بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 2 January 2016

Melaka lagi…ZOo Melaka & Taman Mini Asean

Assalamualaikum & salam sayang.
Happy New Year 2016 untuk semuaMay 2016 give more happy return ; health, wealth & love. Inshaallah.
Cuti akhir tahun 2015, kami berpeluang balik Malaysia 3 minggu je. Dalam tempoh 3 minggu tu tersangatlaaaa semputnya rasa. Ada plan yg jadi & ada plan yg tak jadi. 

Touched down KLIA pada 2hb Dec. Sempat rehat sehari je pastu 4hb kami dah gerak ke Melaka (ye Melaka lagi) Kali ni family trip yg diatur makngah. She sponsored homestay 3 hari kami kat Melaka. Tak yah review la homestay tu sbb biasa2 je rumah teres & tak berbaloi rasanya dgn harga Mommy ada bagi suggestion chalet & homestay yg lagi best tapi makngah katanya dah lama booked. Emmphhh!!!

Pepepun, the trip was enjoyable especially to the kids. Mana taknya kami pegi Zoo Melaka & Taman Mini Asean.

Malam pertama sampai Melaka kami pekena asam pedas @ Asam Pedas Kota Laksamana.. Phewww ramai betul manusia, penuh melimpah2 sampai ke jalan. Sorry la xde gambar plak nak share, sbb mlm tu rasanya dorg2 ni dok snap guna hp je (mommy pun pelik daddy leni, dah lemau nak snap gambar. Pasni mommy kena snap sendiri la ala2 blogger tersohor :P). 


Dah kenyang perut pekena asam pedas (risau gak masa tu sbb takut kena cirit birit lagi cam trip sblm ni), kami ronda2 kat Jonker Walk. Masa smp dah around 11pm+….rupanya dorg ni ttp 12am. Ingatkan lambat lagi tutup. Pepepun sejam tu sempat gak la merembat hasil jualan yg berkenan di hati. Heheh.

Hari ke-2, paginya kami terus ke Taman Mini Asean. Sebelum masuk sempat breakfast kat luar tu. Makanan ada yg sedap & ada yg kureng. Harga? xtau nak kata mahal ke murah sebab mommy skrg ni dah blur skit dgn current RM brg2 kat Msia.

Sebelum masuk juga sibuk dok window shopping barang2 souvenir , aishh teringin nak beli tudung saji anyaman yg pelbagai warna tapi daddy dah warning keta penuh dgn budak2, mana nak sumbat. Last2 beli bakul bag anyam je. Takpela next time blh dtg lagi.

Kat dalam Taman Mini Asean tu u al pun tahu kan ada deretan replika rumah2 negeri. Kalau org tua boring la kot sbb dah muak dgn rumah kampung tapi bagi budak2 & org kota mmg menarik juga lawatan ke rumah2 negeri ni.

Tambahan plak diadakan aktiviti2 di setiap rumah tu. 
Siap boleh test skill lagi cam dorg ni haa.

Mula2 tu pakat dok pusing gasing. Daddy boleh la pusing sbb mmg mainan dia masa kecik tapi yang budak2 skrg ni mmg xde lagi dah skill tu. 

Ada jugak dalam rumah (tak ingat Perak ke), makcik ni jual kerepek. Ingatkan mula tu demo masakan je rupanya mmg dia jual.

Pastu, kami pusing lagi & nampak ada gerai jual ais kepal (mcm ABC tu tapi kisar ais guna tangan cam zaman2 dulu). Kat bahagian belakang rumah tu plak ada dibuat reban. Berpeluang la budak2 ni feed the animals. Yang paling best bagi makan itik. Hehe semua geli kecuali Si Asyraf.

Satu lagi permainan kampung yang disediakan ialah melastik tin kosong…Hahaha!!!!semua pun xleh challenge jaguh kampung 'daddy'…Budak2 moden skrg ni mana nak kenal lagi lastik. Berebut2 la tunggu turn nak melastik.

Masa lalu kat rumah Terengganu, mommy nampak ada batik painting. Apalagi terus panggil Anis&Ahdia untuk cuba since durg ni suka sangat melukis & mewarna. Satu blok corak tu rm12, warna suka hati nak color apa. Best juga kalau nak hilang stress relax2 sambil canting ni. 

Yang lain2, cam biasala dipamerkan perabut lama & kelengkapan2 lama untuk setiap rumah negeri.

Habis lawatan ke Taman Mini, kami bergerak ke Zoo Melaka plak.. Dekat je Taman Mini & ZOo Melaka ni (kira cam sebelah je).

Mula2 tu round zoo naik train. Kemudian tengok bird show. Pastu baru menapak ke tempat2 yg budak2 ni request. 











Elok aje keluar dari zoo, mencurah2 hujan. So, kami ambil kesempatan unutk balik ke homestay dulu utk rehat2.


Malamnya dinner kami layan seafood kat Restoren Muara Sg Duyung. Masa sampai nak parking aje pun dah sesak, nak masuk pun sesak siap kena beratur amik table. Punya la ramai manusia. Nasib baik service kira ok jugak. Takde la lama sangat nak tunggu dapat table.

ALhamdulilah makanan mmg sedap & berbaloi2. Alhamdulilah juga mommy xde kena cirit birit. Confirm makanan bersih & selamat untuk dimakan :D

Lepas makan, durg ni nak pegi uptown plak.. Huhu ikutkan mata mmg dah mengantuk sangat tapi dah alang2 window shopping, kena la betul2 shopping baru berbaloi. Hehe.
Keesokan paginya, plan awal nak ke rumah mak saudara durg tapi cancel sbb dah terlambat & tak tau jalan (padahal dah g byk kali)….. So, kami masuk bandar hilir kejap. Shopping souvenir & durg ni masuk museum marin. Pastu bergerak nak balik. Belum sempat nak lepas ke highway, keta kami overheat & bust. Dipendekkan citer, malam tu keta kami kena towing ke workshop. Huhu…..disebabkan itu juga la plan kami nak balik Besut ziarah mok tak kesampaian.


3 comments:

idzwa kamaruddin said...

best nyer...!

sudipVSsenduk said...

melaka penuh dengan aktiviti.. best

hainom OKje said...

Lama sangat tak gi Taman Mini Asia tu, tak larat dah nak menapak hihi....zaman dulu masa muda muda adalah gak jejak kat situ. Tak terasa pun tempat tu luas, maklumlah zaman bercinta haha....banyak betul ceritanya....

Kesiannya Ros....keta sewa ke apa tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...