بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 4 September 2013

Blueberry muffin


Assalamualaikum & good day.
Bismillahirahmannirahim……….
Semoga Allah beri kekuatan utk mommy terus istiqamah menulis di sini (heheh!!!!nak amik mood start publish entries yg banyak tertunggak ni punya le lambat). Emmmmpphhhh!!!! ideas blank.
Ok2, kita mulakan dengan resepi Blueberry muffin yg mommy buat dah berzaman ni. Masa buat ni kami nak pergi bercuti ke Borneo Tropical Rainforest Resort @Miri. Masa tu kami di Brunei ada cuti sempena ulang tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada 1 Jun 2013. Kononnya bekalan dalam kereta la ni.  
Resepi yg sangat simple tapi sedap sangat. Mommy guna resepi oleh pasangan suami isteri Joanne & Adam Gallagher ni. Siap ada steps by step pictures how to prepare the muffins. Jom tgk sini

Bahan2 (8 biji muffin):
1 1/2 cawan/195g tepung (all-purpose flour)
3/4 cawan/150g gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh baking powder
1/3 cawan/79ml vegetable oil
1 biji telur (gred A)
1/3 -1/2 cawan/79ml-118ml susu rendah lemak
1 1/2 sudu teh ekstrak vanila
1 cawan/170g buah blueberry (mommy guna jem blueberry je)

Caranya:
1. Panaskan oven 205'C. Kemudian, isikan cawan muffin dgn papercups.
2. Campurkan tepung, 3/4 gula, baking powder & garam di dalam mangkuk besar. Kacau menggunakan whisk atleast 10 kali untuk memastikan semuanya sebati.
3. Dalam bekas yg lain campurkan minyak sayuran bersama2 telur, susu & ekstrak vanila. Gaul rata.
4. Campurkan bancuhan basah ke dalam bancuhan kering & kacau menggunakan garfu sehingga rata (jgn terlebih gaul kerana ia akan membuatkan barter menjadi kenyal).
5. Masukkan buah blueberry & gaul seketika.
6. Sudukan barter ke dalam muffin tray & jika suka boleh tabur sedikit gula di atas barter.
7. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga keperangan.
8. Sejukkan sebelum dihidang.

p/s: tips drp Joanne & Adam cara bagaimana menyimpan lefover muffin.
1. Masukkan leftover muffins dalam plastic bag, seal & store para suhu bilik sehingga 2-3 hari.
2. Untuk sejuk beku; balut muffin dengan aluminium foil/ freezer bag & sejuk beku sehingga 3 bulan.

Kalau ada tetamu yg adhoc datang nak beraya tu boleh le adhoc juga buat muffin ni. Kalau xde fresh blueberry blh je guna jem pelbagai perisa. Wasalam……... 



7 comments:

Gee® said...

Waaa... mengancam la bbery muffin mommy tu... nak 2 ketol...

JunAina said...

Kalau Aina nak buat ni kena triple bancuhannya kalau tak tak cukup le muffin tu...

Nastyna said...

Setiap apa yg akak masak cantik jer jadinya. Saya dah banyak kali buat muffin, and tak pernah jadi elok, gve up. huhu

sitiezahim said...

bes kan mapin buat sendiri.. hehehe.. lain dgn rasa yang beli kat kedai tu :D

Putri said...

tq kak ros untuk idea mupin sejuk beku tu.mupin saya buat selalu x habis seab yang makannnya cuma dua org je

LiLy @ MaMaQiStInA said...

waaa...nampak sedap..nyum2..^^

rostina76 said...

Gee: 2 ketol cukup ke k.gee, skali ngap je tu
JunAina: mmg pun, ros buat ni pun 2x resepi asal.
Nastyna: practice makes perfect :P
sitiezahim: sedap & puas hati makan kenyang
putri: itule…..klu berdua mau 3,4 round baru abis makan
lily@mamaQistina: nyummy!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...