بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday 5 July 2013

PAUNG GORENG

Assalamualaikum & good day.
Kami bersiaran dari RTB (Radio Televisyen Brunei) ni. Saja K.Maria ajak kami semua ikut dia sbb harini dorg Ada bt rakaman untuk hari Raya. Ada kuiz utk budak2 & Acara nyanyian. 
Tapi N3 harini bukan pasal lawatan kami ke RTB ye (next time mommy jotdown lawatan kami).Sambil duduk2 menanti Acara ni mommy nak jotdown dulu Resepi Paung Goreng yg mommy bt last week.
Untuk pengetahuan u all Paung goreng ni actually kuih traditional negeri Terengganu. Dah lama sesangat mommy tak makan.Terjumpa Resepi ni dlm blog mek Ganu. Utk yg tidak pernah tgk & rasa kuih ni actually lebih kurang sama mcm kuih bom tetapi intinya diletak serunding ikan. Satu lagi yg sedikit berbeza dgn kuih bom adalah kulitnya tidak disalut bijan (tapi mommy buat ni Ada gak yg bersalut bijan sebab takut meletup2).

Ok terus la dgn resepinya. Nak tgk kuiz budak2 ni.

Bahan-Bahan:
1/2 kg tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Inti:
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
Cara membuat:
1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan (kerana mudah meletup).
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.


5 comments:

serihati said...

kuih egemaran saya masa belaja dulu.. bestnye.. makan kat pasar malam dungun, sura gate..

lady lavender said...

uishh lama sungguh dok makan kuih ni ros!

Masuk belog ros memang sokmo la nitik ar liur hihii..

Unknown said...

dah cuba wat kuih ni,tp meletup2 bila goreng,dia mmg akan pecah ke? bising hubby bila dapur dah bminyak2...sbb dia yg dipaksa kemas,dek keciwa ngn kuih xmnjadi....

rostina76 said...

Seri hati: oloh......behnye beli @pasor mlm. Kita teringin gok kena try wat diri.jadi ke dok kemudian kira janji hasrat tercapai
LL: hehe!!!!wat la versi Finland. Senang je pun Resepi2 ros try ni
Zaza alis: guna api slow je, dok meletup sangat cuma bila garing tu mmg dia burst sikit.hehe!!!!cian c.abg kena bersih dapur.....

OKje said...

Memang tak pernah makan kot kuih paung tu tp yg kuih bom tu selalu... masa sekolah dulu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...