بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 24 June 2011

Gajus @ Jagus?



As salam....N3 ni sebenarnya tercetus sebab area rumah kami @Telisai,Tutong,Brunei Darussalam ni begitu banyak pokok2 gajus.Yang menambahkan minat mommy utk jot down ttg gajus ni disebabkan juga oleh buahnya yang berwarna merah(dari jauh kelihatan mcm buah jambu air mawar). Kalau sebelum ni rasanya mommy pernah tgk pokok & buah gajus ni pada zaman kanak2 dulu @Besut,Terengganu.Tapi dulu rasanya tgk buah gajus yg berwarna kuning saje,xpernah pulak lihat yg berwarna merah. So,utk ingatan & pengetahuan di masa hadapan especially utk Arfa,Anis&Ahdia kita sama2 view info di bawah:





Nama Tempatan:Gajus

Nama Saintifik:anacardium occidentale
Nama Lain:Jagus,gajus,jambu golok,ketereh
Famili : Leguminasae













Keterangan:

Sejenis pokok rendang yang biasanya ditanam untuk teduhan, gajus merupakan pokok yang boleh mencapai ketinggian hingga 15 meter.Batangnya mempunyai getah yang akan merengsakan kulilt jika terkena. Kulit akan menjadi melecur seperti terkena getah bacang. Daunnnya berbentuk bulat dihujungnya dan panjangnya sekitar 18 cm dengan lebar antara 5 hingga 7 cm. Daunnya tersusun secara bertentangan. Buahnya berbentuk seperti buah pear dengan bijinya berada diluar.Bijinya berbentuk ginjal.Buah dan bijinya berwarna hijau ketika muda. Buahnya akan menjadi berwarna kuning apabila masak. Teksturnya akan menjadi lembut dan berair. Isi di dalam buahnya berwarna putih. Terdapat juga spesies gajus yang mempunyai buah yang berwarna merah jambu.

Kegunaan:

Pucuk gajus yang muda boleh dijadikan ulam mentah. Ia sedap dimakan kerana baunya yang menyelerakan .Ia juga rangup apabila dikunyah. Rasanya yang lemak-lemak kelat juga menyebabkan ia merupakan antara ulam yang menjadi pilihan bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.

Buahnya yang manis dengan rasa sedikit pijar boleh dimakan begitu saja. Namun rasanya yang agak pijar menyebabkan ia banyak dimanfaatkan sebagai kerabu. Ini kerana rasa pijar tersebut akan hilang apabila airnya diperah keluar. Bijinya pula di bakar dan kulitnya di ketuk untuk mengeluarkan bijinya. Kulitnya dibakar akan mengeluarkan minyak yang berwarna hitam dan pernah digunakan pada zaman dahulu untuk dijadikan bahan api untuk pelita. Asap dari pembakaran biji gajus boleh merangsang penyakit asma. Dari segi perubatan amalan memakan pucuk gajus yang kelat sebagai ulam dikatakan dapat mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...