بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday, 19 May 2013

Hari Keluarga Kebangsaan -Sekolah Ugama Tumpuan Telisai, Brunei

 Assalamualaikum & good day.
Last Saturday 11/5/2013 was held an event in conjunction with 'Hari Keluarga Kebangsaan Ke-2' here in Brunei. The event took place @Sekolah Ugama Tumpuan Telisai where Arfa & Anis attending their islamic school in the afternoon session. The purpose of the event actually to enhance the relationships between family members as well as the school staffs. This year was the 1st event ever conducted by the school itself. 



Fyi, last year we celebrated the 'Hari Keluarga Kebangsaan' @the 'mukim' stage that took place @Pusat Rekreasi Telisai where at the event we was interview by the RTB station (heheh….glamour). Ohw btw from that also we get close with our neighbor, K.Maria the reporter. 


Back to our story, the event started with zumba exercise (haha!!!nasib baik ustazah2 tak berzumba juga). Then alternately, the pupils games & the join family members games. There were a lots of games such as treasure hunt (mencari brg2 di sekitar kws sekolah), amazing race, pancing botol, bowling buah kelapa, kutip gula2, isi air dlm botol, jalan bertiga sambil kaki diikat etc……



Oh last but not least cabutan bertuah (daddy & mommy both bertuah sbb dua2 nama naik). Kalau u all tgk gambar Anis pegang bekas hijau tu: that's the presents for cabutan bertuah daddy & mommy got. For daddy the cute storage box (i love the color & it's perfectly match my others kitchen apple green stuffs). For me air minuman kotak+sabun mop lantai. ahaks!!!!

Despite not won any games that Arfa, Anis & daddy took part but  we were happy & enjoyed our weekend except for Ahdia sebab dia DEMAM. Kesian adik…..dah le panas. Tapi she behave well sbb kakak dapat kutip banyak gula2 for her. TQ kakak!!


Saturday, 18 May 2013

Chocolate Chips Bread


Assalamualaikum & good day.
Ini plak recycle resepi roti coklat tapi instead of letak filling chocolate cream mommy just letak filling chocolate chips. Hehe!! Gebus sangat sampaikan makan satu rasa tak kenyang. Jom meroti.





Bahan2:
140g air
1 biji telur (telur + air =190g)
300g tepung roti
30g serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
30g gula kastor
30g mentega
1 sudu kecil yis kering
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil pelembut roti (mommy tak letak)
Chocolate chips secukupnya

Caranya:
1. Masukkan semua bahan2 (kecuali chocolate chips) mengikut susunan dari atas ke bawah ke dalam mesin roti. Pilih menu untuk 'bread dough'. Tunggu sehingga doh siap.
2. Keluarkan doh dari BM & tumbuk2 untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Bentukkan bulat. Biar selama 10 minit.
3. Ambil sebiji doh, buat bentuk leper & kemudian tabur dengan chocolate chips. Tutup rapat2. Biarkan doh kembang 2 kali ganda daripada size asal.
4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180'C selama 12-13 minit.





Happy Weekend !!!!


