بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 26 November 2012

Talam Keledek Ungu


Assalamualaikum & good day. 
Harini after terkedek2 baru dpt upload gambar & masukkan N3. Seperti kebanyakan blogger lain, mommy juga faced the same problem. Album Picasa dah full. Hehe, banyak sgt gambar2 bukan saja dlm blog tapi dalam iphoto jugak. Masa last week, sebelum QH buat N3 tutorial mcm nak overcome masalah ni mommy just convert jpg file ke skitch (salah satu perisian yg ada). So blh le lagi upload dalam blog cuma skitch ni byk keje skit nak kena buat sebelum dpt upload. Banyak step nak tukar format dulu (rasanya 3 step kot baru blh upload). Tapi satu yg mommy suka file skitch ni sebab laju je masa uploading. Pepepun, tqvm QH sebab sudi buat tutorial, mmg really membantu org2 yang tak berapa pandai IT mcm mommy ni. So, u al yang ada masalah yg sama boleh refer kat Cikgu QH ni. Hehe!!!

Okey mommy nak settlekan dulu N3 masak2 mommy yg tertunda last week. Ini kuih yang mommy buat last Friday untuk minum petang. Mommy beli keledek ungu ni actually niat asal nak goreng tepung mcm biasa je, tapi masa mommy buat hari Khamis petang tu mcm kurang mendapat perhatian dari 4A (mungkin sebab warna keledek ni yg ungu kehitaman - mcm biasa le dorg ni ala2 allergik sikit makanan warna hitam/pelik2). 


So, mommy google tengok apa lagi resepi kuih yang best guna keledek ungu ni. Mommy tahu cik mek & keria boleh juga guna keledek ungu ni tapi mommy dah pernah try dulu & same thing 4A xsuka. Masa dok mencari2 tu mommy terpandang banyak blog buat kuih talam guna keledek either ungu @ yang biasa tu. Yang menangkap perhatian mommy blog Kak Na, talamnya mcm lain sikit dari yang lain (no lapisan kepala santan putih mcm selalu org buat but dia campur sekaligus). Kalau kami @pantai timur, cara masak kuih macam ni kami panggil 'koleh' @ tepung talam. Jom tengok hasilnya mmg berbaloi mommy buat. 4A + R suka (bukan saja colornya cantik tapi sedap). Mommy yang tak berapa gemar kuih talam pun boleh kejap2 ngap, kejap2 ngap. SEDAP!!!!

Masa mommy buat kuih talam ni, follow step by step resepinya mommy ingat pasni nak adjust sikit sebab mommy xdapat adunan yang cair untuk buat layer by layer tapi lebih kepada adunan yang likat (mcm adunan tepung pelita). Masa tu dah panik jap sebab adunan terus berketul2, dan xlarat mommy nak kacau rata. Nasib baik bila dah kukus & siap, not bad baik rupa paras & rasanya.

Walau xdapat layers macam yang Kak Na tu buat tapi mommy suka plak dengan tekstur & rupa paras yang mommy buat (ala2 abstrak gitu & yang paling penting mommy suka rasanya yang sedikit berketul2 isinya). Color talam keledek ungu ni sungguh cantik. Natural color (mommy xde tambah any coloring) & yang u all nampak tompok2 ungu gelap tu actually isi keledek ungu yang mommy sengaja biarkan berketul2. So, sesiapa yang minat kuih2 tradisional especially kuih talam, mesti cuba ni. Serious sedap & really recommended.

