بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 14 April 2014

14 - 4 - 14

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Today is the day, the feeling is special………….


Saturday, 12 April 2014

FLORENTINE COOKIES@CRUNCHY CARAMEL ALMOND


Assalamualaikum & salam sayang semua.


Heheh!!!!resepi yg HOT tahun lepas tapi mommy baru siap bakar le kemarin. Alkisah, sejak k.Ita tunjuk florentine cookies dia @blog, mommy terus je save draf resepi tu (pada masa yg sama mmg mengidam giler nak makan). Bila study semula barang2 yg terlibat FRUST menonggeng sebab mmg xde le @bumi bertuah Brunei ni tepung florenta yg digunakan tu. So.pejam mata jela time tu (redha..huhu), bila balik raya thn lepas plak dah aim ni nak beli yg siap org buat tapi xtahu le mmg xde rezeki kot ada je yg xjadi. Makanya, citer florentine ni mommy campak jauh2 sejak aritu sbb dah merajuk xleh makan. 


Sampai le bulan lepas, mommy ternampak biskut ni dah masuk pasaran Brunei. Apalagi terus le menyibuk nak beli. Sekali PM tanya harga sampai kesudah xreply seller tu (ramai actually yg frust bila nak beli tapi no reply). Bila mommy terus direct dgn supplier dr Malaysia baru dpt price & cara pembelian. Apalagi org tengah mengidam ni, cepat2 le tanya kekawan yg lain sapa2 nak join beli kan sebab berbaloi sikit postage ke Brunei kalau banyak (mahal weh, biskut tu pun mahal apatah lagi postage). 


Heheh!!!!!yg kelakarnya ada la sorang kawan ni, mommy dok sibuk2 dapatkan order dari kekawan yg lain, alih2 masa kami ada usrah setiap Rabu tu dia bawak le biskut ni sebekas & bgt itu le biskut yg mommy kecoh2-kan. Mula tu mommy mitak le nak beli dgn dia je sbb aku mmg dah lama mengidam kan, sekali member cakap xjual buat makan sendiri je. Atas saranan kawan2 dia setuju untuk buatkan demo mcmana nak buat biskut ni during our usrah session (mommy dah tau steps sbb mmg dah study resepi k.Ita tapi yg menjadi masalah kat mana nak beli tepungnya). 



So, bila dah masing2 sibuk nak berdemo tu ada la yg volunteer belikan bahan2 nun di Miri (Brunei mmg xde). Alhamdulilah mujur le kawan ni terbawak cookies dia so dpt le mommy sumber di mana nak beli bahan2nya di Miri (walau harga jauh lebih mahal compare @klang valley tapi atleast dapat le jugak men-try buat & men-try makan. Yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeea, mmg cedappppppppppp!!!!!!!!!!!


Since sebungkus tepung florenta tu 500g maka mommy adjust kuantiti bahan2.
Sumber : K.Ita

Bahan2:
500 gm tepung Florenta
300 gm badam keping
200 gm kuaci hitam
200 gm biji bunga matahari
Sedikit bijan putih
Sedikit bijan hitam
(mommy letak sedikit biji habbatussauda)
#boleh juga guna kekacang yg lain ikut citarasa

Caranya:

1. Badam, biji bunga matahari dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit (bijan & habbatussauda tak perlu di bakar).
2. Setelah kekacang sejuk, satukan semua bahan dalam bekas.
3. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
4. Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja.
5. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis.
6. Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 160C @sehingga karamelnya keperangan.
7. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan empat segi menggunakan pisau pizza.
8. Apabila sejuk, leraikan kepingan & simpan dalam bekas kedap udara.



Friday, 11 April 2014

Edible Garden

Jom verangan jadi petani moden (mood frust sbb pokok bawang tanam sendiri kena makan dek Veruk, huhu!!!!) 



Tuesday, 8 April 2014

Korea - Skiing

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Alhamdulilah harini tibale juga LAST episode drama bersiri "Mencari salju di Korea"…….


Malas nak citer panjang2 sebab last episod penonton dah tak sabar nak tunggu happy ending ke sad ending, kan? Tapi kena juga citer skit. Layan jelah ekk skit aje ni.