Friday, 17 May 2013

ACAR UMBUT KELAPA @ NYIOR

 Assalamualaikum & good day.
 Terlebih dahulu mommy minta maaf kalau N3 ni bakal membuatkan anda mengidam & air liur menitik2 (kik3x….berlagak ye mommy). Mommy tahu bukan senang nak dapatkan supply umbut kelapa ni especially bagi u all yg @oversea mahupun di bandar2 besar spt Klang Valley. Mommy pun sebenarnya semenjak menetap di Brunei ni la baru face to face & menjadi teman rapat juga dengan si umbut kelapa ni. Tak tahu le betul ke tidak but rasanya mcm senang je nak cari umbut kat Brunei ni tak kira le umbut kelapa @ umbut sawit (but they said umbut kelapa yg lagi sedap), mungkin sebab byk pokok kelapa. Kalau kat Malaysia rasanya dah more than 10 years mommy tak merasa umbut ni (dulu2 makan pun time kenduri kawin kat kampung je). 
Btw dulu mommy dah pernah citer pasal resepi org Brunei dgn umbut ni iaitu Masak Lemak Umbut. Harini mommy nak tayang plak resepi yg cukup famous especially untuk org2 di Kelantan time kenduri kawin iaitu Acar Umbut. Happy sangat2 mommy bila jumpa resepi ni kat blog cheqsue. Bila dah buat & tested, Ya ALLAH!!!!!sebijik rasa yg dikenang2 suatu masa dahulu. Rasa mcm nak menitik2 air mata suka (hahaha!!!exaggerate le tu mommy). Mommy makan meratah mcm takleh stop. 
So, mommy c&p resepi cheqsue & simpan kat sini supaya senang mommy buat rujukan kalau2 nak buat kenduri K.Anis & Ahdia nanti. Untuk sapa2 yg terjumpa umbut kelapa, must try this recipe. No regret tau. Tq cheqsue ye.

Sumber : Cheqsue

Bahan-bahan :
- semangkuk umbut kelapa (hiris nipis memanjang, bersihkan dan tos air)
- 4 biji cili kering (buang biji dan rendam air panas seketika) *
- 5 biji bawang merah *
- sebiji bawang putih *
- sedikit halia *
- 5 sudu besar cuka makan
- 1 cawan santan (sederhana pekat)
- gula dan garam secukupnya
- sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
- tumbuk kasar bahan *
- panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing
- masukkan cuka, dan gula. masak sehingga bau cuka hilang
- masukkan umbut kelapa dan santan
- masak hingga umbut lembut dan santan mendidih (jika tak berkuah boleh tambahkan air)
- rasakan gula dan garam

Thursday, 16 May 2013

KUCAI GORENG BERKELAPA


Assalamualaikum & good day.
Mommy nak jotdown eksperimen masak2 yg baru mommy buat. 1st mommy tgk k.Azian buat hati terus berkenan nak try since rupa paras & criterial resepi tu ala2 kerabu which i like it so much. Cuma masa tu tak jumpa lg bahan utama iaitu kucai & kelapa parut @kedai. Pastu, tak lama chef blog tersohor CMG plak buat & tayang kat blognya. Telan lagi air liur. Lastly, few days back k.Madiha plak buat & tayang membuatkan mommy alahai bila nak try ni. 
Sampaile, the same day dgn k.Madiha buat tu mommy shopping groceries @ Hua Ho & terpandang si kucai ni. Apalagi terus sambar & dgn nekadnya terus buat utk dinner. Heheh!!!!kelapa parut tu xdak gak tapi mommy ganti dgn kelapa parut kering segera. Nasib baik jadi & hasilnya. Memang sedap & tak rugi try. Untuk yang beranggapan kucai ni rasanya mcm daun bawang no worry mmg xsama langsung rasanya (mommy le tu, since dah lama benar tak makan kucai jadi ingatan mommy dok terbayang mcm rasa daun bawang yg tengit). Daun kucai tu ranggup je mommy rasa. Resepi ni mmg ala2 urap.Try ye. Ohw btw gambar blur & kelam sikit sbb snap time magrib (kot nanti tg esok abis plak).
Resepi asal : Aziancollections


BAHAN-BAHAN:
1 ikat daun kucai ~ Cuci dan keringkan
1 genggam kecil kelapa parut 
200gm isi udang 
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar ~ potong kasar
2 tangkai cili kering
1 tsp biji sawi (Skip klu tak suka)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumbuk bahan yang bertanda *. Potong daun kucai sepanjang 2 inci.
2. Bersihkan udang dan cuci serta toskan.
3. Gunting cili kering ikut citarasa.
4. Tumbuk sedikit kelapa parut supaya tidak kasar.
5.Tumis biji sawi, cili kering dan bahan yang di tumbuk sehingga kekuningan.
6. Masukkan udang dan bawang besar. Gaul rata. Masak sebentar udang. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
7. Masukkkan pula daun kucai dan kelapa parut. Gaul rata dan masak sebentar supaya daun kucai tidak terlalu layu.


