| ||||||
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Saturday, 20 August 2011
PUDING BUIH
Tuesday, 16 August 2011
NASI TOMATO + DALCA + ACAR NENAS
Petang ni mommy buat menu berbuka Nasi Tomato & dalca & acar nenas je.Kuih pulak buat cekodok pisang.Hehe,start masak dari 1pm til 4pm,pastu rush g amik daddy.Mana sempat nak buat 3,4 jenis juadah.Tapi elok juga menu sempoi & tak banyak mcm harini,atleast takde la membazir sangat.Masing2 pulun makan nasi je.Cuma air je ubah sikit.Harini mommy rebus barley utk buat limau barley.Pastu apple jus (beli dalam kotak).So, tgk la resepi menu2 sempoi mommy harini.
1) Nasi Tomato
Bahan-bahannya:
- 6 cawan beras basmati
- 5 cawan air
- 2 cawan susu cair
- 1 biji bawang besar, dihiris
- 3 ulas bawang putih dikisar
- 3cm halia dikisar
- 8 sudu makan tomato puri/ setengah botol tomato sos Maggi
- 1 senduk minyak sapi/margerin
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 3cm kulit kayu manis
- Garam secukup rasa
- 1/2 cawan bawang goreng
- Gajus goreng/kismis (optional)
1) Basuh beras dan toskan. Panaskan minyak sapi di dalam periuk.
2) Masukkan bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bawang merah yang telah dihiris. Tumis sehingga naik bau.
3) Masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan pula tomato puri/ tomato sos.
4) Setelah naik bau, masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa. Masukkan beras, bawang goreng dan gajus goreng. Gaul rata.
5) Setelah airnya kering, alihkan ke rice cooker.
2) Ayam masak merah
Bahan-bahannya:
1) Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam dan digoreng setengah masak.
2) Panaskan minyak dan tumis lada kering, bawang besar, bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau dan tanak rempahnya.
3) Masukkan sos tomato, bawang goreng, garam, gula dan ajinamoto. Gaul rata.
4) Masukkan pula ayam yang telah digoreng setengah masak dan masak sehingga ia pekat dan mendidih.
- 1/2 ekor ayam, potong ikut suka
- 10 tangkai lada kering, direndam air panas dan dikisar
- 2 biji bawang besar, dikisar
- 2 ulas bawang putih dikisar
- 1/2 cawan sos tomato
- bawang goreng
- gula secukup rasa
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
1) Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam dan digoreng setengah masak.
2) Panaskan minyak dan tumis lada kering, bawang besar, bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau dan tanak rempahnya.
3) Masukkan sos tomato, bawang goreng, garam, gula dan ajinamoto. Gaul rata.
4) Masukkan pula ayam yang telah digoreng setengah masak dan masak sehingga ia pekat dan mendidih.
3) Dalca
Bahan-bahannya:
1) Bersihkan daging dan potong kecil-kecil.
2) Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.
3) Rebus kacang dal dan daging sehinga keduanya masak dan empuk.
4) Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bawang besar, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
5) Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam jawa dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
7) Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya.
- 4-5 ketul ayam/300 gm daging
- 1 batang lobak merah
- 2batang terung panjang
- 3 biji ubi kentang
- 2 biji tomato
- 100 gm kacang buncis
- 2 cawan kacang dal (Yang telah di rebus)
- 8 sudu besar bumbung rempah kari daging
- 1 biji kelapa (ambi 4 cawan santan)
- 2 biji bawang besar (di kisar)
- 4 ulas bawang putih (di kisar)
- 3 cm halia
- 5 cm kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- air asam secukupnya
- garam secukupnya
- Minyak untuk menumis
1) Bersihkan daging dan potong kecil-kecil.
2) Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.
3) Rebus kacang dal dan daging sehinga keduanya masak dan empuk.
4) Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bawang besar, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
5) Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam jawa dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
7) Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya.
4) Acar nenas
Bahan-bahannya:
- 1 biji nenas, potong bulat dan potong empat
- 3 tangkai lada kering, direndam air panas dan dikisar
- 5 sudu besar gula
- 1/2 sudu teh garam
1) Gaulkan nenas dengan cili kering/cili boh.
2) Tambahkan gula & garam.Sebatikan semua bahan.
3) Sedia untuk dihidang.
