بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 20 October 2011

Clams in oyster sauce

Good day & may ALLAH bless all of us, amin.
My routine of cook basically cycle back day to day of all chicken. Huhu!!!i can say that those 3A can't live without chicken especially Arfa. Some other day, i had chat with daddy about having our own chicken breeding farm because of 3A just love chicken very much. . Wakakaka!!! funny hah, but who knows maybe one day mommy become 'tokey ayam' tersohor. Just imaging ' mommy Ros's chicken farm'.
Hello2x......come back to reality ok. Heheh!!!just joking :P
Actually i want to share with u all our lunch meal that is totally NOT CHICKEN. Hehe! It's clams in an oyster sauce. It called so because the recipe is using osyter sauce to enhance the taste of the clam itself. Come & try the recipe yourself. Btw forgot to tell u al, as usual i did prepare fried chicken just for 3A.What to do? BORING!!!



Bahan2:
  • Clam (kepah/lala)
  • Halia (1/2 inci-dihiris nipis)
  • Bawang putih (2 ulas-diketuk hancur)
  • Bawang besar (1 biji-dihiris)
  • Cili merah (1 biji-dihiris)
  • Daun bawang (1 batang-dikerat)
  • Asam keping (1 keping)
  • Sos tiram (2 sudu besar)
  • Sos ikan (2 sudu besar)
  • Garam
  • Air
  • Minyak

Caranya:
  1. Tumiskan bawang putih&halia sehingga garing.
  2. Masukkan clam & masak sehingga garing.
  3. Kemudian tambahkan sos tiram, sos ikan, garam & asam keping. Tambahkan sedikit air.
  4. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah & daun bawang.
  5. Sedia untuk dihidang.



KERABU PUCUK PAKU


As salam.....memandangkan balance pucuk paku masih ada lebihan mommy buat masak lemak tempohari, so mommy plan buat kerabu le plak. Last buat kerabu masa puasa, mommy & mok buat kerabu jantung pisang. Basically sama je ramuan utk kerabu sayur-sayuran apa2 pun (kata mok untuk selera org pantai timur le).
So, u al blh refer kat sini resepinya ye. Tukarkan nangka muda dengan pucuk paku je.

Tuesday, 18 October 2011

BILA AWAN BERTASBIH...

As salam....petang ni mommy malas nak prepare menu utk 'tea time' sbb murtabak mini semalam ada lagi. Arfa blk sekulah ugama hidang yg tu jelah.

