بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday 15 June 2011

Wantan

Malam ni rasa nak makan ringan2 le sbb dah 3,4 hari ni dok heavy je masaknye(penyakit malas dah dtg le ni)....nasib superhero ok je bila ckp malas nak masak nasi.

Menu dinner hari ni maggi goreng special + udang goreng tepung + wantan/dim sum.......kik3x
Bebudak mmg suke le sesgt mkn maggi....xleh amalkan selalu.Tapi aku goreng maggi ni xguna perencah maggi tapi buat ala2 mee goreng kering/mee kolok.

Ni nak jot down resepi wantan utk ingatan d masa hadapan....Resepi ni sebenarnye dah lama aku simpan sejak beli kuali tupperware + Steam It (2009).Booklet recipes dr tupperware ni ada mcm2 resepi makanan berstim tp aku terliur yg dimsum ni jugak.Tocey tu Celebrity chef,Amy Beh...

Bahan2
  • kulit wantan (boleh beli @supermarket)
  • sebiji telur masin kuning (rebus&lenyek)-aku xguna pun
  • 100g daging ayam cincang
  • 75g udang cincang
  • secubit garam*
  • sedikit serbuk lada sulah*
  • 1/4 sudu teh gula*
  • 1/2 sudu teh stok ayam*
  • 1/4 sudu teh minyak bijan*
  • 1 sudu teh tepung jagung*

Cara penyediaan
  1. Campurkan daging ayam,udang (aku tambah isi ketam) & garam di dalam mangkuk.Gaul rata sehingga campuran melekit.Rasanye klau suke veggie blh le tambah daun bawang@water chestnuts.
  2. Masukkan semua bahan perasa yg bertanda * ke dalam campuran tadi.Gaul lagi sehingga sebati&melekit.
  3. Biarkan campuran tadi di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
  4. Selepas satu jam,keluarkan campuran dr peti sejuk & sudukan sebahagian kecil ke dalam kulit wantan.
  5. Tekan & cantumkan kulit wantan seperti bunjut @ seperti kita buat karipap(cume xperlu ketip hujungnye).
  6. Susun dalam pengukus /steam it & stimkan selama 10-12 minit.Hidangkan dim sum kukus semasa panas.
  7. Anda juga boleh goreng wantan tadi utk yg gemarkan secara ranggup.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...