Sumber: Kak Na
Oleh: Mommy @Wind of Change

Bahan2:
250gm tepung beras
70gm tepung ubi kayu
250gm gula pasir
450ml santan pekat
450ml air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
200gm keledek ungu(kupas kulit, rebus & lenyek ketika masih panas)
Pewarna ungu (kalau nak buat layers, mommy xguna)

Caranya:
1. Satukan tepung beras dan tepung ubi dalam mangkuk.
2. Masak santan, daun pandan, air, garam dan gula hingga mendidih. Biarkan sejuk.
3. Tapis santan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Pada masa yang sama, kacau sebati.
4. Ambil sedikit adunan & masukkan ke dalam blender bersama keledek dan blend hingga halus. Satukan semula adunan dan kacau rata.
5. Bahagi adunan kepada tiga bahagian (300ml setiap satu). Satu warna asal, satu bahagian ungu muda (setitik pewarna ungu) dan satu bahagian ungu tua (3 titik pewarna ungu).
6. Panaskan pengukus dan sapu minyak pada loyang 8". Panaskan loyang sekejap dan tuang adunan selapis demi selapis di mulai dengan warna muda .
7. Akhir sekali kukus selama 25 minit.
8. Potong kuih setelah betul2 sejuk.

P/s: Dalam kes mommy, masa curah santan panas ke dalam tepung (resepi asal mcm tu) adunan menjadi terlalu likat & berketul2. So, lepas kacau rata mommy terus masukkan adunan ke dalam loyang & kukus 30 minit. 





Friday, 23 November 2012

Carrot Cake/Kek Lobak Merah






Assalamualaikum & good day.
Ini penghilang boring & pengubat tension mommy dgn isu Palestine. Ngeh3x....

Lama tak buat kek so last weekend mommy godek2 resepi kek carrot. Ini eksperimen kali ke-2 Carrot Cake tapi dulu buat guna resepi lain. Yang ini mommy follow resepi dalam majalah Seri Dewi Keluarga (September 2012). Mommy mmg jatuh cinta dengan Carrot Cake ni masa try yang Secret Recipe punya. Toppingnya mmg sedap & keknya juga kaya dgn filling (suka sangat rasa walnut dalam kek tu). 


Masa mommy buat 1st trial dulu ikut resepi dari IntanBerlian87 ni, sedap juge cuma lembab kekdah keknya. Bila nampak dalam magazine tu mommy cuba plak resepi di bawah. Mommy suka yang ni sebab ia tidak terlalu lembab & rasa manisnya juga balance dengan masam topping cream cheese. U all nak cuba boleh la tgk resepi di bawah.



Resepi kek
Bahan2:
4 biji telur
400g gula perang (mommy guna cuma 300g) 
250ml minyak jagung
250g tepung
250g lobak merah (parut)
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
150g kacang walnut (panggang & hancurkan)

Caranya:
1. Satukan tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk kulit kayu manis & kacang walnut dalam mangkuk. Ketepikan.
2. Seterusnya, ambil mangkuk berasingan, masukkan gula perang & minyak. Kacau rata.
3. Masukkan telur satu persatu. Seterusnya tambahkan lobak merah. Gaul sebati.
4. Masukkan bancuhan ke dalam bahan2 kering. Gaul sebati sebelum dimasukkan ke dalam dulang yang telah dilenserkan.
5. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 170'C. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese.


Untuk cream cheese toppingnya pulak mommy follow CMG cuma mommy doublekan amount untuk fix dgn resepi @atas.

Resepi topping cream cheese
Bahan2:
100 g mentega
250 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
2 sudu besar gula aising, diayak

Caranya:
1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. 
2. Sapu atas kek tadi dan hias mengikut kreativiti (mommy buat carrot shape tu dengan piping aje secara gerakan lurus cuma tekan menjadi runcing dari atas ke bawah).


Ahdia makan sebelum org lain makan. Dia & kakak suka jilat adunan kek mommy sampai licin. Hehe!!!bagus jugak senang sikit mommy nak basuh bekas sebab dah ala2 bersih licin kena jilat.

Thursday, 22 November 2012

Nape mommy sibuk sangat dengan isu Palestine @Gaza ni?

Assalamualaikum & good day.



Dalam dok sedih & terbayang2 penderitaan anak2 Palestine @bumi Gaza tapi masih sempat try satu lagi eksperimen kek (kekeke!!!!). Bukan tidak istiqamah dengan perhatian kepada mereka tetapi 'life must go on' & ini saja cara yg mommy rasa blh tenteramkan sedikit rasa pilu mommy buat mereka. 



