بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 19 April 2012

SUSHI PULUT

Lama rasanya tak masukkan N3 masak2......Hilang mood skjp selepas masalah mok melanda. Aish!!life must go on. So, harini mommy jot down resepi yg mommy buat ni try & error sbb teringin nak makan sushi. Kat Brunei ni ada jugak Japanse restaurant tapi area kami @Tutong ni xde. Kalau teringin nak makan Japanese food kena drive ke Seria/KB @ BSB. So, kalau time2 teringin tu kena le wat sendiri kan. Jadi Japanese food ka, Jawanese food ka xkisah la sbb sendiri buat, sendiri ngap, hehe. Mommy buat dah lama ni tapi malu nak post sebab potongnya tak uniform daa. Ada yg kurus & ada yg gemuk. Ingat later le nak buat semula baru nak post tapi masalahnya bila beli je seaweed/nori sheets ni xsempat nak gulung. Abis diratah dek Arfa & daddynya. Huhu!!!dah ckp nak buat sushi, tapi kejap2 "satu je mommy", pastu dtg lagi "satu je mommy"......last2 tinggal plastik je.
So, sebelum mommy lupa cara nak buat ni, post jelah guna gambar ni. Kalau tak cantik tu baru org percaya mmg betul mommy yg amatur membuatnya. 
Btw sushi yg mommy buat ni dah di modified ye guna pulut. Biasele, tekak ada campuran Siam suka kat pulut jugak. Tapi serius, sedap jugak guna pulut. Senang skit kalau nak kepit dgn chopstick, hehe xde le lerai nasinya (maklum le tangan dah kematu baru belajar makan guna chopstick, mana x lerai).

Bahan2 utk sushi rice/pulut:
  • 3 cawan pulut/ grain rice
  • 1/3 cawan cuka makan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
Caranya:
  1. Basuh beras/pulut & masak seperti biasa dalam rice cooker. (Kalau masak pulut guna sikit je air, kalau 3 cawan pulut tu cuma guna dalam 1 cawan air).
  2. Apabila pulut dah masak, masukkan dalam mangkuk besar.
  3. Dalam kuali/ periuk yang lain, masak cuka, gula & garam sehingga gula & garam larut. 
  4. Campurkan campuran cuka tadi ke dalam mangkuk berisi pulut.
  5. Gaul rata menggunakan sudip kayu. Sejukkan
Bahan2 untuk sushi:
  • 1 batang timun (buang biji dan potong panjang2)
  • 1 biji avocado (buang biji & potong nipis2) - mommy xletak sbb xde stok
  • 8 batang crabstick (celur & tos)
  • 4 sudu besar mayonnaise
  • 4 keping seaweed/nori sheets
  • 6 cawan sushi rice/pulut
  • 1 sudu besar bijan yg telai disangai
  • Telur dadar - mommy tambah sendiri
Caranya:
  1. Letakkan 1/2 - 1 cawan sushi rice/pulut ke atas seeweed sheet & tekan kira 1/4 inci tebal (agak2 je). Taburkan bijan di atas pulut. Btw mommy pakai sarung tangan plastik untuk tekan & menggulung supaya pulut xmelekat.
  2. Alas plastik di atas bamboo mat & letakkan kepingan seeweed tadi di atasnya.
  3. Susun ikut urutan timun, avocado, crabstick & telur dadar ke atas pulut. Hujungnya sapukan 1 sudu besar mayonnaise.
  4. Dengan berhati2, gulung plastik alas & kemaskan seeweed sheet menggunakan jari. Gulung sehingga ke penghujung & genggam alas plastik tu sebelum menarik keluar plastik tersebut.
  5. Ulang 1 - 4 sehingga bahan2 habis digunakan.
  6. Potong menggunakan pisau tajam sushi tadi.
  7. Sedia untuk hidangan.
Gambar selingan masa kami lunch @ Kaizen Sushi, Bandar Seri Begawan....







