بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 19 January 2014

Umrah - Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah

Assalamualaikum & salam sayang.
Harini mommy sambung N3 umrah kami. Hari kedua di Madinah Al-Munawwarah. Kami tiba lewat malam selepas tempuhi lebih kurang 5 jam perjalanan dengan bas dari Jeddah ke Madinah.
Pada jam 7:00 pagi selesai breakfast, semua jemaah berkumpul di lobi hotel & seterusnya dibawa ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat sunat seterusnya menziarahi Makam Rasulullah & sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddik dan Saidina Umar Al-Khattab serta perkuburan Baqi'. Waktu subuh tu memasing dah solat subuh berjemaah buat kali pertama untuk trip kami. 
Terpancar di wajah masing2 perasaan tak sabar untuk memberi salam kepada junjungan besar kita Rasulullah saw.
Oh! lupa nak bagitau cuaca di Madinah sepanjang kami di sana adalah sangat sejuk (mmg musim sejuk). Suhu sekitar 10'C & mmg kalau tak pakai baju tebal confirm mengigil (walaupun ada cahaya matahari tetapi angin tetap dingin).   

Sepanjang lawatan, jemaah dipecahkan kepada kumpulan lelaki & wanita. Kemudian, dipecahkan lagi mengikut kumpulan kecil iaitu follow bas no masing2. Semua sekali ada 6 kumpulan (sebab kami ada 6 biji bas). Dalam trip kami ni mmg ramai jemaah yg pergi bersama keluarga besar mcm kami. Rasa seronok bila melihat ramai kanak2 dapat mengikuti ibubapa masing2. Geng Ahdia pun ada 2,3 org.


Di kala memberi salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw & para sahabat mmg perasaan tu bercampur baur. Gembira, sedih, sayu & seronok.


Lawatan dimulakan dengan lawatan sekitar luar Masjid Nabawi & seterusnya barulah ke bahagian dalam Masjid Nabawi. Kami juga dibawa terus untuk solat & berdoa di Raudhah serta memberi salam sekali lagi di hadapan makam rasullulah (mmg kumpulan kami dapat mampir betul2 menghadap ke makam rasul & para sahabat, Alhamdulilah).

Selesai acara lawatan sebelah pagi, kami pulang ke hotel untuk makan tengahari & seterusnya pergi semula ke Masjid Nabawi unutk menunaikan solat zohor & asar (fyi disebabkan musim sejuk maka jangka waktu antara satu solat ke satu solat sangat pendek, jadinya masa kami di sana agak tergesa2).



Pada sebelah petang iaitu after solat asar, 4A+R+tok wan tak membuang masa untuk terus mencari barang2 cenderamata & barang2 keperluan kami juga. 

Otw nak g shopping tu kami singgah  kat kawasan lapang yg mmg banyak burung2 merpati sedang makan makanan yg ditabur oleh orang ramai yg memberi/sedekah kat mek2 hitam manis. Harga sepeket kecil dedak tu 1 rial…….

Kurrrr!!!!kurrrr!!!!!mari2 adik bagi makan ni.

Memang seronok kehidupan di sana pada waktu itu, ialah tiada aktiviti lain yang dibuat selain beribadat/iktikaf di Masjid Nabawi, bagi merpati makan & shopping sakan (bkn nak show off ni tapi hakikatnya bila shopping pun inshaALLAH dpt pahala). 


Yang lagi mommy envy; kehidupan peniaga2 di sana. Bukak kedai, tutup kedai 2x……ulang2 gitu le setiap kali masuk waktu solat. Syokkkk betul. 

Rasa nak p jadi penjual kat sana gak (hahaha!!! join dgn mek2 hitam manis jual atas jalan pun ok).


Dok tengah2 shopping tu, bila dengar azan terus bergegas ke masjid untuk solat maghrib & isyak plak. Mmg 'ONTIME' je la solat kat sana. Ya ALLAH!!!!bestnya.


Balik makan dinner @ hotel lepas isyak tu pastu sambung jalan2 lagi sambil daddy shooting filem (untuk kenangan kami, bukan selalu dpt datang sini kan).

Kami abadikan pemandangan indah sekitar Masjid Nabawi di kala senja & malam dingin. Ya ALLAH!!!!!aku ingin ke sana lagi.






