بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 10 June 2015

SELF DRIVE CAMPERVAN - Sydney

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Menyambung cerita cuti2 Aussie kami. 

Episod last harini mommy cover pengalaman kami di Sydney.
Kami sampai ke Sydney dari Darlington Beach Holiday Park pada waktu malam, rasanya masa tu sekitar pkl 8pm. 



Masuk sahaja pusat bandaraya kami terus menuju ke Darling Harbour (kami fikir jarak campsite pada malam itu tak jauh dari pusat bandaraya), mata terus sahaja terpukau dengan lampu2 di sepanjang Sydney Harbour Bridge. 


Berhenti sahaja di Sydney Opera House, mommy set perjalanan untuk ke campsite. Rupa2nya jarak perjalanan ke campsite masih jauh (sekitar hampir sejam perjalanan dari Sydney Opera House). Phewww!!!! pengalaman yg cukup mahal jika terpaksa berdepan dgn situasi begini (bukan tidak study (tak cukup study je, heheh)  maka tidak perasan yang rupa2nya campsite kami di Sydney terletak di bahagian Manly (jauh lagi tu dari bandaraya Sydney). 



The next morning kami tak buang masa, siap breakfast terus aja bergerak ke Sydney. Tapi kami bukan drive campervan tetapi menggunakan ferry dari Manly terus ke Circular Quay. Fyi, tersangat susah nak cari parking especially untuk campervan di dalam bandaraya Sydney, so idea untuk menginap di Manly & bergerak menggunakan ferry tersangat2 effisien. 


Kami park campervan di parking awam sekitar Manly (blh aje tinggalkan campervan dlm campsite & naik bas ke Manly Wharf). 
Mengambil ferry dua hala pergi balik (lupa dah price tapi kami amik yg family return ticket). 





Pengalaman lucu dalam ferry, mula2 kami decided duduk open deck tapi sekali dah otw angin bukan main kuat siap ada splash.. huuuuuhu!!!! betapa kuatnya ombak time tu. Rasa cam nak terbang badan mommy yg montel ni, hahaha!!! 


Apabila hampir smp, nun dari jauh dah nampak Sydney Opera House (masa smp semalam tu gelap tak nampak clear). Sedari dulu mmg admire rekabentuknya. Cantik dipandang dari kejauhan, tapi bila dah tengok dekat2; biasa2 aja cuma bumbungnya yg menjadikan ianya unik. Pepepun, bersyukur juga mommy sebab berpeluang sampai & melihat depan mata mercu tanda bumi Aussie ni. 


Sampai aje @Circular Quay, kami terus set google maps untuk cari tempat2 menarik sekitar bandaraya Sydney. Yang paling utama of course Paddy's Market, Queen Victoria Building, Sydney Observatory Hill & Hyde Park.

So, apalagi menapak le melilau2 jalan. Ada sesat, keluh kesah dek penat berjalan, perut berkeroncong, peluh menitik & at the end seronok sebab tercapai misi @Sydney. 

















Bila hari dah gelap (dalam pukul 8 lebih kot), kami bergerak balik ke Manly menggunakan ferry. Time ni dah penat & tak excited dah nak dok open deck, hik3x……

The next morning, hari terakhir kami di Australia misinya adalah ke Blue Mountain & shopping Corelle @World Kitchen Sydney.

Slp settle checkout kami terus menuju ke Blue Mountain. Perjalanan dari Sydney ke Katoomba (where the mountain is standing) mengambil masa lebih kurang 90 minit. 

Alhamdulilah very nice weather & kami boleh nampak the 3 sisters clearly. Masa tu tengahari, walau berpinau2 mata silau tapi mmg superb viewnya!!!!!

Satu je yg tak best masa kat sini sbb terlampau banyak lalat/langau. Seriously, mula tu ingat apa ni kami busuk ke sampai hurung kami anak beranak satu badan. Rupa-rupanya semua org pun dok rimas sbb dorg semua yg ada kat situ pun kena hurung. PELIK!!!! tak tau apa reason @ adakah sepanjang masa ada lalat/langau ni kat sini atau cuma time summer ni je.

Banyak attraction yg disediakan kat sini termasuk hop on hop off bus, steep train ride, cable car, sky cable, railcar etc malangnya kami mmg tak dapat merasai semua tu. Kenkangan masa & fulus adalah penyebabnya. Rasanya kalau kami cover semua attraction tu mau tertinggal flight balik KL.

