بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 8 February 2015

SELF DRIVE CAMPERVAN - MELBOURNE ( Queen Victoria Market)

Assalamualaikum & salam sayang…..
Best tgk kat fb kawan2 bawak family gi libur2 hari minggu. Kami @bumi bertuah ni mmg melepak kat rumah jelah…. Makin hari makin jadi penunggu setia rumah. Weekend pun dah tak keluar.



So, marilah kita mengimbau kenangan manis libur2 kami plak.
Hari ke 5 kami di Melbourne. Hari tu kami akan terbang ke Brisbane dgn domestic flight Tiger Air. Flight kami pukul 12 tenghari, so kami still lagi ada masa 2-3 jam ronda2 bandaraya Melbourne. 


Hari sebelum tu kami xsempat nak pusing2 bandaraya Melbourne sebab di sesatkan oleh GPS, masa nak cari Melbourne Big4 Holiday Park. Dari hari siang smpkan ke gelap baru jumpa park tu.   Itu yg xsempat nak explore. Maka pepagi hari ke 5 tu kami check out awal & menuju Queen Victoria Market.

Fyi, mmg susah nak cari parking kat dalam bandaraya Melbourne ni tapi kalau u all drive campervan kami suggest u park je kat area parking QVM. Pastu menapak la dgn kaki ye putar2 sekitar Melbourne city tu.


Masa kami smp kat QVM tu peniaga baru nak siap2 bukak gerai. Hahaha!!!!punya la awal. 


Niat kami bukannya nak shopping sakan pun memadai beli souvenir utk kaum kerabat & jiran2 je. After all @Sydney nanti blh beli lagi. Yang penting nak tinjau2 apa yg best kat sini sbb selalu org yg dah smp Melbourne mesti rekomen dtg sini.



Emmmph!!!!! lepas tawaf sekali kami pun cepat2 cari apa yg nak (daddy dah sound suruh cepat2 sebab takut lambat nak htr campervan). 

Kami 4 beranak pun melilau2 le beli apa yg patut while daddy pergi menembak. Alih2 bila kami dah siap menyoping, tgk daddy mengopi plak (amboi sempat lg dia layan kopi, tadi suruh kami cepat2).


Sepatutnya plan mommy next destination lps QVM tu nak naik free tram putar2 Melbourne city tapi daddy cakap dah tak sempat ni sbb takut sangkut lama kat office campervan. End upnya dari QVM tu kami lalu sekali harung je melalui Flinder Station, tak nampak pun free tram…… Frust jugak la tang situ tapi xpela, xleh tamak haloba kan. Kalau ada rezeki mana tahu target putar2 city, Inshaallah. Tapi mmg jauh di sudut hati mmg xpuas jalan2 Melbourne. 

Dari office campervan tu kami amik cab (dorg yg tlg call), driver org Somalia, dok sembang2 dgn daddy & dia mentioned pernah study kat UIA. 



Smp airport (domestic), tak lambat/tak cepat sempat menunggu dalam 1/2 jam pastu depart ke Brisbane.



Perjalanan lebih kurang 2 jam menuju Brisbane. Bye2 Victoria - Place To Be (ni plat no dorg)………..welcome Queensland - Sun shine state (ni plat no kat Brisbane & Gold Coast plak).



Tunggula next episode kami di Queensland plak. Wasalam



5 comments:

kehidupan sihat said...

nice sharing kak :)

salam perkenalan & jemput ke blog nana nanti

Aku Seorang Pengembara said...

Laaa Zie...pendeknye....tup tup abih...

ngape dah bosan ke nak keluor rumah dihujung minggu?

Madam Fiey said...

Kak Ros dtg brisbane gak rupanya.Alahai!Kalau saya ada sana leh jumpa.In sha allah ada rezeki bertemu jua.

Madam Fiey said...
This comment has been removed by the author.
hainom OKje said...

Wow!!! mommy anak beranak berlibur liburan rupanya yer...hihi....

Menyoping apa kat market tu Ros! Nampak macam best jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...