Assalamualaikum & salam sayang.
Kita sambung citer cuti2 Indonesia ye…Indonesia ni mmg unik dengan kepelbagaian bumi & adat resam. Walaupun mommy pernah pergi ke Jakarta & Bandung tapi bila pergi ke Sumatera Barat ni banyak lagi pengalaman & ilmu yang diperolehi. Berbeza dengan Jakarta mahupun Bandung, bagi mommy Sumatera Barat especially di Bukit Tinggi kehidupan masyarakatnya lebih sistematik, aman, bersih & berbudi bahasa.
Kalau di Jakarta jurang pemisah antara yg kaya & miskin mmg betul2 gaya sinetron, hahaha!!!! bagai langit dgn bumi. Terkejut dgn keadaan setinggan yg dasyat di Kota Jakarta dulu tetapi alhamdulilah di Padang/Bukit Tinggi xde kelihatan org yg terlampau daif sebegitu. Malahan rumah2 sederhana besar tetapi masih cantik & bersih dibina dari batu mahupun kayu baik di kampung mahupun bandar. Pengemis kalangan budak2 kecik pun mommy xde jumpa masa kat Padang/Bukit Tinggi ni (kecuali yg minta duit parking).
Pendek cerita lebih aman le kat Sumatera Barat, walau ada juga korupsi etc sebagaimana cerita Pa'Unchu.
Ok, berbalik cerita kami. 4Hari 3Malam kami menginap di Grand Rocky Hotel Bukit Tinggi. Antara 4 star hotel yang terdapat di Bukit Tinggi. Terletak berhampiran Dataran Jam Gadang, Pasar Atas/Bawah & Taman Panorama Lobang Jepang (boleh jalan kaki je).
suasana waktu pagi yang berkabus dari bilik hotel. Boleh nampak dgn clear Gunung Singgalang & Merapi juga ngarai Sianok. |
Alhamdulilah biliknya bersih & pemandangan sekitar hotel ni sangat cantik. Breakfastnya juga memuaskan hati kami, especially bubur nasi ala soto padang…sedapnyeee. Harganya juga berpatutan (bila recce cari hotel kat Bukit Tinggi ni baca byk review yg xelok dr tourist especially hotel budget yang style backpacker….so kami recommend sgt Grand Rocky ni untuk keselesaan).
2nd day kami kat sini, kami start dengan shopping dulu. Hehe Pa'Unchu ni bawak kami ke butik Cinta Bordir (perusahaan di rumah), org blm start bisnes lagi. Kira kami 1st customer durg la haritu. Mcm biasa, Pa'Unchu bgt berkenalan dulu Buk Ros dgn materialnya & harganya sebelum Buk Ros shopping di Pasar Atas/bawah. Iyola tu Pa'Unchu….last2 terus beli la senang. Tapi mmg kalau u al taknak pening2 dgn byk sgt pilihan cam kat Pasar Atas, better je beli kat butik gini. Mana yg berkenan terus tawar kaw2 sampai berjaya….. lagipun kalau tujuan nak jalan2 tgk tempat menarik buang masa je nak ulang tawaf 3,4 kali pilih kain & telekung tu...
Adoiii, kalau dah shopping mana nak ada sekejapnya. Lepas hampir sejam gak kot kat Cinta Bordir tu, baru kami gerak untuk merempit di keluk 44 & menuju ke Puncak Lawang. Keluk 44 tu sebenarnya adalah jalan yg bengkang bengkok (keluk) berjumlah 44 keluk. Untuk ke Danau Maninjau kita akan melalui keluk 44 ni.
Otw tu kami singgah di Sungai Landia….Jom layan gambar2 alam semulajadi indah di Bukit Tinggi.
Kami singgah sekejap je kat Sungai Landia. Selepas posing kejap kat cafe Sg Landia tu maka kami teruskan perjalanan ke Puncak Lawang untuk melihat keindahan Danau Maninjau yg terkenal di Bukit Tinggi, Sumatera Barat ni.