Friday, 17 January 2014

Umrah - LCCT to Jeddah

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Jaga hati supaya sentiasa bersangka baik sesama manusia, InshaALLAH.

Bismillahirahmanirahim………Mommy nak mulakan N3 umrah kami. Semoga menjadi inspirasi kepada semua untuk terus menerus berdoa agar ALLAH sudi menjemput kita menjadi tetamuNYA berkali2. Amin3x……


Perjalanan umrah kami adalah dengan Agensi Pelancongan 'Darul Mubarak Travel & Tour'……..Beribu pejabat di Taman Maju , Tronoh Perak (Ni tempat mommy & daddy menimba ilmu @USM juga di mana terletaknya rumah sewa kami zaman muda mudi bergelar mahasiswa). Alhamdulilah mendapat info dr kakak ipar yg menetap @Mekah tu (sbb ni org kampung dia, fr Bota Perak). 


Syukur kehadrat ALLAH yg tak terhingga mommy & daddy panjatkan sebab Alhamdulilah susunan perjalanan kami ALLAH tetapkan begitu mudah & lancar (walau kami consider last minit dlm segala segi). Kami tiba di tanahair pada 8/12/2013 & sesampai aje @KLIA, staff Darul Mubarak dah sedia menanti kami utk collect pasport. Keesokkannya aturcara menyelesaikan urusan borang pengesahan mahram @Pejabat Agama Islam Selangor & Jabatan Pendaftaran Negara Selangor. The next day plak baru intensively ke pejabat Darul Mubarak cawangan Kajang untuk kursus umrah (ustaz tu bg kursus khas utk kami anak beranak…….Jazakallah ustaz). Pastu masa 2,3 hari yg balance tule nak beli brg2 keperluan umrah spt kain ihram etc……


Jadual perjalanan juga yg sepatutnya 17/12/2013 diawalkan ke 14/12/2013. Alhamdulilah ada pro & con. 


Cuma perubahan lain ialah kami terpaksa tukar flight dari sepatutnya dgn MAS ke Airasia X. Pepepun xde masalah juga dgn AAsia X.


Kami tiba awal lagi 15 minit dr jadual penerbangan asal. Waktu kami tiba di airport Jeddah ialah 4:15minit petang waktu tempatan. Alhamdulilah atlast 4A+R selamat sampai.


Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H

Assalamualaikum.


Hati sayu & terkenang kenangan di Masjid Nabawi. Semoga kita semua mendapat syafaat Rasulallah s.a.w di padang masyar kelak, Amin3x…….



Monday, 13 January 2014

Tahun ke 4

Assalamualaikum & salam sayang dr mommy.
Alhamdulilah, dpt bersiaran harini setelah betul2 settledown baik rumahtangga yg tunggang terbalik dgn kain baju yg menimbun, urusan back to school especially misi membalut luka buku2 sekolah & yg paling settle body mommy ni. Almaklum tahun 2014 ni bertambah lagi angka maka harus le sedar diri bila travel jauh2 & cuaca tak menentu ni. Sampai2 aje ke bumi Brunei terus demam urat. Setelah digodek2 oleh umi barule rasa lega sikit (walau lunyai juga badan kena golek, sbb kata umi keras badannya mem. Sebelum cuti dulu tak mcm gini. Huhu!!!!mana tak keras kejungnya umi hidup mcm pelarian ke hulu ke hilir usung beg). 
Apa khabar u all? Rindunya nak dengar cerita kawan2 semua. Sebelum terlambat Happy New Year 2014 ye semua. Kami tak celebrate sangat cuma tengok fireworks je time countdown tu (nanti mommy citer ye).
InshaALLAH tahun ni bakal menjadi our '4th episode' citer kami merantau & mencari rezeki di bumi zikir, Brunei Darussalam. Officially juga mommy dah meletak jawatan sebagai cikgu & menjawat jawatan tetap & berpencen sebagai supir/surirumah je. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami anak beranak di dunia ini mahupun akhirat. Amin3x!!!!
Ok, n3 terakhir mommy pada tahun lepas adalah pasal perjalanan kami sebagai tetamu ALLAH, so InshaALLAH nanti mommy akan update citer kami sepanjang mengerjakan umrah di Madinah & Mekah. Juga percutian akhir tahun kami di Korea. Wasalam!!!