So, petang ni rasanya relax skit utk mommy share peristiwa HEBAT yg berlaku di Brunei. Kalau sehari dua ni kita didedahkan dengan begitu byk kisah ngeri&menyayat hati ttg bayi&kanak2. Kes2 sebegini membuatkan kita terfikir seolah2 manusia sekarang ni sudah hilang pertimbangan & tiada naluri.
Kalau sebelum ini, mommy pernah dengar ceramah oleh YB Dato Dr Harun Din (di RTB 1). Beliau bercerita ttg Rawatan Islam, kata beliau semua penyakit yang berlaku ke atas manusia baik zahir @ batin semuanya berpunca dari Hati . Kalau hati kita sudah sakit, semua anggota badan kita akan sakit terutamanya OTAK (memang mal-function le ia). So, dipendekkan cerita, bagaimana kita nak rawat hati kita ni dari jatuh sakit? Jawapannya: Dengan kembali kepada agama&as sunnah....Yg paling utama pegangan kita kepada ad-din (cara hidup islam).....Apa itu AD-din???? Yang paling basic wahai sahabat Solat 5 waktu. Betapa ramai kita tengok masyarakat hari ini yg memandang remeh ttg solat 5 waktu padahal itulah pendinding kita dari melakukan kemaksiatan. Kita mmg tidak dapat tidak menggelak dari bertemu dgn kemaksiatan di Malaysia (byk sgt konco2 syaitan yg berleluasa..hahaha!!) sekurang-kurangnya jika kita solat 5 waktu hati kita akan kuat untuk melawan godaan syaitan. Kalau kita lihat masyarakat kita hari ini terutama di Malaysia, semua org berlumba2 mengejar harta (kadang2 tu bukan tamak harta tapi disebabkan tuntutan yg banyak). Maka, hampir 3/4 masa dihabiskan di luar rumah samada di habiskan di perjalanan@di tempat kerja masing2. Kesudahannya, anak2 & keluarga terpaksa diserahkan tanggungjawabnya kepada MAID (yg skrg ni dimonopoli oleh Indon2). Maid pun, kalau dulu2 mungkin mereka ni betul2 ikhlas nak bekerja menjaga rumahtangga kita tapi hakikatnya sekarang lebih banyak yg masuk ke negara kita atas dasar nak balas dendam (Allahualam). Kita sebagai parents pun tak boleh nak monitor apa anak2 kita buat kat rumah (kalau org kaya xpela blh pasang CCTV setiap sudut rumah) nak tgk apa aktiviti anak2 tapi yg biasa2 mcm kita? Kalau terpaksa melalui kehidupan yg sebegini (dah xde pilihan kan) xpela kita redha tapi yg paling penting solat 5 waktu jgn miss. Bukan maid kita yg kawal/selamatkan anak2 kita @ polis @ askar @ cikgu2 dia tapi walau dalam apa jua keadaan hanya ALLAH yg berkuasa menjaga keselamatan anak2 kita... Kalau kita tak solat mcm kita nak minta tolong ALLAH jaga anak2 & keluarga kita dari bala @ kemaksiatan...... LU PIKIR LA SENDIRI!!
Yang kedua kata Dato mulut kita ni jgn la lokek nak memuji ALLAH dengan berzikir. Kalau memuji kekasih hati senang je kita ye memuji memuja tapi dgn ALLAH kedekut....Kalau kat KL tu tahu sgt le mana ada hari yg x jam (hari raya kot@jalan tutup...hehe,lengang la), so daripada kita dok memaki hamun kereta2 yg berduyun2 cilok sana,cilok sini baik le kumat kamit kita memuji ALLAH. Paling senang pasang je CD zikir dalam kereta. Hati kita yg terbakar tadi tu sure sejuk bak salju. Hehe!!! Banyak lagila amalan2 yg patut kita buat sejajar dengan tuntutan Ad-din tapi mommy highlight 2 ni je yg paling utama & berkait dengan N3 mommy petang ni (ala2 syarahan ustazah dah ni)....
Yang sebenarnya mommy nak share dgn u al especially 3A ttg kejadian pelik tapi benar (ALLAHU AKBAR) yg berlaku minggu lepas di Brunei. Kejadian pada jam 7am ; 12 oktober 2011. Beberapa insan terpilih diberi peluang melihat kepulan awan yg berbentuk kalimah ALLAH. Subhanallah!!! Itulah yg dinamakan awan pun bertasbih kepada ALLAH tapi kita manusia ramainya yg bongkak, sombong dengan Penciptanya sendiri. Bagi mereka yg melihat merasa begitu bertuah kerana seolah2 bumi Brunei dirahmati olehNya (Allahualam). Tapi bagi mommy mmg envy dengan org2 Brunei yg bertuah kerana pemimpin mereka seorang yg bertakwa dengan banyak mengikut ajaran Islam dalam memimpin rakyatnya. Negara Brunei juga dilabelkan sebagai negara zikir kerana dimana2 sudut perjalanan tidak lekang dengan signboard ZikirulAllah. Walau rakyatnya juga berbilang kaum tapi masyarakat islamnya masih kukuh iman&nilai2 kemanusiaan. Hubungan kekeluargaan antara mereka cukup kuat (contoh paling simple htr anak2 & ambil anak2 ke sekolah. Dua2 parents hantar pergi & balik). Kadang2 malu mommy dengan org2 Brunei bila berulang2 kali kejadian pembuangan& kini peyeksaan ke atas bayi begitu berleluasa di Malaysia. Rasanya kalau hukum HUDUD dilaksanakan di Malaysia mungkin tak timbul lah kes2 maksiat & pembuangan bayi ni secara berleluasa.....
Apapun, kalau kita tak mampu untuk mengubah sebuah negara tidak mengapa yang penting ubah la keluarga kita menjadi sebuah keluarga islam yg mematuhi ajaran ALLAH......Insyaalllah.
Gambar pertama di ambil oleh hamba Allah 'A' dari rumahnya.


Gambar kedua oleh hamba Allah 'B' dari beranda rumahnya

Gambar ketiga diambil oleh hamba Allah 'C' seorang guru dari perhimpunan sekulah.

MURTABAK MINI


As salam...
Entry tertunda menu petang semalam. Idea dtg dr kwn kat sini yg buat masa open house dia raya aritu. Tak ku sangka, senangnya nak makan murtabak walau xde mamak depan mata. Hehe!!! berlagak tak abis2 kalau berjaya dgn eksperimen dia mommy ni (mcm ayat Arfa Zafran bila mommy dok 'act' depan dia kalau berjaya buat something). Yelah, klau kita bangga dengan diri kita maknanya kita berpuas hati dgn hasil usaha kita. Jgn pulak kita g menunjuk2 kat org yg kita ni hebat bebenor. Lagipun sekadar hiburan sesama 4A+R. Secara indirectly, kita mengajar anak2 supaya berusaha untuk mendapatkan sesuatu, bila berjaya dapat of course kita merasa kepuasan atas usaha kita.

Laa. Lupa nak habaq resepi ni mommy dpt info dr Pn Nora (kwn Msia sama2 @Brunei ni) dia ambik resepi dlm MyResepi. Cuma dlm MyResepi tu tajuk dia 'Murtabak Segera' oleh minami133. Mommy ubah tajuk sebab size dia damit(kecik la translate bahasa Brunei) & lagi satu kalau nak ikut segera x jugak sbb u al kena masak inti dia dulu, sama mcm yg biasa cuma kulitnya aje kita modified pakai kulit popiah. Hehe!!! jgn mare ye minami133. Memang glamour sungguh resepi dia ni sampaikan beribu2 thumb up dpt. Tahniah utk hasil kreatif minami133. Satu lagi dlm resepi minami dia xde attach pencicah either kari @ cuka bawang, so since mommy ni org pantai timur kami mmg suka makan murtabak dgn pencicah cuka bawang, mommy attachkan sekali resepi utk pencicah cuka bawang ye. Tengok la kat bawah.

