بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 13 June 2011

ketupat sotong

Setelah bermalasan 2,3 hari ni sbb makang nasi dagang 2 hari mbok(2 hari berturut2).Harini terasa nak buat juadah minum petang plak......Lama dah rasanye xbuat kuih muih tradisonal (bdk2 ni kurang minat kuih muih tradisonal ni,itu yg malas nak buat).Memandangkan stok beras pulut byk lagi lebihan buat nasi dagang last week,aku dok terpikir2 nak buat kuih apa dgn beras pulut...


Last2 decide nak buat ketupat sotong le arini.....xtahu le ketupat sotong ni kategori kuih muih@lauk pauk.Yg pasti kami org2 pantai timur makan mcm tu je(bkn mkn dgn nasi)....btw family aku suke buat & makan ketupat sotong yg versi kelate(guna gula nise/gula melaka).Kalau yg versi ganu kuahnye putih(letak gula pasir+halba+halia sket)...muak dah yg versi ganu sbb baru je mkn nasi dagang yg ala2 sama rasenye......Yg xbiasa makan tu blh le try.sedapppp!!!oh,lupe nak jot down.Kalau family aku selain kami buat ketupat sotong ni,kami juga buat udang galah(resepinye sama cuma xletak beras pulut je).Heehe,teringat mula2 kawin dgn super hero dr kedah tu.Jakun dia bila tgk kami makan bende2 ni......soklan dia masa tu,nape ratah aje lauk ni?Lani xtahu le aku dia suke@tidak juadah ni sbb seingat aku bila aku buat dia selalu xde @umah(outstation le memanjang dulu)......xkisah le dia suka @tak dah mmg tekak xsama.....aku suke ikan singgang.ko suke kari mamak(nyanyi ikut lagu indon aku suke singkong tu).hehehe!!!



Resepi ni aku jot down utk ingatan anak,cucu & cicit aku d masa depan(kik3x)...........klau ada yg nak cube bt blh je ikut resepi ni.


Bahan2
  • sotong dlm 12 ekor
  • santan (dr 1biji kelapa)
  • gula nise (bergantung kpd citarasa....aku guna sekeping je)
  • beras pulut (direndam dalam santan 30minit)
  • garam
  • daun pandan
  • Lidi/pencungkil gigi

Cara2nye
  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula nise dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.

Saturday, 11 June 2011

Origami




Arfa Zafran's new hobby.........


He searched this video by himself&present me with few designs...Tq affan.Next time mommy nak yg magic rose tu tau(fyi,he trying very hard to make that 'magic rose'......unfortunately we out of green&red papers).

Feel free to click...


VCD rahsia....













Ahakks!!!Konon2nye nak beraerobic le secara senyap2 (bkn ape, malu sbb superhero tu suke ejek kita). Dah beli siap2 VcD rahsia tu b4 school break lagi tapi plastik pun blm bukak, kik3x!!!

Xsabar ni tunggu bukak sekolah (senang sket aku berjoget sorang2). Hahaha!!!Btw aku pakai hentam jela vcd mana2 (dah itu je antara yg best aku rase @kedai music tutong ni). Sapa2 yg kaki aerobic tu share2 la vcd apa yg bagus. Ada juge tgk vcd belly dance (kekeke, geli le plak nak gelek sorang2) tp actually step belly dance tu pun dorg claim blh burn calories. Entohle.
Lets make it seriously....ARRGHHH!!!! my BMI=27.41(uhuh, my ideal weight <61kg).....my weight now????only me have the answer(xyah nyibuk nak tau.....nak tau gak kira le sendiri)


Friday, 10 June 2011

LOSE 9lbs in A WEEK????

Makang2 jugok weh...body kena jage....so, jomle exercise.

Dilambung badai..................






 Pengalaman jalan2 pening kepala ke Labuan....Pearl of BOrneo. Dated 15/5/2011



 Di awal pagi tiba @jetty (ini kali ke 3 dtg baru berjaya naik ferry, sebelum ni kami terlepas waktu ferry).....
Perjalanan pergi about 1 1/2hours really smooth&enjoyful..bebudak&mak budak seronot sbb 1st time nak g.....bapak budak boring aje sbb penat (mg ni daddy keje extra hours sbb plant shutdown). lagipun 'super hero' tu dah pernah smp labuan ni. jadi xheran le dia.......LAYAN GAMBOR.


