بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sunday 9 August 2015

KRABI - PERCUTIAN TAK DIRANCANG

Assalamualaikum & salam sayang.
Alhamdulilah harini ada mood sikit nak mengimbau kenangan & membelai 'Wind of Change' ni.
Nak mulakan dengan resepi, tak banyak eksperimen baru yg mommy buat so habiskan dulu cerita jalan2 akhir tahun lepas.
Actually percutian ke Krabi takde dalam planning cuti2 hujung tahun 2014 kami sebab planned lepas balik dari cuti2 Aussie kami nak balik ke Besut. Tapi kalau u al masih ingat akhir tahun lepas berlaku banjir besar yg melibatkan negeri Kelantan & Pahang menyebabkan juga jalan terputus hubungan. Walaupun Besut pada masa tu tak terlibat tetapi kedudukannya di tengah2 antara Kelantan & Pahang makanya kami tidak dapat access ke sana. Masa tu dok lepak2 kat bilik hotel Sri Enstek (sehari lepas blk dr Aussie), tiba2 daddy tanya nak g Krabi ke Bali? Haaah!!! ok gak idea tu drp melangut je xde buat apa (dah le kami ni payah nak dpt cuti lelama). So, decided ke Krabi the next day.

Alhamdulilah walau masa tu consider musim tengkujuh tetapi cuaca cukup baik (just mendung2 & sehari je kot yg hujan tu pun kejap & rintik2 je).

Kami stayed kat Emerald Garden Resort. Kami ambil bilik standard (walau standard room tapi spacious & ada 1 queen bed, satu single bed & 2 bathrooms. 

Masa smp dah petang so, lepas lepak rehat2 malamnya kami keluar dinner at Ao Nang Beach. Sebelum dinner tu kami cari dulu agen yg blh bawak kami island hopping & buat aktiviti 2 hari kat sana. Berlambak2 tourist agent & gerai makan kat sini. Yang paling penting halal food takde masalah sbb dorg mostly muslim. Yang mommy paling suka sebab makanan semua sedap2. Thai pancake yg pelbagai filling, pulut mangga, air buah (xde air lain blh order semua pakat jual fresh fruit juice ala2 ice blended). 3A pun mmg seronok sesangat le sbb blh setiap waktu makan layan ice blended (smpkan bila blk msia ada yg sakit tekak, xingat sapa tapi rasa cam Ahdia). 


Daddy plak dah jatuh cinta dgn pulut mangga, mmg favourite dia pun (xpalaaaa jatuh cinta dgn pulut mangga siam, jgn jatuh hati kat minah siam dah. Nauzubillah :P) 

Tengok tu mana tak jatuh cinta, mek siam p buat pulut mangga bentuk love. Mommy baru perasan bila tgk gambar kat rumah, klau perasan @kedai mau aku order yg bentuk kapak plak. Hahaha!!!!
Org ada cakap kan, p Krabi @ pulau2 ni tak sesuai bawak budak2. Alhamdulilah la sepanjang 4 hari, 3 malam kat sana xde scenes yg tak senonoh kami jumpa. Aktiviti pun sesuai je dgn bdk2, cuma ada la masa kami p island hopping tu, ada jumpa 'menatang' pelik gak la.

Mula tu mommy tak perasan, tapi dok tgk ramai org dok ambik gambar (termasauk le photographer kami ni hah), bila p jenguk……tudiaaaaa terpacak (kerah cokeng kata ore kelate). Hahaha!!!!! adoiiii bengong dorg ni. Sib baik Anis & Ahdia tak perasan sbb dorg dok sibuk main air (of course lepas tu mommy tak bg dorg lalu kat tempat ni). Arfa plak tak tahu le perasan ke tak sbb dia dah awal2 jalan dgn daddy. Dia xpela skit kot sbb dah besar skit, kalau 2 org gegirls tu mau di tanya mcm2, jenuh aku nak menjawab.


Adeh, tu 1st pulau yg kami singgah. Tempat tu namanya Pranang Cave, pastu kami hop lagi ke pulau lain; Poda Island. 


