بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 7 September 2013

Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri Sarawak

Assalamualaikum & good day. 
Aduhai, letihhhh mokcik bt entry banyak gambar lately ni. Slow mengalahkan Gary (Siput b#b! spongebob). 
Tapi mcm2 mana pun kena jugak bt utk kenangan kami sekeluarga & perkongsian info dgn kawan2. Selepas 2 hari baru siap entry ni.
Tibalah turn entry cuti2 kami ke Borneo Tropical Rainforest Resort, Miri (BTRR). Kami ke sana last 1st June 2013 sempena cuti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Disebabkan last minute punya planning makanya kami dapat stayed sehari semalam aja due to full rooms. Kebetulan masa tu pun weekend, jadinya mmg sah2 le full kalau last minute booking. Itupun kira nasib baik dpt juga merasa semalaman tapi mmg tak puas le especially 3A ni sbb byk aktiviti2 yg kami tak dapat join. 
View bilik kami menginap (jenis Engkabang family suite). Besor biliknya dengan 2 katil queen & 2 katil single.
 Oh!!btw sebelum mommy lupa tempat ni actually blh je pergi balik hari (xperlu book bilik) tapi applicable utk org yg dekat2 la kot. 
Antara tarikan di BTRR ni adalah waterpark, lawatan ke ladang ternakan, lawatan ke kebun buah-buahan, aktiviti2 teambuilding, air terjun, tapak perkhemahan, menunggang kuda, jungle trekking & banyak lagi. Untuk keterangan lanjut ttg BTRR ni u al boleh refer kat SINI.
Hari pertama sampai dah agak petang so kami just spend di waterpark. Seronok tak terkata 3A sebab dah lama tak jumpa kolam besar cam gini. Heheh!!!nak condemn Brunei lg le ni (Shhhhhh!!!!)
Memandangkan entry ni banyak gambar xyah le mommy pot pet lelama sangat ekk. Kita layan aje gambar dgn brief explanation.

Di bahagian lobi.

Lepak2 waktu malam, ditemani bunyi cengkerik & makhluk alam. Mmg syok!!!! 
 Bangun pagi2 selepas subuh, terus kami jungle trekking (dah ada wooden path disediakan untuk masuk hutan, jgn risau budak2 pun selamat). 
Ahdia pun relax je jalan 2km sambil menikmati cuaca pagi yg segar bugar. Tapi mengeluh le jugak penat jalan. Bila mommy dok push sikit lagi dik, last2 abis juga suatu perjalanan.
Sepanjang laluan yg disediakan tu ada tempat utk naik bot, abseiling, memancing etc. Kami skipped je semua tu sbb xsempat.
Selesai morning walk sambil berkenalan dgn haiwan yg dipelihara termasuk rusa, monyet, burung etc, kami bergegas ke One Tree Hill Cafe untuk sarapan pagi. Makanan biasa2 aje cuma suasana tu mmg superb. Cosy sangat!!!
Selesai sarapan, kami menunggu traktor yg akan membawa kami mengelilingi resort. 
Sepanjang perjalanan tu kita akan dibawa melihat kebun buah-buahan, kolam ikan, ladang ternakan, air terjun etc. Pemandu pelancong a.k.a staff BTRR yg ascot kami pagi tu sungguh friendly (ada dia bg name card tp xyah le mentioned nama dia).
Dah abis pusing2 resort tu, sekali lagi 3A terjun pool sebelum kami check out. 
Walau berat hati nak balik sbb rasa mcm tak puas je spend sehari semalam kat sini tapi terpaksa juga packing keluar. 
InshaAllah semoga dapat lagi peluang ke sini ( mungkin next time kami nak bermalam ni Lambir National Park plak). Yang ni tunggu teaser dari mommy dlm masa terdekat sbb otw balik dari BTRR ni kami singgah sekejap di Lambir National Park tu.
Sesiapa sekitar Borneo ni kalau ada peluang tapi tak pergi mmg rugila sebab among the best spot kami rasa especially utk release tension. Daripada spend byk masa & duit ke Semenanjung @ keluar negara, rasanya Borneo cukup kaya dengan keindahan alam semulajadi yg memukau.
Kat atas ni mommy attach bagi u all clear picture betapa besar & banyak aktiviti yg boleh dilakukan di sini. Semoga entri ni memberi idea kepada sesiapa yg nak ke sana.

