Ini kali kedua mommy try resepi dari s_shamen ni since kami @Brunei. Yelah, kalau @Malaysia senang nak dapat makan pasembor yg best2, nak2 kalau kami balik Kulim. Sure pergi Penang pekena 'Pasembor' & Char Keaw Teaw. So, bila dah d perantauan ni bila teringin nak makan kena buat sendiri le sbb @sini kami blm jumpa lagi pasembor yg sama mcm @Malaysia. Ada yg jual @ restoren mamak sini mcm rojak buah je gayanya. Emmm, xkena dengan selera. Bagi yg saja nak try buat sendiri boleh la try resepi ni. Senang & sedap. Sama mcm @Pasembor Penang.
Sumber: MyResepi (oleh s_shamen)
Bahan-bahan ( 5 org )
**Bahan cucur udang**- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan udang
- 2 biji bawang kecil
- 1 sudu besar cili boh
- garam
- air untuk bancuh tepung
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
**Bahan cucur kelapa**
- 1 cawan tepung gamdum
- 3/4 cawan kelapa (saya guna kelapa kering jerr)
- garam
- air untuk membancuh
**Bahan kuah**
- 1 biji keledek sederhana besar (direbus hingga empuk) - guna keledek yg oren tu.
- 2-3 biji bawang kecil (kisar)
- 1 sudu besar cili boh (terpulang pada citarasa masing2 kalau nak pedas)
- Sedikit kicap (bagi warna)
- Air untuk kuah (dalam 2 liter-bergantung citarasa)
- 1/2 cawan kacang tumbuk
- minyak untuk menumis
- gula merah & garam secukup rasa
**Bahan lain**
- 3 biji kentang sederhana besar
- 4 biji telur
- 4 keping tauhu
- 1 biji timun
- 1 biji sengkuang
- sedikit taugeh
- Mommy tambah fishball
- Mommy tambah crabstik
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
- Bersihkan kulit kentang kemudian rebus kentang bersama kulitnya sehingga empuk. Kemudian goreng kentang tersebut bulat2 sehingga kekuningan (tak payah potong2).
- Telur direbus (hard boil), kemudian buang kulit & digoreng bulat2 sehingga kekuningan (mommy tak goreng)
- Tauhu digoreng sehingga kekuningan.
- Sediakan cucur udang. Gaulkan semua bahan cucur udang. Bancuhan seperti nak buat cekodok. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan/ masak.
- Sediakan kuah. Tumis bawang sehingga wangi, masukkan cili. Blend keledek dengan air, kemudian masukkan dalam tumisan. Masukkan juga kacang, garam & gula. Masukkan juga sedikit kicap (just nak bagi color jerr). Masak hingga mendidih. Kalau nak pekat, boleh letak lebih keledek.
- Cara nak hidang, potong semua bahan2 yang telah digoreng tadi. Timun & sengkuang diparut kasar. Taugeh dicelur sedikit. Gaulkan semuanya.Tuangkan kuah ke atasnya.
No comments:
Post a Comment