بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 8 December 2013

Edisi sentap mommy.

Assalamualaikum.
(Auto publish.. masa ni kami dah fly to Malaysia for long holiday. Sesiapa yang nak sokong @ yang nak hentam bg mommy sentap lagi pun dialu-alukan tinggalkan komen anda. InshaALLAH next year balik Brunei plak mommy reply. Tq).


1st of all nak diingatkan n3 ni ada unsur2 drama bersiri (sedih, kuciwa, geram, marah, sakit hati & insaf).

















Kalau ikutkan mommy takde la emo sangat dgn keputusan periksa 3A ni. Syukur alhamdulilah anak2 mommy walau tak excellent mcm anak org lain tapi mommy bangga sebab 3A semua berperangai baik, mendengar kata (walau kekadang kena guna pembesar suara juga br jalan, tapi yg paling penting senang nak bentuk especially bab solat). Ahdia yg belum cukup 6thn tu pun alhamdulilah dah rasa dia senang utk jaga solat. Arfa plak walau mommy marah, bantai dia mcmana pun mmg tak melawan (sedih plak kalau ingat mommy pernah bantai dia KAW2 dulu (sampai berbirat badan) @Malaysia zaman mommy meroyan kena tinggal dgn daddy lama2 out station sbb kacau adik, tak bergerak dia tahan kena bantai tu). Lagi satu bab2 mengaji ni pun Arfa lagi advance dari mommy sbb ustazah pun puji dia jenis cepat pickup (cuma selalu berlagak terer smp nak cepat je baca). 




Mommy mmg BANGGA!!!!!!tapi ada org tu (daddy la), masih tak puashati (setakat terkilan takpe la kan, ni mmg salahkan mommy sebab 3A result teruk). Mommy tak tahu yg daddy mmg salahkan mommy 100% sebab Arfa dapat B mathematics (dia ckp mommy tak push Arfa bt latih tubi). Ya ALLAH!!!!!sedih betul hati ini bila dipersalahkan (walau mommy akui salah mommy juga) tapi jgnla meletakkan semua tanggungjawab tu kat mommy. 


Btw mommy mmg sengaja taknak push dorg sangat ttg study ni sbb mommy taknak dorg stress & tak enjoy their childhood life mcm budak2 @Malaysia tu. Sekarang ni pun kehidupan dorg bukan seronok sangat……bangun pagi g sekolah, mommy amik dorg dr sekolah & balik rumah dah pukul 1245-1pm……kadang2 makan nasi pun tergesa2 sebab pukul 130 dah masuk sekolah ugama. Kalau si Arfa 530 baru balik, 2 kali seminggu after blk sekolah ugama terus g mengaji till 6pm…..630 dah masuk maghrib, 3 kali seminggu 730pm ada mandarin tuition till 930. Haaaaaaaaaa!!!!korang cakap letih ke tak letih budak tu? 



EmmmpHHH!!!mommy sebenarnya mmg sentap & stress bila daddy salahkan mommy. Terasa hati sangat bila daddy samakan mommy dgn 'bibik' kalau just masak & kemas rumah je tanpa dpt tolong 3A untuk achieve excellent results. Terasa time tu jugak nak isi borang further study amik master & PhD (haaaaa……sentap giler weh). Dah le tahun dpn rancang mmg nak berhenti keje & focus jadi surirumah yg kononnya tip top (actually daddy yg suruh berhenti sbb byk songeh sgt kalu nak kena kerja semula next year), skrg ni hati dah berbelah bahagi plak (setan mmg suka kacau kalau time kita marah ni). Ya ALLAH!!!!!! berila aku petunjuk yg benar.


 Tapi takpelah, mommy dah deal dgn Arfa untuk sama2 berganding bahu FIGHT for next year BIG EXAM. Kat sini ada PSR (Penilaian Sekolah Rendah……mcm UPSR la). InshaALLAH, next year will be our 'Battle of War'………Will fight till death do us part (boleh gitu????? geram tahap gaban dah ni). Kalau dah struggle tapi ALLAH tak bagi juga dapat excellent results rasanya masa tu mommy surrender. Mommy nak mitak keja jadi 'bibik' je. So, sapa2 ada nak guna khidmat 'bibik' yg tip top tu blh email@PM mommy ye. Huwaaaaaaaaa!!!!!mmg tgh sedih ni (bukan sebab 3A tak pandai tapi sbb daddy tak nampak pengorbanan mommy).


Semoga n3 ni bakal menjadi pedoman juga buat 3A betapa mommy struggle (walau mommy tahu daddy selalu ckp mommy tak cukup struggle) nak bg the best utk 4A……… (Rasanya kalau tak cukup struggle, dah lama lemas makan taik dalam perut mommy 3A ni). Akhir menaip "Hargai lah Wanita"
(Mohon ampun maaf kalau my readers terpaksa baca n3 ni…..no choice i have to let it go inside me, takut meroyan susah)

4 comments:

Umm AA said...

salam ros,
bunyi mcm tension & sentap betul tuh ros..mmg lah sedih bila laki letakkan@salahkan kita..actually bknnya ats kepala mak semua, ayah pun kena mainkan peranan jugak bukan setakat carik duit jer n expect wife handle segala bagai..sabar lah ros, moga anak2 paham dan berusaha lebih gigih lagi dimasa depan..biarlah depa berusaha tuh demi ms depan depa bkn setakat nak prove somethin kan ..takut tension gak nanti..
mungkin ros kena slow talk ngan daddy mrk nie..sbb paham betul sentap ros nie..take care yer...inshaallah u can do it tak yahlah cari kerja bibik k..:)

suka suka said...

Memang stress bila kita dipersalahkan... cer tukar job tu agak2 dia boleh ke handle semua exactly macam kita buat? Semoga tabah dan berjaya mencapai impian .. setakat ni memang dah berjaya kan! Kejayaan untuk akhirat dan kejayaan diatas kertas suatu yg berbeza... tahniah sebab anak kecil dah boleh jaga solat...

Unaizah said...

I feel you, Ros....

Maybe kaum Adam ni bila isteri diorang housewife, diorang expect hal anak-anak 100% kita handle. Hal rumah maybe la blh bg 100% under kita tp anak-anak tanggungjawab bersama.

nurbijen said...

First time baca entry sentap kak ros... nasib baik ada blog.... ada juga ruang utk melepaskan tension....
Saya boleh rasa perasaan tu... mmg tak best bila 100% atas salah kita... kalau saya pun sedih jugak :(
Saya pun setuju dgn cara kak ros... tak perlu push sgt anak2... let them enjoy their childhood...
jom2, kita sambung belajar sama-sama... biar hubby pulak rasa mcm mana rasa kena jaga anak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...