Bukan nak reka2 cerita tetapi mmg seminggu ni tidur malam mmg sedikit susah nak lelap (kalau sebelum ni pantang kepala melekat @bantal terus pengsan, hahaha!!!). Macam boleh terbayang2 wajah comel mereka dalam kotak fikiran mommy & boleh ternampak2 juga kekejaman Zionist menghancurkan kepala, peha & anggota badan mereka yang gebu itu. 



Ya ALLAH!!!!!mmg susah nak digambarkan penderitaan mereka cuma yang pasti, itu penderitaan sementara buat mereka kerana di saat nyawa tercabut dari jasad mereka janji ALLAH tetap sama. FISABILILLAH!!!! Syurga firdausi menunggu mereka . Bahagia mereka di sana buat selama-lamanya bersama, ummi, abi & adik beradik yang lain....... Bila mommy fikirkan itu, rasa sebak sendiri sebabnya dah pasti cerita mereka happy ending, they live happily ever after @Jannah. Yang sebaknya cerita kita ni, mcm ending cerita kita??????? Berjaya ke kita berkumpul satu keluarga @Jannah? Ya ALLAH, bahagiakan kami semua dunia & akhirat. AMin3x....



Lately ni, @FB mommy mmg penuh dengan isu2 ttg Palestine......Ini mommy nak luahkan @sini kenapa mommy peka sangat dengan isu Palestine (sdgkan sebelum ni apa yg keluar dari mulut mommy "ummph!!!mmg xakan selesai kisah zionist & Palestine ni smp kiamat, napela dorg ni xnak lari dari Gaza tapi biarkan diri dorg & keluarga jadi mangsa kekejaman Israel?").......Jahilkan bunyi ayat mommy tu? 




Kalau dulu mommy malas nak baca any info @ sejarah @ faham apa2 dalil ttg Palestine (itula mommy, ambik mudah semua benda.....ini ayat power daddy sembur mommy). Tapi alhamdulilah ALLAH bagi hidayah & petunjuk untuk mommy lebih faham & selidik kenapa Palestine beria2 & degil sgt dok @Gaza yg ibarat penjara dunia buat mereka. Mommy jadi rajin untuk baca tafsir Al-Quran & baca semua info tentang mereka. Mommy baca sejarah Al-Aqsa & mcm Yahudi boleh takluk bumi Palestine (u all blh google je semua info yg u all nak, cuma antara ada hati ke tidak je nak layan isu Palestine ni). Semua tu mommy baca, malah kalau komen2 org tentang sesuatu post @FB pun mommy baca. Ada yang agree, ada yg bantah & ada juga yang neutral. ALLAH!!!!! lekanya mommy sebelum ni.



 Tapi apa-apapun, biasale mcm mommy dulu ada juga kawan2 sendiri yg jebik & pandang sinis efforts kita ttg Palestine ni. Mommy dah xkisah sekarang apa org nak kata sebabnya kita buat apapun tetap ada org yang suka & tak suka kat kita.....Contoh, kita post pasal food; dorg cakap eleh, memanjang citer psl food mcm terer sgt masak (hahaha!!!).....Pastu kalau kita post pasal citer cuti bersama anak2; alah berlagak le tu nak tunjuk dia mampu p bercuti (hehehe!!!).....Kemudian kalau ada yang kita mentioned pasal husb/gift:huhh!!!mcm laki dia sorg yang baik, tunggu le laki ko cari lain (masyaALLAH!!!! doakan yg buruk2 plak kat kwn).......Adoiiiile, that's why kadang2 mommy terfikir bagus juga jadi org Palestine; life dorg xsempat nak dengki2, sibuk2 pasal duniawi. Life dorg baca Al-Quran, Solat, makan sekadar rezeki yang ada & tunggu je bila plak turn aku Syahid. 