Monday, 16 April 2012

Doa utk ibuku

Semalam dpt berita daripada che teh @Mekah yg mok dah tak sihat nak ke maharam sorang2 mcm kebiasaan dia pergi tahun lepas. Ditambah pulak dgn penyakit kencing manisnya, mmg terasa kerap nak ke tandas. Kesian plak bila teringatkan dia. Yelah, che teh nak selalu temankan dia xboleh sbb ada t/jawab kat rumah. Dgn nak urus a.Hafiy & k.Syakirah ke sekolah etc mmg susah nak follow mok ke maharam je. Kami yg kat sini, mmg boleh faham sangat karenah mok apatah lagi kalau duduk rumah anak2. Dia rasa boring & tak tau nak buat apa la tu. Harapan mommy plak biarle dia lama sket @Mekah tu supaya terisi masanya dgn amal ibadah yg maksimum compare to duduk @Besut. Ya ALLAH semalam jugak ternampak doa ni @FB. Mmg la kita selalu berdoakan untuk emak/ibu/mama/mommy kita tapi kadang2 tak specific, maka ALLAH pun mgk makbulkan doa kita tapi juga tak specific. Ingat lagi kata2 nasihat dr ustaz yg bg kursus semasa kami nak mengerjakan umrah tahun 2008 lalu, katanya tulis doa2 yg kita nak panjatkan kepada ALLAH tu dengan jelas&specific semoga ALLAH pun specific nak bagi kat kita. Bukan maksudnya ALLAH xtahu apa yg kita nak tapi ALLAH bagi mengikut apa yg kita hendak maka biarla specific. Maka, masa mommy menunaikan umrah dulu mmg tulis dalam buku kecik doa2 yg dihajati (mmg membantu sgt sbb jika tak buat mcm tu kita jadi blank apatah lagi perasaan bercampur baur bila melihat KAABAH yg tersergam depan mata).
Mommy pun tak berhajat nak berceloteh pjg harini, mood pun xde ni bila teringat kat mok rasa sebak je. Harapan mommy sama2 la kita amalkan doa ni tak kirala emak kita masih ada @ dah meninggal kerana sesungguhnya kita ; anak2 la penyelamat mereka baik di dunia mahupun akhirat sama seperti mereka juga menjadi penyelamat kita sepanjang masa. 
Untuk Arfa, Anis & Ahdia juga mohon mommy tolongla bacakan doa ini sepanjang masa sebagai hadiah buat mommy baik semasa mommy masih di dunia ini @ telah hilang di dunia ini. Tiada hadiah yg paling berharga rasanya selain doa daripada anak2 sendiri terutamanya ketika sambutan hari kelahiran. Tidak lupa juga tolong panjatkan doa untuk mok, mak tok & nenek sepanjang masa. 

Saturday, 14 April 2012

It's my birthday


Alhamdulilah masih diberi peluang oleh ALLAH untuk terus bernafas dibumiNYA dikala usia berganjak ke angka 36. Tiada permintaan yg lebih untuk dipinta dari ALLAH selain anugerah kesihatan yg baik, bahagia bersama anak2, suami, ahli keluarga & kenalan baik jauh mahupun dekat. Di hari kelahiran ini, doa dipanjatkan jua terhadap mok yg kini berada di Mekah semoga sentiasa sihat & dapat beramal ibadah dengan sempurna.
Tahun ini 2012 merupakan julung2 kalinya mommy celebrate birthday sebagai seorang blogger & syukur juga kerana dapat berkenalan & belajar dari kawan2 blogger yg lain. Kawan2 yg baik juga merupakan anugerah yg ALLAH berikan kepada setiap org yg kadang2 kita tidak sedar. Oleh itu setiap mereka merupakan rezeki kepada kita. TQVM to all my blogger friends yg sudi berkawan.
Berbalik kepada cerita hari ini, as stated today is my birthday but me actually celebrated birthday Ahdia @ school pagi tadi. Since last nite until this morning mommy teramat le penatnya sbb semua persediaan majlis especially masak memasak mommy kena sediakan sendirinya. At 1st, ingat makanan budak2 mommy nak tempah aje mee kolok dr org tetapi org tersebut 'berlayar' ke Kuala Lumpur pulak. Huhu!!terpaksa le mommy jugak yg masak. After sesi perbincangan dgn tuan punya birthday (Ahdia si kenit), she love to have 'spaghetti'(dah agak mesti nak menu favorite 3A).Untuk cikgu2nya pulak mommy decided to cook rendang daging & match dgn nasi putih juga tambahan telur dadar & ulam timun. A day before, 3A dah siap2 sediakan jajan. Siap2 semua masukkan dalam goodies bags. Nasib baik dah boleh membantu apa yg patut. Yang paling special sgt this time, the birthday cake done by mommy sendiri walau terkial2 nak buat. Ya ALLAH, mmg kerja gamble abis. Mananye pernah mommy buat icing/buttercream bagai.....alih2 dalam masa sehari nak kena belajor & buat. Yang lagi parah, tuan punya birthday request nak princess cake........Phew!!!mmg cabaran yg maha besar buat mommy. Terketar2 buat sampaikan..................bersambung di entry berikutnya. 

# Persoalannya;

1) Adakah mommy berjaya membuat princess cake seperti yg Ahdia idamkan?
2) Apa peristiwa mendebarkan yang berlaku?
3) Sedih @ gembirakah Ahdia apabila kawan2nya melihat kek tersebut?
4) Adakah mommy serik untuk buat cake deco selepas ini?

