Minggu ni mommy nak buat projek clearance stock buah2 kurma yg berbekas2 lagi tak habis. Alhamdulilah menumpang rezeki abang&kakak yg menetap di Arab Saudi maka bekalan kurma tak pernah putus2. Ada tu bekalan kurma yg dari tahun lepas. Hehe!!!dah kematu&berbubuk buahnya. Simpan punya simpan dah bertahun tak sedar. Lagi pulak @Brunei ni setiap kali masuk ramadhan setiap ahli rumah dapat kurnia buah kurma dari Sultan Hassanah Bolkiah setiap tupperware seorang. Macam kami 5 orang ahli rumah dapat lima bekas le puasa tempohari. So, u al blh bayangkan la betapa banyak stok kurma kami. Itu yg berlebih2 sgt. Dah lama sebenarnya mommy nak buat kek kurma ni tapi tak jadi2 (entah le, bila ingat-malas; bila rajin-lupa).....So alhamdulilah baru harini berjaya menggodek isi2 kurma tu utk buat kek. Tadi google cari resepi kek kurma jmp si azira ibrahim ni. Dia ala2 mommy gak le x terer baking membaking ni tapi blh je tgk kek dia. So, setakat harini mommy guna resepi dia la dulu...next time try yg org lain plak. Banyak lagi tu balance kurma :D
Bahan-Bahan
- 1 cawan kurma - buang biji
- 1 cawan gula pasir(mommy guna brown sugar)
- 4 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan minyak masak
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
- Blend telur dgn gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila dan seterusnya masukkan kurma.
- Di dalam bekas yg lain, ayakkan tepung dgn soda+baking powder.
- Masukkan bahan yg di blend ke dalam bekas tepung yg di ayak tadi.
- Masukkan minyak...dan kacau hingga sebati.
- Bakar pada suhu 180 darjah hingga masak...lebih kurang 45 minit.
- Boleh la makan...
No comments:
Post a Comment