Setelah reached jetty labuan, 1st sekali rushed cari supermarket. Hehe, nak beli baju ahdia sbb dia terkencing dlm ferry otw dtg tadi....huhu!!mommy plak lupe bwk baju spare.
2nd tercari2 kedai optik sbb nak cari mata mommy plak.Mmg kena beli @mesia gak ctc lens mommy sbb @brunei mahelllll....sekotak BND60(RM130 beb),solution plak BND10(RM24)......klu @mesia tercinta baru RM60/sektk lens...solution baru RM18.....jimat duit boss.Setel beli brg2 penting,kami terus cari spot menarik @labuan ni.



 Pusing punye pusing last2 jmp le Dataran Labuan yg ala2 Dataran merdeka tu...Bdk2 le posing tgh panas ketik tu...xlarat mommy (lepak tepi jalan je mommy)....pas posing 4,5 snaps kami singgah plak ke Muzium Labuan (hehe,patriotik sungguh 4A+R ni)..... 





























 xsmp setengah jam dah complete one building.....Pastu zafran sibuk nak g Muzium marine plak. Disebabkan jaraknye jauh jugak kami terpaksa amik cab....


Sesampai @muzium marine, kami tgk ramai betul manusia......rupe2nya masa tu ada sambutan Hari Belia peringkat negeri. Byk la aktiviti para belia yg dipertontonkan tp kami xberminat le nak join sbb dah terlebih belia ni. hehe,trus masuk muzium je.......


Disebabkan dah biasa dgn Aquaria jadi xseronok sgt le tour kami @sini tapi ada sejenis belut tu mmg menarik perhatian kami(terlupe amik gambar d sbbkan sibuk mendukung Ahdia).......dah le besar belut tu warnanye plak kuning+hitam...subhanaAllah cantik.....yg menarik selain belut tu ialah rangka anak paus yg dijumpai di pantai semenanjung....refer gambar zafran dgn rangka tu....BESAR!!!!!

Dah siap round muzium marine tgk2 jam dah pkul 3+++...alahai kejap je rasa. dah kena gerak ke terminal jetty sbb last ferry pkul 4pm.













Sampai @terminal kami shopping coklat dulu sblm bergerak msk ferry....hummph sakan le bebudak ni pilih cokelat(xpe bagi change sbb coklat murah sket sini).....


Otw balik ni passenger ramai betul, xmcm dtg tadi...mule2 ferry gerak okey lagi,smooth & steady. Mommy plak layan cerita indon 'Cinta Bertasbih'.....tgh syok2 tgk citer indon tu tiba2 ferry yg besar tu bergoyang terhuyung hayang...Diikuti oleh 'big splashhh'.....keadaan tu berlarutan tanpa henti. Kemudian bunyilah di belakang aku, depan aku malah @tepi aku orang2 yg wueekkk!!!!!alahai dorg ni pakat muntah berjangkit2....dgn bau+soundtrack tu membuatkan aku pun rasa nak wuekk jugak. xleh jadi ni. Nasib baik bdk2 semua tido klu tak mau habis sume ni muntah gak. Aku pun pejam mata serapat2nye sampai berair2 mata xnak bagi termuntah.....terasa lambatnye smp ke muara....selepas sejam keadaan bergelora akhirnya kami sampai dengan selamatnye ke muara, Brunei....Alhamdulilah, lega sgt2. Aku dah tobat xnak pergi labuan lagi dah selepas ni(sepatutnya aku kena bwk family aku yg bakal dtg brunei bulan julai ni ke KK melalui Labuan. Terpaksa cancel trip tu sbb mmg confirm che aku xtahan dgn keadaan mcm ni)......Bye2 Labuan. I don't want to see U ever again.Hahahaha!!!!