Selamat mencuba!

Wednesday, 15 May 2013

♥♥ PETUA UNTUK WANITA KEKAL DARA ♥♥

Assalamualaikum & good day.
Dedicated to my lovely daughters (when they grow up) & to all my beloved friends/readers.


Petua istimewa untuk pembaca wanita beragama Islam
DARI Dr. Fatimah Az-Zahra.
Ustazah menurunkan petua untuk kaum wanita menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum wanita untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

 Sama-sama kita amalkan ya wahai para wanita solehah.

Tuesday, 14 May 2013

Jelly Kelapa Muda

Assalamualaikum & good day.
Phewww!!!!cuaca tak menentu here in Brunei. Kalau panasnya Ya ALLAH!!!!kadang2 pagi pukul 7am pun dah memancar2 cahaya matahari. Harini nampaknya baru redup sikit, Alhamdulilah. 
Last Sunday, I had badminton match with Arfa (hahah!!!match le sangat, dah ala2 main tennis jugak). Masa tu mmg dah petang around 5pm, cuaca pun so-so la. Tapi bila dah kepenatan & kepanasan lepas match tu, mommy tiba2 tercakap "Fan, best jugak kalau dapat minum air kelapa time panas2 ni"…….Heheh!!!!apalagi dia mmg dengan sukarelanya g ambik tangga pulas buah kelapa muda. Dapat le 5 biji (banyak sebenarnya pokok kelapa keliling rumah kami ni). 
Dah daddy siap2 kopek, dapatle kami nikmati air kelapa muda segar hari Ahad tu. 

Daripada tu mommy dok berkira2 le nak buat Jelly Kelapa Muda since isinya lembut elok je. Maka, petang semalam siaple Jelly Kelapa Muda kami. Puashati makan kalau buat sendiri sebab boleh letak banyak2 isinya (kalau beli kan ciput je isi yg dapat).

Ini kali kedua mommy buat sendiri. 1st time buat last year time bulan puasa. Makan sejuk2, wah nikmatnya.
Resepinya mommy follow je arahan kat belakang peket serbuk agar2 cap 'Swallow'.

Bahan2:
1 peket serbuk agar2 (yg ni 7g)
200g gula pasir
10 - 12 cawan air kelapa muda (campur dengan air biasa pun blh)
1-2 cawan isi kelapa muda (yang diparut halus)

Caranya:
1. Campurkan serbuk agar2 bersama gula.
2. Tambahkan 1 liter (12 cawan) air kelapa muda ke dalam campuran tadi.
3. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih (sentiasa kacau campuran).
4. Sementara itu, masukkan isi kelapa muda ke dalam bekas & tuangkan campuran agar2 tadi sehingga penuh. Ulang sehingga habis.
5. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam sebelum disajikan.