Kat sini alhamdulilah xde pepe. Mat salleh bercium pun xnampak. Kat sini kami stop lama sikit sebab terus lunch. Lunch semua dah termasuk dalam pakej dorg ni, so no choice makan aje. Tapi no worry sebab makanan dorg sediakan halal, inshaallah.

Dah selesai lunch, kami proceed lagi ke Tup Island.
Kat sini best juga sebab semua orang takyah nak berenang tapi berjalan atas air. Heheh!!!! selamat le untuk org cam mommy yang tak pandai berenang. 

Tup Island ni kecik je & ada mcm bentuk daratan pasir yang menghubungkan antara 2 pulau. Itu yang semua pakat berjalan je. Pastu banyak jugak anak2 ikan yang berenang yg kita boleh nampak tanpa perlu snorkeling. 


Seterusnya otw balik ke pantai kami melalui satu lagi pulau yang unik iaitu Chicken Island (Koh Gai). Kenapa namanya Chicken Island adalah disebabkan bentuk pulau tu menyerupai kepala ayam. Tapi mmg betul pun mcm kepala ayam belanda je mommy tgk.


Kat sini longtail boat kami berhenti sekejap bagi memberi peluang kat sapa2 nak snorkeling. Mommy tak berani la nak terjun sbb pemandu boat tu bg warning sapa2 yg tak pandai berenang tak digalakkan terjun sebab air berolak. Yang lain, 4A semua terjun. Ahdia pun terjun gak (aikk, pelik gak mommy tiba2 berani plak dia nak terjun juga selalu takut).

Dah kasi can mana yg nak snorkeling tu, kami pun bertolak balik ke pantai Ao Nang. Masa tu dalam pukul 3pm.
Malam JJCM je tapi mmg best gak makannya. Zzzzzzzz

Hari Ke-2, program kami terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan A; Arfa & daddy. Dorg pagi2 lagi dah keluar untuk join kayaking & ATV round kebun getah. Hahaha!!!! layan jelah keseronokan 2 beranak ni.

manakala kumpulan B; mommy, Anis & Ahdia ada kes haru terjadi. Sepatutnya aktiviti kami jadi aktiviti paling menyeronokan especially utk gegirls tapi ada sesuatu yg spoilkan mood kami. Kami pagi tu berjalan ke Ao Nang beach hanya dgn satu matlamat: SHOPPING..lepas selesai breakfast @hotel, kami terus menapak. Tak jauh pun 10minit je jalan kaki. Mula2 mata melilau2 cari money changer. Adusss, sib baik tukar dari BND ke baht, takle terasa sgt ciput duit yg nak digunakan utk shopping ni. So mommy mmg aim just nak beli ole2 utk k.Maria, ustazah & diri sendiri je. Anis & Ahdia pun dah aim nak beli barang dorg. Mula2 syok je, mommy beli seluar pantai, pastu sambung jalan2 ingat nak beli bag corak2 bunga thai. Sekali ternampak kipas renda2 yang mmg k.Maria kirim beli kalau pegi Melaka (sblm tu mommy belikan utk dia masa kami p Melaka dulu). Dia nak bagi gift masa kenduri kahwin anaknya Teekah. Mommy beli kipas tu kat Melaka 3 biji = RM10….so mommy tanya la seller tu blh tak dpt harga yg sama. Kalau dapat mommy nak beli 20biji… Dipendekkan citer dia manipulate currency exchange (kira masa tu jatuh rm10 sebiji). Huhu!!!!sib baik ada iphone, mommy convert semula harga dlm RM terkejut monyet le. Terus mommy tanya dia & dia dah start marah2. Mommy pun bila dia dah tinggi suara, terus le cancel & blah. Sekali pompuan giler tu jerit2 dlm bahasa Siam dia (apatah dia kata kat kita kan). Dengan 2 budak ni pun pelik dok tanya2 kenapa dia marah2 mommy. Adeh!!!! terus spoil mood. Bila masuk kedai lain pun masih dok dengar dia terpekik2. GILER!!!! apepun puashati aku tak kena tipu kat kau.
Alamak…..terpanjang plak citer. Huhu!!! so u all beringat2 la kalau shopping tempat org. Currency exchange kena mahir.