# Tunggu sambungannya 

Friday, 13 April 2012

SPAGETTI AGLIO e OLIO SEAFOOD.....ASIAN version



Kebiasaannya hari Jumaat especially pagi kami 4A+R mmg busy sbb walaupun budak2 cuti tapi daddy kerja. Pagi2 lagi dah kena bangun macam biasa (lewat skit jelah dr hari sekolah biasa), rushing hantar 3A gi mengaji @Masjid, pastu mommy trus htr daddy g work. Patah balik, kemas rumah & basuh kain etc...10am sharp amik 3A dr mengaji....Siapkan lunch secara 'express rakyat' pkl 11am pecut g amik daddy plak. Huhu!!! after lunch & solat zohor barulah lega sikit. 
Tapi harini, schedule berubah sbb daddy kena g KB atas urusan kerja & dia drive sendiri. Budak2 terpaksa 'dicutikan' mengaji & mommy pun ada la masanya nak prepare breakfast grand sikit. So, pagi tadi bila dah siap kemas dapur sikit, mommy trus terpikir nak buat spagetti olio (padahal esok nak buat spagetti lg bday Ahdia). Bukan apa yg nak buat spagetti ni sbb senang, cepat & yg paling utama tengah banyak stok udang & sotong yg besor2 lagi fresh. Mmg best bila buat olio sbb terasa keaslian seafood tu.
Kalau N3 dulu mommy guna mussel tapi this time cuma guna udang & sotong munga2 (hahaha!!!x abis lagi citer sotong munga2).....Bukan terlebey rajin ye tapi balance yg masak paprik byk lg sotong tu, so cantikkk le spaghetti olio sotong munga2 ni.

Ni pinggan mommy punya. 




Resepi refer sini 

Thursday, 12 April 2012

Doa elak Tsunami.....

Ya ALLAH!!!! semalam mmg gabra sekejap bila dengar berita terkini pasal earthquake kat Acheh. Serius rasa macam panik sekejap, sampaikan daddy cakap pun rasa angin je dgn dia. Bukan apa, 1st, walau xde kaitan dgn Brunei pun tapi sbb rumah kami ni mmg betul2 tepi pantai (dalam 100meter je tau), risau sbb masa dapat tau Acheh gempa tu mommy otw gi ambil daddy & BLNG (budak2 mcm biasa tinggal kat rumah sbb kejap je g ambil). Yang strike my mind, Ya ALLAH selamatkan lah kami especially anak2 aku @rumah. Baru doa, Ya ALLAH selamatkan lah keluarga & kenalan aku @Malaysia & last baru sempat fikir pasal Acheh. Padahal yg kena @Acheh kan? Itulah manusia, fikiran separa sedar mmg ingat kat org2 yg paling rapat dulu kan, baru ingat kat org lain. Mommy jadi angin semalam tanpa semena2 sebab bila cakap dgn daddy psl Acheh earthquake lg & amaran Tsunami dah keluar. Dia blh cakap "So?"....Ya ALLAH, aku punya la panik, dia relax je. Hehe!!!dia sebenarnya lagi panik pasal keje dia (tengah serabut byk kerja, jadi dia mcm tak terfikir psl bahayanya Tsunami). Bila baca FB plak mcm2 spekulasi keluar & ada yg tak bertimbang rasa boleh lagi takut2 org dgn berita & image yg mengarut. BENGONG la dorg ni!!!! Pastu bila mengadap Berita TV3 (dah jadi bosan plak dok tgk upacara pengisytiharan Agung sbb hati berdebar2 nak tau details pasal Tsunami), daddy boleh terpancul keluar ayat "alaa, xde kena Tsunami la Malaysia"......huhu, mommy sekali lagi angin dgn daddy sbb rasa mcm ehh, nape daddy cakap takbur sgt ni, kita ni kalau ALLAH nak turun bala anytime. Huhu!!! bila kita panik, org cakap pun kita mcm angin jekan. Padahal maksud daddy tu kalau ikut logik & fakta kejadian Tsunami, mustahil berlaku kerana kedudukan yg berlainan dr kejadian Tsunami 2004 (ada la dia explain the reasons), mommy payah nak masuk dlm otak because for me, YES science always have reasons for any circumstances but The power of Almighty, ALLAH we can't deny it with any reasons u give. Salah menyusun ayat sikit je pun daddy semalam, trus kena jelingan manja dengan mommy. Pepepun, as a conclusion walau kita rasa kita ni hebat, boleh atasi ancaman Tsunami ke, ribut taufan ke, kemarau ke......tapi kita kena ingat kadang2 ALLAH test kita bila kita xready @ leka @ sombong sgt. So, kita ni sebenarnya terlalu kerdil dibandingkan dengan kekuasaan ALLAH. Janganlah kita sekali2 leka dengan kehebatan teknologi & kepakaran yg ada kerana ALLAH boleh bila2 masa je lingkupkan seluruh alam semesta ni. Ya ALLAH!! takutnya.... mari kita sama2 berdoa kalau ada bencana alam yg berlaku semoga kita semua dikasihani ALLAH & sentiasa dalam lindunganNYA. Amin3x.....Ya RABB!!!