Bahan-bahan ( mommy dapat 12 keping )
*100 g daging cincang (mommy guna daging ayam)
*2 biji ubi kentang 
*1 1/2 sudu besar rempah kari
*1/2 biji bawang besar 
*1 ulas bawang putih (kisar)
*daun sup (mommy tak letak sbb 3A xsuka sayur-leceh nak kena kutip)
*minyak (mommy guna marjerin- lagi ranggup & xresap minyak sgt)
*1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
*kulit popia
*2 biji telur

Cara-cara
1. Mula2 buat inti utk murtabak. Caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. Tumiskan bawang.
2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn sedikit air. Goreng sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging cincang.
3. Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.Masukkan garam dan ajinomoto. Jika terlalu kering, tambahkan air. Masak sehingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan daun sup.
4. Pukul telur di dalam mangkuk. Masukkan inti tersebut ke dalam telur. Kacau sehingga sebati.
5. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak bentuk segiempat. Cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
6. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak/marjerin.

Untuk Pencicah Cuka Bawang

Bahan2:
*Bawang besar (dihiris nipis)
*Cuka makan (2 sudu besar)
*Garam (1/2 sudu teh)
*Gula (2 sudu besar)
*Pewarna makanan (biasanya warna merah)
*Air suam (6 sudu besar)


Cara
1. Hiris bawang nipis2 & rendamkan di dalam pewarna makanan ( titikkan 1 titik pewarna merah di dalam semangkuk air).
2. Dalam mangkuk yang lain,masukkan cuka & ditambah dengan garam & gula.
3. Akhir sekali masukkan bawang tadi (ambil bawang sahaja)
4. Sedia untuk dijadikan pencicah murtabak.

Sunday, 16 October 2011

TOMYAM KETAM



Ini plak partner kepada kerabu seafood mommy. TOMYAM KETAM.....Selalunya ketam ni kalau buat berkuah mesti buat masak lemak. SO, again nak avoid lemak berlebihan mommy crack my head fikir menu yg berair je. Kalau rebus ketuk serai je daddy xminat so, tomyam ni ada le jugak perasa tambahan kepada manis isi ketam tu. Alhamdulilah, tak sia2 sebab mmg sedap la

KERABU SEAFOOD


As salam.... last friday mommy served KERABU SEAFOOD as part of our diner menu. Actually quite sometimes dah xbuat kerabu seafood ni. Since undergo 'diet program' ni mmg selera tu tune lebih kepada menu2 yg kurang berlemak. Hehe!!! yg kelakarnya menu utk nasi kurang lemak tapi petang2 'gomol' cheesecake (sedap sgt). Kejap2 bukak peti ais ngap sekeping, jap lagi bukak plak, ngap lagi sekeping.... Mengalahkan Arfa yg hantu cheese. Mcm nak reduce weight ni?

Takpe la, korang tunggu & lihat jelah hasilnya menjadi @ tak. So, kerabu seafood ni mmg sesuai utk serve dgn nasi @ sedap juga kalau diratah macam tu je. Cara penyediaan pun senang & cepat.


Sumber: Majalah Rasa (keluaran Mac 2008)......Huii berzaman.

Bahan2:
  • Sotong (2 ekor dipotong bulat2)
  • Udang (10 ekor dibuang kulit)
  • Isi ketam (5 batang)
  • 2 batang serai (dihiris nipis)
  • 3 helai daun limau purut (dihiris nipis)
  • Cili padi (dihiris nipis)
  • Tomato -mommy guna cheery tomato (dibelah dua)
  • Bawang besar (dihiris nipis)
  • Sos ikan (2 sudu besar)
  • Jus limau nipis/lemon (3 sudu besar)
  • Garam

Cara2:
  1. Mula2 celur sebentar sotong, udang & isi ketam. Jgn lama sgt nanti isinya lembik.
  2. Dalam mangkuk besar masukkan sos ikan, jus limau nipis & gula. Kacau.
  3. Masukkan seafood; sotong, udang & isi ketam. (Boleh juga letak kerang/isi ikan/mussel etc)
  4. Tabur serai, daun limau purut, bawang besar, tomato & cili padi.
  5. Gaul rata semua bahan.
  6. Sedia dihidang.

Saturday, 15 October 2011

KEK KURMA

Minggu ni mommy nak buat projek clearance stock buah2 kurma yg berbekas2 lagi tak habis. Alhamdulilah menumpang rezeki abang&kakak yg menetap di Arab Saudi maka bekalan kurma tak pernah putus2. Ada tu bekalan kurma yg dari tahun lepas. Hehe!!!dah kematu&berbubuk buahnya. Simpan punya simpan dah bertahun tak sedar. Lagi pulak @Brunei ni setiap kali masuk ramadhan setiap ahli rumah dapat kurnia buah kurma dari Sultan Hassanah Bolkiah setiap tupperware seorang. Macam kami 5 orang ahli rumah dapat lima bekas le puasa tempohari. So, u al blh bayangkan la betapa banyak stok kurma kami. Itu yg berlebih2 sgt. Dah lama sebenarnya mommy nak buat kek kurma ni tapi tak jadi2 (entah le, bila ingat-malas; bila rajin-lupa).....So alhamdulilah baru harini berjaya menggodek isi2 kurma tu utk buat kek. Tadi google cari resepi kek kurma jmp si azira ibrahim ni. Dia ala2 mommy gak le x terer baking membaking ni tapi blh je tgk kek dia. So, setakat harini mommy guna resepi dia la dulu...next time try yg org lain plak. Banyak lagi tu balance kurma :D


Bahan-Bahan
  • 1 cawan kurma - buang biji
  • 1 cawan gula pasir(mommy guna brown sugar)
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

  1. Blend telur dgn gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila dan seterusnya masukkan kurma.
  2. Di dalam bekas yg lain, ayakkan tepung dgn soda+baking powder.
  3. Masukkan bahan yg di blend ke dalam bekas tepung yg di ayak tadi.
  4. Masukkan minyak...dan kacau hingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah hingga masak...lebih kurang 45 minit.
  6. Boleh la makan...