Bermulalaaaaa cerita suspen & seram……

Kami bergerak keluar dari Katoomba around 3pm. Straight to rental car office untuk return 'banglo bergerak' kami. Masa tu dah remind daddy yg mommy nak g beli corelle, pastu daddy ckp apa2 hal return campervan dulu, pastu amik cab g tempat shopping corelle (lagi safe sbb mmg tak tahu mana tempatnya cuma base on GPS je). Masa kami masuk semula Sydney adalah peak hour (org balik dari kerja). Jalan jgn cakap jamnya, huhu masa tu cuak dah sbb kena return campervan before 5pm. Masa kami dok ding dong 2x dalam traffic jam tu kami dah telefon dorg bgt lambat, blh dorg suruh kami htr the next morning sbb cara kerja dorg after 5pm, no more office hour. Xde org yg buat overtime pun. HARU!!!!
Dalam dok panic lambat tu, ngam2 skit lagi nak pkl 5pm kami dah nampak signboard rental car office tu. Masuk2 aje gate, ada guard tahan bgt bukan situ tempatnya. HAAAA!!!!!terkejut monkey la kami. Masa mommy dok bengong2 tu, pergi next office (car rental office gak tapi brand lain) ada la sorang mamat hensem keluar bgt yg neighbour dorg tu dah pindah office. Dia bgt u kena htr ke sana & tempat tu 15km lagi dr tempat yg kami ada skrg. Ya ALLAH!!!!! rasa cam biru dah time tu. Marah & bengang jgn cakap la sbb company tu takde update kami tempat baru (dorg assume kami amik campervan tu dr Sydney, tempat sama sedangkan kami amik campervan kami di Brisbane & return sahaja kat SYdney). 
Masa tu kami call ckp mmg dah sesat & no way kami return ontime. Kami mitak dorg bagi solution sbb kami kena return harini since ticket balik kami malam tu jugak.
Sib baik dorg ckp park je tepi jalan depan office dorg & simpan kunci dalam tempat yg diorg mentioned.
At last……..jumpa jugak office baru dorg. Settle satu hal, 2nd hal plak timbul……call cab punya la lama kami tunggu (2jam kot tunggu cab). Giler lambat….sib baik la ngam2 sui org kata smp airport. Aikk, camna dgn corelle mommy?
Punah ranah impian nak shopping corelle. Sib baik corelle tu blh lagi cari kat Malaya walau mahal skit. Cuba kalu aim nak beli koala bear, mau haru kempunan. Oh btw mmg kami kempunan pun sbb walau semua misi ke Aussie telah tercapai tapi misi berdepan face to face dgn menatang tu tak kesampaian. Huhu!!!!!repeat Aussie pleaseeee daddy.
Abis sudah citer Aussie.


Thursday, 21 May 2015

SELF DRIVE CAMPERVAN - BYRON BAY/DARLINGTON BEACH HOLIDAY PARK/COFFS HARBOUR & NEW CASTLE

Assalamualaikum & salam sayang.
Setelah sekian lama peram, dah jadi cam jeruk bawang dah citer cuti2 Aussie kami ni. Harini mommy sambung la ye walau ingat2 lupa. 

Hari ke-8, kami bergerak dari GC ke Sydney. Perjalanan dari GC ke Sydney mengambil masa 9 jam lebih. 
Itinerary kami hari tu adalah perjalanan dari GC ke pitstop sebelum sampai ke Sydney iaitu ke Darlington Beach Holiday Park. So perjalanan dari GC ke Darlington Beach Holiday Park tu mengambil masa 3 jam lebih.

Sebelum sampai ke Darlington Beach Holiday Park tu kami ada singgah di Byron Bay. 

Kat sini terkenal dengan rumah apinya, Cape Byron Light selain pantai untuk org2 surfing. Pada musim tertentu, Byron Bay juga terkena sebagai tempat utk 'whale watching'.

Masa kami sampai ke Byron Bay masa tu dah tengahari, so terus je menuju ke puncak bukit dimana terletaknya Cape Byron LightHouse (siap drive campervan hingga ke puncak). Rupa2nya, kalau nak drive smp ke puncak tu kena bayar parkingnya (kalau tak silap AUD 3), heheh. 
Tempatnya mmg cantik especially bila dapat melihat lautan terbentang luas saujana mata memandang dengan warna kebiruan (mcm dekat Apostle, GOR jugak).
Park di tepi jalan, daddy, Arfa & Anis menuju ke Clarke Beach untuk posing2 lagi. Sementara tu, mommy & Ahdia keluarkan lunch. 