Tentang boikot produk Israel plak......very simple jawapannya atleast usaha kita ke arah jihad org Palestine. Mampu ke nak boikot semua produk Israel sampai bila2? Jawapannya Allahualam .... Terus terang mommy cakap mommy mmg pakai almost semua barangan keluaran dorg (ni dok tup tap, tup tap menaip guna iMac, pastu dok jawab panggilan guna iPhone) abistu???? Dalam Al-Quran ALLAH tak cakap kita xleh guna barangan buatan mereka malah kalau terdesak sangat boleh makan haiwan sembelihan mereka. ALLAH mmg sengaja bagi mereka jadi hebat, pandai & bongkak @dunia ni sebab ALLAH mmg nak uji mereka ni sedar & ingat tak sejarah mcm ALLAH lenyapkan kaum2 mereka yang terdahulu yang ALLAH bagi kesenangan & kehebatan tetapi menyekutukan ALLAH & anggap semua kehebatan itu dtg drp usaha mereka sendiri. Kalau mmg ada di kalangan mereka yang sedar & mengiyakan kebesaran ALLAH & peluk Islam wajib kita terima tetapi jika mereka tetap bongkak maka kita harus perangi mereka (gunakan kepakaran mereka untuk menjatuhkan mereka semula rasanya tak salah malah diharuskan, Allahualam).



Cuma di saat2 genting dorg tgh dok sembelih saudara seagama dengan kita tu, kita boikot le kasi gertak sama dia (mesti dia risau kalau $$$ dorg xcukup). Kita buat mana yang kita mampu especially mcm McD; terang2 benda makan yg masih byk alternatif untuk kita makan (lain le kalau kita pergi oversea yg mmg susah sgt2 nak jmp halal food & yg ada hanya kedai McD, maka harus bagi kita p beli fillet o fish dia untuk kita makan). Lagipun mcm saje2 nak show off dengan bagi free burger supaya dunia nampak betapa senangnya mereka membeli org2 Islam (jgn marah le, mmg itu hakikatnya). Atleast buat masa ini & ketika ini mereka akan bersetuju untuk genjatan senjata. Kita nak tolong pergi berperang dgn org2 Palestine mmg kita xmampu (kita pun ada tanggungjawab untuk keluarga & negara sendiri kan) malah org2 Palestine sendiri tak minta pun jasad kita bersama2 mereka di sana, yang mereka minta sangat2 $$$ dari kita. So, apa yang susah sgtnya, bagi Israel kurang $$$$ & kita tambahkan $$$$$$$ untuk Palestine. 



Satu lagi usaha boikot kita ni bukan sgt nak tunjuk kat dunia bahawasanya kita hebat blh gulingkan Yahudi, tetapi semoga nawaitu & usaha kita ini diterima ALLAH. Yang membuatkan mommy rasa terpanggil sangat sebab bila mengingatkan muka2 budak Palestine yang syahid tu. Sayu hati, semoga dalam ramai2 org yang dibawa bersama tu (ini yang mommy baca, org yang syahid boleh membawa bersama mereka 70 orang yang lain ke syurga provided org tu tidak melakukan dosa2 besar, Allahualam). Kalau dah semua ummi, abi & adik beradik serta saudara mara dia dah mati syahid maka manale kita tahu doa kita tadi membawa kita rapat dengan mereka, Allahualam. Kita doa je banyak2 (bukan luak pun kan)


Yang paling penting, kesimpulannya Al-Aqsa mmg hak kita semua tak kira di pelusuk mana kita hidup sekarang ni (itu tempat suci kita selain Mekah & Madinah). Bila kita tolong ringankan beban rakyat Palestine & bagi sumbangan kepada mereka ibarat kita memudahkan mereka menjaga Al-Aqsa untuk kita jugak kelak. Mudah-mudahan kita dapat menjejakkan kaki ke bumi para anbiya itu dengan aman damai, tanpa sebarang sekatan In Shaa ALLAH one day. Buat masa sekarang apa yang mampu kita tolong ialah BERDOA, BOIKOT & SUMBANG. The rest biar ALLAH yang tentukan bila tarikh akhir bangsa Yahudi ni akan lenyap dari dunia. In Sha ALLAH, one fine day.

