بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 10 July 2014

Mango Casablanca

Assalamualaikum & salam ramadhan.
Alhamdulilah.ni menaip di malam hari plak. Kenyang makan nasi kerabu biru bunga telang & minum air kelapa muda dari pokok tepi rumah. SEDAWA GREKKKK!!!!!


Pepepun alhamdulilah rezeki kita cukup makan, aman damai dapat menunaikan ibadah puasa dengan selesa..jgn kita lupa selain menderma duit ringgit untuk mendermakan juga doa buat saudara kita di bumi GAZA. ALLAH!!!!!!sedih tgk gambar2 mangsa terutamanya anak2 kecil ahli syurga. Semoga kesengsaraan mereka di dunia ini berbalas dengan kesenangan di akhirat kelak. Kita ni yg selesa di dunia belum tentu beroleh kesenangan di akhirat.Nauzubillah!!!!Ya ALLAH!!!! golongkan la kami di kalangan org2 beriman. Amin


Ok ni mommy nak jot down resepi 'tangkap leleh' ketagih abis (hahaha!!!!itu yg taip waktu malam, kurang sikit telan air liur). Dah lama terliur bila tgk k.Amie buat, tapi dok peram jeeeeee sampai le minggu lepas buat. Beli mangga siam yg besor2 gedabak, manisnya Ya ALLAH!!!nikmat sungguh. Mula2 big boh mengidam nak makan pulut mangga, so buat la kat dia sehari sebelum puasa. Pastu balance mangga tu mmg mommy dah aim nak buat Mango Casablanca ni.


Dah la malas nak taip panjang2 karang menitik2 air liur atas keyboard ni (kik3x!!!!!exaggerate btui la mommy ni).
Tengok jela resepi yg mommy c&p dr blog k.Amie. Tqvm k.AMie & Fauziah Biran.

Bahan-bahan:
27 keping Biskut Cream Crakers
1 kg mangga masak ranum - kupas kulit dan hiris nipis
250 gram Philadelphia Cream Cheese 
2 tin (300gram setiap 1 tin) Nestle Cream
300ml Sweetened Cream - boleh gunakan sukatan sendiri untuk rasa manis yang dikehendaki
1 cawan susu cair 
Bekas persegi ukuran 8" X 8" 

Cara:
1. Pukul Philadelphia Cream Cheese, Nestle Cream dan Sweetened Cream menggunakan mixer sehingga kembang.
2. Ambil satu senduk besar campuran krim di atas dan tuang merata di bahagian dasar bekas persegi.
3. Susun 3X3 biskut berjumlah 9 keping.
4. Tuangkan satu senduk campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
5. Susun kepingan hirisan mangga di atasnya.
6. Tuangkan satu senduk lagi campuran krim dan sapu merata di atas susunan biskut.
7. Susun lagi 3X3 biskut sebanyak 9 keping.
8. Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehinggalah habis 27 keping biskut.
9. Tuangkan lebih sedikit campuran krim ke atas kepingan biskut yang terakhir.
9. Tutup bekas persegi tadi dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sekiranya ingin dinikmati segera, bolehlah simpan di bahagian beku selama 1 jam tetapi sekiranya tidak untuk segera dimakan, bolehlah simpan di bahagian bawah sahaja sehingga sejuk.
10. Keluarkan bekas dari peti sejuk, dan potong untuk dinikmati. (Boleh hiaskan dengan potongan dadu mangga di bahagian atas)


p/s: Heheh!!!!mommy dok kalut & excited nak buat bila tgk gambar k.Amie terus semua mangga tu potong dadu. Itu yg nampak petak2 in between biskut (kalau k.Amie punya kemas je sebab dia slice mangga nipis2 utk layer). Btw kalau buat dalam bekas2 kecik pun ok sebab xyah comot2 nak potong, bila nak makan scoop aje.



11 comments:

Unknown said...

salam ros, amboii bercasablanca lah pulak ya, nampak mengancam tu boleh try esuk lusa..

Unknown said...

Dan saya membaca entry ini pada jam 12 tengah malam.Tak tak tak ailio.Hihihihi.

Amie said...

Tq Ros sudi cuba mango casablanca tu... he heheh first time, second time dan beberapa kali buat memang tak berapa kemas Ros, dah banyak kali buat barulah saya boleh hasilkan yang kemas sikit hihihiii...

Jari Manis said...

ishh..terliur pulak tgk pepagi nih

Honey said...

Salam Kak Ros,

Simple aje kan recipe nya tapi nampak sedap!

Cho Zila said...

alamak puasa ni... tapi kurang terliur sebabnyer kalau manggani memang tak suka di buat benda lain kecuali m akan gitu jer ataupun kerabujer boleh terima....
tapi nampak memang menawan kalbu ini...

Nastyna said...

nama semabeles rupanya, rasanya... I bet so.

Aisy Nasiha said...

Menarik ni. Saya nk cuba juga...

tun_telani said...

Salam kak ros.. adoii.. terliur wehhhh.... tun dh berzaman salin resepi, tak buat2 jugak.. huhu

Unknown said...

Alamak mommy... kecuq tengok tauu... :D

kakrose said...

tak boleh tengok lama2..menitis liur nnti..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...