Saturday, 11 May 2013

Wedding - Bruneian Style

Assalamualaikum & good day.
Ahad lepas kami kan ada jemputan kenduri kahwin. Takde special sangat & very simple. Cuma mommy nak share mcmana cara dorg arrange kenduri @Brunei ni. Mungkin ada tempat & org lain aturcara but yg sama for sure susun atur tetamu yg hadir & cara jamuan makan disediakan. 
1. Tetamu lelaki dipisahkan drp tetamu perempuan (so klau kita satu family mmg split dua la). Masing2 ada canopy asing.
2. Kerusi disusun mengelilingi meja yg diletakkan buffet makanan (mmg tuan rumah dah siap2kan lauk cukup2 ikut bilangan kerusi. Begitu juga dgn pinggan & gelas).
3. Tetamu yg datang awal kena tunggu tetamu2 lain yg belum tiba, sehingga tuan rumah bg signal baru blh makan (biasanya lepas doa & kata2 aluan baru jamuan disediakan).
4. Sebelum jamuan dimulakan, biasanya keluarga pengantin (yg perempuan dgn yg tetamu perempuan, manakala yg lelaki dgn tetamu lelaki) akan bersalam dengan setiap tetamu dari seorang ke seorang sambil 'kaut'. Kaut tu istilah salam sambil bagi duit kepada keluarga pengantin. Sehingga selesai semua tetamu.
5. Sebaik saja signal blh makan tu, masing2 terus je amik makanan & makan cepat2 (xde le melengah2 sambil berborak mcm kita kat Malaysia. Rasanya xsampai setengah jam dah settle dorg ni makan).
6. Selesai makan, tetamu blh la minta diri untuk balik @ tunggu sehingga pengantin keluar ke pelamin untuk bersanding.
Okey setakat ini saja dulu yg mommy blh share. Adat2 & aturcara2 lain tu next wedding ceremony mommy citer sbb keluarga K.Maria pun ada coming wedding yg invite korg jugak (my pose with K.Maria, jiran yg mommy citer tu). 
 Posing 3A; Anis, Areesya & Ahdia on that day. Hope they will be forever friends, InshaALLAH. Of course dr jauh @ dekat.

Friday, 10 May 2013

Bihun Sup Utara

Assalamualaikum & good day.
Adusss!!!hari2 yg tenang & mendamaikan sedikit tercalar harini gara2 sikap sesetengah manusia yg tak puas hati. Mommy sehabis boleh nak menggelak dari tempias GE13 yg penuh kontroversi alih2 terkena jugak percikannya. Ya ALLAH!!!!!
Emmph!!!malas nak layan la. Layan eksperimen & hidang makanan@ org2 tersayang lagi bagus. Besar lagi pahala aku dapat……Nak tahu juga ke nape mommy emo harini? (nanti la esok lusa mommy citer).


Semalam mommy puasa, kalau ikut nafsu & kebiasaan mesti nak makan mcm2 kan time berbuka tetapi disebabkan mommy dah set nak lose weight ni (haaaaa, jgn gelak ekk korang), maka mommy pun buat2 malas. Pagi lepas htr semua org mommy tidur (dari pukul 9am till 11am….amekaw!!!tak pernah2 sambung tidur tau). Bangun je hadap mr Mac jap pastu amik 3A dr sekolah. Ptg plak masih bermalas2 sampai le pukul 4pm baru merancang apa nak buat. End upnya, mommy panaskan sup tulang (mommy buat frozen since last week) then celur bihun utk buat Bihun Sup Utara. Ohw!!!!cheq mmg sukooooo na bihun sup utara ni maklum le hero cheq mai tang utara nun. Seronok betui cheq semalam sbb senang sgt prepared juadah berbuka. 


Heheh!!!!harini lunch pun masih layan bihun sup utara lagi nooo. 
Resepinya anak2 mommy (untuk sekali hadap 5 org).

Bahan2 bihun:
1 peket bihun
1sudu serbuk kunyit
Air untuk mencelur

Caranya:
1. Mula2 rendam bihun dalam air yang dicampur serbuk kunyit selama 1 jam (lebih kurang la janji nampak dah kuning tu blh la proceed).
2. Celur sekejap (dalam 5 minit bihun tadi dalam air panas). Bilas & tos.

Bahan2 sup:
500g tulang lembu (pastikan ada banyak daging le jugak ye)
1 bunjut sup tulang
3 biji bawang putih (ketuk/hiris)
2 cm halia (ketuk/hiris)
1 labu bawang besar (belah 4)
Batang daun ketumbar/daun sup
Garam
Perisa
Air secukupnya

Caranya:
1. Mula2 rebus tulang sehingga empuk ( pastikan daging betul2 empuk).
2. Dalam kuali asing, tumis 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga & bunga lawang). Juga masukkan bawang putih & halia. Tumis sehingga garing.
3. Curahkan tumisan tadi ke dalam kuah sup yang mendidih.
4. Masukkan bunjut sup, akar daun ketumbar & bawang besar.
5. Perisakan dengan garam & stok sedap rasa.