Wednesday, 21 November 2012

Roti Coklat

Assalamualaikum & good day.

Meroti lagi, heheh!!!!Layan jelah org tgh gian meroti ni (bkn apa, rasa mcm senang plak meroti compare to memasak lauk pauk @ baking). Yelah, kalau guna BM tu just campak bahan2 pastu relax (blh nak buat keje lain termasuk tido, hehe). Kalau memasak lauk mau berpeluh ketiak weh, baking plak dok berdebar dup dap, dup dap tunggu hasil. Lagipun roti ni makanan yg 3A suka (provided jgn dok buat roti rempah2 @ sayur2 le). That's why kali ni mommy buat eksperimen roti dgn coklat. 
Wallaweh!!!mmg laris abis. Belum sampai 5 jam masak, dah tak cukup. Eksperimen mcm ni le yang mommy mau. Berbaloi2 duit & tenaga!!!!

Resepi macam yang sebelum ni, mommy follow booklet MyResepi & krim coklat dari website MyResepi. 

Walau tak guna bread improver (pelembut roti) tapi bagi mommy dah cukup gebu. 

Krim coklat pun mmg tidak kalah dengan nutella (ingat mula tu nak letak inti nutella je tapi bila fikir2 baik try sendiri). Mujur mommy try buat krim coklat sendiri, atleast lepas ni dah ada alternatif yang lebih murah dari nutella kalau nak buat apa2 berkaitan nutella.

Oh ye, kalau u al tengok ada 2 version tu bentuknya. Satu tu bentuk standard roti paung (eh, u al faham ke roti paung ni....roti yg berbuku2 tu la). Ini mommy buat mcm biasa le tompok2 dalam bekas, so bila dia mengembang dia akan berhimpit2 sesama mrk (mcm gambar @atas). Lagi satu bentuk tu elok je bulat2 sama size. Yang itu mommy timbang, pastu bulatkan & masukkan dalam bekas muffin (mcm gambar @bawah). Bila dia mengembang, mmg jadi cantik je bentuk bulatnya.

Okey, disebabkan 3A especially Ahdia ni suka sangat roti coklat ni, mommy jotdown utk future reference bukan saja utk mommy tapi utk anak2 cucu juga kawan2 yang sudi try.

Resepi Roti
Bahan2:
140g air
1 biji telur (telur + air =190g)
300g tepung roti
30g serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
30g gula kastor
30g mentega
1 sudu kecil yis kering
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pelembut roti (mommy tak letak)
Krim coklat secukupnya

Caranya:
1. Masukkan semua bahan2 (kecuali krim coklat) mengikut susunan dari atas ke bawah ke dalam mesin roti. Pilih menu untuk 'bread dough'. Tunggu sehingga doh siap.
2. Keluarkan doh dari BM & tumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Bentukkan bulat. Biar selama 10 minit.
3. Ambil sebiji doh, buat bentuk leper & kemudian isi dengan krim coklat. Tutup rapat2. Biarkan doh kembang 2 kali ganda daripada size asal.
4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180'C selama 12-13 minit.

Resepi Krim Coklat
Bahan2:

40g coklat
300g susu segar
40g gula
30g tepung jagung
12g mentega
18g serbuk koko

Caranya:
1. Masukkan susu dan tepung jagung dan serbuk koko ke dalam periuk. Kacau sampai tepung jagung tak berketul.
2. Masukkan pula gula dan coklat yang dipotong kecil-kecil. Masak dengan api sederhana sehingga berkilat sambil dikacau.
3. Bila dah berkilat, padamkan api. Masukkan mentega. Kacau sehingga sebati.

Monday, 19 November 2012

PAI TEE

 Assalamualaikum & good day.