PERFECTO!!!!!!


Biorle deme nak kata apa ye tapi mommy rasa syiok&bangga sangat sbb this is the best cake ever yg mommy baked. Hehe, bukan saje lembut tapi rupanya elok sgt2 terbentuk. Takde senget benget @ hangit ke hapa.....Rasanya jgn cakap le, kik3x secukup rasa ;)

Friday, 14 October 2011

CIK MEK MOLEK.......come lote!!!



Menu minum petang harini mmg selalu sgt mommy buat sbb favorite turun temurun & senang. Tapi harini rasa mcm lebih sedap plak (hehe!!!puji sendiri) cik mek molek mommy. Itu yg rasa nak jot down resepinya supaya in the future dpt sukatan yg betul. Selalunya mommy pakai hentam je sukatan tepung. Kadang2 ok, kadang2 terkeras, kadang2 terlembik..... Harini buat just nice & lembut sangat isi 'cik mek'.
So, mari kita tengok sukatan yg ngam utk cik mek molek come lote.

Bahan2:
  • 2 cawan keledek (rebus & lenyek)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • Gula
  • Minyak

Cara2:
  1. Mula2 sekali rebus & lenyekkan keledek (Guna keledek yg warna oren lagi sedap).
  2. Masukkan tepung & gaul rata (ramas2 guna tangan).
  3. Bila tepung sudah sebati, ambil sekepal ( dalam anggaran bola golf-hehe, tau ka bsr mana tu?)
  4. Bulatkan & kemudian leperkan doh. Masukkan gula pasir 1 sudu teh.
  5. Tutup semula doh & bentukkan lonjong (standard bentuk cik mek la ni).
  6. Goreng dalam minyak penuh sehingga garing.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di hidang (kalau ngap masa panas2, jawabnya tergam terus mulut tu).

KEREPEK ISI KETAM /Crabstick chips


As salam.....N3 kali ni mommy nak jot down something yg mungkin ramai org x tahu. U al semua tahu kan 'crabsticks'? Hehe, since bulan puasa yg lepas mommy come across org @Brunei ni famous dgn kerepek ketam especially during Hari Raya. Dorg buat kudap-kudapan la mcm kita famous dgn keropok ikan (kat sini pun ada keropok ikan). Mommy 1st tgk kat FB ada org jual kerepek ketam ni online. Mula2 tu dok ingat mmg isi ketam yg fresh tu, tapi bila amati betul2 rupanya dorg guna crabsticks.....Lepas tu mommy mula la dok perati rupa&cuba mencari resepinya. Alhamdulilah bila try buat masa nak raya tempoh hari mmg sedap. So, this time baru mommy berkesempatan jot down resepinya utk tatapan semua yg nak try especially to my lovely Anis&Ahdia.

KRUK KRAP !!! KRUK KRAP!!!!! ranggup....

Ini rupa crabsticks yg telah dicarik2.

Bahan2:
  • Isi ketam (crabstick)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara2:
  1. Bukak plastik pembalut crabstick tu & carik2 kan isi ketam.
  2. Goreng isi ketam yg telah dicarik2 tadi menggunakan minyak yg banyak.
  3. Goreng sehingga garing.
  4. Tos & pastikan betul2 sejuk sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
  5. Apalagi, duduk depan TV.......KRUK KRAP!!!KRUK KRAP!!!!

Tuesday, 11 October 2011

NANDOS SET.......sendiri bikin


Hehe!!! tayang jelah....Org diet ni mmg khayalan dia dasyat2 mengalahkan org mengidam. Dinner biasanya 4A mmg makan nasi (perut melayu asli katakan, mesti mau nasi). So, mommy yg konon2 nak berdiet ni mmg selalu le mencari alternative yg blh d match org nak makan nasi & set diet mommy....Imaginasi malam ni teringat kat si NANDOS yg begitu menggiurkan. Huhu!! mana mau cari Nandos @Tutong ni. Kalau ada pun mesti @Bandar seri Begawan (jauh tu nak drive malam2 ni).....So, apalagi kita eksperimen sendiri le.

TARRA!!!!!!

Ala2 set Nandos jelah, bukan pun sedibik sama. Actually ayam ni mommy goreng je (Nandos bakar kan).....Nak cepat punya pasal, boleh la janji sedap mulut mommy makan. Yang plg syiok sayur Nandos sbb dorg grill so mommy grill le kejap atas stove guna non-stick pan. Pastu letak sayur, renjis2 skit olive oil. Wow!!! mommy mmg suka sayur grill ni. Untuk melengkapkan set Nandos ni mommy ingat dorg letak grill corn, hehe nak senang & cepat mommy guna je sweet corn dlm tin.
Emmph!!! mmmg cedapppppp. Perah lemon skit. MANTOP!!!!!