Bahan2 tabur/sampingan
Daun sup (hiris halus)
Daun bawang (hiris halus)
Bawang goreng
Tumis Cili 

Cara membuat Tumis Cili:
1. Tumiskan cili giling, bawang putih & bawang merah sehingga garing.
2. Masukkan air asam jawa & kacau sebati.
3. Perisakan dengan garam & gula. Sedia.



Semasa menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk, disertai dengan hirisan daging & bahan2 tabur. Tambah tumis cili & curahkan kuah. Phergghh!!!!

Wednesday, 8 May 2013

Easy Homemade Chocolate

Assalamualaikum & good day.

Biar gambar yg berkata2...........

Monday, 6 May 2013

Sweet Sour Grill Chicken Salad

Assalamualaikum & good day.
xde citer GE13 nak share, cuma kisah biasa2 mommy kat dapur. Simple life with no gossip is a bless. Alhamdulilah!!!



Resepi sihat & sedap lagi. Style ikut suka Fusion kot (hahaha!!!konon olahan Western + Asian gitu). Tapi serius sedap. Mommy memang hadap satu pinggan penuh & kenyang. 



So, yg berangan nak diet tu blh je cuba. Untuk org2 yg tak diet lain pun dorg boleh mix & match dgn nasi BUT not for yg nak diet la. Kira fair le tu. 



Lagi senang kerja tau sebab di samping kita diet kita juga dah sediakan menu lengkap for the rest of the family, ayam grill dah jadi main course protein, vege yg lengkap lagi sedap sebagai fiber & nasi for carbo. If my superhero aka daddy tu mesti nak berkuah, so mommy just add on additional dish "sup suun + fucuk with telur". Jom sama2 kita layan menu sihat.


1. For Pan Grill Chicken

Bahan2:
2 ketul ayam (bahagian dada & paha)
5 biji bawang putih (kisar)
3 cm halia(kisar)
1 sudu besar Ketumbar (kisar kering) -mommy guna powder
1 sudu kecil Jintan (kisar kering) -mommy guna powder
1 sudu besar lada hitam (kisar)
Garam
Minyak zaiton

Caranya:
1. Perap ayam dengan semua bahan2 selama 1 jam.
2. Bakar atas gril sehingga masak.


2. Sweet & Sour Salad


Bahan2:

Lettuce (potong ikut size sesuai) 
Carrot (parut memanjang mcm kita buang kulit)
Cheery Tomatoes (belah 2)
Capsicum (potong dadu)
Raisins (mommy guna buah kurma yg dihiris nipis)
Kekacang (mommy guna hazelnuts)
Garam 
Gula
Perahan 1 biji lemon
2-3 sudu besar Minyak Zaiton
Serbuk Lada Hitam

Caranya:
1. Mula2 sediakan sos ; Campurkan perahan lemon bersama2 garam, gula, serbuk lada hitam & olive oil. Kacau sebati.
2. Dalam mangkuk besar satukan lettuce, carrot, tomato, capsicum, raisins/kurma & kekacang.
3. Tuangkan sos ke atas campuran no 2 & gaul sebati.
4. Simpan sebentar di dalam peti sejuk (atleast 15 minit) sebelum dihidang.
5. Semasa menghidang, letakkan hirisan grill chicken di dalam salad. 


p/s: klau tambah olive jeruk sedap lagi ni.

Sunday, 5 May 2013

Kentang Sumbat Berkeju

Ini juga parts of our breakfast last week. Lebihan inti & ubi kentang tu mommy buat kentang sumbat berkeju. Inti guna je resepi yg sama dgn Sherperd's Pie. 