Saturday, 14 December 2013

Lambaian Kaabah 4A+R

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum dan salam sayang dari mommy.



Labbaikallah.. Humma labbaik..
Labbaikallah..Syarikalakalabbaik..
Innal Hamdah.. Wa ni'matah..
lakawalmuk..La syarikalak..

Bila anda baca n3 ni, kami otw menuju ke rumah ALLAH & bakal menjadi tetamuNYA sehingga 25/12/2013.
Dikesempatan ini mommy ingin memohon ampun & maaf kepada semua kawan2 & reader Wind of Change andai ada setiap butir perkataan di dalam blog ini yang menyinggung perasaan kalian. Halalkan juga semua ilmu, nasihat, pandangan, teguran & resepi2 yg mommy guna. 
Akhir menaip, doakan 4A+R selamat sampai & dapat menyempurnakan segala ibadah dengan sempurna. InshaALLAH doakan juga perjalanan balik kami semoga selamat sampai ke destinasi, Amin3x….

(Entry auto publish)

Thursday, 12 December 2013

Kacang buncis goreng kunyit bersama udang

Assalamualaikum & good day.
Lama tak tepek resepi lauk pauk maka mommy jotdown juga la yg ni. Jgn ada yg gelak sbb ini 1st time mommy masak lauk ni. Selalunya mommy guna daging @ isi ayam, tapi aritu ada ternampak blogger tayang dia masak ni (without resepi). Mommy pun try le jugak, alhamdulilah sedap juga la.


Bahan2: 
200g udang (kopek kulit)
1 ikat kacang buncis (potong serong)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 biji cili merah (hiris nipis)
1 biji bawang merah besar (hiris nipis)
1 sudu kecil kunyit
Garam
Minyak

Caranya:
1. Gaulkan udang dengan garam & kunyit. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih sehingga garing, kemudian masukkan udang. Goreng sehingga udang masak.
3. Masukkan kacang buncis, bawang besar & cili merah. Gaul sebati sehingga kacang buncis sedikit layu.
4. Siap.

Wednesday, 11 December 2013

Sifat2 Mahmudah vs Sifat2 Mazmumah

Assalamualaikum & good day.
Harini kita check diri kita & muhasabah belah mana yg berat.


Ya ALLAH rasanya mcm tak layak diri ini ke syurgaMU tetapi takutnya diri ini dijilat api neraka. Ampunkan kami Ya ALLAH!!!!!Jauhi kami dari sifat2 mazmumah. 

Tuesday, 10 December 2013

Chicken Pie

Assalamualaikum & good day.
(Auto publish)
Daripada biarkan Wind of Change sepi & ditiup2 angin monsoon, biarlah mommy jotdown juga resepi2 mommy. Ini rupa yg hodoh tapi rasa yang sedap Chicken Pie mommy. 
Resepi ala2 Chicken Mushroom Quiche ni.
Bahan2 Pastri:
*250g tepung gandum
*100g mentega
*90ml air
*1/2 sudu kecil garam

Bahan2 Inti:
*200g isi ayam - cincang 
*100ml susu segar
*2 biji telur
*2 helai daun bay
*1 labu bawang besar
*Garam & serbuk lada sulah secukup rasa
*Sedikit mentega
*Sedikit parutan keju
*Daun parsli - cincang untuk hiasan

Cara menyediakan:
1. Satukan bahan2 pastri & uli sehingga adunan lembut.
2. Ambil sedikit doh & alas di tepi & dasar acuan pai. Ketepikan.
3. Untuk inti: Panaskan mentega, tumis bawang & daun bay sehingga wangi.
4. Masukkan isi ayam, garam & serbuk lada sulah.
5. Isikan inti yang telah masak ke dalam acuan pai, curahkan campuran susu+telur+garam.
6. Taburkan keju & bakar pada suhu 180'C selama 25-30 minit (panaskan dulu oven).
7. Sedia untuk dihidang.

