بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 16 May 2013

KUCAI GORENG BERKELAPA


Assalamualaikum & good day.
Mommy nak jotdown eksperimen masak2 yg baru mommy buat. 1st mommy tgk k.Azian buat hati terus berkenan nak try since rupa paras & criterial resepi tu ala2 kerabu which i like it so much. Cuma masa tu tak jumpa lg bahan utama iaitu kucai & kelapa parut @kedai. Pastu, tak lama chef blog tersohor CMG plak buat & tayang kat blognya. Telan lagi air liur. Lastly, few days back k.Madiha plak buat & tayang membuatkan mommy alahai bila nak try ni. 
Sampaile, the same day dgn k.Madiha buat tu mommy shopping groceries @ Hua Ho & terpandang si kucai ni. Apalagi terus sambar & dgn nekadnya terus buat utk dinner. Heheh!!!!kelapa parut tu xdak gak tapi mommy ganti dgn kelapa parut kering segera. Nasib baik jadi & hasilnya. Memang sedap & tak rugi try. Untuk yang beranggapan kucai ni rasanya mcm daun bawang no worry mmg xsama langsung rasanya (mommy le tu, since dah lama benar tak makan kucai jadi ingatan mommy dok terbayang mcm rasa daun bawang yg tengit). Daun kucai tu ranggup je mommy rasa. Resepi ni mmg ala2 urap.Try ye. Ohw btw gambar blur & kelam sikit sbb snap time magrib (kot nanti tg esok abis plak).
Resepi asal : Aziancollections


BAHAN-BAHAN:
1 ikat daun kucai ~ Cuci dan keringkan
1 genggam kecil kelapa parut 
200gm isi udang 
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang besar ~ potong kasar
2 tangkai cili kering
1 tsp biji sawi (Skip klu tak suka)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumbuk bahan yang bertanda *. Potong daun kucai sepanjang 2 inci.
2. Bersihkan udang dan cuci serta toskan.
3. Gunting cili kering ikut citarasa.
4. Tumbuk sedikit kelapa parut supaya tidak kasar.
5.Tumis biji sawi, cili kering dan bahan yang di tumbuk sehingga kekuningan.
6. Masukkan udang dan bawang besar. Gaul rata. Masak sebentar udang. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
7. Masukkkan pula daun kucai dan kelapa parut. Gaul rata dan masak sebentar supaya daun kucai tidak terlalu layu.


Selamat mencuba!

8 comments:

Nisah Idham said...

x penah nisah mkn resepi ni.. bolelah nisah cuba ye kak

IdaShazana said...

First time dengar... kena cuba nih

Umm AA said...

nampak sedap tuh ros..UA kalau kerabu nie kurang sikit kecuali kerabu nangka mmg feberet...aahh..rindunya kerabu nangka...

Tie HT said...

mesti ada rasa lemak2 kan, sedapnya..
lagi satu saya suka goreng telur dadar kelapa parut..sedap jugak :)

Mulan said...

woaahhhhh yummehhh..

OKje said...

okje mmg suka kucai...mcm sedap je tu!

rostina76 said...

Nisah: cubala nisah…kros pun 1st time try. ingat pasni blh diulang2

idashazana: hehe, cuba la

ummuaidan: oh yeke…ros gak semua jenis kerabu sukeee sesangat. ratah gitu je

tihara: tq tihara, pasni blh try ur version plak

mulan: hehehhhhh

hainom okje: klau suka kucai, harus cuba ni

Azian Nd said...

Salam...best kan..makan dengan nasi suam-suam gitu...sedap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...