Caranya:
1. 5 biji kentang - bersihkan dan rebus hingga empuk bersama kulit. 
2. Belah dua dan korek isinya untuk membentuk mangkuk. 
3. Ketepikan isi kentang yang dikorek tadi. 
4. Gaul isi kentang tadi dengan inti Sherperd's Pie.
5. Sumbatkan kentang dengan campuran inti + isi kentang (yang telah digaul sebati).
6. Tabur parutan keju di atas permukaan kentang.
7. Susun di atas dulang & bakar di dalam ketuhar (yang telah dipanaskan terlebih dahulu) pada suhu 180'C selama 10minit.

Sherperd's Pie

Assalamualaikum & good day.
5 Mei 2013 bakal menjadi penentu episod cerita Malaysiaku. Adakah kita bakal menonton 'Telemovie Baru' berjudul "Malaysia Baru" @ adakah kita akan teruskan episod drama bersiri bertajuk "Malaysia Menuju 2020" ? Semuanya ketentuan dari ALLAH bukan disebabkan sapa2 hebat @ sapa2 mulia. Kita sebagai hamba yang lemah hanya mampu berdoa memohon pertolonganNYA agar Malaysiaku terus dipelihara. AMin3x....


Berbalik episod hidup kami ; 4A+R di Brunei. Harini kami mulakan hari dgn breakfast sandwich tuna & cekodok pisang. Lunch pula kami ada jemputan kenduri kawin (jiran depan rumah). Sebelah petang outing sambil memenuhi permintaan Arfa tengok Ironman 3 (rasa mcm tak best sangat la this episod....emmm). Tengah2 dok tgk movie, daddy oncall kena bergegas ke plant. Haiyaaa!!!!ini doctor turbine ada misi menyelamat daaaaa. Ingatnya dinner blh le layan makan @Waterfront (huhu!!!next time le plak).

Mommy nak jotdown dulu resepi sherperd's pie (walau common tapi sedap). Rupa tiada tapi rasa memenuhi citarasa 4A+R. Kami enjoyed masa breakfast last week. 

Bahan2:
 Ubi Kentang (rebus & lenyekkan)
500g daging cincang
1 labu bawang besar (dadu kecil)
2 biji bawang putih (cincang halus)
1 tin mushroom soup campbell
2 sudu besar tomato puri (blh guna sos spagetti bolognese instant)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
English herbs (mommy guna marjoram & thyme)
Daun Parsley (blh guna sayur campur)
Garam
Gula
Minyak/ butter untuk menumis

Caranya:
1. Mula2 tumis bawang putih & bawang besar sehingga layu. 
2. Kemudian masukkan daging cincang. Masak sehingga daging masak.
3. Masukkan tomato puri/ sos bolognese & kacau sebati. 
4. Masukkan juga mushroom soup & sayur2.
5. Renihkan kuah agar pekat & perisakan dengan garam, gula & serbuk lada hitam. Campurkan sekali dgn english herbs yang sesuai. 
6. Curahkan kuah pekat tadi ke dalam bekas casserole/ramekin etc.
7. Tutup kuah dengan lapisan kentang di bahagian atas sehingga menutupi semua permukaan.
8. Dengan menggunakan garfu tekan2/garis permukaan kentang sehingga sekata.
9. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 15 minit.
10. Semasa menghidang, scope dengan sudu. Enak dimakan dengan roti @ makan begitu saja.

p/s: kepada peminat cheese, blh je tabur sedikit cheese di atas permukaan kentang.






Saturday, 4 May 2013

Family Tree & Gitar Kapok

Assalamualaikum & good day. 
Selamat berhujung minggu utk semua & kepada yang balik kampung untuk mengundi 'Selamat Balik Kampung'. Seronok tgk kawan2 bergerak & jem2 di highway utk blk mengundi (mcm balik raya plak kemeriahannya). Pepepun semoga pilihan rakyat Malaysia adalah yg terbaik utk semua (jgn perjudikan masa depan anak, cucu, cicit kita di kemudian hari). Doa kita semua semoga ALLAH lindungi Malaysia dari segala kemungkaran & kejahatan manusia, Amin3x.......