Tuesday, 10 April 2012

SOTONG BUNGA PAPRIK




Idea nak buat sotong munga2 ni timbul tenggelam selepas 1st tgk kak Rahayu Hassan buat. Tapi masa tu fikir, eei rajin bebenor akak ni nak potong sotong tu jadi munga2......
Pastu mg lepas tgk plak mamasya buat, rasa mcm eei boleh ke mommy jadi rajin terlebih mcm dorg ni. Pastu okey la, xde le nak ikut2 org (padahal malas).......
Sampai le semalam masa nak masak sotong paprik (dah lama plan nak masa sotong paprik ni tapi disebabkan malas nak g mencari daun limau purut so tertangguh seminggu dah). Masa dok potong2 sotong tu, tiba2 datang angin terlebih rajin nak test diri sendiri rajin ke idok macam k.Ayu & mamasya. Mula2 fikir nak try satu je sbb malas nak memotong semangkuk sotong tu semata2 nak bagi lawa. Alih2, syok plak menggunting sotong tu sampai tak sedar abis jugak semangkuk ku potong2 menjadi kelopak munga2.Hehe!!! maka, cantikla juga sotong paprik mommy jadinya. Hehe!!!dah le sedappppp, pastu cantikkkkk plak tu. Kik3x...sorry ye, nak tekan lift bg terangkat tinggi2 (yelah menanti org puji xde kan, puji sendiri la). Tapi bab rasa mmg sentiasa ada tukang puji especially Arfa. Hehe!!! daddy, mommy tau dia makan sedappp sebab belum apa2 dah top up nasi. LICIN!!! Btw, semalam masa dinner Arfa dah pesan siap2 nak bawak bekal nasi sama sotong paprik. Huyoo!!!bekal sekolah utk breakfast ala2 lunch dah ni. Mommy layan aje yg penting dia suka, semalam pun top up nasi gak si Arfa ni.
So, kiranya resepi ni mommy tinggalkan utk bakal menantu mommy la nanti ye.....

Bahan2:
  • Sotong (mommy guna dalam 5 ekor sotong yg size besar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar/tumbuk)
  • 1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 2 biji cili merah (hiris nipis)
  • 1 biji tomato (potong 4)
  • 2 tangkai daun limau purut (carik/hiris)
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam
  • Gula
  • Kacang panjang (boleh campur juga carrot & bunga kobis)
Caranya:
  1. Mula2 potong sotong & gunting tepinya (jgn sampai putus). Toskan air.
  2. Tumis bawang putih & hirisan bawang besar sehingga layu. 
  3. Masukkan cili boh & goreng sehingga betul2 garing.
  4. Masukkan juga sos tomato & sos tiram. 
  5. Kemudian, masukkan sotong & masak sehingga sotong lembut.
  6. Setelah sotong masak, masukkan daun limau purut, kacang panjang, cili merah & buah tomato. Gaul sebati.
  7. Tambahkan perasa garam & gula. Siap dihidangkan.



Monday, 9 April 2012

ROJAK BETIK....GANU KITE

Sorry ye silau sket gambor ni, nak match dengan tema makanan coastal. mommy snap outdoor  tepi pantai gitu. Lama tak dok bertengek kat pangkin kayu ni. Btw mix & match dgn slurppy papaya (chewah tgk aar tu pure betik)

Kalau org Ganu Kite for sure kenal hidangan ni (kalau dok tau tu gamoknye celup/mix dgn mat salleh kot,hehe)......Best sungguh layan rojak betik ni sorang2, puas makan. Lama doh x merasa rojak betik ni. Kalau family mommy mmg favourite ni. Mommy buat setakat makan mommy sorang je ni sebab species Kedah dok layan starang (koho mujur, baru puas gomol sorang2). 2 hari doh dok makan nasi mommy ni (serius tau kenyang & menyihatkan makan rojak ni). Kalau u all study hidangan ni mmg seimbang dgn protein & serat. Karbohidrat kalau u all nak add on minum le cereal, hehe. Mmg sesuai sgt2 utk org diet (ehem, mommy ada rahsia yg blm declare lg ni pasal diet, later ye citer diet).

