As salam semua. Hehe!!sedapnye la gomol 'colek nise' (bahasa kelate utk pencicah manisan). Terpengaruh dgn mok punya pasal, mommy mmg xberapa suka makan mangga muda@buah2 masam sewaktu dgnnya kalau setakat cicah cuka belacan. Tapi mok goda aritu dengan 'colek nise' ni terus minat plak especially colek dgn nenas. Huiii!!! feeling jap.
Untuk u al yg bukan dari pantai timur, sebenarnya 'colek nise' yg mommy maksudkan tadi ialah combination gula melaka+belacan+cili padi=kuah rojak. Kuah rojak ni mmg sedap kalau digandingkan dengan buah2 yg masam mcm mangga muda@nenas@belimbing etc..... Disebabkan gula melaka yg manis jadi rasa masam terlampau buah tadi dapat dineutralkan. Btw 'colek nise' ni actually instant & lebih terasa belacannya kalau nak compare dgn kuah rojak yang begitu lama masa penyediaannya. So, kalau u al ada lebihan buah2 mangga atau mmg teringin nak layan mangga muda memang sesuai le try resepi ni.
Bahan2: Untuk semangkuk
- Gula melaka/nise (sekeping)
- Belacan (terpulang citarasa tapi mommy guna sekeping je yg dah dibakar)
- Cili padi (terpulang citarasa tapi mommy guna 4 biji)
- Sedikit air
Caranya:
- Mula-mula cairkan sedikit gula melaka ; hancurkan gula melaka & campurkan sedikit air.
- Panaskan di atas api perlahan. Bila gula melaka telah cair, tutup api & sejukkan.
- Tumbuk cili padi & belacan sehingga lumat.
- Kemudian masukkan cili & belacan ke dalam gula melaka tadi. Gaul sebati.
- Sedia untuk dicicah bersama mangga muda@nenas.
3 comments:
uiii...sedapnya mangga muda..rasa teringin ler pulok..hai,salam kenal
hi mama mia, kita mommy 3A...tq singgah cni.btw mmg mengiurkan si mangga kenit tu.hehe!!!nanti bleh cube colek nise tu ye ;)
yaa..mesti...
Post a Comment