Thursday, 5 September 2013

Red Velvet Cake for Ahdia 5th Birthday

Assalamualaikum & good day.
Yeay!!!harini ada mood dah nak jot down. Entry harini pun tunggakan yg dah lama ni. Mommy buat red velvet cake ni sempena birthday Ahdia yg ke-5. Buat sebiji (2 layers) RVC & mommy buat juga RVC in a jar utk cikgu2 Ahdia. Senang cikgu tapau balik makan @rumah (kalau cake tu kadang2 cikgu xsempat nak makan, asyik dok layan bebudak je). 
Resepi plak actually dah banyak sangat version yg mommy simpan dlm draf berzaman-zaman lamanya tapi untuk kali ni mommy ikut yg style Chef Ammar (masak dari hati, masak with iman TV Al-Hijrah). Tq chef.
Yang paling best deco pakai readymade sugar craft. Heheh!!!!main tabur2 je tapi Ahdia suka.
Semua kawan Ahdia pun masa mommy potong cake tu berebut nak korek flower tu.
Jom kita tgk resepi. Rasanya resepi ni paling senang & bahan2 pun ringkas. Cumanya dlm resepi asal Chef Ammar, dia guna buah dragon fruit utk tambah warna. Mommy skip yg tu tapi lebihkan pewarna merah.
Bahan2 kek:
200g butter
270g gula
3 biji telur
240g tepung
6g baking powder
3g baking soda
20ml cuka
1 sudu teh ekstrak vanila
50ml susu segar
5g serbuk koko
10g pewarna merah (agak2 je sampai dpt warna yg dikehendaki)

Bahan2 Frosting Cheese Topping:
200g Philadelphia creme cheese
100g butter
100g icing sugar
50g condensed milk

Caranya:

A. RVC
1. Pukul butter & gula sehingga kembang.
2. Tambah telur (sebiji demi sebiji) & pukul lagi sehingga adunan menjadi putih & gebu.
3. Campurkan semua bahan2 kering di dalam mangkuk & kacau sebati. 
4. Kemudian tuang sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan butter.
Selang seli bahan kering dengan susu segar & teruskan pukul sehingga sebati.
5. Masukkan cuka & diakhiri dengan pewarna merah.
6. Tuang bancuhan kek ke dalam loyang (alas dengan baking paper) & bakar pada suhu 180'C selama 25-30minit.

B. Cream cheese icing
1. Pukul butter & icing sugar sehingga kembang.
2. Kemudian, tambah cream cheese & susu.
3. Pukul lagi sehingga gebu.
4. Tunggu cake betul2 sejuk sebelum diletakkan icing.

Wednesday, 4 September 2013

Blueberry muffin


Assalamualaikum & good day.
Bismillahirahmannirahim……….
Semoga Allah beri kekuatan utk mommy terus istiqamah menulis di sini (heheh!!!!nak amik mood start publish entries yg banyak tertunggak ni punya le lambat). Emmmmpphhhh!!!! ideas blank.
Ok2, kita mulakan dengan resepi Blueberry muffin yg mommy buat dah berzaman ni. Masa buat ni kami nak pergi bercuti ke Borneo Tropical Rainforest Resort @Miri. Masa tu kami di Brunei ada cuti sempena ulang tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada 1 Jun 2013. Kononnya bekalan dalam kereta la ni.  
Resepi yg sangat simple tapi sedap sangat. Mommy guna resepi oleh pasangan suami isteri Joanne & Adam Gallagher ni. Siap ada steps by step pictures how to prepare the muffins. Jom tgk sini

Bahan2 (8 biji muffin):
1 1/2 cawan/195g tepung (all-purpose flour)
3/4 cawan/150g gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh baking powder
1/3 cawan/79ml vegetable oil
1 biji telur (gred A)
1/3 -1/2 cawan/79ml-118ml susu rendah lemak
1 1/2 sudu teh ekstrak vanila
1 cawan/170g buah blueberry (mommy guna jem blueberry je)