Berbalik cerita hidangan rojak betik ni, of course kuahnya yg paling penting. Kalu kuah dok sedap, maka dok sedap la rojak itu. Ramuan utama dalam hidangan ni semestinya 'ikang' aarr. Doh org Ganu Kite dok coastal area, mmg sedari kecik aar berkawan dgn seafood semua ni. Udang, ketam, sotong, penyu...ekk, silap telur penyu, remis, etok, belangkas termasuk le ikang mmg doh makanan pilihan ramai. Kalu org Ganu Kite dok makang ikang, mmg soh aar anok mat salleh/ mix......Alahai rindunye Ganu Kite especially makang ikang & sotong celup tepung biraa Pantai Merang. Huhu!!!Kat brunei ni pantai gak tapi xde weh geng2 celup2 mcm @Msia.

Okey la, resepi rojak betik ni mommy copy direct dari mulut Che Eshah Setapa (mok aar tu). Senang je pung wat bende ni. Main campak2 je semua bahan. Yg penting rasa kena balance masam, manis & masin....Baru terangkat idung.

Bahan2:
  • Sebiji betik muda/mengkal (betik yg sedikit merah mcm nak masak tapi keras isinya)
  • 1 biji timun
  • Sedikit kapur makan (ambil 1sudu kecil bancuh dengan secawan air)
  • 10 ekor ikan selayang (ikan lain pun blh tapi selayang gok pujaan hati)
  • 10 tangkai cili kering (kisar) / 2-3 sudu besar cili boh
  • 1 keping nise kerek (gula melaka)
  • 5 sudu besar cuka makan (boleh tambah kalau suka masam sgt)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 liter air (agak2 le, kalau nak kuah pekat ke cair ke terpulang le sukatannya)
  • Beberapa keping keropok ikan (the best keropok ikan tamban)
Caranya:
  1. Mula2 sekali parut betik & timun. Rendamkan parutan dalam semangkuk air kapur (tujuan nak bagi ranggup batik & timun tu). Toskan.
  2. Untuk menyediakan kuah, mula2 sekali rebus ikan dengan sedikit air sehingga masak. Sejukkan.
  3. Ambil isi ikan & tumbuk lumat (mommy blend je).
  4. Blend/tumbuk juga tulang2 ikan & tapis ambil airnya (jgn buang terus tulang ye, kalau buat apa2 kuah guna ikan rebus maka kena ambik air tulang dia.....baru power rasanya!!!)
  5. Dalam periuk masukkan air & cili giling. Didihkan sehingga betul2 menggelegak (biar lama didih nak elak nanti sakit perut makan sambal kurang masak).
  6. Setelah cili betul2 mendidih, baru masukkan gula nise, garam, gula & cuka. Kacau sebati.
  7. Dalam air tapisan tulang ikan tadi, masukkan isi ikan yg telah dikisar & ceduk sedikit kuah ke dalamnya. Kacau rata dulu isi ikan sebelum dituang ke dalam periuk berisi kuah.
  8. Kacau selalu & biarkan mendidih sehingga kuah pekat. 
  9. Jika rasanya telah lengkap, bolehla tutup api & biarkan sejuk.
  10. Masa menyediakan hidangan, letak parutan sayur ke dalam pinggan/mangkuk & curahkan kuah di atasnya. Hidangan ini dimakan bersama2 dengan keropok ikan (ramas2 keropok masa nak makan tu).

* Lupa nak kabor...klu dok jupe betik mengkal tu boleh je guna carrot @ apa2 la buah yg keras isinya.

Friday, 6 April 2012

KEK SUSU KUKUS

Kek ni mommy buat ptg semalam bagi memenuhi stok makanan 3A ni. 3,4 hari sebelum tu mommy buat kek kukus masam manis & bekalan pun dah abis (suka rupanya dorg ni dgn taste hawflakes tu). Yg kek masam manis ni nanti mommy mskkan dlm next N3 sbb gambarnya tak menarik. Next time buat lg mommy publish resepinya. Btw kek susu kukus ni simple je & yg paling utama kukus (mommy blm dapat lg oven replacement). Dok cari2 kek kukus yg simple terjmp @MyResepi. Resepi ni dibuat oleh Cutie Wink. Kalau dah boring asyik bakar je, sekali sekala blh try yg kukus ni plak. Sedap  & gebu keknya. Walau dikukus tapi tak lembab sangat. Rasanya pun utk budak2 mesti suka.. rasa susu. Nak lagi lemak boleh tukarkan air dengan susu cair. Lagi lemak berkrim tapi yg diet tu toksah le ye... 

Sebelum dipotong....


3 slices & a cup of 'tea o'....nyaman!


SumberMyResepi @Cutie winkle

Bahan-bahan 

 250 g butter

  • 1 cawan gula halus
  • 6 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan air

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan susu pekat yang di bancuh dengan 1/2 cawan air.
  4. Masukkan aduanan dalam loyang bulat yang sudah di geles dengan sedikit butter dan tepung.
  5. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Untuk mengelakkan permukaan kek berlekuk @ tidak rata, balut penutup pengukus dgn kain.
  6. Sejukkan sebentar dan sedia di hidang. 