Monday, 15 August 2011
SUP SUUN & FUCUK
Nak tunjuk je menu favorite kami sekeluarga yg selalu mommy dok ulang2 buat selain cucur jagung+ikan bilis...Sempoi tapi mmg kena dengan semua anak tekak 4A+R....Hehe,wasalam
KUIH KETAYAP
Harini mommy tak masak lauk berbuka sbb lauk yang daddy beli @bazar ramadhan semalam masih banyak lagi tak terusik. Ada ikan pari bakar,daging masak merah & sayur kangkung masak belacan.Mommy just masak sup suun& fucuk tambah telur je. So, harini just buat kuih je pelengkap hidangan. Kuih pertama mommy buat ialah kuih yang paling warak (hehe!!!status hot @fb skrg ni pasal senarai kuih muih) KUIH KETAYAP le. Btw mommy suka buat kuih ni sbb senang & cepat. Lagipun budak2 pun suka. Provided intinya dah siapkan awal2 la ye. Satu lagi kuih mommy buat harini ialah kuih masalodeh (mamak style).
Entry ni mommy jot down resepi kuih ketayap dulu ye.
Bahan2:
Inti :
- 2 cawan kelapa parut
- 3/4 cawan gula melaka
- 1/2 cawan air
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 helai daun pandan
- Gula merah dimasak+daun pandan+air.
- Bila mendidih dan sebati gula, tapiskan.
- Masukkan kelapa, masak hingga separuh kering , masukkan tepung lalu dikacau hingga pekat dan berkilat.
- Sejukkan.
Bater:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil tepung kastard
- 2 cawan air daun pandan
- 1 biji telur
- sedikit garam
- sedikit pewarna hijau
- Semua bahan disebatikan dalam blender.
- Dadarkan dalam kuali yang dilenserkan minyak/guna non-stick pan
- Angkat dadar dan letakkan inti di tepi dan digulung kemas.
MASALODEH
Mok dah balik ke Malaysia ahad lepas 14/8/2011, so permintaan kepada kuih2 manis dah berkurang le (mommy jela sorang yg teringin kuih manis time puasa ni). Seperti dijanjikan lepas mok balik mommy nak try resepi2 tradisional dr utara & berbau ala2 mamak pulak (maklum le daddy tu mamak putih, mmg anak tekak dia pun mesti ala2 mamak).Hehe!!!
So, mommy try buat resepi masalodeh ni.Nampak mcm susah je nak buat kan? Tapi tgk la hasilnya ye.
Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )
- 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
- 1/2 bii bawang besar-didadu
- Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
- Daun kari -dihiris
- 1/2 kiub pati ikan bilis
- 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
- 1/2 biji telur
- secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..
Cara-cara
- Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
- Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
- Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
- Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
- Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
- Selamat mencuba.
ROTI JALA & KARI DAGING
Jumaat 12/8/2011 -hari ke-11 kami @Brunei ni berpuasa.Takde menu best sangat cuma nak jot down resepi roti jala.Dah lama betul la tak buat,rasanya pernah buat sekali masa umur Zafran setahun.Mommy buat masa tu sempena hari jadi Zafran yang ke-1 tahun.Hehehe!!jemputan adik beradik & jiran rapat, Marina je.Masa tu buat siap telefon ma (kngah mommy @Besut).Hehe!!!nasib baik telefon dia kalu tak bubuh kunyit doh dalam adunan roti jala tu (ingatkan kuning sbb kunyit)....Btw alhamdulilah yang mommy buat kali ni sedap & lembut sangat.Terima kasih kepada My Resepi oleh herdawaty abuothman.Resepinya mudah & sedap.
Bahan-bahan ( 20-25 biji )
- 3 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecil garam
- sedikit pewarna kuning
- 1 biji telur
- 2 1/2 cawan air/santan/ susu segar
Cara-cara
- Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
- Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
- Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
- Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari . Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak.
- Cubalah.
Gambar takde jugok weh...abis licin tinggal kuah kari daging je.Hehe, 2 hari berturut2 buat tapi tak sempat snap abis licin (puas hati betul buat, mok pun sahur tak makan nasi doh.Makan roti jala je)....Next time mommy snap gambar.