Sunday, 8 December 2013

Result final Exam 2013

Ok, ini n3 bagi nak tunjuk results 3A. Yang kelakarnya untuk sekolah pagi (kebangsaan) semua dapat no 6……….
Sehati sejiwa sungguh!!!!!! Ala2 nama group; we are the 6th gitu.

EmmmpHHH!!!! ok kita mulakan dgn Ahdia.
2nd Sem dapat no 3, so final drop 3 anak tangga ke no 6. Bila view result dia, cikgu ckp 1% je membezakan no 1 dgn no 6. Kalau diteliti Ahdia ketinggalan markah bab oral/lisan (mmg berat mulut pun dia ni kalau dgn crowd). ICT paling teruk (bila mommy tgk paper, dia salah labelkan mouse dgn monitor). Kat situ markah byk hilang……means budak2 lain yg no atas tu mmg semua betul bab labelling & fasih tok tek 2x bercakap masa cikgu tanya soalan. Nak salahkan sapa klu bab membisu ni sbb mommy mmg 'parrot' :P
Sekolah ugama Ahdia blm attend.


2nd kita tgk result Anis. Dari no 4 2nd sem jatuh 2 lagi anak tangga ke no 6. Markah ugama paling rendah. Bila tanya ustazah apa masalah Anis sedangkan sebelum ni dia score ugama, rupanya again silly mistake terjadi. Fyi, soalan ugama kat sini dwi bahasa (maksudnya ada perkataan jawi & perkataan rumi, so murid juga boleh menjawab dlm jawi @ rumi)……soalan yg dia hilang 10 marks tu ialah rearrange the sentences. Ada 5 kotak perlu diisi dengan 'doa masuk tandas' = Sesungguhnya aku, berlindung dari, syaitan, jantan, dan betina…………Anis jawab dgn rumi dari kotak kiri ke kanan (logik la utk perkataan rumi kita mula dr kiri ke kanan kan?)……….sedangkan jawapan kotak ada numbering dr kanan ke kiri (follow jawi punya style menulis). So, Anis tak perasan no tu (mmg budak lurus bendul mcm ni la). Jadinya semua cikgu pangkah, 0 marks (padahal klu mommy nak complaint blh je sepatutnya dpt juga 2marks sbb ko jawab rumi ke jawi ke kotak no 2 = berlindung dari……..Anis betul. Hampeh!!!!!10 marks kat situ. Kalau ANis dpt 90% sure dpt shot no atleast 3. Takpela……yg penting mommy tau Anis blh jawab.


Results sekolah Ugama Anis alhamdulilah dia dpt no 2. Congrats kakak.


Ok, skrg results Arfa….hero daddy yg sorang ni. Semua subject utama dia dapat 4A, 1B (B tak lain ialah Mathematic). Mommy tak ralat sangat result sekolah pagi dia sebab semua dapat A, kecuali mathematic B & Bahasa Cina C (50%-atas pagar).


Yang mommy tak puashati (tapi xde la nak salahkan sapa2 kan) pasal result sekolah ugama Arfa sebab tak pernah dalam sejarah (kecuali subject Bahasa Cina) dia gagal. Alih2 final exam ni dia fail subject 'tasawuf'……Tapi mommy tgk dia pun betul2 terkejut & menyesal (siap menangis dalam kereta otw balik tu). Mommy harap Arfa dapat pengajaran bahawasanya walau pandai mcmana pun seseorang tu tapi tanpa usaha, mana mungkin ada kejayaan.



Overall, kedudukan dalam kelas untuk sekolah ugama juga drop 1 anak tangga, dari no 6 ke no 7.













Edisi sentap mommy.

Assalamualaikum.
(Auto publish….. masa ni kami dah fly to Malaysia for long holiday. Sesiapa yang nak sokong @ yang nak hentam bg mommy sentap lagi pun dialu-alukan tinggalkan komen anda. InshaALLAH next year balik Brunei plak mommy reply. Tq).


1st of all nak diingatkan n3 ni ada unsur2 drama bersiri (sedih, kuciwa, geram, marah, sakit hati & insaf).

















