بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday 30 July 2011

LAKSAM

Entry ni actually nak citer pasal smlm...A day b4 tu kan mommy buat eksperimen akak berlauk tapi xmjadi, so ingatnya smlm (jumaat 29/7/11) nak buat semula la. Tapi tule, as usual Friday morning mmg mcm lipas kudung. Start pkul 530 dah bangun, serve breakfast Arfa&Anis (dorg mgaji hari jumaat), pastu kejutkan kids+mandikan.....8am htr Anis&Arfa ke masjid utk mgaji, trus direct htr daddy ke BLNG....patah balik singgah kedai beli sayur&groceries (smp rumah biasanya dah (9++)...smp umah settle laundry&sediakan lauk utk masak...10am amik 2A dr mgaji, blk umah start masak lunch....xsmp sejam about 11am dah kena gerak amik daddy blk lunch&friday pray plak....Aduis!!smp umah dah almost 12pm...serve lunch plak..Normally after daddy take over keta lps jumaat baru blh bernafas lega.


So, bila pikir2 dgn mok malas le nak try akak berlauk harini, lagipun telur xckp (next time plak). Kami proceed je dgn next resepi with is LAKSAM. Favorite semua ni termasuk le abg affan yg xsuka makan ikan tu.Uish!!!mmg mengetop le laksam mok buat.Buat laksam ni yg paling penting kuahnya perlu pekat&cukup masam & masin ....Utk mommy plak, mmg dah biasa buat kuah laksa/laksam putih ni tapi xpernah try lagi buat laksam sendiri. Harini buat baru confident.....ngeh3x nak angkat bakul lagi, senang je rupenya nak buat laksam (klau dah tau cara kan). Utk Anis,Ahdia & juga Arfa nanti besar blh try buat sendiri dah klau suka sgt kuahnya.





RESEPI LAKSAM

1.Buat Laksam

Bahan2 (dapat dalam 10-12 gulung)
  • Tepung beras (500g)
  • Air (500-600ml)
  • Dulang nipis 2 biji

#mok xde campur2 tepung lain dah.Hanya guna tepung beras.Pure rasanya & xmuak.

Cara2nya
  1. Panaskan air & dulang dalam pengukus.Kalau guna dulang besi biasa tu lenserkan sedikit minyak.Sekali je lengser minyak,pastu utk ulang2 kukus tu xyah letak lagi.Tapi kalau u al guna non-stick dulang tu xyah letak pun minyak.
  2. Bancuh tepung beras bersama2 air & kacau.Barter tu mmg cair&perlu di kacau setiap kali nak letak dalam pengukus.
  3. Setelah air mendidih & dulang sudah panas,tuangkan barter ke dalam dulang.Jangan terlalu tebal (anggaran 1/2 inch ok kot).
  4. Tutup pengukus dengan hati2 supaya air pd penutup tidak menitik ke atas dulang.
  5. Kukus selama 5 minit/sehingga barter bertukar menjadi jernih.
  6. Apabila telah masak,angkat dulang & gulung laksam dengan hati2.Susun laksam yg dah siap di atas dulang besar.
  7. Semasa menggulung laksam yg dah masak tadi,letakkan dulang kedua & kukus sebentar sehingga panas sebelum menuang barter.Ulang sehingga barter habis.(Peringatan:sebelum menuang barter ke dalam dulang pengukus pastikan anda kacau barter dengan sebati).



2. Buat kuah lemak

Bahan2
  • Ikan selayang/kembung (500g)
  • Santan pekat (amik dr sebiji kelapa)
  • 5-6ulas bawang merah
  • 1 inch halia
  • 4 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa.

Cara2nya
  1. Rebus ikan bersama garam& asam gelugur sehingga masak.Sejukkan sebelum diambil isi.
  2. Tumbuk isi ikan (kalau blend boleh tapi xsedap rasa kuahnya).
  3. Setelah selesai tumbuk isi ikan, tumbuk pula tulang2 ikan sehingga lumat(pastikan buang mata ikan bagi mengelakkan kuah menjadi hitam).Masukkan sedikit air & perah tulang2 ikan tadi (tapis amik air ikan je ye).Tulang ikan tu menjadi penambah rasa kuah.
  4. Tumbuk/kisar bawang merah+halia.
  5. Dalam periuk,masukkan ikan+santan+bahan kisar+asam gelugur.Renehkan kuah sehingga mendidih.
  6. Tambah garam.Reneh kuah sehingga pekat.Angkat & ketepikan.

#Laksam/laksa kuah lemak ni biasanya dimakan dgn ulam-ulaman & sambal.

Ulam
  • Timun
  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Daun serai kayu
  • Taugeh/kubis
  • Etc....
Sambal
Tumbuk cili & garam sehingga lumat (kalau nak tambah belacan pun orait)....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...