Assalamualaikum & good day.
Hehehe!!!akhirnya tercapai impian mommy nak buat Durian Crepe sendiri. Walaupun makan asap je oleh pakar2 memasak di luar sana tapi mommy xkisah malah berbesar hati follow their footsteps (at least banyak cara nak boleh tiru). Untuk 1st trial ni mommy follow Amie (sebab guna 7 tepung which i think mesti sedap giler. Btw kebetulan semua 7 tepung tu ada dlm stok mommy dah berzaman tak guna, kira perabih stok le ni).
1st experiment yang mommy buat kurang berjaya (gambar di atas).
Postmortem kenapa tak jadi sebab:
#Guna ready made whipped cream (malas punya pasal).
(Tgk @youtube ada org ni guna yg ready made ni, itu yg mommy tiru tapi bila kita simpan dalam petiais dia mendap/meresap).
#Ketiadaan tepung ubi dalam barter yang digunakan.
(Semua 6 jenis tepung tu ada dlm simpanan mommy; xbeli baru pun. Ada yg tepung tu dah expired pun guna gak;sayang nak buang, huhu kecuali tepung ubi which i think the MUST utk crepe ni).
Okey, durian crepe dlm gambar kat bawah ni adalah hasil dari 2nd experiment mommy(consider really 'menjadi').
Postmortem kenapa menjadi plak:
# Memang kena campur tepung ubi utk buat barter.
#Guna whipping creme yang kena pukul sampai kental, baru kembung & maintain walau dok berjam2 dalam petiais.
Resepi : Crepe Durian 7 Jenis Tepung
Bahan-bahan:
3 sudu besar tepung Hong Kong
3 sudu besar tepung naik sendiri
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
2 sudu besar tepung Super Fine
2 sudu besar gula icing
2 biji telur - buang tali pusat
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam halus
3 sudu besar mentega yang dicairkan
2 cawan air
sedikit pewarna hijau & kuning
3 sudu besar tepung Hong Kong
3 sudu besar tepung naik sendiri
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
2 sudu besar tepung Super Fine
2 sudu besar gula icing
2 biji telur - buang tali pusat
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam halus
3 sudu besar mentega yang dicairkan
2 cawan air
sedikit pewarna hijau & kuning
Caranya:
A. Lempeng/crepe
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati dengan menggunakan whisk.
2. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Keluarkan dan kacau rata (xsimpan pun rasanya ok).
3. Panaskan sebentar kuali non-stick menggunakan api paling perlahan.
4. Masukkan adunan ke dalam kuali dan lenggangkan kuali supaya adunan tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak.
5. Tidak perlu terbalikkan crepe sewaktu mengangkat dari kuali.
6. Ulangi sehingga adunan habis dan biarkan crepe sejuk sebentar.

Oh! Dah siap buat lempeng, kita sediakan intinya pula.
B. Inti
1. Putar sahaja whipping cream sampai kental (mommy guna 300ml whipping creme).
2. Lenyek isi durian mengikut tahap kehancuran yang disukai.
Okey... lempeng sudah sejuk, isi durian sudah dilenyek semangkuk, whipping cream pun sudah mengental, marilah kita teruskan acara membalut melipat pula.
Okey... lempeng sudah sejuk, isi durian sudah dilenyek semangkuk, whipping cream pun sudah mengental, marilah kita teruskan acara membalut melipat pula.
C. Cara melipat
1. Mula-mula, bentangkan crepe dengan sempurna, jangan ada yang terlipat-lipat.
2. Ambil sesudu besar krim kental & letak di tengah2 crepe, kemudian letakkan isi durian dan tutup kembali atas isi durian tadi dengan krim.
3. Tarik crepe dari kiri ke kanan, dan dari kanan ke kiri sehingga menutupi, dan lipat bahagian atas serta bawah crepe.
4. Proses terakhir... terbalikkan Crepe Durian 7 Jenis Tepung tadi.
5. Jangan lupa, untuk rasa yang lebih enak, simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dinikmati @ sekurang2nya 1jam.