Caranya:
1. Panaskan oven 205'C. Kemudian, isikan cawan muffin dgn papercups.
2. Campurkan tepung, 3/4 gula, baking powder & garam di dalam mangkuk besar. Kacau menggunakan whisk atleast 10 kali untuk memastikan semuanya sebati.
3. Dalam bekas yg lain campurkan minyak sayuran bersama2 telur, susu & ekstrak vanila. Gaul rata.
4. Campurkan bancuhan basah ke dalam bancuhan kering & kacau menggunakan garfu sehingga rata (jgn terlebih gaul kerana ia akan membuatkan barter menjadi kenyal).
5. Masukkan buah blueberry & gaul seketika.
6. Sudukan barter ke dalam muffin tray & jika suka boleh tabur sedikit gula di atas barter.
7. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga keperangan.
8. Sejukkan sebelum dihidang.

p/s: tips drp Joanne & Adam cara bagaimana menyimpan lefover muffin.
1. Masukkan leftover muffins dalam plastic bag, seal & store para suhu bilik sehingga 2-3 hari.
2. Untuk sejuk beku; balut muffin dengan aluminium foil/ freezer bag & sejuk beku sehingga 3 bulan.

Kalau ada tetamu yg adhoc datang nak beraya tu boleh le adhoc juga buat muffin ni. Kalau xde fresh blueberry blh je guna jem pelbagai perisa. Wasalam……... 



Wednesday, 28 August 2013

Suka Duka Aidilfitri 2013

Assalamualaikum & good day.
Alhamdulilah, selepas seminggu kami balik ke Brunei dari cuti2 Raya kami di Malaysia rasanya mommy dah ready nak mengemas @Wind of Change plak......
Masih belum terlambat kot utk mommy ucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua. Mesti byk citer korang pasal Raya 2013 kan? Bagi kami banyak juga citer yg pending ni especially citer suka & duka sepanjang kami balik beraya this time.
Kita mulakan dengan citer di pagi 1 Syawal la ye. Walaupun 3 hari solid dpt bersama berbuka puasa dgn mok @kampung tapi di saat semua org excited & bergembira nak celebrate 1st Syawal tu mommy sedikit hiba & sedih sebab selama 11 tahun berkahwin dengan daddy, Raya tahun ni la kami terpisah xdpt bersama2 di pagi 1st Syawal.
Tetapi mengingatkan 3A yg seronok sangat nak beraya dengan semua org maka mommy control le jugak perasaan sedih mommy tu. FYI, disebabkan masalah replacement @tempat kerja daddy maka daddy terpaksa bercuti lambat berbanding kami yg 3/8/2013 dah terbang balik ke Malaysia (since 3A dah start cuti masa tu). 7/8/2013 malam daddy baru tiba di Airport Penang & terpaksa bermalam dulu di Kulim sebelum bergerak ke Besut bersama2 kami. 
Pepepun Alhamdulilah, ptg 1st Syawal tu daddy dah bersama2 kami (tak boleh bayangkan perasaan org yg telah kehilangan org tersyg @ pasangan yg terpaksa Bertugas di hari Raya........rasa bersyukur sebab hanya sedikit ujian dr Allah). Syukur juga sebab tahun ni dpt sekali lagi beraya dgn mok @Besut. Kesihatan mata mok makin teruk (dia asyik dok komplen matanya makin kabut utk melihat). Masa saat kami nak bergerak ke Kulim (walau dgn cara berlakon).....dia peluk pinggang mommy dan ckp "huhu!!!!ya. Mok xnak mommy pergi", pandang Ahdia. Heheh!!!terkejut juga Ahdia sampai terkedu tak bersuara.....Alahai!!!!kesian
Mok, mommy ajak ikut kami balik brunei tak nak sbb katanya nak g Mekah ke.
Suka Duka Aidilfitri 2013 kami akan bersambung..............

Monday, 15 July 2013

Hotel Nur, Miri

Assalamualaikum & good day.
Lamanya rasa tak jenguk Wind of Change & BW ke blog kawan2 lain. Mesti banyak citer yg mommy miss.

