بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 4 July 2013

Kuih Belimbing a.k.a Churros

Assalamualaikum & good day.

Cepatnya rasa masa berlalu, dah 4 Julai harini & tinggal less than a week kita dah nak start Ramadhan....Semoga Allah panjangkan umur kita & sempatkan kita bertemu & melengkapkan Ramadhan tahun ni dgn ibadat yg terbaik. Semalam Ada mommy post satu petikan di FB pasal mengawal diri kita dari membuang masa terlalu lama di dapur untuk menyediakan juadah berbuka. Sebaiknya kita kena sentiasa ingat kan diri kita untuk memperbanyakkan ibadat2 seperti bertadarus, zikir, solat sunat etc. Mmg terasa juga baca petikan tu sbb mmg lately ni especially lepas pindah Brunei & jadi full time housewife mmg masa mommy byk dihabiskan di dapur especially di bulan puasa. Hehehe !!!walaupun memasak itu merupakan ibadat yg terbaik utk seorang isteri & ibu tetapi kita kena ingat ibadat2 lain juga harus kita amalkan di bulan Ramadhan. So mommy simpan dlm hati untuk kurangkan aktiviti memasak thn ni. Masak simple2 tapi sedap. Lagi senang sbb biskut Raya pun rasa malas nak bt sbb inshaAllah kami beraya @Malaysia....Kalau terbuat pun rasanya yg simple2 jugak. InshaAllah....
Harini mommy nak jotdown Resepi yg dah lama tersimpan dlm draf ni. Simple & sedap. Klau dulu2 kami org kampung panggil 'Kuih Belimbing'....sedap sebab lemak2 manis. This time buat ikut selera anak2. Dorg mitak dip dgn Coklat. Tgk dlm stok Coklat hitam xde so kami guna white Coklat. Tabur dgn fancy chocolate.
Resepi ni dari Hana. Mommy jotdown sini ye.Tq

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
esen vanilla

Cara-cara
1. Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
2. Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
3. Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
4. Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
5. Goreng hingga kekuningan dan angkat.
6. Taburkan gula. Sedia utk dmakan.

2 comments:

lady lavender said...

Aritu tu pun ada terbuat sekali. Teringin nak mkn kuih belimbing. Cepat & sedap!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

saya tak pernah makan apatah lagi buat kuih belimbing ni walaupun dah banyak nampak orang yg membuat.. entah kenapa tergoda benar kali ni.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...