بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 12 November 2015

Tumis Jantung Pisang

Assalamualaikum & salam sayang.
Menu dah lama jugak ni tapi baru sempat nak jotdown
Mommy tak pandai makan masakan lain jantung pisang selain celur cicah budu & kerabu jantung pisang..
Aritu mommy beli sebiji jantung pisang & decided nak try masakan selain mentioned kat atas.

Google jmp resepi dari Along Roz ni. Bila study cam menarik. So mommy cuba & end up sedap sesangat.. Yang suka masakan kampung sure suka ni.. Jom try


Bahan2:
1 biji jantung pisang (hiris nipis)
2 tangkai cili kering*
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu kecil belacan*
1/2 kiub ikan bilis (mommy guna ikan bilis segar yg ditumbuk)*
1 sudu besar sos tiram

Caranya:
1. Ramas jantung pisang yang dihiris dengan garam. Basuh & toskan.
2. Tumbuk/kisar bahan2 bertanda *. Tumis dengan sedikit minyak sehingga garing.
3. Masukkan jantung pisang tadi & gaul rata. Tambah sedikit air jika suka kuah & perisakan dengan sos tiram, sedikit garam & gula.
4. Sedia dihidang bersama nasi panas.



2 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah lama tak makan jantung pisang ni..
Akak selalu masak lemak cili api

hainom OKje said...

Jarang sangat beli jantung pisang, apa tah lagi masak cenggini. Kalau beli pun selalunya rebus cicah sambal belacan jerlah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...