Harini mommy nak buat sedikit hotel review. Harap info sharing ni dpt membantu sapa2 yg dtg ke Miri. Selama hampir 3 tahun kami menetap di Brunei & selalu ulang alik ke Miri especially during weekend tapi blm pernah kami overnight di Miri kecuali percutian 2 hari kami di Borneo Tropical Rainforest Resort awal bulan Jun lalu ( blm Ada N3 pasal ni since Internet prob sebab semua gambar daddy dah transfer dlm PC....InshaAllah bila Ada peluang later citer pasal cuti kami & resort tu). 
Ok, berbalik kepada citer Hotel Nur, 1st mommy mmg dah perasan kehadirannya masa kami round2 bandar Miri dari dulu but after my friend mentioned about their operation terdetik dlm hati orait gak hotel ni since ianya baru & operated by Muslim. Tapi again mmg kami jarang Ada plan overnight kat Miri ni (pasal dekat je nak patah balik ke Brunei). 
Macamana boleh tertido plak kat sini tak lain tak bukan sbb plan nak berbuka kat Miri dlm bulan Ramadhan ni. Mcm biasa kami ni klau daddy free mmg xpernah lekat kat rumah during weekend apatah lg dlm bulan Ramadhan. Penat & boring asyik mommy masak, kiranya weekend jelah blh 'gantung periuk'. 
So dlm berkira2 nak berbuka kat mana weekend lepas (Brunei Ada cuti 3 hari sempena birthday Sultan Brunei on the 15/7/2013) itu timbul plan nak g Miri & worried rushing patah balik itu yg daddy bg idea tido hotel. Bila daddy mentioned je tido hotel terus mommy suggest Hotel Nur (walau byk hotel lain yg best2 tapi sbb nak experience & judge Hotel Nur ni sendiri mommy hoping daddy terima suggestion mommy).
Alhamdulilah, mmg tak mengecewakan Hotel Nur ni walau nampak biasa2 je dari luar. Disebabkan baru beroperasi, definitely keadaannya sangat bersih & interior dalamannya walaupun simple (with English concept) sangat cantik. Mommy suka dgn wallpaper & curtainnya. Sejuk & mendamaikan minda.
Kami amik bilik Executive Suite dgn kadar RM218/night. Kalau bilik biasa kadarnya RM178/night. Yang paling best (sbb pengurusan oleh org Islam) maka Ada disediakan makanan buffet untuk sahur. Senang keje xyah nak redah p cari makanan waktu dinihari.
Sapa2 yg berminat menginap di Hotel Nur boleh tgk info dorg kat Facebook... Search for 'Hotel Nur'.

Monday, 8 July 2013

Daging Singgang Pattani

Assalamualaikum & good day.
Beberapa harini dunia blogger masakan digemparkan dengan kes kecurian hak cipta gambar dari blog blogger masakan terkenal iaitu k.ita masam manis.....Memang bengang abis k.ita dgn pihak penerbitan majalah tersebut (siap k.ita buat laporan polis & upah lawyer utk saman majalah tu......harap sangat k.ita menang). Ya lah, mommy pun antara penyokong2 k.ita yg turut rasa bengang juga dgn mereka. Dah la amik gambar2 dari blog k.ita yg mmg terkenal dgn mutu gambar yg tip top ala2 photographer professional macam tu aje. Pastu siap crop watermark k.ita & lagi worst xde mention pun dari mana sumbernya. Dorg buat ala2 itu semua hasil ciptaan mereka sendiri. Yang sedihnya semua ahli group yg menerbitkan majalah tu semuanya org melayu (tak tau la melayu Islam ke tidak tapi yg pompuan siap bertudung). Ya Allah mmg makin kurang ajar org2 dalam bidang penulisan nowadays sebab senang2 ceduk hasil kerja & idea blogger2 mcm tu aje. Itu yg kadang2 mommy pun mcm frust je dgn fenomena ni (walau xde la perasan org nak ceduk hasil merapu mommy @wind if change ni) tapi kesian kat otai2 masak & otai2 kaki jalan yg bersusah payah menghasilkan blog yg menarik, dengan info2 yg tip top. Alih2 senang je majalah2 ni c&p untuk melariskan jualan majalah mrk. 

Okey, kita pause dulu isu saman k ita & berharap kes ni dpt pengadilan yg sewajarnya. Harini mommy nak share satu Resepi yg menarik & sedap sangat. Untuk pengemar tomyam & kuah2 air yg masam2......this is the BEST!!!!!!

U all pernah makan tomyam & Singgang daging kan? Okey......Resepi harini actually combination the both tomyam + Singgang..... Dah lama mommy dok belek2 & perati Resepi ni tapi baru tergerak nak Cuba. Sedappppppp sangat hasilnya. Lagi sedap of course dari tomyam mahupun Singgang biasa. Tak caya kena try sendiri...…..