Sunday, 9 October 2011

Sardine roll


As salam.....breakfast kami d pagi Ahad ; sardine roll. Lama bebenor tak makan sardin, tiba2 aritu teringin nak makan sardin. So, masa listing groceries tu add on sardine plak. Masalahnya, 4A tu semua mana nak layan sardin2 ni. Asyik ayam memanjang. Naik muak mommy tgk ayam pun.
So, utk try market laku ke tak sardine ni mommy decided nak buat sardine roll. Kalau buat french toast (roti celup telur) dorg ni suka, so kira ala2 french toast gak le resepi ni cuma ada inti sardine kat dalam.

Bahan2:
  • Roti slice (mommy guna gardenia)
  • Sardin
  • Bawang besar (1 biji sederhana besar)
  • Bawang putih (2 biji ditumbuk)
  • Garam
  • Sos tomato
  • Telur (2 biji dipukul kembang)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara:
  1. Mula2 sekali tumis bawang putih&bawang besar sehingga garing.
  2. Masukkan ikan sardin (tanpa kuahnya). Masak sehingga ikan sardin garing.
  3. Masukkan 2 sudu sos tomato & garam.
  4. Tuangkan kuah sardin semula & masak seketika.
  5. Padamkan api & masukkan sardin ke dalam mangkuk.
  6. Lenyekkan isi ikan sardin.
  7. Ambil sekeping roti & roll mneggunakan roller (utk elak roti menyerap minyak semasa menggoreng).
  8. Sapukan inti sardin di dalam roti & gulung roti dengan kemas.
  9. Celup roti ke dalam telur & goreng sehingga garing.
  10. Angkat & toskan.
  11. Ulang langkah 7-10 sehingga inti habis.
  12. Sedia untuk hidangan pagi mahupun minum petang ;)

Oreo Non-baked Cheese Cake

As salam...
  • Ini mommy nak jot down resepi cheesecake non baked.....Mommy tgk dlm youtube 2 resepi cheese cake & combine the two become my own cheesecake non-baked resepi. Yang pertama oleh nicko's kitchen utk buat topping (paling senang yg mommy jumpa). Yang kedua resepi oleh yoyomax12 utk buat based non-baked.....Kalau nicko's kitchen dia guna ready made pie crust sebagai based.


  • This time is my 2nd time buat cheesecake ni & alhamdulilah sedap & senang. 1st time dulu buat strawberry cheesecake, yg itu mommy buat based guna biskut cream cracker jacob. This time mommy buat guna biskut oreo plak. Topping just tabur chocolate chips........ Nyum 2x!!!
#Bahan2:
  • 180 g biskut cream cracker / oreo
  • 120g butter (dicairkan)
  • 2 ketul cheese Philadelphia
  • 3/4 cawan susu manis
  • 1/2 biji lemon


#Cara2nya:
  1. Utk base ...campur 180g biskut cream cracker(yg dah di hancurkan)+butter(yg dah di cairkan)....agak2 la butter tu biar bila gaul jadi sebati dgn biskut hancur tadi..tp klu ikut sukatan dlm 120g.
  2. Dah gaul sebati,ratakan dlm loyang bulat(tekan kemas2)...pastu sejukkan dlm peti ais kejap (dalam 30minit).
  3. Sementara tu utk lapisan cheese .....guna 2 ketul cheese philadelphia, potong2 sket msk dlm bowl+susu manis 3/4 cups+perah lemon sket(mommy guna sebelah je).
  4. Pastu gaul sebati (guna mixer la senang).
  5. Dah sebati tu, lapiskan cheese atas base biskut yg dah disejukkan tadi.
  6. Ratakan elok2.Pastu biarkan dlm peti sejuk 2-3jam.
  7. Apabila telah dikeluarkan tu,blh la curah strawberry jem/apa2 perasa.Decorate le sesuka hati........senang je. Selamat mencuba

Saturday, 8 October 2011

Moist Chocolate Cake






Resepi choc cake ni mommy dapat dr mak kpd Pn Siti Zaharah(salah seorang kawan dr Malaysia yang sama2 dok di Brunei ni). Masa Majlis kesyukuran haritu, dia bwk & mommy makan sedap sgt sbb keknya lembut&rasanya tidak manis sgt. Apa lagi, tanpa segan silu mommy mitak la resepi dari makcik. Kalau u al nak try boleh la. Btw words tu maaf ye mommy cut & paste je yg zara email (so, broken english/BM terabur le ye). Selamat mencuba n menjamu selera.

Bahan2:

  • 1 bar butter (melt it)
Bahan A)
- Ayak semua bahan A kecuali gula.
  • 200g plain flour
  • 75g coco powder
  • 3/4 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon bikarbonat powder
  • 200gm sugar
Bahan B)
  • 1/2 tin susu pekat (dlm 1 cup)
  • 1 mug warm water (dlm 250ml)
  • perisa vanilla (1/2 teaspoon)
  • 3 eggs

Bahan C (Untuk topping chocolate)
  • 1 cup sugar
  • 2 cups evaporated milk
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3/4 cup water
  • 1/2 cup coco
  • 1/2 cup butter - add in when the above pekat

Cara2nya:
  1. Campurkan melted butter(bila sejuk) with A..stir.
  2. Then..campur B one by one.
  3. Kacau adunan sehingga sebati kemudian tuang di dalam acuan.
  4. Bakar menggunakan suhu 180'C selama 45 minit.
  5. Untuk krim choc (normally i buat 1/2 sukatan coz byk sangat): Campurkan semua bahan C & masak di atas api perlahan sehingga pekat (guna double boil). Pastikan sentiasa kacau krim choc supaya tidak berketul & hangit.