nasi orang berdagang




Dah masuk 6 bulan kami sekeluarga berdagang ke bumi brunei ni.....terasa le plok nak makang nasi dagang 'ganu kite'.....pergi pasar segar ahad lepas jumpa le jugak ikan tongkol a.k.a ikan aye...selonggok ada dlm 4ekor baru BND5.00....oloh banyok le plok.Dorg ni style jual barang banyak2.kami yg makan xbanyak ni rasa nak je mintak beli separuh.Teringat le plok aritu ada beli daun kunyit(sbb nak bt rendang ayam).Mokcik tu jual seikat BND1.00....banyak sgt daunnye,aku nak guna sket je(sehelai pun cukup).Aku mintak le beli separuh,huhuhu dok bagi setarang mokcik tu....pas dr peristiwa tu aku ala2 malu le nak mitak brg separuh2 ni.
plannye nak masak hari isnin lepas lg sbb ikan yg aku siang ahad tu aku terus rebus dgn asam gelugur....sekali tgk stok beras pulut xdok plok...cancel buat nasi dagang(dlm pale otok ni nak buat hari rabu la nasi sbb beras kena rendam dulu)....alih2 the daddy blk kabor nak kena g miri le plok rabu tu sbb nak kena renew pasport bdk2 ni&buat pengesahan driving license.cancel lagi nasi dagang ambe......xpela,buat ari khamis la.Yang menyayat hatinya,khamis tu aku kena g lagi miri sendirian dgn bdk2 sbb surat pengesahan xleh amik trus smlm....pastu pasport bdk2 pun baru blh bt......the daddy plok mcm biasale kuli xleh cuti.adoilaaaaa..PENAT GILOS drive+kelek kiri kanan ggurls+mendukung ahdia yg mengada2 xnak jalan.pastu lame plok menunggu pasport siap....hok mengidam nasi dagang ni plok meleleh doh air liur.2 hari mbok telan fastfood McD & KFC.....



al kisahnye.....hari ni la baru tercipta sejarah Nasi Dagang 'ganu kite' di bumi brunei ni...so,sapa2 rasa terliur nak makang nasi dagang ambe ni copy le resepi ambe ni(resepi ni ambe belajor 1st dr kakak ipor tersayang pn fauziah abd rahman,pastu ambe ada le tamboh2 dgn pengetahuan am dr sumber2 lain termsk kwn2 sekolah juga buku2).

Bahang2 utk buat nasi:
  • 1 cup beras pulut+4 cups beras biasa(dpt la makan dlm 6-8orang)
  • santan pekat (2 cups)
  • santan cair (2 cups)
  • air masak (2 cups)
  • halia muda(1 inci) dimayang halus
  • bawang kecil(5biji) dimayang halus
  • halba(1/2 sudu teh)

cara2 nak buat nasi:
  1. Rendam dulu campuran beras tu semalaman
  2. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
  3. Kukus beras yg telah dibersihkan selama 15-20minit @sehingga kembang.
  4. Keluarkan beras dr pengukus & masukkan dlm bekas besar.Siram beras tadi dengan air masak.Setelah digaul rata,masukkan semula beras ke dalam pengukus.
  5. Kukus lagi selama 15minit-20minit @@sehingga masak.
  6. Sekali lagi keluarkan beras dr pengukus & masukkan kedalam bekas besar.Siram beras dengan santan cair&gaul rata.Setelah rata,masukkan semula ke dalam pengukus.
  7. Selepas 15minit,keluarkan semula beras dr pengukus & masukkan kedalam bekas besar.Beras tadi disiram dengan santan pekat & taburkan halia,bawang kecil & halba.Gaul mesra semua bahan2 tadi.Apabila telah sebati,masukkan semula beras ke dalam pengukus.
  8. Selepas 15minit(sambil2 tgk keadaan pulut yg dah masak) bolehlah dimatikan api..Masuk ke dalam bekas & gaul sebelum dihidang.


Bahang2 utk buat gulai ikan aye.
  • lengkuas (2 inci)*
  • kunyit hidup/serbuk*
  • bawang putih(3ulas)*
  • bawang kecik(5ulas)*
  • lada kering(3keping)*
  • jintan manis*
  • ketumbar*
  • rempah kari ikan(the best guna rempah special gulai nasi dagang)*
  • garam
  • gula nise(gula melaka)
  • asam gelugur(keping)
  • 2ekor ikan tongkol(sederhana besar)
  • cili hijau
  • sedikit mintak utk menumis

cara2 nak masak gulai ikan aye
  1. Mula2 sekali ikan perlulah direbus/dikukus dengan asam gelugur+garam+sedikit air.Reneh sampai ikan masak.
  2. Kisar semua bahan2 *.Kemudian tumis sehingga garing.
  3. Selepas bahan kisar garing,masukkan santan & masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ikan,asam gelugur&air rebusan ikan tadi ke dalam santan.
  5. Tambahkan garam,gula nise & asam gelugor(klau kurang masam le....klau aku memadai dengan asam gelugur yg buat rebus ikan tadi).
  6. Masak sehingga mengelegak & last sekali masukkan cili hijau(klau aku suka masukkan kacang panjang sbg ulam).
*ini additional......klau ada jamuan berbaloi le buat.aku jarang buat sbb org lain xminat.jadinye malehh le buat.tapi sedap sambal nyioq ni.