Selesai late lunch (dlm campervan je), kami teruskan perjalanan ke Darlington Beach Holiday Park. Masa kami smp @campsite, waktu tu dah malam gelap gelita. Rupanya belah NSW ni masa siangnya pendek cam biasa gak tak sama cam Melbourne. 
Daddy & Arfa cam biasa settlekan campervan manakala kami gegurls siapkan diner. Pastu xde keja lain dah lps diner terus kojol keletihan. Zzzzzzzzzzz………………

The next morning, pepagi lagi daddy 'me round kawasan sekitar camp. Kami plak dok lepak dlm camper van je (malas sebenarnya nak melilau2 sgt sbb walau Aussie ni xde dikriminasi kaum/agama tetapi disebabkan isu IS, Islamifobia tetap ada. Gabra plak rasanya bila dorg dok usha2 kita semacam (mommy kan pakai tudung), pepepun bila kita senyum & say hi dorg tetap respon +ve.

Masa kami dok bersiap2 nak breakfast tiba2 dtg ramai tetamu nak menumpang breakfast. Mula2 itik gembo2, pastu burung kedek2…….yang paling syok ada plak kanggaru melompat2.

Mula2 3A ni takut (yelah mommy pun risau kot dia tendang) tapi lepas daddy hulur makanan blh je kanggaru tu siap makan dari tangan. Apalagi 3A punya excited…..mat2 salleh tu xheran pun dgn kanggaru ni siap pandang2 je kami feed kanggaru tu (alaaaa, cam kambing kita kat sini la kot. Kalau mat salleh mesti excited gak kan nak pegang2 tapi kita cam buang tebiat leeer nak manja2 dgn kambing). 


Selesai breakfast & manja2 dgn kanggaru (mmg puashati dpt beramah mesra dgn kanggaru Australia, free plak tu). Kami siap2 nak teruskan perjalanan ke Sydney plak.


Masa dah nak keluar dari Holiday Park tu, kami nampak satu family tengah naik unta…..see, peraq jugak sebenarnya mat salleh ni kalau binatang dorg xpernah jmp. Bagi kami plak, alaaaaa setakat unta…..apadahal!!!!! Hahahaha!!!berlagak dgn mat salleh.


Rasanya masa kat campsite ni paling best kot, tak puas rasanya (sbb jumpa kanggaru :P)


Alangkah bestnya kalau ada camp cam gini kat Malaysia (tunggu mommy jadi menteri pelancongan leee).



Ok, sambung day 9. Perjalanan dari Darlington Beach Holiday Park ke Sydney mengambil masa 6 jam 30 minit. Phewwwww!!!! mmg looooooooong journey.

Otw tu kami melalui 'Banana Town' , Coffs Harbour. Merupakan bandar persinggahan untuk mereka yang melakukan perjalanan dari Brisbane ke Sydney (consider tengah2 la, 390km dr Brisbane & 540km ke Sydney). 



Di sini mmg boleh dikatakan kiri kanan ladang pisang. Rasanya mommy 1st time tgk ladang pisang yg sebegini besar (kat Malaysia pun xde cam luas gini). Attraction yang paling famous of course 'Big Banana'. Ramai yang bagi review pasal sedapnya makan aiskrim/ banana boat kat sini, tapi kami skip sbb baru je memulakan perjalanan. Perjalanan ke Sydney masih lagi panjang. Pecutttttt terus!!!!

Bila perjalanan dah masuk jarak 2/3, rasa dah boring sgt. Mommy pun buka buku travel guide dari syarikat Apollo ni. Cari mana2 attraction yg boleh berhenti (atleast untuk regangkan otot2 punggung & lunch). Sekali come across ada satu national park yg recommended oleh APollo. Tgk dalam gambar pun cam cantik menarik tempatnya. 


Kami pun set Mr pom2 untuk bawak kami ke sana. Mula2 excited je, jalan pun smooth dgn tar biasa, sekali tgk Mr pom2 bgt kat depan jalan granit. Degil nak proceed juga, masuk punya masuk…bergegar2 bungalow bergerak kami (masa ni la rasanya 2 biji gelas pecah). Last2 sampai ke tempat tujuan, HAMPA sbb biasa2 je. Nak stop utk lunch pun takut, creepy sgt weh.