Deco org amatur yg baru nak berjinak2..Boleh la sendiri ngap.

Friday, 7 October 2011

FRUIT YOGURT





YUMMY2x.......

Hehe! resepi paling simple & syiokkk. Anak2 suka, mommy senang hati. Bebudak ni d sebabkan boring x boleh bergerak aktif mcm @Malaysia, so keje dorg ni asyik nak mengunyah je. So, bila mommy buat fruit yogurt ni mmg senang & menjimatkan (hehe!!! yelah, kalau tak dorg makan kalsium tu 2 cups seorang masih xcukup).
Bila campur yogurt + kalsium + fruits = sedap & kenyang.
Ahdia love it sooooooo much.


Yang ini mommy layer kan aja fruits by yogurt by fruits by kalsium. Ala2 mencicah.



Yang ini pulak version gaul rata yogurt & fruits. Boleh simpan dalam fridge utk lebih EMMMPH!



Mudah je nak prepare sbb hanya campurkan fruits dgn yogurt. Fruits tu plak terpulang le citarasa kita nak letak apa. Yang mommy buat this time mommy letak, apples + honeydew + strawberries + rasberries..... SIAP!!!.

Thursday, 6 October 2011

LOMPANG lagi.....



Malam ni ada majlis tahlil kat rumah jiran kami. Mommy tak tau mcm style dorg kat sini tapi better get prepare le satu bekas utk bawak bersama. Disebabkan frust last week buat eksperimen asyik failed je so mommy ingat nak repeat le resepi mana2 yang patut. Kalau buat apam, takut lambat plak nak peram. Yang cepat & menarik rasanya si lompang la....To play save mommy decided to search another resepi yg ada sukatan yg tepat. Sorry bukan mommy cakap resepi zara_kelate tak betul tetapi tak sesuai utk amatur mcm mommy. Kalau ikutkan tukang masak a.k.a blogger tersohor 'Mat Gebu' tu buat guna resepi zara_kelate okey je (maklum le dia dah terer, campak apa pun menjadi). For amateur like me sorry......i better get the right measurement. Bila suruh cik google cari the best resepi lompang at last mommy tertarik utk stick with this blog malaysiandelicacies.blogspot.com The reason why i choose this one were because image lompang dia cantik, sukatan resepinya tepat, setiap warna dicadangkan dgn perisanya sekali & tak gunakan air kapur (air kapur ni silap2 letak blh rasa pahit).YES!!!!! selepas terketar2 mencuba (hehe, bohong le tu kalau gabra gitu sekali) & dibantu oleh my lovely assistant (K.Anis) akhirnya eksperimen membuat kuih lompang mommy telah BERJAYA. Seronok sgt2 bila dapat lompang yang berkilat & lembut. Kalau ikut sukatan yg diberi mommy dapat buat 20biji lompang. So, nak bawak g kenduri tahlil takkan sikit benor nak hulur. Jadinya dengan resepi diberi, mommy terpaksa membancuh sebanyak 3kali (nak buat banyak sekali harung takut tak jadi). Bak kata pepatah "biar lambat, asal selamat"........Alhamdulilah, lega dapat bawak g kenduri tadi. After all mmg style dorg ramai yg bawak juadah (kira sedekah tetamu kepada tuan rumah). Takde la melenggang mak datin lagi malam ni.


Source: malaysiandelicacies.blogspot.com

Ingredients A:
130gm rice flour
100-120ml water

Ingredients B:
120g sugar
250ml water
Screwpine leaf/daun pandan (knotted)

Ingredients C:
50g sago or potato flour

Ingredients D:
¼ tsp rose essence
Pink colouring (2 drops)
¼ tsp vanilla essence (*mommy used banana flavor)
Yellow colouring (2 drops)
Green colouring (2 drops)
(*no essence used because the pandan leaf already give it natural taste)

Coating:
Grated coconut (white part only)
A bit of salt

Method:
1. Combine rice flour with water and knead well. Need not use up all the 100-120ml water.
2. Boil sugar with 250ml water. Add in the knotted screwpine leaf. 3. Once sugar dissolve boil slightly until become syrupy. Leave to cool.
4. In a bowl, place the kneaded rice flour and sago flour. Slowly pour in the sugar syrup and mix well.Strain.
5. Divide the batter into 3 portions. One part add in rose essence and pink colouring. Another part vanilla essence and yellow colouring. The final one add in green colouring since the screwpine leaf gives pandan flavouring to the batter there is no need of flavouring it.
6. Steam 20 small cups(you can use chinese cups ) until hot. When you use 20 small cups, you need to steam 3 times only .
7. Pour the batter filling up to 75% . Steam over high heat for 10minutes. There will be a hollow in the center of the kuih after 5mins. Remove the cups and let cool.
8. Remove the cakes from the cups ,coat with grated coconut mix with salt and serve.

p/s: This recipe gives about 35 kuih lompang (mommy get only 20pcs, maybe the size differ)