bahang2 utk sambal nyioq
  • ikan rebus (3ekor)*
  • bawang putih(2ulas)*
  • bawang merah(5ulas)*
  • halia(1/2 inci)*
  • serai(2batang) dimayang halus
  • kelapa parut(1biji)
  • lada hitam(1/2 sudu teh)*
  • garam
  • gula
caranye
  1. Tumbuk semua bahan *.
  2. Masukkan serai yg telah dimayang halus.
  3. Masukkan kelapa parut & gaul rata.
  4. Tambahkan perasa garam+gula.
  5. Campuran tadi digoreng tanpa minyak menggunakan api perlahan sehingga ia kering.
  6. Siap dimakan bersama2 nasi dagang 'ganu kite'

Tuesday, 7 June 2011

Toilet science

Bebudak ni especially arfa zafran ni mmg pagi,petang.....siang,malam asyik dok rewind rancangan backyard science,syoknye sains,fingertips etc.....naik muak aku tgk walau bagus program2 ni utk bebudak.Bukan apa,yg aku xlaratnye abis barang2 aku dijadikan bahan eksperimen.Pastu rumah jangan ckp le...5minit je kemas,pastu 'ting' bertukar mcm tong sampah.huhuhu!!!TENSION AKU.

Ni nak view @blog apa yg dorg buat 1st day cuti sekolah ni........biarle post ni menjadi saksi terer nye chef2 kecik ni masak.kakak cakap nak buat kuih puteri ayu(kuih yg warna hijau ada kelapa kat atas tu)...saborrr jela aku....mommy sendiri pun xpandai buat kuih tu,dia pandai2 nak buat.SUKA ATI LE!!!!!

pizza mini

Here in brunei the school holiday just started today...........when i was a teacher it's a moment u been waiting 4 & really enjoyed....But now as a housewife it seem to be really busy with the house chores&the kids.The worst thing is BIG BOS must work&standby 7days/weeks,so NO HOLIDAY......




In order to make the kids stay calm&happy, i have to feed them nicely...yg geramnya dorg ni makan a bit cerewet....if the daddy says YES,the kids say NO..........if the kids say YES,the daddy says NO.....haiya!!!!pening looo..Anyways, this morning we had mee goreng basah as a breakfast.....alhamdulilah they all LOVE IT.....ahdia(my youngest) ckp "emmmp,cedapnye mummy masakkk".hehehe!!!bahagianye rasa.utk mee goreng tu xyah la i jot down the resepi....mmg senang bangat&hafal dlm otak.hehehe,tapi klau u al nak tips.......ni ada satu.klau u al nak jadikan mee goreng tu basah,instead of tambah air biasa je.......u al tukarkan dgn air stok ayam(isi ayam yg direbus tu kita guna sebagai lauk masa menumis mula2 tu.pastu wajib masukkan telur atleast sebiji.baru cedappp(mcm ahdia ckp tu)hehe..Ni aku nak jot down resepi buat doh pizza&seterusnya cara buat pizza mini.....arfa zafran(my eldest) love this so much.buat hari2 pun ok dia ckp.huhu!!!sorry le nak,xlarat nak menguli doh eh....nanti klu ada rezeki beli bread maker blh la tiap2 hari ko makan:(





Bahan-bahan doh( 10-12 biji )
Pizza base: 
250g tpg roti 
2 sdk instant yeast 
1 sdk garam & 1 sdk gula 
1 ½ sdb shortening 
½ cwn air suam2 sejuk 
6g susu tepung 
sedikit minyak zaiton 

Inti Pizza: 
250g minced meat (ayam/daging) 
½ biji bawang besar kuning(potong dadu)+ 2 ulas bawang putih (cincang) 
1 sdk dried oregano 
1 sdk dried pizza seasoning(xpayah pun xpe) 
2 sdb sos tomato & 1 sdb sos cili 
1 sdb minyak untuk menggoreng 
Garam secukupnya 