Hari terakhir kami di Seoul mmg betul2 pulun abis-abisan. Ibarat kalau perah santan tu sampai dah kering tinggal hampas jelah. 

Lepas tidur kejap balik dari ice skate, kami bersiap2 untuk ke luar bandar bagi acara skiing plak. Bergerak dr guest house dalam pkl 6pm. Tukar 2 biji bas (kami naik chartered bas yg mmg bawa penumpang untuk mid nite skiing je). Masuk dalam bas semua tido (perjalanan lama gak dalam 2 jam gitu). 

Sampai aje (around 1am), kami dibawa ke tempat untuk sewa pakaian & peralatan. Dah siap tukar semua gears, maka berjalan la robot2 semua (mmg dah gaya robot sebab kasutnya mcm kasut robocop, hahaha) menuju tempat org skiing.

Dalam dok tengah berjalan tu (mommy & Ahdia paling last), tiba2 bedebuk bedebak kami dua beranak jatuh terlentang. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, giler sakit punggung terhentak ais keras (masa ni dorg yg @depan baru kalut ribut dtg rescued). Huhu!!!!baru le daddy ckp jgn pijak tang ais yg keras tu, pijak rumput/tanah. Eeeeiiii, rasa mau je menjawab dah jatuh baru nak pesan org mananya reti jln mcm robot atas salju kejung ni. Masa ni muka dah bengang tapi control lagi. 

Dah sampai entrance tempat org skiing tu Ya Rabbi!!!!serius rasa mcm nak kejang semua urat muka. -7'C giler la sejuk. Masa ni mommy dah gomel2 panjang berjela "this is the 1st & the last la mommy skiing. Pasni xmooooo lagi dah. Seksa jalan satu hal, sejuk beku mana dtg seronok xtau la". Tapi dlm dok mengomel tu terpaksa juga ikut dorg yg lain ni jejak kaki robot tu atas tempat org skiing tu. 

Baru 5, 6 langkah menapak……..sekali papan luncur tu bergerak sendiri weh, terus meluncur p hentam group of mamat2 Korea. Maluuuuuuunye jgn cerita. Kalu aku muda2 belia mau aku buat2 pengsan biar mamat2 Korea tu usung aku (dah mamat malaya xmampu nak dukung time tu…..pssstttt, mamat malaya time ni dok mcm robot gak rupanya. Ingat terer ckp dah skiing @Japang. Heheh!!!!). Masa ni hentakan terus kat kepala plak, tapi sebab malu dgn mamat korea punya pasal senyap & sengih je lah……Aduyai!!!!!naya tul. 

Pastu dorg ni sibuk dok ajak p naik cable car nak meluncur dari atas…..uishhhh!!!!giler pe dorg ni. Mmg bantah habis-habisan le mommy (kalu naik jugak mlm tu sure kena turun dgn helicopter penyelamat aku). So, tinggal le mommy & Ahdia lagi kat bawah jeeee. Kami skiing tempat org baru nak bertatih & warm up je. Itupun, baru 3, 4 kali try mommy dah jatuh terkangkang. Huwaaaaaaa!!!!!!xtau nak mitak tlg dgn sapa. Yang ada Ahdia je…..masa ni dok seru " adik, tolong mommy dik". Pastu nampak paramedic usung stretcher (dlm hati seronok sampai cedera2 ni baik xyah). Lama dok terkangkang xleh nak buka klik papan luncur tu mommy dah " HELP!!!!HELP!!!!!"……sekoq pun xdengar sbb tempat kami main tu xramai org. Sekali ada la Ahsoo tu lalu dekat dgn kawasan kami, mommy terus lambai2 dia mitak tlg. Atlast dia tlg bukak klik tu selamat le mommy dari mati kekejungan. Terhutang nyawa tul dgn ahsoo tu, tak abis2 TQ2 je sebab dah lupa bahasa Korea nak ckp apa. Dah blh berdiri semula tu mommy terus ajak adik masuk & berehat. Terus rasa demam dan2 tu juga. 