Harini mommy nak tayang hasil project Abang Afffan & Kak Anis (utk yg confuse Arfa Zafran ni masa kecik2 dulu pelat jadi bila sebut nama dia jadi Affan, ditambah dgn pengaruh bibik Suliyahnya dulu yg dok asyik sebut2 Affan. Itu yg lain jadinya panggilan dia). 


Kita mulakan dengan projek abg. Memang impress juga la dgn hasil kerjanya walau tak rapi (Arfa ni mmg rushing & kelam kabut sikit buat kerja. Style dia nak cepat siap, buat tanpa lakar2 dulu tapi terus buat master piece). Bila mommy komen & bg idea sikit lagi nak kena buang gitar kapok dia ni & nak plak buat drum mcm yg mommy cadangkan. Sib baik daddy tegaskan suruh proceed je dgn gitar kapoknya ni. Atlast ini le hasilnya.


Hasil kerja mmg 100% usaha dia tanpa bantuan mommy @ daddy. Infact xnak langsung mommy nak tolong2 kemaskan mana yg tak rapi. Tak tahu la mcm mana penerimaan cikgu dia. Oh lupa nak bgt, Arfa kena buat project alat2 muzik dari bahan2 terpakai. Dia guna kotak terpakai & tali plastik (mommy pun tak sure idea dia sendiri @ dia tgk youtube sbb bila tanya "adala" itu jawapannya. 


Project Anis plak mengenai 'Salasilah Keluarga Saya'. Spesifiknya cikgu nak panggilan2 dalam keluarga bermula keluarga ayah & ibu serta adik beradik. Yang ni mmg totally idea mommy. Masa bekerja 40% effort mommy, 40% effort kakak, 10% effort abg & 10% effort adik. 


Mommy bagi idea & potong daun. Kakak tulis nama & panggilan juga potong & lekatkan. Abang tolong isi pasir dalam tin & spray batang pokok. Manakala adik plak tolong letak kilat2 kat pokok. Bahan2 digunakan plak tin/bekas bulu tangkis sebagai batang, pasir sebagai pemberat, manila kad berwarna hijau, kertas warna, tape, lidi satay & glitters. 


Harap2 cikgu suka & puji kakak & kakak happy sebab last week kakak kena marah oleh GB (cikgu ganti BM) sebab tak bawak buku (mommy yg salah sebenarnya sbb silap tgk hari masa susun jadual). 

Friday, 3 May 2013

Fried Banana with Peanuts Butter Ice Cream

Entry Tertunggak (sepatutnya publish semalam sbb nak himpun resepi pisang goreng special dlm satu hari, tapi biasale internet GHAIB)

Yang ni plak (masih lagi resepi pisang goreng tapi dikomersialkan) ' Pisang Goreng bersama Aiskrim Mentega Kacang @ Fried Banana with Peanuts Butter Ice Cream.......Kalau yg pisang goreng berkeju tu mommy dah WOW!!!! yang ni plak sampai tak terkata sedapnya. SERIOUS u all, kalau u all rasa nikmatnya makan aiskrim especially time2 panaskan, resepi ni lagi la nikmat. Tak caya blh try & update mommy. 


Btw this idea come out bila mommy tgk rancangan 'Take Home Chef'. Chef hensem tinggi lampai yg menggoda tu, Curtis Stone (amboi!!! pjgnya describe mamat ni. Bukan apa dlm rancangan tu dia impromptu akan tegur & tawarkan diri utk memasak surprise kat rumah org yg dia select tu. Yang semua org perasan, yg dia pilih tu semua pompuan yg cun melecun (itu tandanya dia ni menggoda) hahaha!!!!suka hatile, yg penting dia pandai masak). Dalam salah satu episod tu dia sediakan menu ni la cuma pisang tu dia goreng dgn tepung gandum biasa manakala mommy plak goreng pisang tu still follow my ancestor punya style. Yang paling penting aiskrim tu rahsianya. 