Chicken Salad




Ini sambungan Asia Taste Salad.....Untuk memberikan lebih rasa & kekenyangan untuk perut yang baru nak belajar berdiet ni, mommy add in ayam ala2 'KFC' ke dalam salad ni. Pehh!!! ala2 salad 'KFC' tu. Ayam tu u al blh guna ready made ayam goreng ayamas@nuget ayam@pop corn ayam. Tapi yang ini, mommy goreng ayam ( guna dada ayam yang tak bertulang) guna tepung gorengan serbaguna jenama 'Bestari'. Kat rumah kami skrg ni mmg sentiasa ada stok tepung 'Bestari' ni since 3A mmg suka makan ayam ala2 'KFC'. After dah goreng garing ayam tu, hiris ayam tadi nipis2 & gaulkan ke dalam salad. Sedia untuk diNGAP......Hehe!!!sedap&menyihatkan. Lagi satu mmg BALANCE.

Asia Taste Salad (Salad Citarasa Asia gitu)


As salam...Hehe!!!menu diet mommy lagi ye. Layan je la. tapi nak share dgn u al best salad ni sbb rasa cukup ada masam, manis, masin & pedas. Kalau kita imaging makan salad boring je kan nak telan. Rasa sayur sesangat & masam je kalau letak dressing. Actually mommy buat salad ni mmg sbb nak control skit diet mommy ni yang dah terover sgt2 BMI ni. Cuma bila memikirkan rasa yg xsedap nak telan tu emm putus le harap nak buat. Tapi lately ni mommy teringat semula kat salad yg Chef Anis ( yg gaya2 manja tu) buat. Idea ni tercetus bila last week mommy buat salad telur tu le. Itu yg terfikir yg kita boleh variety kan salad ikut taste kita sendiri. Mommy teringat semula kata2 Chef Anis yg kalau kita nak diet jgn makan salad dgn dressing sbb itu pun byk lemak, cuba buat sendiri sos salad guna olive oil. So, this time mommy olah sendiri sosnya based kepada basis ingredients yg Chef Anis tu highlight "OLIVE OIL". Cuba la ;)

Bahan2:
  • Lettuce
  • Bawang besar
  • Cherry tomato
  • Purple cabbage
  • Olive oil
  • Garlic savor seasoning (Kalau xde garlic seasoning ni u al just ketuk 2 biji bawang putih & masak dengan minyak zaitun sehingga kekuningan. Biarkan sejuk dulu minyak zaitun & bawang tu baru campur dengan salad)
  • Garam
  • Sos cili thai

Cara2:
  1. Selepas dibersihkan semua veggie, toskan seketika.
  2. Dalam mangkuk salad ( mangkuk besar), masukkan 1/2 cawan olive oil.
  3. Tambahkan 2 sudu besar minyak bawang putih (garlic seasoning).
  4. Kemudian tambahkan 3 sudu besar sos cili thai & sedikit garam. Gaul sehingga sebati sos tadi.
  5. Apabila veggie telah kering, masukkan ke dalam mangkuk berisi sos tadi. Gaul salad sehingga rata.
  6. Sedia utk dihidangkan.

Wednesday, 5 October 2011

IKAN TENGGIRI MASAK ACAR



As salam.....N3 kali ni ttg resepi ikan masak acar. Teringat pulok kat mok sbb bln puasa yg lepas menu ni la salah satu menu yg mok suka. Dia dah muak dgn lauk pauk yang pelbagai, jadi bila masak ikan acar ni terasa le masam2 manis lidahnya, baru berselera nak makan. Tak kata kat mok seorang, mommy pun kadang2 naik muak makan lauk pauk especially yg berlemak. So, bila sekali sekala makan masak acar ni laju je makan nasi. Simple je sebenarnya resepi ni & utk sesetengah orang mungkin tak biasa tapi bagi family mommy memang biasa masak simple mcm ni. Ingat zaman kecik2 dulu masa duduk dgn 'umi'@ che long pun menu ni antara favorite jugak. Okey utk 3A @ u al yg nak try menu ni, kat bawah mommy jot down resepinya.

Bahan2:
  • 3 keping ikan tenggiri (blh juga guna ikan kembung)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 batang timun batang (potong tebal2)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • 1 biji bawang besar (hiris tebal)
  • 2 biji bawang putih (hiris nipis/tumbuk)
  • Cili kering kisar/cili boh
  • Cuka makan (3 sudu besar)
  • Garam
  • Gula
  • Minyak

Cara2:
  1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit & garam. Perap sebentar.
  2. Goreng ikan sehingga garing & tos.
  3. Untuk kuah: Tumis bawang putih, bawang besar sehingga garing.
  4. Masukkan cili boh & goreng lagi hingga garing. Kemudian masukkan semangkuk air.
  5. Masukkan timun batang & cili ke dalam kuah. Tambahkan cuka makan, garam & gula.
  6. Renih kuah seketika, akhir sekali masukkan ikan goreng tadi ke dalam kuah.
  7. Apabila ikan telah sebati dgn kuah angkat & hidangkan.