Thursday, 5 April 2012

SIAKAP 3 RASA

Tak tahu le betul ke tidak ikan siakap ni sbb mcm ketot sikit ikan ni. Huhu!!!susah juga nak beli ikan kat sini sbb kadang2 dorg panggil lain, kita panggil lain. Lagipun mommy ni x expert sgt bab2 nama ikan. Cuma, kalau ikan siakap kitakan mcm warna hitam & body dia ramping skit, yg ikan mommy beli ni sisiknya putih & bodynya ketot. What ever la yg penting sedap & daddy pun puji sedap. Lama betul x buat 3 rasa ni (favourite kami gak ni)...Selain ikan siakap, mommy buat 3 rasa kadang2 tu guna ikan kembung yg besar2 sikit. But honestly, guna ikan siakap yg paling best. Semalam dinner, mommy buat menu ikan 3 rasa ni dgn sup fishball &crabstick je.....nikmatnya makan sampai ke tulang licin isinya. ALHAMDULILAH, syukur ALLAH di atas nikmat yg Kau berikan.
Untuk resepi, rasanya banyak version org buat. For me, the simple the better. Hehe!!
Bahan2:
  • Seekor ikan siakap/sewaktu dgnnya (belah dua)
  • 1 biji bawang putih (kisar)
  • 4 biji bawang merah (kisar)
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar (dadu)
  • 5 biji cili api (potong halus)
  • 1 biji tomato muda/nenas (dadu)
  • 1/2 batang timun (dadu)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan2 utk perap ikan:
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk/serbuk
  • 1 sudu teh garam


Caranya:
  1. Mula2 sekali lumur ikan dengan serbuk lada hitam, garam & tepung jagung.
  2. Perap sebentar sebelum digoreng garing (pastikan minyak betul2 panas & ikan tenggelam). Toskan.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah & cili boh sehingga garing.
  4. Masukkan sos tomato & sos tiram. Kacau sebentar & masukkan sedikit air. Biarkan mendidih.
  5. Tambahkan dengan garam & gula.
  6. Akhir sekali, masukkan semua sayuran yg didadu. Gaul sebati.
  7. Letak ikan di atas pinggan & tuangkan sos ke atasnya.

Menu utama

Menu sampingan

Wednesday, 4 April 2012

Salam dr Helsinki, Finland


Harini mommy berbesar hati nak tayang kad ucapan dr blogger perantau di Helsinki sempena 2nd year anniversary blog beliau. Rasa berbesar hati juga sebab Nieza ni tidak sombong untuk berkawan dgn blogger2 biasa mcm Wind of Change mommy ni. Luahan perasaan Nieza sempena 2nd anniversary blognya jugak terasa sedikit sebanyak terkena tempiasnya kat mommy sbb sebelum mommy start berblogging pun sama keadaannya di mana daddy keberatan nak benarkan dengan alasan takut org ramai salah menafsir apa yg kita tulis. Setelah mommy cuba yakinkan daddy blog ini nanti bakal menjadi diary sekiranya umur kita dah tiada sekurang2nya menjadi tatapan & sumber bacaan anak2 di kala mereka meningkat usia.... Rasa mommy blog ini umpama lontaran kata2 & membawa kenangan yg tidak ternilai especially kepada org2 yg rapat & menyayangi kita. Interprestasi org lain ttg apa yg kita tulis mmg tidak dapat kita nafikan akan ada manusia yg sentiasa tidak senang hati dgn setiap tingkah laku kita walau apa yg kita lakukan itu sesuatu yg baik. Seperti kata Nieza yg penting niat kita ikhlas &baik. Tidak usah mengembar gemburkan keikhlasan kita kerana hanya ALLAH s.w.t yg menentukan tahap keikhlasan kita. Di mata manusia mmg sentiasa ada kekurangan diri kita buat mereka. Sebaiknya kita abaikan sahaja mereka2 yg tidak mungkin akan senang dgn kita kerana akan ada begitu ramai manusia/mereka yg suka & sudi berkawan dgn kita. Harapan mommy semoga Wind of Change ini menjadi satu platform untuk mommy membuka minda terhadap segala kebaikan baik di dunia mahupun akhirat. Segala apa yg mommy jot down di Wind of Change ini sesungguhnya utk tatapan kami sekeluarga & semoga ia menjadi sumber rujukan kepada anak2 & sahabat2 yg sudi.Perhubungan yg telah terjalin @ bakal terjalin juga diharap atas dasar ikhlas & berkongsi ilmu serta pengalaman masing2 tanpa sedikit pun ada perasaan riak/sombong diatas kelebihan masing2.
Wasalam......ehh!!pjg lebornya, macam ucapan anniversary Wind of Change plak. Hehe!!!!