Sumber: Mingguan Wanita (3/8/2007)
Oleh: Mommy @Wind of Change

Bahan2:
500g daging (hiris nipis)
6 ulas bawang merah (mayang halus)
3 ulas bawang putih (mayang halus)
1cm halia (mayang halus)
1cm lengkuas (ketuk)
1 barang serai (ketuk)
6 tangkai cili merah (kisar halus)
4 tangkai cili padi (kisar halus)
1/2 camca serbuk ketumbar
2 helai daun limau purut
1 mangkuk air asam jawa
Garam & serbuk perasa secukupnya 

Caranya: 
1. Daging direbus sehingga lembut. Masukkan bahan2 yg dimayang halus & bahan2 kisar ke dalam rebusan daging.
2. Biarkan mendidih seketika. Masukkan lengkuas, serai & daun limau purut. Masukkan juga air asam jawa & perisakan dengan garam serta serbuk perasa.
3. Reneh seketika & kemudian hidangkan  Ketika Masih panas.

Saturday, 6 July 2013

Main Masak2

Assalamualaikum & good day.
N3 harini santai je sebab mommy nak mengimbau kenangan semasa zaman kanak2 mommy dulu. Walau asal org Besut, Trg tetapi zaman kanak2 mommy seawal usia 100 hari sampai umur 6 tahun mommy dibesarkan oleh arwah nenek @ Kg Awah, Pahang. Arwah nenek dulu2 tokey Restoren @Simpang Jengka Kg Awah & kat situla bermulanya kehidupan mommy. Zaman kanak2 banyak dihabiskan di dalam Restoren (berniaga & menetap kat situ juga).....Kalau dulu mommy & kawan2 (fadilah & abgnya anak tokey kedai runcit & anak tokey cina perabot lupa dah namanya) selalu habiskan masa main masak2 & kawin2 kat belakang deretan kedai. Belakang kedai tu Ada kebun & banyak pokok2 baik yg ditanam penduduk mahupun yg tumbuh sendiri. Kat situ la kami cari rumah pondok kami & bahan2 utk main masak2 (daun2 Kayu & buah2). Kalau masak tu siap guna api betul2 tau (entah mcmana x ingat dah sapa yg hidupkan api). Kalau ikutkan bahaya juga aktiviti kami tu sebabnya takde org2 besar yg monitor apa kami buat & terdedah kepada kegiatan jenayah....tapi itula zaman dulu mmg selamat & takde kes2 jenayah yg pelik2 mcm zaman Sekarang ni. Sebab itu la mana Ada lagi budak2 zaman sekarang main pondok/main masak2........CUMA

Semalam Anis&Ahdia dapat peluang main masak2 kat luar rumah siap potong daun2 Kayu utk masak. Seronoknya la dorg dapat masak2 ala real gitu tapi mommy takde la benarkan guna api betul2 mcm mommy main zaman dulu. Sekurang2nya bagi dorg merasa main masak2 yg real xde la terperuk dalam rumah tgk tv@main online games aje.

Btw, bila tgk dorg dok masak2 tu mommy rasa alamak dah makin tua dah mommy sebab my 2 anak dara dah besar & boleh take over my duty as a cook dah. Huhuhu!!!!

Friday, 5 July 2013

PAUNG GORENG

Assalamualaikum & good day.
Kami bersiaran dari RTB (Radio Televisyen Brunei) ni. Saja K.Maria ajak kami semua ikut dia sbb harini dorg Ada bt rakaman untuk hari Raya. Ada kuiz utk budak2 & Acara nyanyian. 
Tapi N3 harini bukan pasal lawatan kami ke RTB ye (next time mommy jotdown lawatan kami).Sambil duduk2 menanti Acara ni mommy nak jotdown dulu Resepi Paung Goreng yg mommy bt last week.
Untuk pengetahuan u all Paung goreng ni actually kuih traditional negeri Terengganu. Dah lama sesangat mommy tak makan.Terjumpa Resepi ni dlm blog mek Ganu. Utk yg tidak pernah tgk & rasa kuih ni actually lebih kurang sama mcm kuih bom tetapi intinya diletak serunding ikan. Satu lagi yg sedikit berbeza dgn kuih bom adalah kulitnya tidak disalut bijan (tapi mommy buat ni Ada gak yg bersalut bijan sebab takut meletup2).

Ok terus la dgn resepinya. Nak tgk kuiz budak2 ni.

Bahan-Bahan:
1/2 kg tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Inti:
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil gula
garam secukupnya
Cara membuat:
1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan (kerana mudah meletup).
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...