Saturday, 13 August 2011
PUDING KASTARD JAGUNG
Harini pulak mommy buat ikan cencaru sumbat sambal belacan & d padan dengan singgang daging yang masih ada.Matching gak tu....Kuih pulak malas nak buat yg susah2 (kesian kat mok penat menolong mommy kat dapur).So, harini mommy buat puding kastard jagung je.Senang,cepat & sedap.
Bahan-bahan ( loyang kecil )
- 1 cawan tepung kastard
- 1 cawan gula(kalau tak suka manis boleh kurangkan 3/4 je)
- 1 cawan jagung dalam tin
- 5 cawan santan
- sedikit garam
Cara-cara
- Blend semua bahan-bahan di atas. Masukkan dalam periuk & kacau sampai sebati.
- Tambahkan 2 sudu jagung tin sebagai penambah perasa (mommy suka kalau makan tu rasa jagung biji2).
- Masak di atas api yang sederhana. Sambil dikacau sehingga berkilat.
- Masukkan ke dalam loyang.Biarkan sejuk pada suhu bilik@masukkan dalam peti sejuk.
- Bolehlah dipotong apabila puding telah sejuk.
Nak bgt jugak ni,gambar tak sempat snap dah abis pudingnya...ada le seketul dua ni sebagai kenangan.tapi kelakar le pulak nak post.Kik3x...xpela,next time post gambar pulak.
Friday, 12 August 2011
SINGGANG DAGING
Masuk hari ke - 1o berpuasa dah agak malas & beku idea nak masak apa...Yelah kan,bulan puasa ni selera mmg macam2 tapi lepas teguk air je, dah rasa kenyang & xlarat nak makan banyak2. So hari ni mommy buat singgang daging & kerabu jantung pisang je di samping ayam goreng (untuk budak2) & sambal belacan.....Kuih pulak rewind je kuih lompat tikam &tepung pelita yang masih berbaki & masih elok.Bak kata slogan di bulan puasa "elakkan membazir".Start masak harini dah agak lewat & ditambah pulak dengan stok kelapa parut yg xde dalam simpanan menyebabkan mommy terpaksa rushing g amik daddy & beli kelapa parut.Otw balik plak,daddy singgah @bazar ramadhan (Tamu Telisai).Pilihan juadah @bazar ramadhan tak le sebanyak bazar @Puncak Alam (rumah lama kami), last2 beli cakoi(favourite mok),popiah daging&air laici kang. Sampai rumah cun2 je siap prepare jantung pisang dah nak masuk waktu magrib (kat sini magrib masuk pukul 6:40mlm)....Hehe,jadinya gambar jantung pisang mok tak sempat nak snap.Singgang daging ni plak hari ke-2 baru berpeluang snap. Mommy jot down resepi singgang daging jelah sbb resepi kerabu jantung pisang tu sama je dengan kerabu nangka (cuma mok bgt lepas celur jantung pisang tu @apa2 kerabu nak buat pun, kena perah betul2 jantung pisang/nangka/machang etc bagi kering.Ini juga nak mengelakkan rasa kelat buah2 tu)...resepi kerabu tu blh refer entry 'kerabu nangka ori'.
RESEPI SINGGANG DAGING
Bahan2
- 1 kg daging (dihiris nipis)
- 1 senduk/5-10 sudu besar ketumbar (elok ditumbuk sedikit & dibungkus dalam kain nipis)
- 5 ulas bawang merah (dihiris nipis)
- 5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 1 buku halia/4-5 inci (dihiris nipis)
- 1 buku lengkuas/4-5 inci (dihiris nipis)
- 3 keping asam gelugur
- 3 biji cili kering
- Garam
- Air
Cara2 membuatnya
- Rebus daging bersama2 dengan semua bahan2 hiris.
- Apabila telah mendidih,masukkan asam keping,garam & cili kering.
- Reneh sehingga masak.
- Sedia dihidang bersama nasi panas & sambal belacan.
Wednesday, 10 August 2011
TEPUNG PELITA
Harini buat tepung pelita. Huhuhu mmg dok pandai nak buat bekasnya. Ada le besar2 gedabak bekasnya. Cara2 nak buat bekas tu mok yg ajar (walau mok sendiri dok pandai katanya, sambil buat sambil membebel). Selain tu,mommy google gak le cara nak buat bekas ni. Last2 jmp blog NI.