Tuesday, 3 April 2012

KERABU IKAN BILIS

Semalam terasa penat dari kebiasaan....tak tau le kenapa mungkin the night before tu mommy terlewat tidur kot. Bila tak cukup tidur ni mmg badan pun lesu. Biasanya menu utk dinner mommy masak ptg selepas g ambil daddy dr workplace. Semalam plak daddy balik lmbt sbb ada tele-conference dgn head office dia @Italy. Bertolak dr BLNG dah pukul 625pm.....Huhu, kat sini 630 dah maghrib. Jadi semalam mmg kelam kabut sikit le nak prepared dinner. Nasib baik idea nak cepat tu kira ok je dtg...ting!ting!ting!! Atlast 3 jenis hidangan je to complete the gizi seimbang. Main menu ayam goreng kicap (uish, lama tak buat...sedap plak rasanya) + sayur kangkung goreng + kerabu ikan bilis.............
So N3 mommy harini just nak jot down menu kerabu ikan bills since jarang2 buatkan...Opps!!rasanya daddy top up nasi dia semalam (sedap le tu!)

Bahan2:
  • 2 cawan ikan bilis (basuh & toskan sekejap, kalau lama sangat terendam ikan bilis akan lemau bila goreng)
  • 1 biji bawang besar (mayang halus)
  • 3 biji cili api (hiris halus)
  • 2 batang serai (hiris nipis)
  • 2 biji tomato muda (hiris nipis)
  • 1 biji limau nipis (ambil jus)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Minyak untuk menggoreng
Caranya:
  1. Mula2 goreng ikan bilis sehingga garing & toskan minyaknya.
  2. Dalam bekas/mangkuk besar, masukkan semua bahan hiris.
  3. Campurkan ikan bilis goreng tadi. Gaul sebati.
  4. Tambahkan sos ikan & jus limau.
  5. Gaul sebati & perapkan selama 5 minit sebelum dihidangkan.
*Ada juga org tumbuk dulu ikan bilis tu sebelum gaul dgn bahan-bahan lain. Mommy suka macam tu je sebab lagi garing.

Monday, 2 April 2012

1st term school holiday 2012 - part 2 (OGDC, Seria)

Last school holiday we did go to OGDC , Brunei. It is one and only Science Centre, located at Seria, Brunei Darussalam... From our house (Telisai, Tutong) it's only take about 45 minutes journey. OGDC stands for Oil & Gas Discovery Centre. The centre actually built up with  the collaboration of pioneer O&G company in Brunei that is Brunei Shell Petroleum. It's actually try to help youngster to know & love science from early stage. The concept i could say same with our PETROSAINS @ KLCC, Malaysia. Of course in terms of capacity & facilities ours definitely far ahead from theirs but for local Bruneian i think this is the good start for them.

3A were really excited during the exploration & enjoyed their time there. But, unluckily we got to know about this place on the last day of school break. Arfa was most frustrated because could not take part in the traffic games as the weather during that time was cloudy (they cancel the schedule if the weather is not good). Just to get Arfa's mood again, mommy had promise him to let him join the creepy camp (it sounds like science based camping of course) on this coming 2nd school holiday in June 2012. For the traffic games insyaallah he will be on the track by end of April as per mommy promised him. They have the traffic games every weekend for the end month (2 times a month). Ok guys, u al can get details about this OGDC from their FB page here About OGDC . We did snap a few photos just for our own 'moments to remember'...........
Eyes inspection??? 
No...Ahdia sdg bercakap dgn K.Anis guna kabel tu. 
K.Anis ada kat tingkat atas platform.
Eiii...K.Anis tinggal kepala. Badan ghaib!!!
Arfa tgh cuba2 dgn lego mindstorm robotic..
Pilot to be (cita-cita Arfa nak jadi pilot-dihasut kuat oleh daddynya) test drive formula one made in Brunei.Haha!!!tgk side mirror tu, blh wat makeup.
One of the lego mindstorm robot model done by the pupil.
Frust!!!! under maintenance. 
Kalau tak mommy nak try, hehe...
Tornado!!!!Anis takut ingat boleh terbang.
Model of Brunei's platforms....


Touching the Plasma Tube
I'm setting in front of the 
'donkey pump' replica
The pictures below showing miniature of the buildings within Seria town. This area actually is the track for the traffic games. The participant should drive/cycle around the track & have to follow the road safety.
Haha!!! ironman need fuel..Anis open her mouth thought.

