بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 20 January 2015

SELF DRIVE CAMPERVAN - MELBOURNE ( 4th day - Ballarat)

Perjalanan dari GOR ke Ballarat ni mengambil masa lebih kurang 2jam setengah. Kami mmg bergantung kepada GPS yg direct masuk mmg rural area abis. Laluan yg kami guna Colac-Ballarat. 

View sepanjang jalan dari GOR ke Ballarat ni lebih kepada ladang2 gandum & gunung ganang. Kiranya pekan2 kecik pun mcm ala2 dead city je. Rumah penduduk pun mmg kira cam rumah kampung la tapi mommy respect abis kat dorg ni sbb kat mana2 baik bandar besar mahupun kampung terpencil tapi rumah mmg kemas & bersih. Sikap yg sangat terpuji patut di contohi oleh org2 Malaysia.




 Ok, jalan punya jalan..pasrah jelah GPS tu bawak p mana2. Akhirnya kami sampai juga ke Ballarat hampir jam 5pm. Terus ke Sovereign Hill & beli tiket. Masa beli tiket tu, dorg bgt dah nak tutup & tak berbaloi kalau kami terus masuk. Memandangkan tiket nya valid utk 2hari (both masuk Gold Museum + Sovereign Hill) maka staf tu suggest kami masuk Gold Museum je dulu haritu & next day pagi baru masuk SOvereign Hill. Good idea. Jom masuk Gold Museum dulu ye……tour!!!




 Lepas tour ke gold museum kami top up few groceries & ahead ke big4 caravan park utk overnite. Kebulur xsempat lunch tu kami open table terus hadap lunch+tea+diner yg tersangat lazat. Rendang ayam Adabi terbaek!!!

The next morning, seawal 10am kami dah terpacak depan Sovereign Hill (hehe!!!!kami nak kejar masa ni sbb nak rush ke Puffing Billy).


Semestinya kami org pertama yg rasmi pintu masuk utk hari tu.  Mula2 pergi area yg untuk melombong emas. 3A cam bosan sikit awal2 kat sini sbb yelah semua bangunan ala2 buruk, pekan koboi yang xde koboi.

Lepas jumpa lombong emas tu baru excited sikit dorg ni, pastu nampak plak ramai budak2 sekolah serbu kawasan tu baru meriah.
Kat sini ada banyak juga aktiviti, u al blh refer SINI utk details ye.

Kami haritu byk pusing2 sekeliling pekan & tgk cara membuat emas je, xde naik keta kuda & gold mine tour pun sbb yg tu kena bayar lain. Aishh!!!mahal plak tu. 


Sib baik ada gak attraction utk 3A, main bowling kayu…..pastu Ahdia seronok nampak budak2 sekolah Sovereign Hill (ni kira lakonan dorg la ala2 budak sekolah zaman dulu). Siap masa nak balik tu paw daddy beli patung budak sekolah Sovereign Hill lagi. Heheh!!!

Selain tu ada ditunjukkan cara pembuatan barang2 dari besi. Semua guna tradisional method/device & human skill. Kira handmade la ni. Berkenan jugak dgn pan yg dijual tapi Ya Rabbi berat, camno la nak sumbat byk2 luggage nanti. 


Dah abis satu pekan koboi tu kami round maka kami pun bergerak keluar & singgah beli souvenir je. Tapi ada org tak puashati kan masa melombong tu tak jumpa emas, jadi dok sibuk la pujuk daddy beli emas. Hahaha!!!!taktau la betul2 emas tulen @ gold plated tapi yg dijual sebagai souvenir ni dia isi dalam botol kecik & ada liquid. 


Memandangkan kami pun nak kena gerak ke Melbourne lagi tengahari tu so, by afternoon dah blah dari sini. 3A pun tak kisah sgt blah cepat2 sbb bukan taste dorg.


Otw tu ingat nak singgah Kryal Castle (sbb tempat ni tepi jalan je dari pekan Ballarat nak ke Melbourne tu), tapi dah kena buat pilihan ; Puffing Billy @ Kryal Castle? Huhu!!!!Puffing Billy la lagi best. Maka pecut la Si Cheapa Campa kami menuju ke Melbourne seterusnya ke Gembrook utk naik cho cho train.

Bye2 Sovereign Hill, Ballarat.
Wait for us Puffing Billy (adakah kami sempat catch up last train @PUffing Billy?)……next entry

6 comments:

Honey said...

Salam Kak Ros,

Best kan tempat ni. Macam zaman omputih dolu-dolu :)

Tie HT said...

pernah tengok dalam tv,
bila ntah nak tengok live
seronok kak
alhamdulillah :)

Izwa Kamaruddin said...

WAHHHH..macam masuk ke dunia lain kan...seronok kot masuk ke pekan koboi feling-feling mcm masuk movie diaorg tu..biase tgk dlm tv je ini depan mata, seronok nyer kak!

Unknown said...

Oloh kak Ros baru sempat baca psl pengembaraan kak ros.hehehe.saya pun baru sampai aussie ni byk sgt benda nak kena settle tu yg sepi je blog tu.hehehe

NEKCIK said...

travel camni merataa tempat boleh sampai kan

Cho Zila said...

dah rasa cerita zaman dulu2 pulak ... tempatni mengekalkan ciri2 yang lama yerk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...