Puncak Lawang adalah bukit setinggi 900m yang berada di salah satu sisi Danau Maninjau. Perjalanan untuk ke Puncak Lawang adalah melalui kawasan kampung yang berliku-liku dan naik turun bukit. Dari Bukit Tinggi hanya mengambil masa lebih kurang 30-50 minit sampai di puncaknya.
Dari atas Puncak lawang kita dapat melihat keseluruhan Danau Maninjau dengan airnya yang jernih seperti pantulan cermin besar. Di pinggir danau kelihatan perkampungan dengan puluhan kolam ikan. Danau ini dikelilingi oleh bukit bukit & menurut Pa'Unchu Danau ini merupakan letusan gunung berapi yg masih aktif.
Untuk menikmati keindahan Danau Maninjau secara menyeluruh, sangat disarankan untuk datang ke Puncak Lawang sebelum tengah hari ( antara jam 9-10) kerana jika datang terlalu awal atau terlalu lewat, maka biasanya kawasan Puncak Lawang ini sudah tertutup dengan kabut tebal. Rezeki kami mmg dapat melihat keseluruhan Danau Maninjau selepas menunggu hanya beberapa minit awan2 berlalu. Subhanallah!!! pemandangan yg sangat indah.
Selesai minum kopi sambil menikmati keindahan pemandangan Danau Maninjau, posing sana sini kami bergerak semula ke Bukit Tinggi.
Agenda seterusnya of course lunch. Perut dah berkeroncong. Harini lunch Pa'Unchu bawa kami ke restoren padang lagi. Tapi yang istimewanya sbb restoren ni terkenal dgn masakan ikan laut nya. Mostly lauk ikan, tapi ada juga daging & ayam. Kalau tgk wordingnya pun mmg terbaek!!!
Mcm biasa makan mana yg berkenan aje tapi yg pasti daging dendeng abis licin. Jering masak lemak pun licin mommy layan sorang. 2A tu bahagian ayam jugak yg laku…Alhamdulilah. Kenyang perut senang hati…
Bila hati dah senang, muka pun xde masam2 lg (Anis le yg selalu bt perangai tarik muncung, kesnya sbb Ahdia duduk sebelah mommy…haishh dia ni).
Lps solat jamak kat restoren, kami terus ke Taman Wisata Panorama & Lobang Jepang.
Di Taman Wisata Panorama & Lobang Jepang ni bukan sahaja terletaknya terowong lama Jepun tetapi yg menarik juga ialah pemandangan/panorama Ngarai Sianok.
Ngarai Sianok merupakan lembah sempit yang dalam jurangnya sekitar 100 m ini, membentang sepanjang 15 km dengan lebar sekitar 200 m, dan merupakan bagian dari patahan yang memisahkan pulau Sumatera menjadi dua bagian memanjang (sumber wikipedia).
Yang lagi mempersonakan pemandangan Ngarai Sianok dari Taman Wisata Panorama ni ialah latar belakang Gunung Singgalang yang tersergam indah.
Lobang Jepang yang terletak di dalam Taman Wisata Panorama merupakan sebuah terowong (bunker) perlindungan yang dibangun tentera pendudukan Jepang sekitar tahun 1942 untuk kepentingan pertahanan.
Sebelumnya, Lobang Jepang dibangunkan sebagai tempat penyimpanan bekalan dan peralatan perang tentera Jepang, dengan panjang terowong yang mencapai 1400 m dan berkelok-kelok serta memiliki lebar sekitar 2 meter. Sejumlah ruangan khusus terdapat di terowongan ini, di antaranya adalah ruang pengintaian, ruang penyergapan, penjara, dan gudang senjata.
Bayaran msk ke Taman Wisata Panorama ini sekitar rp4000 (kami haritu satu family 2 dewasa + 2 kanak2 = rp10000)….Manakala bayaran pemandu pelancong di dalam Lobang Jepang, kami kasi Pak Anjang tu rm50 (heheh…mmg lumayan la dia dpt). Pa unchu cam tak puashati kami bagi mahal sbb dia dah pesan awal bagi rp70000 je. Takpela, niat sedekah.
