بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday 8 July 2014

Macaroni Goreng Mamak

Jom kita mamakkan macaroni Italiano ni.


Bahan2:
1 peket Macaroni (mommy guna yg 250g)
Daging kisar (250g)
Telur (1-2 biji)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 labu bawang merah besar (kisar)
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar serbuk kari (mommy guna kari daging)
Sedikit sos cili + sos tomato
Kicap
Garam
Gula
Sayuran (mommy guna sayur campur)
Cili Merah (hiasan)
Daun ketumbar/daun sup (hiasan)



Caranya:
1. Celur macaroni sehingga lembut (masukkan sedikit minyak zaiton & garam). Toskan.
2. Tumis bawang & masukkan cili boh sehingga garing. 
3. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak.
3. Setelah kering sedikit air daging, masukkan bancuhan serbuk kari. Kacau rata.
4. Seterusnya masukkan sayur campur & macaroni.
5. Tambahkan sos & kicap. Perisakan juga dgn garam & gula.
6. Akhir sekali curahkan telur yg telah dikocok. Gaul rata.
7. Semasa menghidang tabur hirisan cili merah & daun ketumbar/daun sup. 

3 comments:

Kuazue Mohamad said...

kita buat dia.. belasah aja.. janji boleh makan dan bonus kalau sedap kanss....

Jari Manis said...

Yeahhh boleh try utk berbuka esok sbb hari2 asyik mkn nasik je

adda syuhada said...

sedapnyerr...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...