Eksperimen mommy membuat pai tee ni dah berlaku untuk kali ke-2 weekend lepas. 1st eksperimen mommy buat masa Jamuan Hari Raya Haji lepas. Alhamdulilah 1st trial menjadi walau ada juga yang defect. So 2nd time ni dah relex sikit & dah tau mcm nak counter the problems. Yang mommy perasan problem yang paling ketara ialah suhu minyak gorengan tu. Tak boleh terlalu panas & acuan juga tidak boleh terlalu panas. Pepepun, untuk makan sendiri kira cun le ni tapi kalau nak bz mmg xtahu le customer approve ke idok. Hehe!!! tengok le rupenya ada yg kembang, ada yang kuncup. Yang penting masuk mulut semua sodapppp!!!

Masa 1st trial dulu mommy buat inti ala2 popiah tu & sedap cuma biasale 3A mmg anti-vege. Tapi masa tu buat untuk jamuan, okey le sebab tetamu makan. 2nd trial ni plak mommy malas dok penat2 masak inti ala popiah tu end upnya nanti xabis. So mommy just guna instant mix vege (carrot+peas+corns). Top up plak dengan scrambled egg, pastu cicah dengan sos+mayonis. FAST & SIMPLE.




Acuan pai tee ni mommy beli online dgn K.Jee. Resepi plak lama dah simpan dalam draft, since last year (serius lupa dari siapa, tapi rasa dari CMG - walau mommy google semula xde plak sukatan ni dalam N3 dia). Pepepun, kepada empunya resepi asal ni mommy minta izin halalkan mommy guna & bagi kami merasa hasilnya. 

Bahan2 Kulit:
100 gm tepung ubi
100 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
1 biji telur
Air secukupnya..saperti buat kuih dadar
Garam
Minyak untuk menggoreng...cara deep-fry

Caranya:
1. Campur semua bahan dan gaulkan sebati (adunan jangan terlalu cair).
2. Panaskan acaun pai tee dalam minyak panas.
3. Celupkan ke dalam bancuhan tepung.
4. Celupkan semula ke dalam minyak panas.
5. Biarkan hingga kulit tertanggal sendiri.
6. Goreng sehingga kekuningan.
7. Angkat dan toskan.
8. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
9. Masukkan inti ke dalam kulit pai tee dan hidangkan bersama cili sos.

Bahan2 Inti:
Sengkuang (parut halus)
Lobak merah (parut halus)
1 keping tauhu goreng (potong dadu kecil)
100 gm daging ayam (cincang halus) * boleh digantikan udang jika suka
1 biji telur (buat dadar dan cincang halus)
Garam
Minyak untuk tumis

Caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan isi ayam/udang.
2. Kacau sebentar.
3. Masukkan semua bahan dan garam
4. Kacau rata sehingga layu/masak.
5. Masukkan telur yg dicincang.
6. Isikan dalam kulit pai tee yg telah siap digoreng tadi.


p/s:
Cara Fast & Simple mommy:
1. Celur mix vege (jgn lama nanti lembik).
2. Toskan mix vege & masukkan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan sesudu mentega ke dalam mix vege yang masih panas & digaul rata. Perasakan dengan sedikit garam & lada sulah (jika suka).
4. Semasa menghidang pai tee, masukkan mix vege ke dalam pai tee & tambahkan telur dadar/ isi udang.
5. Sesuai dicicah bersama sos cili & mayonis.


Sunday, 18 November 2012

Seafood Chowder & Brioche Bread

Assalamualaikum & good day.
I had heavy flu for the past few days & terribly itchy nose. Had no sinus in my history but seriously it seem i have now (my self guessing sebab x g clinic pun). Ya ALLAH, please forgive & wipe away all my sins, Amin3x...
No new N3 doesn't mean i didn't cook @ we have no life. Laziness is the best to describe me last few days. Alhamdulilah, today i fell fresh (walau masih sneezing) to jot down my new experiments. 



