بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Monday 29 October 2012

Hari Raya Aidiladha 1433

Assalamualaikum.
Masih belum terlambat untuk mommy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua. Tahun ni kami rayakan aidiladha di rumah kawan @Kuala Belait (Malaysian Team gather2 bring potluck). Juadah mommy ialah 'Nasi Dagang Kelantan' gulai ikan tongkol & Laksam. Alhamdulilah, selesai semuanya & meriah le jugak bila dah kumpul ramai2 tu.

Tema aidiladha plak (hehe!!!utk gegurl je ni) 'keayuan gadis berjubah hitam'.......Hehe!!!!ala2 ambil aura org @Mekah. Mommy dok sayu hati bila dok teringat suasana @Mekah jadi decided untuk pakai jubah hitam di pagi raya ala2 minah Arab gitu. Actually jubah mommy ni hadiah pemberian dari Cik Dae (my sis yg skrg ni @Jubail, Saudi) masa balik raya aidilfitri dulu. Jubah Anis plak pemberian Mok masa dia g rumah Ayah Teh (my brother yg @Mekah) tahun 2010 kot (dah senteng pun jubah tu dgn Anis). 


Mommy dok risau gak nak proceed dgn plan pakai jubah sebab Ahdia xde jubah. Ahdia mesti tak setuju kalau dia seorang yg lain dari kami (mommy&K.Anis). So, bila mommy jalan2 hari Khamis lepas jumpa la jugak jubah untuk Ahdia. Cantik sangat & fit dgn body Ahdia (cuma kena alter potong labuh sikit je). Hehe!!!planning berjubah 3 beranak menjadi le. Sayang daddy & abg xpakai jubah klu dok mmg ala2 @Mekah dah. Pepepun perasaan sayu tetap ada dalam hati sebab tak berkumpul potong daging lembu dengan family. Insyaallah semoga tahun depan dapat potong lembu sama2.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...