Bentuk asal gua yang tidak diturap simen |
Btw, kalau u al nak tahu sejarah details Lobang Jepang ni blh tgk kat blog NI .
Kebanyakan laluan telah dinaik taraf dgn simen turap |
Pintu keluar Lobang Jepang berhampiran Ngarai Sianok. |
Balik dari Lobang Jepang, Pa Unchu drop kami di kawasan Dataran Jam Gadang.
Kami ronda2 di sekitar Pasar Bawah & beli ole2. Mula tu mmg niat nak beli kerepek2 yg banyak dijual di Pasar Bawah tetapi mengingatkan pesan Pa Unchu supaya tak usah beli lagi sbb dia nak bawa ke tempat kerepek yg tersohor (fresh & sedap). So skipped beli kerepek.
Malamnya, kami dinner bakso. Pa Unchu bawa kami ke kedai bakso dekat simpang rumah sakit yarsi. Terbaekk la bakso dia….
Mommy yg tak le berapa gemor bakso especially pegedil lembu tu (sbb biasa mkn rasa lemak lembu tu kuat sangat), tapi kat sini mmg blh puji sedapnya. Kedai tu biasa2 saja (bkn dlm traveller list la), tapi sedap. Kalau sapa2 pegi trip Bukit Tinggi dgn Pa Unchu tu blh la cuba ye.
Selesai dinner kami terus menuju ke persembahan tarian piring oleh Sakato Group. Nasib kami baik sebab hari itu diadakan persembahan & kami tiba ngam2 persembahan baru bermula.
Persembahan mereka hanya akan diadakan pada hari Isnin & Rabu sekiranya jumlah penonton melebihi 10 orang.
Persembahan mereka bukan hanya terdiri dari tarian piring tapi juga nyanyian lagu Minang, silat & tarian pijak kaca (mommy dah tak jumpa pamplet pasal details persembahan mereka). …
Bayaran masuk sebanyak rp70K (kalau tak silap), selepas persembahan ada dijual CD & alatan muzik (serunai & etc).
Secara keseluruhan kami sangat2 kagum dengan kehebatan seni mereka especially bila penari2 & pesilat2 tu dok terlompat2 atas serpihan kaca. Ada jugak part yg seriau giler. Kami dah le dok barisan depan, sekali bila dorg dok bersilat tu…..terpelanting2 serpihan kaca. Giler cuak!!! Yang peliknya xde setitis darah pun kat tapak kaki dorg ni. Sure ada ilmu yang diamalkan. Bila kami tanya Pa unchu katanya xde buk Ros, cuma praktis saja… Mommy cam tak percaya je. Hehe!!! iyakan aje.
8 comments:
selesa nampak bilik hotelnya ...luas dan menarik deconya
Masyallahhhh. cantiknya view dari wakaf tu..
Kapan lah diulangi lagi
Kapan lah diulangi lagi
tetiba rasa nak ke sana lagi.. rindu nak makan satay padang yg sedaappp... cantik smeua foto..
Apa khabar Ros.....lama tak singgah sini. Berjalan aje kerjanya awak yer.
Selalu jugak dengar pasal Bukit Tinggi ni. Nak perginya entah bilalah agaknya.
Cantik kasut anak dara tu 2 tone ek.
Abang mana?
sorry lambat reply hainom okje…ros pun busy sesangat skrg….start dgn pindah rumah & byk join kelas org tea kat sini..huhu kesian wind of change tak terjenguk…aug dah dok hostel kat kl
Great, thanks for sharing this post.Much thanks again. Really Great. The Sims 4's newest expansion, Realm of Magic, brings a lot to the game, including a new occult Sim, a magical realm with a Hogwarts style ... sims 4 news
Post a Comment