Topping Pizza: 
1 biji tomato 
1 biji capsicum hijau 
1 cwn cendawan butang 
Keju mozarella yg diparut 


Cara-cara 
Cara buat pizza base: Gaul rata semua bhn (guna tangan). Kemudian tambahkan shortening. Gaul lagi sampai dia jadi berbiji2.Kemudian masukkan air dan gaul lagi.
Uli sampai lembut, sekitar dlm 30min, pastu buat bentuk bulat (bulat besar) & rehatkan doh dgn meletakkan ia dlm mangkuk besar yg telah disapu sedikit minyak zaiton/minyak sayur, ditutupi dgn cling foil. Rehatkn dlm suhu bilik sampai saiz doh naik sekali ganda, biasanye dlm 15-20min. Lepas doh naik, tumbuk2 kan doh utk kuarkan angin.
Pastu bahagikn pada 10-12 bhg (terpulang sbb saya buat pizza mini ), buat bulat then leperkan guna rolling pin, ikut saiz yg u all nak , dan biarkan dia naik sket (dlm another 10min gitu). Bila naik tu ia xtebal sgt, 1 - 1.5cm (sbb nk dptkn pizza yg rangup sket)

Cara buat inti pizza: Panaskan minyak dlm kuali, mskkan bwg putih & bwg besar, masak hingga layu je then masukkan min ced meat then kacau2. Lepas dlm 2 minit, tambah garam, sos, oregano, pizza seasoning, kacau2 then masak sehingga ia membeku pastu baru tutup api & put aside.

Cara sediakan topping pizza: Potong dadu tomato & capsicum. Cendawan butang tu terpulang nk potong empat atau nipis2 (veggy utk topping blh tukar/tambah ikut selera msg2).

Cara nak bakar pizza (mungkin ada cara berbeza tp ni cara saya buat):
Panaskan oven dulu , dlm 170ºC (suhu oven may vary, sbb mine cam cpt panas, kena pandai2 sdiri).
Sapu sos tomato ke serata atas pizza base, pastu letakkan inti td then taburkan semua campuran topping. Parut sket mozarella atas pizza (sket je) .
Bakar dlm 10min je (atau hingga base tu masak), pastu bwk kuar sekejap, then baru parut dgn jayanya mozarella atas pizza tu. Kemudian masukkan balik dlm oven, bakar sekejap je tau, iaitu smpai mozarella tu cair sik it then bwk keluar dr oven. Siap utk dihidang...

Doh asas


Ini plak nak jot down resepi asas buat doh roti (resepi dari my former baker Aunty Norlie).......semenjak dua menjak berjinak2 dgn baking ni mmg suke buat pizza&roti.......bukan apa tapi sbb pelanggan(the kids) berpuas hati sgt.....jadi the baker pun rasa puas hati le juge.hehe
ROTI ASAS

BAHAN-BAHANNYA
:

  • 800 gram tepung roti
  • 300 gram air sejuk (dari peti sejuk)
  • 120 gram gula kastor
  • 50 gram shortening
  • 2 bungkus (22 gram) yis segera (instant yeast)
  • 2 biji telur kecil
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar susu tepung

CARANYA :

1) Satukan yis dan telur dan pukul dengan tangan. Apabila sudah rata, masukkan air, tepung, gula, shortening, garam, baking powder dan susu tepung. Adun hingga rata.
2) Masukkan adunan ke dalam mesin bancuh dan bancuh dengan kelajuan sederhana selama 10 minit. Gunakan pemukul khas untuk doh roti (pemukul yang bentuknya berpusar).Uli lebih kurang 45 minit lagi.
3) Keluarkan doh dari mesin dan uli lagi menggunakan tangan hingga ia licin. Jangan lupa bubuhkan sedikit tepung di tangan semasa menguli.
4) Biarkan doh dalam mangkuk adunan dan tutup mangkuk dengan kain lembab. Perap selama 1 jam.
5) Ambil doh sebanyak 35 gram dan bulatkan bentuk doh. Ulang cara ini hingga semua doh habis digunakan.
6) Bentuk doh mengikut jenis roti yang hendak dibuat.
7) Biarkan doh yang sudah dibentuk selama 45 minit lagi sebelum disapukan dengan susu cair atau telur dan bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah C, selama 8 hingga 10 minit.........bila dah masak br disapu mentega..