Masa tu cuak gak la, cepat2 suruh daddy patah balik. Yang bestnye tak ikut jalan tadi tapi Mr pom2 suruh ikut jalan lain (kira lagi dekat le keluar ke jalan berturap compare dgn jalan kami lalu tadi).
Bila cecah je jalan berturap, phewwww!!! lega.


Kami proceed ke Sydney. Otw tu singgah satu pitstop (kira cam RnR kita la kot). Huyoooo!!!!3A (termasuk mommy dorg) jakun sbb nampak 'The Rock'. Kedai dalam batu weh, hahaha (gimik je tu, building tu dia buat ala2 batu je pun). Eh!!!tapi masa tengah daddy tuang minyak, mommy terpandang mat salleh macho ni. Fulamak!!!! drive truck besar gedabak (berapa tan tu xtau la). Mesti korang imaging mat salleh gagah perkasa ala2 jambang penuh muka kan?
Jawapannya: Tet!!! salah. 
Terkejut gak mommy sebenarnya & respect abis la. Mat Salleh tu rasanya confirm umur dah lebih 70an, haaaaa terkejut. Siap kurus keding lagi, haaaaa terkujat. Yang bestnya pakai seluar bermuda & kasut sport (blh imaging dak?)……Hehehe!!!!!Hebat betul tok ki Aussie ni.
Hilang lenguh2 bila pandang tok ki tadi. Ala2 motivasi utk teruskan perjalanan la.


Berbaki dalam lebih kurang 160km ke Bandaraya Sydney kami singgah kejap kat New Castle. Bandar arang batu & pelabuhan. Kat sini ada juga terdapat light house tapi masa kami pegi tak dapat nak naik ke atas sbb jalan tutup untuk construction. Kami park ditepi pantai & enjoyed our late lunch dalam campervan je. Selesai solat jamak, teruskan ke Sydney………
Sambung…...




Wednesday, 20 May 2015

Aku tanya apa khabar ?

Assalamualaikum & salam sayang.
Uhuk2x…..mak aii banyaknya debu nan suci. Hahaha moga2 tiupan angin wind of change dpt bersihkan debu2 suci ni. Mommy nak bertapa kat sini plak pasni…
Walau takde org kisah pun ko nak timbul @ tenggelam mommy weh tapi xpela nak ambik semangat ni.
Sebulan solid April 2015 mommy takde n3. Reasonnya started dgn kami balik Cuti2 Malaysia, pastu bila dah smp Brunei line internet plak slow & mmg tenggelam terus (dorg buat style pre paid jugak)…….end upnya mommy terus bertapa depan mesin jahit, merempit. Hari2 naik gian nak merempit dgn 'Si Abang Pinky'. Nasib baik tak berasap Si Abang Pinky yg tak sado tu. Huhu !!!!adalah hikmahnya tu ekk. Lepas satu demi satu tayang hasil rempitan dgn Si Abang, ramai plak kawan2 yg order. Atlast fikir punya fikir mommy nekad nak fokus dgn handmade ni sebagai hobi yang mendatangkan pitih/fulus/usin/wang/ringgit. Takde la nak untung kaya raya tapi sambil2 memenuhi minat yg mendalam sekarang ni atleast berbaloi la jugak. Kalau setakat nak guna pakai sendiri berapa biji la sangat kan. 
Pepepun, mommy mmg dah lemau sgt2 dah nak start semula Wind of Change ni tapi fikir punya fikir jugak, adusssss sayang plak nak stop halfway. Cuma mommy pun tak tahu lagi mcmana entries mommy lepas2 ni. Kalau nak citer pasal 4a+R sangat pun dah jadi takut sbb byk sgt org2 gile/sewel/mental yg berkeliaran di luar sana. Bila kes Nur Fitri baru2 ni pun dah rasa cam pandang semua jantan especially yg nude pun jadi berprasangka….Ya ALLAH!!!!!Nauzubillah…..jauhkanlah mereka2 yg gile ni dari mendekati keluarga kita semua, AMIN.
Okla.rasanya mommy nak fokus siap2kan n3 jalan2 kami dulu. Citer AUssie blm abis, Krabi lagi, Pastu Cuti2 Malaysia jugak. Org nak baca @ tidak xkisah yg penting kepuasan diri mommy sendiri & keluarga kami. 
Chow…… Mommy belanja gambar2 dari Ala Rosas ye.Nak tgk lain2 gambar skodeng la ig mommy. ig:Ala Rosas


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...