بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 1 October 2013

SNOW CHEESECAKE for Anis 8th Birthday

Assalamualaikum & good day.


Last Saturday Anis celebrated her 8th birthday. Her actual birth date actually on 3rd September but since there was a Hari Guru celebration on that day so mommy thought better do it one go (hehe sebenarnya malas nak prepare masak 2,3 kali lagipun Khamis before dah kena masak untuk jamuan Hari Guru sekolah Arfa).




Untuk birthday cake Anis mommy buat Snow Cheesecake yg cute (hehe sebenarnya yg deco paling senang). Dah lama sebenarnya nak try buat snow cheesecake tapi sebab xde occasion yg sesuai & memikiorkan phewwww mewahnya cheese yg bakal menggemukkan yg terpaksa ditelan.


Pepepun mmg puashati & rasa berbaloi sangat buat cake ni sebab semua cikgu & kawan2 Anis suka sangat. Lisa, one of her friend cakap " aunty, kek aunty nyaman bah'. Abis licin dorg makan (biasanya ada je leftover yg kami bawak balik but this time mmg laku abis).Alhamdulilah terubat penat lelah mommy. 



Btw mommy perasan bukan saja dorg yg suka kek ni tapi bukan peminat kek a.k.a daddy pun pulun gak makan walau cebisan2 aje yg tinggal masa mommy mendeco kek tu. Heheh!!!kesian. InshaALLAH pasni mommy nak buat lagi, after all rasa cam senang je buat kek ni (eceh, berlagak le plak).



Untuk resepi, mommy follow resepi drp hanamemories.




Tqvm hana for the marvelous cake recipe.



Bahan-bahan

Untuk Kek
6 keping slice cheese
250ml susu segar
100g butter
100g gula halus
100g tepung gandum ayak (hana buat 10g tpg SRF, 70g tepung superfine) 
6 biji telur
1sk esen vanila

Untuk Topping
250g cream cheese philadelphia (satu ketul)
1/2 tin susu pekat
1/2 ketul keju cheddar kraf - parut




Cara-cara
1. Untuk Kek - Siat2kan slice cheese dan masukkan ke dalam periuk, Masukkan sekali susu segar. Kacau hingga cheese cair kemudian masukkan butter. Matikan api. (tak perlu hingga mendidih). Sejukkan.
2. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul putih telur dan gula hingga bertanduk (terbalikkan tak jatuh).
3. Kemudian pukul kuning telur dan esen vanila lebih kurang satu-dua minit dengan kelajuan sederhana.
4. Masukkan campuran susu segar, butter dan slice cheese tadi. Kacau menggunakan whisk.
5. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
6. Ambil 1/3 drpd putih telur dan kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur. Kemudian campurkan baki adunan putih telur sedikit demi sedikit. Kaup balik sebati. (jgn over.. adunan agak ringan dan pekat)
7. Griss loyang dengan butter dan ratakan tepung supaya tidak melekat. (boleh juga alas dgn baking paper)
8. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara waterbath. (letak air di dalam dulang pembakar & masukkan loyang kek ke dalamnya)
9. Bakar suhu 160 api atas bawah selama 50min-1jam (Bergantung kepanasan oven masing2). Uji kek sebelum keluarkan dr oven.
10. Sejukkan dahulu kek kemudian potong tengah dua bahagian.(mommy tak potong tapi buat 2 biji kek)
11. Untuk Topping - Pukul cream cheese dan susu pekat hingga sebati. Sapukan ke atas kek dan taburkan dengan parutan keju cheddar. Sejukkan dahulu dalam peti kemudian potong dan hidangkan.




Jom tengok gelagat kawan2 Anis dalam kelas. Fyi, murid2 dibenarkan berpakaian bebas sempena sambutan Hari Guru tu cuma Ahdia je tak melaram sebab cikgunya xde bagi memo. Bebel jugak le si Ahdia tu sbb xleh pakai baju princess cantik2 macam kakak. Heheh!!



15 comments:

Unknown said...

salam Ros, amboi sedap nampak cheesecake bak lah sepotong nak rasa maktok busy ni heeee

Umm AA said...

oh..napok pun sedak doh..si'e ko cikgu2 jd gemoklah lps nie..hehe

mala said...

happy 8th birthday utk anis. memang pikir banyak kali kalau nak kek2 cheese ni heheheh dah sedap ..lemak berkrim pulak tu :-)

Izwa Kamaruddin said...

Selamat hari jadi syg :)

Unknown said...

Sanah helwah Anis..
Unti Sham pun bkn jenis slalu sgt mkn manis2 ni.. tp kalau dh dpn mata.. okey jer..

Anonymous said...

home made cake kalau dihargai memang puas hati kan?

:)

Unknown said...

cantiknya kek...happy je tgk gambar anak anak semua tuu

happy bezday sayang...

tun_telani said...

tun tgk harga cheddar cheese tu, pikir 10kali nk buat ke tak kek nih.. haha.. mmg terasa kaya mkn kek nih.. huhu...
lain rupanya hari guru kt sana. ingatkan semua sambut bln mei..

OKje said...

Tak boleh tahan ni Ros...asyik tgk org buat kek je...nk kena mencuba ni....anniversary bukan Nov ni try le buat

OKje said...

Tak boleh tahan ni Ros...asyik tgk org buat kek je...nk kena mencuba ni....anniversary bukan Nov ni try le buat

Cheq Sue said...

cute je anis pakai gaun pi sekolah...

AtieYusof said...

wahh..sedappnya cheese cake..peberet kami tu kak...:)

nurbijen said...

dah lama usha resepi ni... bila tgk kek yg menggoda tu, rasa skrang juga nak membaking...

Mamasya said...

happy 8th birthday utk Anis.
Best Anis sambut bday dg kwn2 tambah pula kek moommy buat yg cukup yummy itu....

Unaizah said...

Happy belated birthday Anis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...