

Bahan2:
6 cawan stok ayam
1 1/2 sudu kecil garam
4 cawan puri labu - mommy guna sebiji labu
1 sudu kecil daun parsley (cincang) - mommy guna dried parsley
1 cawan bawang besar holland (cincang)
1/2 sudu kecil herba thyme
1 ulas bawang putih (cincang)
1/2 cawan cream
5 biji lada hitam - mommy guna serbuk dalam 1 sudu kecil
Caranya:
1. Masak/kukus labu yang telah dibuang kulitnya sehingga lembut. Kisar sehingga lumat. Ketepikan.
2. Panaskan stok ayam, masukkan puri labu, garam, bawang besar, bawang putih, thyme & lada hitam. Biarkan mendidih & perlahankan api. Biarkan terus mereneh selama 30 minit.
3. Ambil sedikit demi sedikit kuah tadi & kisar menggunakan blender/food processor sehingga lumat. Ulang sehingga habis semua kuah tadi.
4. Renehkan semula kuah yang dikisar tadi selama 30 minit. Kemudian masukkan cream, kacau sebentar & angkat dari dapur.
5. Semasa menghidang, taburkan daun parsley.
2 comments:
sodap...tak susah ghupa nyer...tq na..t ai try plak..
tq for sharing :)
sy share page di fb ya.
teruja nak try buat.
Post a Comment