Mommy @kitchen dairy tu buat agak kreatif. Walau byk blog yg ajar buat bekas tepung pelita ni tapi I like that one. Masalahnya masa nak try buat yg mommy kitchen dairy tu buat daun pisangnya dah abis dipotong siap2 oleh mok. Huhu,takpe la next time try lagi. Btw cara nak masak tepung pelita ni senang je cuma bekas tu aje yg rumit. That's why sekarang ni ramai yg guna bekas kecik2 tu buat tepung pelita. But I tell u,the taste is not the same kalau u al guna daun pisang. Apapun as usual i said, anak tekak masing2. Buat le ikut suka hati kita. Satu lagi persoalan terjawab. Yelah, kalau kita tgk yg jual @Pasar ramadhan ada yg versi daunnya keras elok je (warna pun kekal hijau) & ada juga yg original daunnya layu&lembik sikit. Rupa2nya versi yg cantik keras terletak tu dorg tak kukus tapi kacau atas api(masak tepung macam buat lompat tikam), pastu baru tuang dalam daun pisang. Itu juga yg pakai bekas kecik2 tu buat. No wonder la, wonderful color they get. Hehehe,but again mok akan comment,derhaka ke tok moyang le gitu,yg asli lain,pandai2 ubah. Cuma kita org2 muda & penuh inovasi ni rasa bangga gile le kalau dapat reka cipta style sendiri (biar le rasa xsedap pun).......Opps ! sorry ye sapa2 y terkena. So,ni le resepi yg org dulo2 buat ye...."Buah cempedak di luar pagar,ambil galah tolong jolokkan........saya mak budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan"
Bahan-bahan:
- Untuk lapis bawah
1) 2 cawan tepung beras
2) 1 sudu teh kapur sirih
3) 4-5 cawan jus dari 5 helai daun pandan
4) Gula pasir secukupnya
5) Daun pisang secukupnya, dibuat bakul
- Untuk lapis atas
1) Santan pekat dari 1 biji kelapa
2) 1/2 - 1 cawan tepung beras
3) ½ sudu teh garam
Cara penyediaan:
- Untuk lapis bawah
1) Panaskan kukusan.
2) Gaul rata tepung beras, kapur dan jus pandan. Masukkan ke dalam jag.
3) Masukkan 1 sudu atau lebih (ikut selera) gula setiap bakul daun pisang.
4 )Masukkan tuang adunan tadi hingga ¾ bakul. Kukus sehingga masak, anggaran 20 minit.
- Untuk lapis bawah
1) Gaul rata kesemua bahan. Masukkan ke dalam jag.
2) Tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yang telah masak.
3) Kukus semula hingga masak. (cucuk dengan lidi, masak jika tidak melekat)
Sedia untuk dihidangkan.
p/s:Gambar xambil ye sbb rupe huduh bebenor.Nanti dah buat 2nd time,mommy upload gambar.Hehehe!!!
LOMPAT TIKAM
Semalam juga d samping tauhu sumbat mommy plan nak buat le satu lagi kuih yg manis...Tengahari tu ingatnya nak buat tepung pelita tapi terlupa pula nak order daun pisang.Huhu,cancel lu lah tepung pelita tu.Alternatively mommy cakap dgn mok kita buat lompat tikam le.Sedap gak tu....Maka terjadi la kejadian lompat & tikam semalam.Adoiiii,penat gile mengacau.Mana tak penatnya mok buat sampai 1 peket tepung beras tu...Mommy diam jela bila dia cakap takpe buat banyak boleh makan 3,4 hari.Hehe!!!yg nayanya jenuh mengacau (mula2 tu tepung banyak dari air susah le nak mengacau.....kena 3,4 kali tambah air).Last2 jadi la lompat tikam kami tu.
Hasil eksperimen, nak kata berbaloi sgt mengacau tak le juga sbb mok,mommy&arfa je yg pulun makan.Daddy xmakan pun,dia makan tauhu je sumbat ke mulutnya.Hehe!!!biasa la kan citarasa berbeza.Nanti la part nak jamu anak tekak daddy kaw2x tunggu mok balik dulu,baru mommy try resepi utara plak.3,4 hari yang tinggal sementara mok @sini kita pulun makan manis2 dulu ;)
Bahan2 utk kuih:
- Tepung beras (250g-separuh peket)
- 5 helai daun pandan (blend dan tapis ambil airnya)
- 2 liter air (bancuhan mmg cair,biar tepung tu mengalir lalu je dari jari bila kita angkat)
- 2 sudu teh air kapur
- Pewarna hijau(jika suka utk mencantikkan warna)
- Santan pekat (1 tin/1biji kelapa)
- Tepung beras (3-5 sudu makan)
- Garam
- Sedikit air (utk membancuh tepung)
- Manisan
- Air
- Beras pulut (direndam semalaman / sekurang-kurangnya 2jam)
- Pewarna makanan merah
- Air
Cara2 membuatnya:
- Bancuh tepung beras bersama air pandan& sedikit air kapur.Uli dulu bagi mengelakkan tepung berketul2.