Bila yg lain2 datang, dok sibuk citer seronok best bagai (aku rasa nak lempang jehukhuk).
Si Arfa siap xnak balik lagi sbb siokkkkk meluncur dari atas ke bawah. Daddy bgt ada lebih 10 kali dok ulang naik turun 2x. Amboiiiii, jelesnye!!!!!

So mlm pagi tu kami balik dengan perasaaan sonot (utk yg lain) & sorang yg injured dgn muka masam kelat (aku le tu). Daddy kelat juga sebab kena bayar gears Anis yg tercicir seketul (tapi cam biasa je muka daddy, last2 mommy juga yg double trouble kelat). Sebelum blah, snap le jugak gambar kenangan anak beranak berlatar belakangkan Oak Valley Skiing.

Arfa cakap "pasni kita skiing lagi ye daddy?"……Cepat2 mommy jawab…. Blh2 bila abg dah besar. Abg g dgn anak bini abg plak. Mommy xmau dah….. ABIS CITER KOREA.

Monday, 7 April 2014

PENGSAN!!!!


Assalamualaikum & salam sayang semua.
Selamat kembali bekerja untuk mereka yg bekerja & yg surirumah pun selamat mengemas rumah & memasak untuk keluarga tercinta. Mommy harini walau dah rasa segar & sihat tapi masih berjaga2 & berwaspada. KENAPA? Huhu!!!!Sabtu malam yg lepas mommy pengsan. Haaaa, PENGSAN!!!!!

Imej xde kaitan dgn topik pun
Tak tahu apa sebab & seingat mommy lama dah tak pengsan. 1st time mommy pengsan masa zaman sekolah rendah. Time tu kami ada persembahan pancaragam sekolah. Mommy main recorder, tiba2 tengah dok tiup recorder, toing!!!!! pengsan. Benjol kepala.
2nd time mommy pengsan masa lepas delivered Arfa. Beranak subuh2 dgn tenaga yg nyawa2 ikan, pastu banyak darah keluar sebab byk koyak. Alih2 bila dah ke petang nak bangun g toilet, tiba2 mata terpejam & loglai. Masa tu daddy sedang papah, so xde la jatuh.
Yang last Saturday nite ni plak citernya, mommy period pain start petang tu lagi. Mmg dah lama juga tak period pain ni. Siap dengan sakit seluruh badan, rasa cam lemah sangat badan (pagi tu siap panjat tangga pasang langsir lg). So masuk tidur awal……..tengah malam tu terasa nak kencing & bangun p toilet cam biasa. Masa jalan tu dah rasa cam pening2. Bila keluar dari toilet rasa nak muntah (mungkin perut sebu sama kot sebab xmakan diner & minum kopi O kg je). Amik tong sampah kecik sebelah katil & muntah kuar air je, ada dalam 3 kali muntah kot. Masa muntah tu tangan mommy dah tepuk2 daddy kejutkan dia, tapi suara xbunyi sebab dok loya muntah (daddy xsedar). Pastu yg mommy ingat dah siap muntah tu mommy tunduk nak letak tong sampah & baring. Rupa2nya gedebuk melepek atas tong sampah dah (siap pecah tong sampah tu kena hempap dek beruang kutub). Sedar2 dengar suara daddy dok tanya "nape ni" (ulang2 kali). Siap daddy papah naik katil & tido (daddy ckp dia bunyi benda jatuh itu yg tersedar). Sib baik keesokkannya tu ALLAH bagi sedar lagi. Allahmdulilah!!!!masih lagi dpt jenguk blog harini. Bila ingat2 balik seriau gak, apa tak kena dgn aku ni. So kekawan & anak2 semua tido tu jgn sekali2 lupa ye baca al- fatihah, 3 kul & yg paling penting mengucap syahadah. Kot2 itu syahadah terakhir. Allahulam…..
Btw dpt la juga kenangan pengsan kali ni; watermark @muka ayu. 