Monday, 6 June 2011

CUSTARD CAKE

Today, experimenting with custard cake...................................hehe, the kids are busy with their backyard science,syoknye sains,sains comot experiments while the mommy busy doing kitchen science experiments.......
at first nak try buat cake flan/custard cake yg bake guna double boil.....tapi byk sgt ingredients & stepsnya...last2 jumpa resepi yg easy peasy ni.kalau xjadi gak mmg fail la kitchen science experiments mommy ni.huhu!!!

xtau le result mcm rupe&rasanya.....still baking tu....pepepun just jot down the recipes while i still memorize the steps


bahan2
  • 2 cawan 'self rising flour'
  • 250g butter (suhu bilik)
  • 2 sudu teh icing vanila
  • 2 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan tepung kastard
  • 1 cawan susu


cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160'C
  2. Masukkan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk besar
  3. Adun rata menggunakan electric mixer
  4. Tuang ke dalam dulang pembakar(23cm)
  5. Bakar selama 1jam (atau sehingga masak)


gini le rupenya hasil eksperimen saya.....walau rupe mcm bumi merekah yg penting sedapppp sgt.lembut&ringan di dalam,manakala luarnya crunchy..

Friday, 3 June 2011

ayam masak cendawan hitam



Resepi ni aku main belasah je.....basically chinese taste la ni. resepi ni blh guna ayam@daging@sotong.........

Bahan2 
ayam(potong kecik2) 
bawang putih(3ulas) 
bawang besar(1 biji di mayang halus) 
halia(1 inci) 
lada hitam serbuk@paste(aku guna paste) 
kicap masin 
kicap manis 
garam sket 
gula sket 
tepung jagung 
capsicum 
cendawan hitam kering(rendam air panas biar lembik) 

Cara2 
1. tumis bawang putih+bawang besar+halia sehingga garing 
2. masukkan ayam.....gaul rata.pastu tutup periuk&kecilkan api...biar 5minit 
3. bila ayam dah lembut,masukkan kicap+sos lada hitam.gaul rata 
4. masukkan perasa,garam+gula 
5. kemudian, masukkan cendawan hitam+capsicum 
6. reneh sekejap....last sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah.SIAP

Thursday, 2 June 2011

ketam masak cili telur masin




Yg ni plak resepi aku try fr blog deqlisMmg ada class la ini MR CRABBY....selalu aku masak lemak je ketam. Hehehe tocey deqlis yg comel.

ROTI PURI


1st time buat roti puri ni......hehe,menjadi beb. kembung molek dio!!!


resepinye anak2..................


Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air
Minyak utk mengoreng

Cara-cara 
1. satukan bahan bertanda (*) & panaskan .. kacau sehingga gula hancur pastu tutup api . 
2. satukan tepung dan yis .. gaulkan 
3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja 
dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~ 
4. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh 
5. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil 
6. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen 
7. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ... 

p/s: rahsia nak bagi kembung, masa mengoreng tu, u al jirus2 minyak ke atas roti tu (slow2 la nanti wuish minyak tumpah plak......NAYA)

Friday, 27 May 2011

PULUT LEPA (PULUT PANGGANG)

i love 2 try my 'che' (panggilan utk mak aku) resepi kueh mueh, especially traditional kueh from my hometown ganu+kelate......
here i share with u al resepi pulut lepa (pulut panggang)......sedakkk!!


INTI PULUT LEPA

Bahan2
*1 kg ikan selayang / ikan kembung
*1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan) 
*½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan) 
*6 ulas bawang merah ~ dimayang halus 
*1 inci halia ~ dihiris memanjang halus 
1* sudu kecil halba 
*garam & gula secukup rasa 
*serbuk perasa jika suka 


Cara Menyediakan Inti
1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air. 
2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja. 
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat 
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bahan2 hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa. 
5. Masak bahan2 tersebut hingga menjadi betul2 kering & berderai. 
6. Angkat & ketepikan sedia utk digunakan. 