Kalau ikutkan mommy takde la emo sangat dgn keputusan periksa 3A ni. Syukur alhamdulilah anak2 mommy walau tak excellent mcm anak org lain tapi mommy bangga sebab 3A semua berperangai baik, mendengar kata (walau kekadang kena guna pembesar suara juga br jalan, tapi yg paling penting senang nak bentuk especially bab solat). Ahdia yg belum cukup 6thn tu pun alhamdulilah dah rasa dia senang utk jaga solat. Arfa plak walau mommy marah, bantai dia mcmana pun mmg tak melawan (sedih plak kalau ingat mommy pernah bantai dia KAW2 dulu (sampai berbirat badan) @Malaysia zaman mommy meroyan kena tinggal dgn daddy lama2 out station sbb kacau adik, tak bergerak dia tahan kena bantai tu). Lagi satu bab2 mengaji ni pun Arfa lagi advance dari mommy sbb ustazah pun puji dia jenis cepat pickup (cuma selalu berlagak terer smp nak cepat je baca). 




Mommy mmg BANGGA!!!!!!tapi ada org tu (daddy la), masih tak puashati (setakat terkilan takpe la kan, ni mmg salahkan mommy sebab 3A result teruk). Mommy tak tahu yg daddy mmg salahkan mommy 100% sebab Arfa dapat B mathematics (dia ckp mommy tak push Arfa bt latih tubi). Ya ALLAH!!!!!sedih betul hati ini bila dipersalahkan (walau mommy akui salah mommy juga) tapi jgnla meletakkan semua tanggungjawab tu kat mommy. 


Btw mommy mmg sengaja taknak push dorg sangat ttg study ni sbb mommy taknak dorg stress & tak enjoy their childhood life mcm budak2 @Malaysia tu. Sekarang ni pun kehidupan dorg bukan seronok sangat……bangun pagi g sekolah, mommy amik dorg dr sekolah & balik rumah dah pukul 1245-1pm……kadang2 makan nasi pun tergesa2 sebab pukul 130 dah masuk sekolah ugama. Kalau si Arfa 530 baru balik, 2 kali seminggu after blk sekolah ugama terus g mengaji till 6pm…..630 dah masuk maghrib, 3 kali seminggu 730pm ada mandarin tuition till 930. Haaaaaaaaaa!!!!korang cakap letih ke tak letih budak tu? 



EmmmpHHH!!!mommy sebenarnya mmg sentap & stress bila daddy salahkan mommy. Terasa hati sangat bila daddy samakan mommy dgn 'bibik' kalau just masak & kemas rumah je tanpa dpt tolong 3A untuk achieve excellent results. Terasa time tu jugak nak isi borang further study amik master & PhD (haaaaa……sentap giler weh). Dah le tahun dpn rancang mmg nak berhenti keje & focus jadi surirumah yg kononnya tip top (actually daddy yg suruh berhenti sbb byk songeh sgt kalu nak kena kerja semula next year), skrg ni hati dah berbelah bahagi plak (setan mmg suka kacau kalau time kita marah ni). Ya ALLAH!!!!!! berila aku petunjuk yg benar.


 Tapi takpelah, mommy dah deal dgn Arfa untuk sama2 berganding bahu FIGHT for next year BIG EXAM. Kat sini ada PSR (Penilaian Sekolah Rendah……mcm UPSR la). InshaALLAH, next year will be our 'Battle of War'………Will fight till death do us part (boleh gitu????? geram tahap gaban dah ni). Kalau dah struggle tapi ALLAH tak bagi juga dapat excellent results rasanya masa tu mommy surrender. Mommy nak mitak keja jadi 'bibik' je. So, sapa2 ada nak guna khidmat 'bibik' yg tip top tu blh email@PM mommy ye. Huwaaaaaaaaa!!!!!mmg tgh sedih ni (bukan sebab 3A tak pandai tapi sbb daddy tak nampak pengorbanan mommy).


Semoga n3 ni bakal menjadi pedoman juga buat 3A betapa mommy struggle (walau mommy tahu daddy selalu ckp mommy tak cukup struggle) nak bg the best utk 4A……… (Rasanya kalau tak cukup struggle, dah lama lemas makan taik dalam perut mommy 3A ni). Akhir menaip "Hargai lah Wanita"
(Mohon ampun maaf kalau my readers terpaksa baca n3 ni…..no choice i have to let it go inside me, takut meroyan susah)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...