- Titiskan 2,3 titik pewarna hijau&uli sebati.
- Apabila tepung telah sebati,masukkan air & kacau sehingga tepung benar2 cair.
- Panaskan barter tadi di atas api yg perlahan.Kacau sentiasa bagi mengelakkan ia berketul.
- Apabila telah mengelegak, tuang barter ke dalam loyang.Sejukkan sebelum dipotong.
- Utk menyediakan kepala santan; campurkan santan pekat dgn tepung beras,tambahkan sedikit garam & panaskan sehingga mendidih di atas api perlahan.Kacau sentiasa sehingga pekat.Angkat & sejukkan.
- Utk menyediakan air gula;Cairkan nise/gula melaka dengan sedikit air & dimasak diatas api perlahan.Angkat & sejukkan.
- Utk menyediakan pulut merah;Rendam pulut dengan 3 titik pewarna merah.Tanak/kukus pulut sehingga masak.
- Semasa menghidang, potong kuih lompat tikam & disiram dengan kepala santan juga air gula.Kuih lompat tikam ini sedap dimakan dengan pulut merah sebagai pelengkap.
- Selamat mencuba!!
Tuesday, 9 August 2011
TAUHU SUMBAT
As salam.Hari ni dah masuk hari ke-9 kami @Brunei ni berpuasa.1,2 hari ni cuaca panas betul sampaikan belukar2 @Tutong ni banyak yg terbakar...Baru tadi kami nampak keta bomba tgh padamkan api @ area Kg Danau ni.Cabaran berpuasa, mommy yg dah dewasa ni pun rasa dahaga yg amat tapi bersyukur sgt2 sbb Arfa & Anis especially bertahan puasa tanpa byk karenah.Yg kelakarnya last Sunday aje Anis terbabas makan keropok pagi2 buta..Mommy & Daddy pulun tido bangun lambat sikit maklum le hari cuti.Yg bangun awalnya mok,Anis&Ahdia.Bila mommy dah bangun, mok bisik kat mommy jgn marah kat Anis sbb dia makan keropok.Huhuhu!!!mula2 tu bengang gak ingat mok saje2 suruh dia makan (sbb mok selalu dok kesian kat Anis tu suruh puasa half day aje)......Kena le bebel gak kejap,tapi bila dah reda sikit Anis cakap " sorry la mommy,Anis lupa.Ingat bukan puasa.....Sehari je Anis xpuasa"....dengar dia cakap mcm tu kesian gak lagipun dia cakap betul2 lupa (okey la kira on puasanya sbb lps tu dia xmakan@minum apa2 dah).....Sampai le kami berbuka @luar baru dia berbuka gak.Consider puasa la tu.
Haa,nak citer pasal 'sungkai' kami hari ahad lepas.Kami sungkai/berbuka @Restaurant Aminah Harith di Jerudong.1st of al, restoren ni actually serve makanan Malaysia.Jadi citarasa tu kena la jugak.Buffet utk sungkai tu consider okey la dgn bayaran B$8.00/adult & B$4.00/child.Dalam byk2 menu tu ada la tauhu sumbat kuah ala2 sambal rojak.Sedap rasanya sampaikan mok boleh makan 4ketul.Hehe,selera dia makan.
So,mengingatkan mok berselera makan tauhu tu mommy pun teringin la nak try resepi tu.Actually selama ni pun dah terer buat tauhu sumbat tapi cicah dengan sos thai ready made tu.This time rasa teringin nak buat kuah rojak tu sbb rasanya pun sedap (ala2 kuah tauhu bakar tu).