These meal supposed to serve during our dinner last nite but again laziness (hehe!!!) so they turn out on this bright morning. Bit worried kot2 daddy xsuka pagi2 buta mengadap 'so call' mat salleh carca marba breakfast ni( bkn sbb dia xsuka western food tapi byk cekadak dok compare dgn yg dia dah tried worldwide), but i'm so happy because he did like them (so much i think because he kept scooping the chowder in his bowl). 

I copy this chowder recipe from Canadian blogger quite sometimes (dah xjumpa pun N3 dia pasal resepi ni, mungkin nama lain kot)
 & the bread just follow step by step from Kenwood BreadMaker booklet. So, guys let carca marba......




Bahan2:
1 btg Carrot (dadu/cincang)
1 btg Celery (dadu/cincang)
3 biji ubi kentang (kupas kulit & dadu)
1 litre stock ayam (mommy bubuh 2 sudu besar chicken stock +1 litre air)
2 btg jagung (mommy guna corn kennel dlm tin)
500g marinara mix (campuran hidupan laut)
200ml cream
Garam (kalau guna chicken stock blh skip garam)
Serbuk lada hitam
2 sudu besar fresh chives (mommy guna dry chives)
2 sudu besar fresh parsley (mommy guna dry parsley)


Caranya:
1. Masukkan carrot, celery, ubi kentang & stock dalam periuk. Tutup periuk & didihkan stock.
2. Apabila mendidih, keluarkan sayur-sayuran tadi & kisar sehingga lumat. Kemudian, masukkan semula ke dalam periuk.
3. Masukkan jagung & masak sehingga jagung lembut (kalau guna jagung mentah lama sikit la, kalau guna yg dlm tin xperlu lama sangat. Dalam 10 minit cukup).
4. Masukkan marinara mix & masak lagi sehingga semua seafood tu lembut & masukkan cream (mommy kisar lumat juga marinara mix tu sebelum masukkan cream sebab 3A xsuka kalau nampak semua seafood tu berketul2 especially mussel).
5. Kacau sehingga rata cream & semua bahan2 & taburkan daun bawang/chives & parsley.
6. Hidangkan segera bersama roti.

Okey utk Brioche Bread plak simple je sebab mommy guna breadmaker. Kalau u all xde BM boleh juga uli dengan tangan & bakar dalam oven mcm biasa. So, mommy buat seperti berikut untuk 500g loaf:


Bahan2:
130ml susu segar
1 biji telur
80g butter
350g tepung roti
1 sudu teh garam
30g gula
1 sudu teh yis

Caranya:
1. Masukkan semua bahan2 di atas mengikut turutan dari atas ke bawah ke dalam BM.
2. Tekan programme 6 & tunggu aje siap masak (proses ni amik masa dalam 3jam lebih).
3. Bila dah masak, keluarkan dari BM & sejukkan roti sebelum di potong.
4. Bila masa nak makan dengan chowder tu, baru toast atas non stick pan. Bagi hangit2 sikit roti tu lagi 'vintage'. Bila makan, ranggup di kulit & gebu di dalam!!!


Monday, 12 November 2012

Beautiful Horses

Assalamualaikum & good day.
Harini N3 santai sambil layan angan2 mat jenin mommy jap. 

Location: Royal Brunei Polo & Riding Club, Jerudong Park, Brunei Darussalam
Model : Horses & 3A + R (mommy & the kids)
Photographer: Big 'A' (daddy)
Concept: Carca Marba 
(hehe!!!masa kami bt sesi photografi ni ada couple ala2 cowboy sesat tgh shot gak. Mesti pelancong jakun mcm kami gak)

Just for ur info, Jerudong Park ni mmg among beautiful & prestige spot @Brunei Darussalam. 

Within Jerudong park itself ada terdapat banyak tarikan2 & kemudahan2 untuk masyarakat setempat juga untuk pelancong seperti Jerudong Park Playground, BRIDEX exhibition centre (mcm PWTC kita la), Jerudong Park Medical Centre (private hospital), Polo Club House, Hotel & Resort, Golf Course & etc. 


