بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 4 April 2016

Bukit Tinggi, Sumatera Barat (Day3)

Assalamualaikum & salam sayang.
Ku gigih meneruskan coretan Cuti2 Indonesia kami ni walau mood masih suam2 kuku :P


Day 3: Pepagi selepas breakfast kami menapak berjalan kaki ke Pasar Atas. Sebabnya nak habiskan juga misi shopping baju raya & telekung sebelum balik esok. Pa Unchu dah pesan awal2 kalau masih blm selesai harus diselesaikan pagi ini saja sbb kalau waktu selesai lawatan sure dah ptg & kedai dah tutup.
Dgn gigihnya kami la antara pelanggan awak yg rasmi kedai, hehe.
Selesai shopping, sempat lagi daddy shot view cantik menara Jam Gadang. 



Jam Gadang bermaksud jam besar dlm bahasa minang. Sedikit sejarah ye psl Jam Gadang.Dibina pada tahun 1926  sebagai hadiah dari Ratu Belanda kepada Rook Maker, sekretaris atau controleur Fort de Kock (sekarang Kota Bukittinggi) pada masa pemerintahan Hindia-Belanda. 


Jam ini dibina tanpa menggunakan besi mahupun simen. Campurannya hanya kapur, putih telur, dan pasir putih. Terdapat 4 buah jam dengan diameter masing-masing 80 cm pada Jam Gadang. 


Jam tersebut didatangkan dari Rotterdam, Belanda melalui pelabuhan Teluk Bayur dan digerakkan secara mekanik oleh mesin yang hanya dibuat 2 unit di dunia, iaitu Jam Gadang itu sendiri dan Big Ben di London. 

Mesin jam dan permukaan jam terletak pada satu tingkat di bawah tingkat paling atas. Pada bahagian loceng tertera pembuat jam iaitu Vortmann Relinghausen. Vortman adalah nama belakang pembuat jam, Benhard Vortmann, sedangkan Recklinghausen adalah nama kota di Jerman yang merupakan tempat dihasilkan mesin jam pada tahun 1892. 
If you take attention of the number 4 on the clock, you will see it is written IIII not IV as usual Romans Number.



Okey, bila Pa Unchu smp dan jemput kami di Dataran Jam Gadang, kami meneruskan perjalanan ke Tasik Singkarak. 
Tasik/Danau Singkarak terletak 70km dari Kota Padang. 




Tasik Singkarak merupakan yang kedua terbesar di Sumatera Barat selepas Danau Toba di Medan.



Banyak sebenarnya aktiviti yg boleh dilakukan di sini seperti berenang, memancing @ menaiki bot mengelilingi tasik… tapi kami hanya singgah sebentar semasa perjalanan menuju ke Istana Pagar Ruyung. 


kebetulan ada rombongan budak2 sekolah
Sempatla Anis & Ahdia celup2 kaki ke dalam air sambil bermain2 dgn anak ikan.


Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Istana Pagar Ruyung. 



Kali ni kami berjaya bertukar jadi golongan bangsawan. Hahaha dulu kempunan nak jadi bangsawan korea, tapi this time misi kami berjaya. Sakan la posing (walau kaku & kejung as always). Korang layan jelah ye.





Lama jugalah kami round istana dengan baju ala2 pengantin…Haha poyo pengantin lapuk. Sib baik ada 2 dayang penyeri.



Last2, dah siap tukar baju nak balik, hujan turun mencurah2. 

Phewwww!!!!ada nasib baik & nasib malangnya. Nasib baik sbb sempat bergambar outdoor ala2 pengantik lapuk, yg nasib malangnya lencun jugak le kami ptg tu.
Pepepun yg penting misi berjaya.
Dalam lencun2 tu pun, kena jugak singgah untuk lunch…Hari ni Pa'Unchu bawak g makan kat Pondok Flora. Glamer sesangat dah Pondok Flora ni among Malaysian tourist. 




Seronok ANis & Ahdia bila dapat kebenaran bagi ikan makan. Masa ni Pa'Unchu amik pakej yg kena habiskan semua lauk pauk. Jenuh ko nak perabih. Kami ni plak jenis makan tak banyak lauk, bila dah berjenis2 ni mau kena paksa telan. Hahaha!!!!last2 makan apa yg patut jugak la, selebihnya buang dalam sungai bagi ikan makan. 


Dah kenyang tu, kami terus solat jamak @Pondok Flora sebelum meneruskan perjalanan ke perusahaan kopi kampung, Kiniko. 

Terletak di Batu Sangkar, Kiniko ni mmg satu persinggahan yang baik. Tetamu akan dihidangkan kopi & teh daun mulberri secara percuma. Sambil menikmati kopi panas kita akan dijamukan dengan pemandangan lurah bukit yang menghijau. Nyaman sungguh suasananya. Selain daripada kopi, di Kiniko ni juga terdapat jualan kerepek2 & kulit kayu manis. Mommy sempatla shopping kulit kayu manisnya yang panjang2 & sedikit kerepek. 
Seterusnya, terus dihantar ke hotel oleh Pa'Unchu. Rehat2 & bersihkan diri, malamnya kami dibawa Pa'Unchu dinner di Enhai Soerabi Bandung. Terletak di bandar Bukit Tinggi aja…Takde yang special sangat dgn kedai ni tetapi yang specialnya gerai murtabak mesir depan kedai makan tu…Org jual murtabak mesir ni cam merata2 jugak kat Bukit Tinggi ni tapi kami tak berani nak cuba, takut sakit perut..Alhamdulilah bila digesa oleh Pa'Unchu suruh try, rupanya sedap sesangat..Berebut daddy & mommy. Tak cukup rasanya..Heheh!!!!nak repeat beli tak kuasa dah, mlm tu pun dah mlm last kami kat Bukit Tinggi……takpela merasa sikit pun alhamdulilah. Sapa2 gi Bukit Tinggi nanti cubala. Tapi tak tau la plak keta tolak yg mana satu yg kami beli tu…Hanya Pa'Unchu yang tahu. 
Ok..abis citer Cuti2 Padang/Bukit Tinggi kami. Lepas ni jumpa di Italia plak ye. Chow

7 comments:

Jepun Mari said...

cantik bentuk istana tu,macm minang kabau.

Izwa Kamaruddin said...

Ya allah best nyer la hai!! pengalaman lain dari lain jugak ni kan ;)

Amie said...

bestnya dapat jalan2... saya ni berangan jew lebih, perginya tak lagi... apa pun harap satu ari nanti dpt pergi jugak...

Juls Julie80 said...

Salam Kak..

cantiknyer gambar2 akak kat sana..bestnyer bercuti..tetiba rindu nak bercuti... hrp2 ade org ter-derma ke acc pasnih..ekekek

NEKCIK said...

Nekcik pergi sini sebelum gempa tsunami dulu..mcm teringin nak merepeatnya

OKje said...

Salam Ros....
Apa khabar? Lama tak dengar cerita....Ros sihat ke

Uda said...

boleh tanya tak pakai kamera ape tu. jelas picnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...