بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday, 26 October 2015

Daging Hitam (noxxa style)

Assalamualaikum & salam sayang.
Lagi resepi Noxxa nak simpan hariniYang ni lagi special sbb dah lama cari resepi yg betul2 sama dgn daging hitam ustazah. Arfa & Ahdia sangat2 suka daging hitam kalau ustazah yg buat. Ada jugak dulu mommy tanya ustazah resepinya tapi xde details so cam malas nak bereksperimen.


Bila terjumpa resepi ni dalam grp resepi noxxa maka harusla mommy cuba. Alhamdulilah mmg sebiji rasa yang sama.
So, anak2 ini resepinya.


Bahan2:
1.
500g daging - potong nipis
1 sudu besar jintan kasar *
1/2 sudu besar jintan halus*
4 biji cengkih*
1/2 cawan kicap mee tamin
1/4 cawan gula merah/nise
(Sangai bahan2 bertanda * & tumbuk. Kemudian perap daging dengan semua bahan2 di atas sekurang-kurangnya sejam)

2.
20 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2cm halia
(kisar semua bahan2 di atas)
2 batang serai
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Air asam jawa
Garam
Gula

Caranya:
1. Guna Mode SF: Tumis serai dulu sehingga wangi baru masukkan kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga. Kacau sampai wangi semerbak (dlm 2-3 minit).
2. Masukkan bhn2 yang dikisar & tumis sehingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan daging yang diperap & masak sehingga kecut.
4. Tukar Mode HP: Tekan HP 18 minit. Tunggu sehingga selesai.
5. Selepas release pressure, masukkan air asam jawa, garam & gula. 
6. Tukar Mode SF: kacau sekejap dalam 1-2 minit untuk keringkan kuah. Siap

(boleh tambah ubi kentang jika suka).

1 comment:

kakrose said...

nmpk senang masak guna periuk noxxa ni ye.sesuai untuk suri yang bekerja..cepat siapnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...