BACA PETIKAN DI BAWAH SUPAYA KITA LEBIH ALERT!!
Sumber: USM

Pengsan atau syncope , adalah keadaan dimana seseorang itu hilang kesedaran disebabkan oleh pengurangan bekalan darah beroksigen ke otak. Simptom-simptomnya termasuklah tidak sedarkan diri, pucat dan denyutan nadi yang perlahan. Disebabkan bekalan normal disimpan, pemulihan dari pengsan biasanya cepat dan sempurna, walaupun ada yang mengatakan insiden penghadan oksigen yang membawa kepada pengsaan boleh menyebabkan kerosakan otak kumulatif.
          Pengsan adalah berbeza dari keadaan kejutan yang lebih merbahaya,   sehingga boleh menyebabkan kehilangan darah yang serius dari setiap bahagian badan dan dicirikan oleh denyutan nadi yang cepat, berpeluh dan kulit menjadi lembap. Pengsan mungkin merupakan reaksi terhadap kesakitan, takut, gangguan emosi yang keterlaluan, letih atau kurang makanan. Ia juga boleh berlaku selapas aktiviti fizikal yang berpanjangan, terutamanya dalam keadaan yang panas dan atau  dalam keadaan berdiri, yang menyebabkan darah lebih mudah terkumpul di bahagian bawah badan. Apabila seseorang pengsan, mereka akan jatuh, menjadikan badan berada dalam keadaan vertikal menyebabkan kitaran darah lebih mudah sampai ke otak.
          Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk mengelakan dari berlakunya pengsan seperti :
* Jangan bermain apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan
* Pastikan cukup udara segar dalam bilik permainan
* Jauhkan dari berada dalam keadaan berdiri dan tidak bergerak untuk jangka masa yang lama.
* Jika boleh, berdiri di tempat yang tidak mendatangkan bahaya sekiranya terjatuh semasa pengsan.
Sebelum pengsan, seseorang itu akan menjadi pucat dan melaporkan berasa pening, mual, mendengar bunyi dalam telinga atau merasa seperti hendak pengsan. Pada masa ini anda perlu bertindak dengan pantas dengan mengalihkan sebarang benda yang boleh mengganggu pernafasan, dan membawa seseorang itu supaya duduk di kerusi sambil menarik nafas sedalam mungkin dengan menundukan kepala diantara kedua lutut.Bertenang, diam dan ingat bahawa mereka sedang merasa tidak selesa dan mungkin terkejut.
Sekiranya seseorang itu terus pengsan, alihkan sebarang benda yang boleh mengganggu pernafasannya, baringkan mereka dan sokong kakinya untuk memastikan bekalan darah mengalir ke otak. Mereka mungkin sedar dengan cepat, walaupun mungkin tidak sepenuhnya dalam beberapa minit awal. Biarkan mereka sehingga mereka betul-betul selesa dengan keadaannya sendiri. Biarkan juga mereka berehat untuk setengah jam atau lebih. Jika mereka tidak sedar untuk jangka masa yang lama, dapatkan bantuan dengan segara. Periksa pernafasan dan denyutan nadi dan bersedia untuk memberikan bantuan pernafasan jika anda tahu. Bantuan perubatan perlu diberikan jika mereka masih tidak sedar, sakit dan sekejap sedar sekejap tidak, terutamanya jika drug diberikan.  


Saturday, 5 April 2014

Kuih peria

Assalamualaikum & salam sayang semua….
Mommy jenguk kejap la harini. Just nak bgt " I did this"……

 Heheh!!!! Apa ke benda ni? Buah Peria tiruan.
Tu je nak jotdown. See u later.



Jom kita lihat resepi Kuih Peria yang mommy buat petang Khamis lepas. Kuih Peria ni adik beradik dengan kuih Ang Koo dan kuih Koci. 



Bahan-bahannya:
250 gm tepung pulut.
200ml santan pekat.
25 gm minyak masak untuk sapu pada kuih dan daun pisang.
Pewarna merah dan hijau.

Intinya:
250 gm kacang hijau tanpa kulit.
200 gm gula pasir.
50 ml air
secubit garam.
1/2 tbsp tepung pulut.
1 helai daun pandan.

