بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday 12 September 2013

PULAU PERHENTIAN, BESUT TERENGGANU

Assalamualaikum & good day.


Harini jom mommy nak bawak jalan2 ke Negeri Terengganu, my hometown. 

Proudly present PULAU PERHENTIAN, BESUT TERENGGANU. 

Pulau Perhentian terletak di Laut China Selatan, 25 km dari pantai Kuala Besut. Ia terdiri daripada 2 buah pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. 



Kedua2 pulau dikelilingi oleh pantai2 yg cantik & air laut yg 'crystal-clear turquoise-blue sea'. Amat terkenal di kalangan para pelancong baik dari dalam mahupun luar negara especially oleh para penyelam antarabangsa. Pulau Perhentian juga diiktiraf diantara pulau tercantik di dunia. Mempunyai Taman Laut yang juga antara tercantik di Malaysia.



So, masa cuti raya baru2 ni kami berpeluang ke sana. Actually xde dlm planning kami pun tapi since my brother inlaw sekeluarga yg nun jauh di Jubail, Saudi dah arrange dgn member dorg utk g pulau. Kami kira terjangkit le nak pegi, gara2 daddy tgh nak cari shots cantik. Mula2 dorg arrange dgn another brother of mine yg duk Mekah tu nak pergi tapi alih2 kami yg take over. Deme mekah tu berlepas ke Korea akhirnya. Hehe!!!

Kami amik pakej 3H/2M di Fauna Chalet ni. Sesuai la kalau kita pergi dgn family sebab chaletnya selesa & murah. Yang paling penting pantainya cantik & service dorg tip top. Kami amik pakej snorkelling & round island. Bestnyeeeee!!!Tak puas rasanya tgk keindahan Pulau Perhentian.

Ehem!!!!ni nak bgt…….. Utk mommy & daddy sebenarnya trip ni dah kali ke 2 kami. Dulu2, lepas aje akad nikah kami p sini le kononnye honeymoon gitu. Hahaha!!!!seminggu pastu bila time kenduri belah Kulim, bergambor hitam legam muka (especially mommy le). Padahal xde la berjemur sangat mcm minah salleh tu. Huhu!!!

Masa honeymoon tahun 2001 dulu kami dok SINI. So, klu yg nak g honeymoon tu better pilih pakej yg mahal sikitbaru rasa ala2 privacy sikit (eceh!!!). Masa kami dok situ dulu mmg private beach dorg xramai local sgt, yg ramai mat2 salleh. Tapi kat sini mmg byk le adegan2 18SX (that's why xsesuai utk family dgn kanak2 sebelah sini).

 Okey, berbalik citer kami aritu……..Masa time snorkeling, pemandu boat bawa kami ke tempat2 yg biasa org snorkeling utk tgk ikan2 NEMO (warna warni), penyu, jerung & corals. Wah seronok betul le bebudak ni especially Arfa & sepupu2 laki dia. Kecoh dok bgt nampak itu, nampak ini. Mommy mula2 tu xterjun (penakut&fobia dgn air sebenarnya) tapi bila tgk dorg syok je bgt nampak mcm2 sekali gedebus jugak terjun (tapi tangan xlepas dr tangga bot….kik3x). 

Oh lupa! sebelum mommy terjun tu, mommy le tukang snap gambor.dok snap sana, snap sini muka dorg tgh snorkeling tu sekali nampak penyu timbul. Punya seronok tgk si penyu tu jenguk kepala, sib baik dpt gak snap sekeping muka dia. 

Haha!!!yg kelakar ada gak. Ada sorang sepupu Arfa tu, Syafiqtgh2 dok snorkeling tu dia xperasan si penyu betul2 sebelah dia.bila dia perasan 'terkejut penyu' le member. Tak kata kat Syafiq, memang gerun juga bila tgk secara dekat si penyu ni. Pepepun, kat sini mmg banyak penyu (ada le dlm 3,4 ekor) compare tu masa kami kat Mabul Island, Sabah.