PULUT LEPA

Bahan2 
*1 kg pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam 
*1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi) 
*garam secukup rasa 
*Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya. 
*Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi) 
*kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari) 


Cara Menyediakan
1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus. Kukus selama 30 - 40 minit. 
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arung dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak. 
3. Sediakan daun pisang . 
4. Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Boleh juga guna plastik sebagai sarung tangan. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. 
5. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan 
6. Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci. 
7. Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat. 
8. Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan. 
9. Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang. 



selamat mencuba!!!
(p/s : resepi dr fotopage mamawandiha.Tq kak)

Tuesday, 5 April 2011

1st Term School Holiday Slideshow

1st Term School Holiday Slideshow: "TEST TripAdvisor™ TripWow ★ 1st Term School Holiday Slideshow ★ to Brunei (near Brunei Darussalam). Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Sunday, 6 March 2011

wind of change......










Lupe aku nak citer pasal communication breakdown. Hahaha, lawak ada, sedih ada, geram ada.

al-kisah nye, pasal girl aku yg baru nak kenal alam persekolahan la ni. Nama si kenit ni AHDIA ZERINA....baru celebrate 3rd bday dia pd 20/12/2010. 
Kalau @mesia mmg blm school la(ckp pun pelat lg)....dia ni klau dgn org2 yg xkenal mmg susah la nak rapat mula2 tu (muke pun mmg masam mencuke jela). 
So, 1st day htr dia school okey lagi sbb dia xtau mommy akan tinggalkan dia
Masuk 2nd day, mula melalak2 le xnak stay dlm class.... Aku, biorkan aje (dah namanye aku teacher, dah tau peel bebudak manja ni).... So, bila tghari g amik dia tanya dgn cikgu status dia....cikgu dia citer le "dia xmau duduk, berdiri aje belakang langsir...aku suruh duduk dia xmau dengar. Jahat juge ni"....HAH!! terkejut monkey la aku bila cikgu tu ckp anak aku jahat......Weh kalau @mesia mau kena sepak cikgu tu (parents mesia kan hebat2)....tapi aku cool je, walau muke dah berubah. Bila bgt husb pasal ni. Husb ckp mmg org2 borneo ni cakap mcm tu (termasuk le Sabah &Sarawak). Hehe, ayam cakap dgn itik......Peringatan utk aku, jgn cepat melatah. Fahami bahasa dulu baru selami jiwa. Chewah!!!!tapi kdg2 terlupe juga.
Anak2 plak mmg culture shock juge le bab2 bahasa ni...kita @mesia mmg xblh kan guna perkataan AKU oleh anak2 especially bercakap dgn org2 tue...mai sini depa dok gebang (eh, loghat Kedah jap...bahasa kedua aku ni) AKU, AKU, AKU......last2 mmg kena explain kat bebudak ni @brunei aku = saya....so, d benarkan guna. Balik mesia xblh guna aku, hehehe.......mule le dgr dorg gebang sesama depa "aku penat bah, jgn kacauku" hahaha.........lantak le kau. 
So skrg ni anak2 yg dok mengajar aku bahasa borneo ni.........u al nak belajar jugak???? salin nota d bawah ;)

anda=AWDA (singkatan utk awang & dayang). hah, jgn xtau aku pun dah jadi dayang rostina, hehe
tipu=BUYUK
bangun=BANGKIT(yg ni ala2 kedahan sket)
tidak/xada=NDA/INDA
sekolah=SEKULAH(sebutan le,ejaan same)
awak=KITA/KITANI
saya=AKU
nakal=JAHAT
lembu=SAPI
tembikai=SEKOI



itu jelah dulu ye kelas bahasa kita........nanti aku update;)

sambungan citer 4a+R lagi

emmmph!! apa lagi nok citer ye...okeis, citer sket la psl brunei ye.
Sebenornye brunei ni xle sehebat Malaysia tercinta dr segi pembangunan...........mmg lebih kurang negeri 'ganu kite' je rupabentuk bumi, susun atur daerahnya & cuaca. Tetapi yg paling ketara berbezaannya ialah KEBERSIHAN......aku dok perati mmg pembersih la dorg ni (xle sume, tapi kebanyakan). Kalau rumah dorg tu walau banglo @ rumah kecik kayu tapi laman/surrounding mmg bersih. Begitu gak dgn kedai2 makan (walau kebanyakan kedai makan kepunyaan india muslim/mamak la kita @mesia tu), mmg bersih la. Dekat sinki mmg WAJIB ada hand wash (bukan cair lelear mcm @kedai mamak mesia tu).....pastu mostly kedai2 dorg tertutup + aircond..............
Sebelum aku dtg brunei ni, imagination aku negara dorg ni KAYA kan mesti ala2 negara arab mcm dubai @qatar @ jordon......ceh2x mcm dah pernah pergi sume2 negara tu....hehe, xle sume pergi tp qatar tu merasa le jejak masa tahun 2005.....mmg kecik&pembangunan okey2 la....best lagi @mesia klu dari segi canggih manggih nye...apepun aku ada sebab aku yg tersendiri aku suka dok brunei ni (xtau le kot lama2 boring tahap gaban plok).....So far so good (omputih cakap)......SEBAB YG PALING UTAMA 4a+R=1 family yg lengkap. Dulo2 bukan xlengkap tapi lompong2......kejap jadi 3a+R, kejap jadi 3a+Bibik.............hahahaha!!!! Yg 'A' besar tu selalu je ghaib. SEBAB YG LAIN : wehh, seronot gile jadi HD (house director le). Walau gaji kecik cipuk (ampun pak, jgn d potong gaji gue ye pak).....yg penting, aku xstress.............jgn jeles ye:P