So far mommy blm pernah makan aiskrim peanut butter  ni, tak terfikir plak peanuts butter blh mix perfectly dgn aiskrim vanila. SUKA SGT dpt resepi ni. Ringkas & nikmat.

Yang paling syok tu time aiskrim tu masih sejuk2 tapi dah start meleleh atas pisang goreng. Uish!!!!lap2 ayaq liuq meleleh tu.....Mommy rasa mcm tak jemu je nak ngap lagi & lagi tapi kena isyhtifar banyak2. Harus rosak lagi penimbang cun mommy tu.



Thursday, 2 May 2013

Pisang Goreng Berkeju (Fried cheezy Banana)

Assalamualaikum & good day.
Phew!!!!penat tunggu internet line. Harap2 mood nak jotdown tak hilang. Banyak juga nak menyalin ni tapi kita istiqamah la, buat slow2 tapi jgn putus menyalin, InshaALLAH. Memandangkan mommy dah naik risau mikior penimbang ni asyik rosak je (hahaha!!!cover line le ni) maka mommy kena korbankan sikit eksperimen2 mommy yg bombastic kedebum tu sbb risau bila dah buat mommy juga yg ngap. Tapi tule, nak diet giler2 mcm org lain mmg payah le sebab ada 4 makhluk ALLAH yang perlu di bela secara ekslusif. Secara sederhana ajela mommy cuba kurangkan nafsu bereksperimen & postmortem tentang resepi2 yg heavy. Pasni rasa nak buat eksperimen menjahit le plak (hahaha!!!berangan sbb dah nak raya. Jimat sikit upah jahit baju).


Harini mommy start rotate menu minum petang yg easy peasy ni. Memandangkan haritu mommy dah buat & Ahdia suka sangat makan maka harusla mommy jotdown resepinya kat sini. 


Jangan gelak ye mana2 tukang masak hebat di luar sana. Mommy buat 'Pisang Goreng' jeeeeeeeee. TAPI kan, nak kongsi satu rahsia (rahsia la sangat, org dah ke bulan weh). Kalau u all boring asyik hidang pisang goreng klasik warisan turun temurun mok nenek kita tu apa kata kita modenkan sikit. Ala2 mix jawa + jerman la gitu (jgn mare ye mana2 warga jawa + jerman tu, mommy bagi contoh je......blh je klau org perok + paris pun). 


Kita tabur cheddar cheese atas pisang tu, huyoooo mmg best. 1st time mommy try rasanya masa kat Bandung, Indonesia tahun 2010. Tapi pisang tu dia goreng mcm tu je without coating tepung. Yang mommy buat ni adalah pisang goreng biasa & topping with cheddar cheese yg diparut halus.  

Try la!!!!

Wednesday, 1 May 2013

*** Homemade Febreze ***



*** Homemade Febreze *** 


I have no idea it's true 0r not but no harm trying. I c&p from FB.

What you'll need:
1/8 Cup of fabric softener (I used Downy April Fresh)
2 tablespoons Baking Soda
Hot tap water
Spray bottle (I used my empty 27 oz. Febreze bottle)

Preparation:
1. Using a funnel, pour fabric softener and baking soda into your spray bottle. 
2. Fill spray bottle with hot tap water and shake well. Don't forget to twist the nozzle over to the LOCK position if you're using a Febreze bottle, or you might fall on your hiney. 
3. Now go spray every fabric surface in your house and take a nap on your very comfortable and now un-stinky couch. :)

Store-bought Febreze: $5.59
Homemade Febreze: $0.15
Total Savings: $5.44 OR 97.3%!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...