بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 13 November 2013

REGATA BRUNEI DARUSSALAM 2013

Assalamualaikum & good day.
Harini ramai yg puasa kan ? So, kita jgn tunjuk makanan ye (kena hormat kat org2 yg berpuasa). Mommy sempat puasa sampai pukul 1pm je harini (dah rasa lain mcm tapi berdoa jgn le kena berbuka, last2 tgk masa lunch tadi confirm dah print out bendera JEPUN). Nasib baik pagi tadi kami ada usrah & naqibah kami pun ada highlight pasal ni; perempuan yg berniat nak puasa tetapi tak dpt. Alhamdulilah rasa lega sgt sebab hukumnya jika kita betul2 niat dgn ikhlas nak berpuasa seperti org lain maka ALLAH itu maha pemurah. Kita juga layak dapat ganjaran yang sama. Tahu kan ganjaran org2 yg berpuasa As-syura ni. ALLAH ampunkan semua dosa2 mereka setahun yg lalu. RUGI ooooooooooooooo sapa yg tak ambil peluang ni (lain le kalau korang confirm mmg korang xde dosa which I think mmg nonsense la sbb nabi & para rasul pun  tak terkecuali berbuat salah, malah setiap siang & malam memohon ampun dari ALLAH………takkan kita ni manusia biasa nak sombong yg kita ni xde dosa). Menyesal tak puasa arini????? Haaaa, jgn risau blm terlambat. U al blh start puasa esuk sehari @ lebih afdal puasa esuk & lusa. 

So, harini kita tgk ulangan cerita REGATA Brunei 2013 ye. Mommy blm publish kat blog cuma post gambar2 @FB je.




Regata Brunei Darussalam 2013 diadakan pada hari Ahad, 3 Februari 2013 bertempat di perairan Sungai Brunei berhadapan Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan. Acara diadakan pada pagi dan petang. Acara bermula 8.00 pagi dan di sebelah petang bermula 2.00 petang.




OBJEKTIF REGATA
1. Mengembalikan zaman kegemilangan dan nostalgia sejarah Lumba Perahu dan Bot Laju yang diadakan pada zaman tahun-tahun 50-an, 60-an dan 70-an, di mana pada ketika itu setiap kali acara tersebut diadakan di Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan, suasana Bandar Seri Begawan adalah sungguh ceria dan meriah serta mampu menjana aktiviti perekonomian.
2. Mengembalikan keceriaan dan memeriahkan lagi kawasan Bandar Seri Begawan bukan sahaja sebagai pusat bandar tetapi melalui acara yang diadakan, ia dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan semasa acara itu nanti.
3. Mendokong ke arah memajukan lagi industri pelancongan di Negara Brunei Darussalam, berkonsepkan “Kenali Negara Kitani” (KNK), iaitu untuk terus menjadikan Bandar Seri Begawan sebagai pusat tarikan pelancong di Negara Brunei Darussalam.



Sebanyak empat kategori yang dipertandingkan iaitu: 


#Acara Lumba Perahu
#Acara Lumba Perahu Tambang 
#Acara Jet Ski
#Acara Bot Laju








Yang paling best Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah & anakanda baginda iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri serta YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik turut sama memeriahkan majlis dengan menyertai dalam pertandingan yang dianjurkan. 


Bagi memeriahkan lagi suasana Pusat Bandar pada hari tersebut, dan sebagai memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk menambah pendapatan, maka aktiviti sampingan sebagai acara ‘spinoff’ daripada regata tersebut diadakan beberapa aktiviti sampingan seperti berikut:-

i. Pameran dan Jualan (SHOWCASE) Satu Kampung Satu Produk (SKSP) Majlis-Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Negara Brunei Darussalam.

ii. Gerai Jualan di mana Jawatankuasa Gerai Jualan Sempena Regata Brunei Darussalam 2013 dengan kerjasama Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan.

iii. Pameran Lukisan iaitu imbasan regata pada zaman awal bertempat di Galeri Seni, Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan.




8 comments:

mala said...

rindu sangat kat Brunei ...

tun_telani said...

Selamat berpuasa kak :) betul2, rugi xpuasa. alhamdulillah, ayah tun ingatkan utk puasa mlm td. sbb xprepare apa2 utk sahur, bhn sahur mkn nestum je. hihi..
xberkesempatan lg nk nengok regata, thn ni kat sibu rasanya.

Juls Julie80 said...

Assalam..salam ziarah..

bestnyer berpuasa...saya dah kunci jam siap2 tp x sedar plak hari ni.. esok jer la insyallah...

tgk regatta tu, teringat regatta kat Swk.. lame x berkesempatan...


julie, putrajaya / kajang ;)

ishamizu said...

Salam kak Ros..

Meriahnya Regatta Brunei..and so sporting to see Sultan Brunei and puteranya pon turut serta sekali. ;)

Nway, salam 10 Muharram! :)

Unknown said...

Mcm best je...mcm nak pergi je Brunei. Ada juga plan dgn hubby pergi naik kereta tapi katanya Brunei tak benarkan cermin kereta tinted, ye ke Ros?

Umm AA said...

sedih kan tak dpt posa..takperlh dpt gak ganjaran atas niat kan..
bestnya ros bulih tgk sultan n anakanda dr dekat..nampakmeriah btul pesta tuh yer..

OKje said...

Ohhh Ros nampaknya time kita sama le....okje pun dapat separuh hari jugak...kebetulan puasa tuk anak yg exam sekali....tp tulahkan....nampaknya Allah suruh makan....
Syok jugak yeh sesekali dapat tengok kerabat diraja turun padang berjumpa rakyat jelata

rostina76 said...

mala: tmp jatuh lagikan ingat inikan pulak tmp gali minyak. heheh!!!

tun: bila yg regatta sarawak ye?

juls julie: sarawak lg grand kot ye

ishamizu: sultan & prince mmg selalu turut padang jmp public….mmg sporting abis. ada yg time posing tu rasanya kalau kerabat kita mau kena sekeh kepala sebab himpit2 kan tapi their sultan & kerabat mmg xkisah org bergambar dekat2 dgn dorg

zana: mmg @brunei kereta xleh tinted hitam (itu utk kereta local la)…..kalau kereta luar tak pasti plak kak

UA: mmg dah 2,3 kali ni jupo dekat gini

okje: seronok tapi xde la nak p salam2. walau ko hebat camana pun haram tetap haram noooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...