Saturday, 1 January 2011

wind of change


As salam.....since 4a+R moved to Brunei Darussalam......there are lots of changes happen to 4a+R ourselves.....yg paling ketara our relationship.klau dulu 'the daddy' mmg jarang2 ada @rumah bcoz of duty called tetapi alhamdulilah skrg,memanjang ada kat umah (after opis hour le).same goes to 'the mommy'......d sbbkan asyik kena tinggal je 'the mommy' fulfilled almost her time work...work...work(kata anak2 dulu2 le).tetapi skrg mmg dah transform 360' smp anak2 plak jemu tgk muke mommy kot(harap2 xle....dorg ni kena sembur dgn dragon fire mcm pun ttp mommy still the best).hehehe!!!LAGI2 APA YG CHANGE? huish yg paling nikmat winds of changes ni adalah 'the mommy' become MD(mahligai director) fulltimer.....no alien(bibik2 indon yg mcm2 pesen)...........walau penat giles mengemas,memasak,menyapu....dan lagi dan lagi (maklumle depa @brunei ni umah besor2, jadi umah pinjam 4a+R ni pun mmg besor le compare to umah kami @mesia).....yg penting PERFECTO!!!!cume nak kabor ada gok indon tkg kemasnya(weekly basis)....okeis le tu....klau ikut aku xmboh doh(kata org ganu) tp doh tuan rumah nak bagi gok...ya badebedu le aku!!!! ttg anak2 plok

1)KENA KURUNG DLM RUMAH........hahaha,padan muke.klu dok selama ni suke sgt derak(kata org ganu)......fyi:org brunei ni terlalu protective ttg anak2 dorg..jarang2 u al nampak bdk2 main @laman(walau laman dorg besar gedabak).terblk dgn kita yg mmg suruh anak2 g main playground /laman etc....kat sini jarang la u al nampak playground kecuali yg @Jerudong Park tu(refer gambar kami@jerudong park).

2)CLOSE TO NATURE............brunei ni mmg trademark dorg 'A kingdom of Unexpected Treasures'.................The island of Borneo is synonymous with raw, unspoiled nature.Jadinye mmg byk le makhluk2 yg jarang dorg tgk @mesia tp kat sini hari2 blh tgk(aku pun jakun jugak le).for examples monyet a.k.a beruk mmg mjadi jiran2 kami kat sini.hehehe!!dr mula2 seronot sgt2 sbb rumah kami ni ada wide backyard + beach.tp bila 'jiran2' dtg menyapa trus xseronot bebudak ni.(jenuh la jugak dok memujuk smp le leni masih dok xbest rumah ni,best rumah kecik kita)....selain tu yg bestnya dpt lihat hornbill(wow!! mmg cantik burung ni).siap bunyi2an sekali..mula tu ingat si monyet yg berbunyi tp zafran(my eldest) ckp "itu bunyi enggang la mummy"....eh,hornbill tu bkn kenyalang ke dlm BM.....zafran ckp cikgu dia bgt enggang......what ever le.janji dpt tgk hornbill dekat(next time aku snap gambor ye).....selain hornbill,burung yg jarang kita tgk @semenanjung mesia ialah burung bangau.......subhanallah, seksi sungguh dok berposing tepi2 jalan binatang ni...phewitt!!!!!eh ngantuk la........sambung lain kali la plak.byk bebenor nak citer.....nanti kita citer ye.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...