Balik dari snorkeling, kami sambung berendam, main pasir, main volleyball @ pantai Fauna Chalet plak. Sampai ke maghrib baru nak naik bebudak tu. Mommy plak, malam tu smp 'demam urat' sebab badan dah lama x aktif terus hentam berendam & main volleyball. Seram, sejuk semalaman.

Hari kedua, aktiviti kami lebih menarik dgn round island, snorkeling lagi & lunch kat perkampungan nelayan (biasanya kalau u al nak makan & beli souvenir, kat sini lebih murah).

Masa pemandu bot bawa kami keliling pulau tu dia ada bawa kami ke satu pulau (lupa la namanya….tapi kalau bgt tempat org gantung coral atas pokok mesti dorg tau). 

Memang cantik, unik & privasi sangat kat sini. Kami ambil keputusan nak spend masa berendam & lepak2 kat sini. Pemandu bot tu ikut je selera kita, yg penting dia tunggu & tak tinggalkan kita je ekk.

Menurut org tempatan, coral2 tu digantung oleh pengunjung especially yg percaya benda karut marut ni la kot. Dipercayai coral tu mewakili org yg kita harap jadi pasangan kita. 

Selain corals yg digantung, ada juga corals & cengkerang yg disusun cantik. Yang bagusnya sturkturnya kekal tanpa diganggu oleh pengunjung lain.

Memang seronok kat pulau ni sebab kami satu family je waktu tu yg conquer. Tak lama lepas tu baru ada yg lain datang. 

Setelah puas (walau bebudak ni xnak naik dari berendam), kami bergerak balik ke fauna Chalet.

Otw tu, pemandu bot singgah ke satu lagi tempat yg mmg jadi tumpuan pelancong.

Tempat tu merupakan air terjun & satu2nya punca air tawar yang terdapat di Pulau Perhentian. Airnya jangan cakap le, sejukkkkkkk!!!! Syok betul bila lepas berendam dalam air masin, pastu bilas dengan air sejuk. Macam air ais rasanya.


Sampai ke Fauna Chalet, sambung main air lagi sampai ke maghrib. After solat, kami dinner @Fauna Cafe. Ada yg tertido2 tunggu makanan sebab dah letih sesangat.

The next morning (hari ke-3), bangun pagi & siap2 untuk balik. Perjalanan dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut mengambil masa lebih kurang 1jam (bergantung bot). Masa pergi kami naik speedboat & amik masa 45minit +-, tapi masa balik kami naik kapal besar (ambil masa lebih lama). 

Penangan pilihanraya Kuala Besut baru2 ni. Hehe!!!daddy jumpa motor subsidi 1 Malaysia daaaaaa.

9 comments:

Umm AA said...

Pernah pegi yg perhentian kecil masa zaman2 muda dolu2..siap kayak satu island lg you..jgn marah..tp pulau perhentian mmg cantik..menggamit memori nie..:)

Unknown said...

Cantiknya! Farah yang asal KB tak pernah sampai perhentian. ni rasa memanggil nak gi. ehehehe. cantik gambar tu kak.

tun_telani said...

Cantiknyer gambar akak amikkk... tun pon honeymoon kat perhentian kak.. hihihii.. in between majlis jugak.. sanggup nk mandi pantaii tu sbb takut hitam. kui kui... pastu pergi jugak dgn family sekali, ha, time tu mmg snorkling x ingat dunia, mmg berkilat hitam muka :p

sitiezahim said...

pulau perhentian mmg cantik kan? teringat masa kami pegi dulu, naik bot laju. giler la cuak sbb ombak masa tu kuat betul..hehe.. tp cantik2 la gambar2 suke tengok :D

Unaizah said...

Subhanallah, awesome pictures!!!!

suka suka said...

Cantik sungguh pantainya.. entah bila la sempat ke sini..

ishamizu said...

Cantiknyaaaaa! Nak gi jgk la nti hehe..

Superb pics kak Ros!! ;)

Thanks for sharing this info, really appreciate!! Hee

AtieYusof said...

cantiknya...tak sampai lagi Pulau Perhentian ni....cantik air nya..biru..:)

NEKCIK said...

Masyaallah canteknya dan amat menarik tapi kan... tapi kan...aduhai nekcik ni takut nak nyeberang tu!!...kuss semangat!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...