengoh panah..tmn agro nie pun ok jugok nok belajar bertani 3A tuh ke..hehe

mala said...

salaam ros, something new here ... ada nmpk jugak member indon kat brunei post gamabr pergi tmpt ni kat FB.

Umi Nazrah said...

salam singgah. bestnya! saya tak pernah sampai Brunei. sangat teringin nak p sana ^_^

NEKCIK said...

bila agaknya nekcik nak buat lawatan sambil blajar ke brunei ni ye....

Cheq Sue said...

aduh...macam teringin nak ke brunei...dah lama nak pergi...sampainya tidak

rostina76 said...

along: waaalaikumusalam. tule along, kurang publicity betul dorg ni

tun: mmg panas skrg ni, kami ni kdg2 tu dah jadi mcm terbiasa sbb tghari bdk2 kan blk sekolah. drive time tghari tu dah jadi rutin harian. huhu

kak nah: kalau dgn family, mmg semua terasa seronok kak……cuba suruh p sorang2, upah pun tak mau

mia: mmg canti tempat ni. klau tgk bunga tu semua rasa nak beli tapi mahal le. sebekas tu BND30…..

UA: bkn 3A hok belajar bertani tapi mommy. hahaha!!!masa msk green hse tu terliurnya nak buat atek tapi siap bgt dorg (tmsk daddy) nanti bila kita dah blk msia mommy nak bt gini la tanam sayur. niat suci murni tu

mala: ugh hot skrg not @Brunei. heheh

umi nazrah: tq sudi singgah, inshaALLAH ada kesempatan nanti tu

nekcik: nanti tanya le guru besaor tu bila kewangan & cuti diluluskan utk lawatan sambil belajar ke brunei. heheh

cheqsue: mmg kena teringin dulu cheqsue, nanti pasti sampai le tu ;)

AtieYusof said...

Bestnya dpt jenjalan bawa anak2 kan..baru tahu kewujudan taman ni..sllu nya dok terbaca ttg Gerudung Park je klu kat Brunei..pandai model cilik tu posing..hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...