Cara-caranya:
Untuk Intinya:
1. Rendam kacang hijau semalaman. Kukus hingga masak. 
2. Kemudian lenyek hingga hancur ketika masih panas. 
3. Masukkan kedalam kuali bersama air , tepung pulut dan gula serta daun pandan.
4. Masak hingga sebati dan kering. 
5. Bulat-bulatkan. 
(heheh!!!!mommy masak inti ni guna pressure & slow cooker noxxa. Cepat & menjimatkan tenaga).

Untuk dohnya: 
1.Uli tepung pulut dan santan hingga lembut.
2. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan merah dan satu lagi warnakan hijau. 
3. Ambil 15 gm doh dan isikan dengan inti. Bentukkan seperti buah peria.
4. Tekan-tekan dengan garfu agar dapat corak buah peria. 
5. Sapukan doh dengan sedikit minyak dan aturkan atas daun pisang (mommy guna minyak sayur sbb gerun tgk berminyak2 tu kan). 
6. Kukus hingga masak tapi jangan terlebih kukus kerana kuih akan kembang dan tak cantik (anggaran dlm 10 minit je).

Wednesday, 2 April 2014

APRIL'S FOOL !!!!!

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Lama tak menyapa angin perubahan di sini. Maaf mood M melanda diri untuk mencoret sesuatu. InshaALLAH will be back with fresh momentum. 

REMINDER: April is my month so pliz don't make it fool.



Friday, 28 March 2014

Korea - Seoul Plaza (Ice Skate)

Assalamualaikum & salam Jumaat semua.
Not much activities & new recipes have been done this week so I just proceed with few episodes left of our Korea Trip.

From the Gjengbokgung Palace - Gwanghwamun Square - Chongae Stream, we continue our plan to the Seoul Plaza. 3A dah tak sabar2 nak cuba ice skating (1st time juga for them). Ice skating rink ni dorg set up during winter & tempatnya berhadapan dengan City Hall @Seoul Plaza.

Dengan hanya W1000 (siap dgn sewa skates) maka ice skating le dorg beramai2. Manakala mommy plak jadi pro-camerawoman le (xkuasa aku jatuh nanti).


Mula2 tu Ahdia xmau cuba sbb dia keep cakap dia tak pandai. Tapi bila dia tgk kakak steady je & mommy pun convince kan dia yg Abg Wan akan pegang & tolong ajar baru le Ahdia nak cuba


Seronok bila tgk dorg skating tapi mommy mmg xmampu la nak cuba sebab nak harap kat daddy pegang mommy mcm Wan pegang Ahdia mmg xdpt le nak nolong sbb daddy pun terhoyong hayang gayanya. Kik3x..


Si Arfa plak cam biasa le. Konon terer tapi jap2 gedebuk. Pastu bangun dengan tersengih2nya. Sekali dia dtg dekat dgn mommy & bgt dia berlanggar dgn budak Korea (haru tul sib baik budak tu tak nangis & bgt mak dia).

Anis walau ada gak jatuh tapi dia slow & steady sikit. Pastu kat rumah ni pun dia ada main kasut roda so mcm dah ada skill juga la sikit meluncur tu.

Ahdia walau si Wan tu pegang dia tapi ada gak la gedebek jatuh sikit2, cuma gamaknya malu kat Wan tu jadi xde la dia tarik muncung @nangis. Tapi bila dah penat & surrender nak keluar tu sampai terjelir lidah penat gamaknya. Heheh!!!!

They really enjoyed ice skate on that day & for me tumpang happy je la utk dorg. About 3pm camtu kami dah otw balik since mlm ni kami akan gerak ke luar bandar untuk acara skiing plak. Phew!!! padat giler aturcara. 

Sampai area guesthouse kami (serius lupa dah nama tempt tu, ngok ngek btw mommy ni) kami singgah lunch & santap asam pedas Korea. Tak tahu la sebab kebulur @ apa tapi serius sedap sangat hidangan lunch kami aritu. Ada asam pedas ikan, seafood, tofu & dadar. Rasanya nama Korea utk asam pedas dorg ni Kimchi jjigae. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...