Ok, bila dah petang skit kami layan pad thai 3 beranak sambil tunggu kumpulan A balik. 
Bila dua2 kumpulan bergabung, kami planned ke Krabi Town.
Huhu!!!!ingatkan dekat, jauh juga rupanya. Naik tuk2 tu yg membuatkan rasa cam jauh sebab serius tak selesa naik tuk2.
Takde apa yg menarik sangat kat Krabi town ni cuma kami nak g cari Mr Crabby yg debob je.

Sekali dah smp town, driver tu stop & tunggu kami kat tempat lain. Kena menapak juga kami (tapi ok gak la xjauh sgt pun sambil2 tengok suasana town dorg). Tengah2 jalan tu nampak le beruk2 (ekkk, beruk ke orang utan tah). 


Pastu jalan2 lagi nun di tepi sungai baru jumpa Mr Crabby debob.
Actually nama Krabi ni tiada kaitan pun dgn crab/ketam tapi entoh leer kenapa ada gak tugu Mr Crabby kat sini.

Selain Mr Crabby, kami jumpa gak burung helang. Tapi tak sebesar kat Langkawi la helangnya.

Selain melilau2 cari Mr Crabby, kami singgah pasar malamnya. Beli buah2 je sebab cam ragu2 plak kat sini nak beli makanan walau ramai yg jual bertudung.

Model durian tgh protes sbb kena paksa posing sebelah durian besor
Balik dari Krabi town dah malam, kami dinner @area Ao Nang beach gak. Kali ni dinner kat seafood restoren plak. Makanan cam biasa mmg sedap2 gak (mungkin kena dgn selera kami kot). Yang paling dok teringat2 sangat selain mango sticky rice tu, pancake & daging goreng bawang putih. 


The next day (last day)……pagi tu kami sempat lagi catch up satu lagi aktiviti wajib kot kalau p Thailand. Menunggang gajah!!!!
Seingat mommy mungkin kali pertama kot kami naik belakang gajah ni. Eeei, geli jugak pijak belakang gajah yg berkulit ksar ni sebab ada bulu2 kasar atas kepala dia. Tapi seronok le jugak bila dah lama sikit, cam relax je terhuyung hayang kiri & kanan tu. Ada sikit2 cam naik unta.

Masa dia masuk dalam sungai, sib baik tak kena sembur. Kumpulan A ada kena sembur gak sikit tapi kumpulan kami selamat. Baik gajah kami tu. Oh lupa, nama gajah yg kami naik tu Nara (gajah betina).

Lepas dah turun, ada plak sesi feeding. Pisang dijual oleh tuannya & kita feed pisang tu terus ke mulut gajah. Heheh!!!1st experience gak tu utk kami anak beranak.

tengok tu pengembala gajah tu dok menyanyi….. baya Arfa je budak tu.
Balik dah agak tengahari sbb van lambat fetch kami. Selesai makan pad thai (lagi), kami bersiap untuk bergerak balik ke Malaysia.

tgk tu ada tv besor cam dlm rumah lagi dlm van dorg ni
Sampai airport, rupanya awal lagi. Tunggu le jugak berjam2 sebelum selamat terbang dalam keadaan penat ke Malaysia.

Bye2 Krabi, lain kali kami p Phuket la plak kot. Tak tau bila


4 comments:

Unknown said...

Salam,

seronok baca percutian family mommy di Krabi, terus teruja nak g jugek. Boleh share tips... pakai travel agent mana? berapa budget utk 4h3m tuh?

terima kasih :):):)
rusmin

Izwa Kamaruddin said...

wahhh seronok nyer krabi!!

nurbijen said...

walau pun bercuti ad hoc, banyak juga aktiviti yang dapat buat kat sana...
Yang "cokeng" tu mcm kelakar pulak.. mcm dah tak de benda lain komersilkan.... huhuhu
Saya pun belum pernah naik gajah.. kena gi krabi jugak ni... hehehe

ishamizu said...

Salam kak Ros..bestnya pi Krabi..plg best jln dlm air kt Tup Island tu..;) Nway berani ye 4A snorkeling..3njoy nmpk dgn sume xtvt kt sana..hrp ada rezeki nk pi Krabi jgk nti :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...