Pasembor Penang Style

Ini kali kedua mommy try resepi dari s_shamen ni since kami @Brunei. Yelah, kalau @Malaysia senang nak dapat makan pasembor yg best2, nak2 kalau kami balik Kulim. Sure pergi Penang pekena 'Pasembor' & Char Keaw Teaw. So, bila dah d perantauan ni bila teringin nak makan kena buat sendiri le sbb @sini kami blm jumpa lagi pasembor yg sama mcm @Malaysia. Ada yg jual @ restoren mamak sini mcm rojak buah je gayanya. Emmm, xkena dengan selera. Bagi yg saja nak try buat sendiri boleh la try resepi ni. Senang & sedap. Sama mcm @Pasembor Penang.

Sumber: MyResepi (oleh s_shamen)

Bahan-bahan ( 5 org )

**Bahan cucur udang**
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan udang
  • 2 biji bawang kecil
  • 1 sudu besar cili boh
  • garam
  • air untuk bancuh tepung
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder

**Bahan cucur kelapa**
  • 1 cawan tepung gamdum
  • 3/4 cawan kelapa (saya guna kelapa kering jerr)
  • garam
  • air untuk membancuh

**Bahan kuah**
  • 1 biji keledek sederhana besar (direbus hingga empuk) - guna keledek yg oren tu.
  • 2-3 biji bawang kecil (kisar)
  • 1 sudu besar cili boh (terpulang pada citarasa masing2 kalau nak pedas)
  • Sedikit kicap (bagi warna)
  • Air untuk kuah (dalam 2 liter-bergantung citarasa)
  • 1/2 cawan kacang tumbuk
  • minyak untuk menumis
  • gula merah & garam secukup rasa

**Bahan lain**
  • 3 biji kentang sederhana besar
  • 4 biji telur
  • 4 keping tauhu
  • 1 biji timun
  • 1 biji sengkuang
  • sedikit taugeh
  • Mommy tambah fishball
  • Mommy tambah crabstik
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Bersihkan kulit kentang kemudian rebus kentang bersama kulitnya sehingga empuk. Kemudian goreng kentang tersebut bulat2 sehingga kekuningan (tak payah potong2).
  2. Telur direbus (hard boil), kemudian buang kulit & digoreng bulat2 sehingga kekuningan (mommy tak goreng)
  3. Tauhu digoreng sehingga kekuningan.
  4. Sediakan cucur udang. Gaulkan semua bahan cucur udang. Bancuhan seperti nak buat cekodok. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan/ masak.
  5. Sediakan cucur kelapa. Satukan semua bahan. Bancuhan jgn lembik sangat, agak2 boleh kepal. Buat bentuk seperti fish cake, kemudian goreng sehingga kekuningan/ masak.
  6. Sediakan kuah. Tumis bawang sehingga wangi, masukkan cili. Blend keledek dengan air, kemudian masukkan dalam tumisan. Masukkan juga kacang, garam & gula. Masukkan juga sedikit kicap (just nak bagi color jerr). Masak hingga mendidih. Kalau nak pekat, boleh letak lebih keledek.
  7. Cara nak hidang, potong semua bahan2 yang telah digoreng tadi. Timun & sengkuang diparut kasar. Taugeh dicelur sedikit. Gaulkan semuanya.Tuangkan kuah ke atasnya.

Tuesday, 4 October 2011

AYAM MASAK GAJUS



As salam.....actually resepi ayam masak gajus ni menu lunch kami last week tapi sbb gambar lambat upload makanya harini baru sempat nak jot down.
Resepi ni pun sebenarnya hasil daripada idea nak berabihkan stok kacang gajus (balance buat biskut oat gajus raya lepas). Alhamdulilah walau resepinya agak pedas (mommy letak banyak lada kering) tapi budak2 suka especially Arfa Zafran.
Resepi 'ayam masak gajus' ni actually more to chinese taste. Kalau kat chinese muslim restaurent mmg glamour hidangan ni. Kami matching kan hidangan ayam masak gajus ni dengan sup fishball. Selera betul makan semasa masih panas2. Chinese style mmg selalu makan time berasap kan? Resepi ni juga boleh ditukar dengan daging ye, cuba la.

Bahan2:
  • Isi ayam (bahagian dada dipotong kecil)
  • Tepung jagung
  • Lada sulah
  • Gajus (1 cawan)
  • Cili capsicum ( di potong empat segi)
  • Bawang kecil(2 biji dicincang)
  • Bawang holland/besar (dibelah besar)
  • Cili kering (5 biji direndam air panas)
  • Sos tiram (5 sudu besar)
  • Kicap (1 senduk campuran kicap manis+masin+pekat)
  • Sos tomato (5 sudu besar)
  • Garam
  • Gula
  • Minyak bijan (3 sudu besar)
  • Minyak masak

Cara2nya:
  1. Perap ayam dengan lada sulah, sedikit garam & tepung jagung selama 5 minit.
  2. Goreng sehingga garing isi ayam tadi di dalam minyak yang banyak (tenggelam).
  3. Angkat & toskan ayam.
  4. Sediakan kuah: Tumis bawang putih & cili kering sehingga garing.
  5. Masukkan kicap + sos tiram + sos tomato. Renihkan kuah sekejap.
  6. Tambahkan perasa + garam + gula.
  7. Kemudian masukkan isi ayam & gajus ke dalam kuah, sertakan juga dengan bawang holland & capsicum.
  8. Akhir sekali renjiskan minyak bijan ke atas masakan.
  9. Sedap dihidangkan semasa panas bersama nasi putih & sup sayuran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...