In this area juga ada terdapat  istana- istana kerabat Sultan Brunei dikenali sebagai Istana Nurul Izzah  & Istana Darut Taqwa


Yang paling menarik bagi mommy ialah persekitaran Jerudong Park itu sendiri yang masih mengekalkan kehijauan & keindahan alam semulajadi. Suasananya juga amat redup dengan deretan pokok2 besar di sepanjang jalan.

Pancuran air bermotifkan kepala kuda juga sangat unik & mencerminkan identiti Royal Brunei Polo & Riding Club. 



Sebaik sahaja memandu masuk ke kawasan Club, kami dapat melihat seluas mata memandang kandang2 kuda di kiri & kanan jalan. Memang tempat ni open & tiada kawalan keselamatan yang ketat sepertimana keadaan Polo Club @Malaysia yang hanya membenarkan individu2 tertentu (club members shj) yang memasuki kawasan club. Kuda2 juga dibiarkan bebas di kawasan terbuka (ada le pagar kayu je).

Kuda2 tu pun agak jinak & tidak merengus2 bila kami menghampiri mereka (siap boleh usap2 lagi tapi dari luar pagar le). 




Masa ni le mommy dok terbayang2 mommy jadi heroin dalam citer DALLAS (eh, u al tau kan citer bersiri yg glamer zaman 80an-90an ni?). Hehe!!!! bukan apa mommy sebenarnya mmg ada teringin nak riding a horse ni (dah lama berimpian ni, malu nak story kat sapa2). Kiranya riding a horse ni salah satu le impian/keinginan yg belum berkesampaian selain dari terer berenang & naik belon panas. Kalau dapat beli seekor & bela belakang rumah best ekk?


Hahaha!!!!korang mesti gelakkan tah apa2 le impian mommy. Dulu masa bercuti ke Fraser Hill (tahun 2007), ada peluang nak naik (ala round satu pusingan je pun bukan riding lompat2 pagar tu) tapi masa tu mommy early pregnancy kat Ahdia. So, xberani nak try kot2 jatuh gedebuk, abis penyet Ahdia dalam peyut. Yang naik masa tu daddy & Arfa. Anis kecik lagi, xmau naik dia.


Swimming plak, tak tau le nape tapi mmg fobia abis kalau masuk dalam air. Seingat mommy sedari kecik, abg2 ipar dah nak ajar siap sorang pegang kaki & lagi sorang pegang badan (apung gitu) tapi tak dapat2 jugak. Bila dah kawin dgn daddy, awal2 dulu beria2 daddy nak ajar. Sama jugak siap pegang bagi apung badan mommy tapi tetap xjadi jugak. Last2 daddy pun dah boring leni bila mommy mitak dia ajar. Huhu!!!kesian mommy takde org berjaya ajar mommy swimming. 

Eh!!!tapikan u al, walau mommy tak tau berenang tapi mommy dah masuk dalam laut tau tgk keindahan underwater @Pulau Redang, Terengganu. Syokkk!!!time tu training masa teacher course tahun 2003. My best friend K.Zuhana yg tukang bawak mommy atas belakang dia. Hik3x...ala2 anak dugong melekat @badan mak dugong le masa tu. Tapi serius mula2 takut, pastu seronok plak.




Belon panas tu plak ada citer yang frust. Dulu2 ada change nak p Turki & berangan2 naik belon udara tapi impian berkecai sebab tak kesampaian ke Turki. Yang ni xde la rasa ralat sangat sebab mmg tahu kemampuan diri yg serba kekurangan (aiseh!!!ayat sedih mengenang nasib badan yang xmampu p Turki).

 Eh!!!xyah le merapu2 mommy ni, biar u al layan gambar2 kuda yang sangat cantik ni. Btw kuda mmg seksi & mempunyai figure yg cantik (hik3x.....pendapat mommy le) kaki yang runcing, muka yang tirus, badan yang berlengkuk2 & yang paling seksi ekornya tu, hehe terbuai2 ditiup angin. LAYAN gambar2!!!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...