بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 29 October 2013

Popiah Sayur Berkeju (Creamy Vege rolls)

Assalamualaikum & good day.
Ni nak citer & share pasal popiah. Dah pandai? xpela belajar lagi biar lagi pandai……Ok Anis & Ahdia (kot le yg lain kawan2 mommy ni semua dah expert buat popiah).
Hari Jumaat petang 2 minggu sudah, k.Maria datang rumah kami sambil kelek barang2 nak buat popiah. Heheh!!!katanya Areesya mau buat arah rumah aunty Ros (pandai le tu sbb nak main dgn 3A). Sebelum ni pun k.Maria selalu le jugak hulur popiah ni & happen tu si Arfa suka sangat (walau ada fresh vege dlm tu). Yang membuatkan si Arfa ni suka sgt sebab selain fresh vege, k.Maria top with cheddar cheese (itu yg membuatkannya sedap sgt). Maka hari Jumaat tu kami sama2 buat & makan le (Anis & Ahdia still xnak sbb ada vege). Bila dah 2 kali goreng, Arfa tanya lagi………so itu yg this week mommy ulang buat lagi sendiri. Senang sangat buatnya compare tu normal popiah yg kena masak inti bagai dulu tu. Yang paling penting healthier sikit (konon).


Jom la tgk kot2 ada yg suka gak popiah ni.
Bahan2:
Kulit popiah
Lobak merah (disagat)
Bawang besar holland (dadu kecil)
Daun bawang (potong kecil)
Sayur campur
Lada sulah (optional)
Keju cheddar (diparut halus)
*Semua bahan2 di atas digaul sebati kecuali keju.
Caranya:
1. Siatkan sehelai kulit popiah & sudukan bahan2 inti.
2. Taburkan keju di atas inti (banyak2 lagi sedap).
3. Gulung dengan kemas. Gamkan dengan tepung (bancuh sedikti tepung dgn air).
4. Ambil sehelai lagi kulit popiah & letakkan popiah tadi di tengah2.
5. Ulang langkah no 3 (gulung 2 kali bagi mengelakkan keju meleleh keluar semasa menggoreng).
6. Goreng sehingga garing & toskan minyak.
7. Sedia dihidang bersama sos kegemaran @ enak juga dimakan begitu saja.


1 comment:

OKje said...

Ohhh sebab ada keju tu yeh buat si Arfa suka....sedap ke Ros? boleh gak nanti buat buh cheese

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...