Alhamdulilah harini try buat,menjadi....sedap gak le cuma termasin sikit (tak guna garam,tapi taucu brand yeos tu masin sgt kot).Kalau u al nak try,boleh la.Buat utk tauhu bakar pun ok sgt2.
BAHAN2 UTK TAUHU
- Tauhu (5- keping dibelah dua)
- Timun (di parut/hiris nipis)
- Carrot (diparut/hiris nipis)
- Taugeh (dicelur)
- Minyak utk mengoreng
CARA2 MENYEDIAKAN
- Goreng tauhu hingga garing/kekuningan dan angkat.
- Belah bahagian tengah.
- Sumbatkan tauhu dengan timun parut,carrot parut dan juga taugeh yg telah dicelur. Ketepikan.
- Ketika hendak makan curahkan kuah sambal ke atas tauhu yg siap disumbat tadi.
BAHAN2 UNTUK SAMBAL
- 5 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing2 la yer)
- 1 ulas bawang putih
- 2 sudu makan taucu masin
- 1 cawan kicap manis ABC @Jalen@kicap apa2 la (mommy guna kicap ABC)
- 2 sudu makan kacang tanah tumbuk(goreng tanpa minyak dulu ye kacang tanah tu)
-Blend cili padi, bwg putih, taucu dan juga kicap. Jika perlu tambahkan air masak sedikit.
-Masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan dengan kacang tanah. Gaul.
Sunday, 7 August 2011
JERING REBUS
As salam...nak citer pasal jering rebus cicah kelapa parut ni.(semenjak keluar @TV3 pasal jering rebus d ganu kite tu mesti ramai dah tahu kot).....Semalam kami g la bazaar ramadhan @pekan Tutong ni.1st of al mmg lebih kurang sama jelah juadah mereka dgn kita especially kuih talam,air cendol,air2 pelbagai perisa,goreng-gorengan,ikan bakar,ayam golek etc.....Yang berbeza rasanya adalah 1,2 kuih yg kita xbiasa tengok (nak amik gambor segan plok kat org padahal daddy dah standby bwk kamera dia,hehehe)......Benda lucu yg kami lihat semalam kat bazaar ramadhan dorg ialah ada a few peniaga guna bath tub utk buat tempat membakar (wakaka!!!lawak plok tgk).U al blh imaging dak bath tub tu d bubuh arang, kemudian atas tu dorg letak jaring besi utk membakar ikan (dah le ikan besou2......mmg kreatif le dorg ni).
Pusing punya pusing terliur kat kuih cakoi gak last2nya.Pusing kali kedua round, tiba2 mok ternampak org jual jering rebus.HAHHH!!!! biar betoi,rupe2nya org Brunei ni sama taste dgn org ganu kite/kelate.Mmg sama la rupanya jering rebus dorg cuma kecik2 je.Dorg jual dah siap2 bungkus dalam plastik & kelapa parut pun dah siap packing...sepasang jering & kelapa parut tu regenya B$2.00 (klu @ganu kite sebungkus pun RM2.00 jugak)......cumenya bila duit Brunei tu d convert duit kita jadinya jering rebus yg kami beli semalam = RM4.89.Tapi mmg xkira la berapa rege dia sbb mmg dah lama rasanya xmakan jering rebus ni.Dah boleh terbayang rasanya yg lemak2 manis d cicah kelapa parut.EMMM!!!!sedapnya...
So,bila time nak berbuka tu mok dulu la test rasa dia sama ke,sedap ke @sebaliknya.....Huhu!!frust btul bila mok kata,uhhh xsedap setabok(xsedap langsung)....bakpo rasanya pahit,mok tanya.Masa tu mommy xmakan lagi sbb dok makan kuih cakoi inti kaya&kuih apatah tapi rasa mcm cream puff.Lepas siap makan nasi, mommy pun amik le nak try.Eiii, betul la rasanya pahit (huhu sedih sungguh+frust).Lepas try dalam setengah biji jering tu rasa semacam je hingga la tengah dok sembahyang terawih pun dok rasa lagi pahit dia. MORAL OF THE STORY:DON'T JUDGE THE JERING BY ITS LOOK......kik3x....itu omputih cakap.org tua2 cakap plak "lain padang,lain le belalangnya"......u al faham dak peribahasa tu?Hehe, maksudnya lain anak tekak,lain le citarasanya.........Wasalam
Subscribe to:
Posts (Atom)