 Replica of clock tower @Kuala Belait town
Replica of Masjid Seria
Replica of Belait police station
Before we moved home....This picture describe everybody. Arfa was frustrated due to traffic games cancellation. Anis was sad & shocked because mommy shouted at her (jalan senonong tak tgk kiri kanan, mommy terjerit sbb ada kereta nearby). Ahdia was 'quite' because she felt in the grassy hole (bahaya betul - nampak mcm rumput gebu, rupa2nya lubang)....Pity them all. Mommy happy2 je...

Sunday, 1 April 2012

PAU BAGUS....


Seperti mana namanya PAU BAGUS, begitule jugak mommy rasa tentang resepi ni. Memang BAGUS!!!!!Dalam banyak2 resepi buat pau gebu ke, lembut ke mommy rasa yg resepi Noor Masni ni paling senang dari segi bahan2 & caranya. Suka tak terkata harini sbb pau yg mommy buat WALLA!!! memang lembut & sedap. Minggu lepas mommy ada buat pau gebu guna resepi dr kongsi resepi. Resepi tu guna tepung gandum biasa & bahan2nya senang jugak. Tapi resultnya tak begitu membanggakan sebab bila sejuk kulitnya jadi keras. Daddy pun komplen nape keras...Huhu!! sedih sgt.
Itu yg mommy nekad harini nak try buat sekali lagi guna resepi yg lain. After mitak tlg cik google carikan mommy the best recipe....i found this recipe. For me the best. Pasni mmg nak stick dgn resepi ni jugak cuma intinya aje ubah2. Yang paling bangga sekali bila mitak daddy try, bila ngap je dia senyum pastu mommy tanya lembut sgt kan mcm pau yg jual @restoren Chinese Muslim? Dia reply....eh, tg la sejuk tgk lembut tak. Hehe!!! bila dah sejuk pun, bila check still lembut mcm lps kukus gak. Yeay, berjaya!!!!Kalau tak caya, boleh try resepi ni. Really recommended.

SUMBER: NOOR MASNI
Bahan2:
Bahan (A)

  • 250g tepung pau (mommy guna tepung hong kong)
  • 20g gula caster
  • 11g yis kering (ini yg paling best sbb xde pembaziran lg pasni-mommy guna yis yg setiap peket 11g, kalau resepi lain mesti ada balance....alih2 pas 2 hari kena buang)
  • 125g air (tak perlu guna semua, ikut kesesuaian tepung agar xlembik sgt)

Bahan (B)

  • 250g tepung pau (mommy guna tepung hong kong)
  • 100g gula caster
  • 15g Double Action baking powder 
  • 5 g garam
  • 30g shortening
  • 125g air (tak perlu guna semua, ikut kesesuaian tepung agar xlembik sgt)
  • Inti - ikut citarasa -> secukupnya (mommy guna inti sekaya, kelapa & nutella)



Walau size tak sama besar tapi dah puas hati le sebab rasa sedap.

Cara membuat:


  1. Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.
  2. Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.
  3. Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.
  4. Perap 30 minit. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g. 
  5. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit.Bahagian bawah tu letakkan baking paper ye (gunting dalam size 2" X 2" samada segiempat/bulat).
  6. Kukus selama 7 -10 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau. Enak dimakan panas2. 
*Pastikan air dalam periuk kukus sudah mendidih baru letak pau & gunakan api sederhana besar semasa proses mengukus. Jika api terlalu besar pau akan merekah.



Friday, 30 March 2012

1st term School Holiday 2012 -part 1

Burrpp!!!dah kenyang mommy makan nasi dgn masak lemak terung budu & sotong goreng. Alhamdulilah, kenyang.....Daripada tido di petang hari (x elok kan tido ptg2) lebih baik mommy jot down pasal cuti baru2 ni.
As per plan, alhamdulilah semua smooth mengikut schedule cuma reading story book in mandarin oleh Arfa je kena skip sbb Ms Peng baru nak cari buku yg sesuai utk Arfa. Later she will carry on during tuition class. Anis & Ahdia alhamdulilah followed the schedule.
Seperti dijanjikan (pantang janji dgn dorg ni, mesti dituntut habis2an) activity wajib masa cuti tu of course 'splash time'.......kalau ikut dorg ni hari2, pagi petang pun nak g swimming. Huhu!!!rules are rules.....after settle their homework's baru kami pergi sport complex @Tutong. 1st day pergi hari Jumaat( 16/3/2012) sbb Khamis mlm tu semua dah buat homework's siap2 (kecuali K.Anis sbb dia kena buat project so mommy KIV dulu).
Gambar2 mommy snap on the1st day splash time. Masa ni muka putih2 lagi......tg hari last ye.


Ni sport complex Tutong. Kecik je tempatnya maklumle rakyat tak ramai, lagipun Tutong ni kira district.

Lagi view dpn aquatic centre
.
Sejukkan diri dulu b4 terjun pool.

Seronot sgt le tu especially Ahdia.

 Sengih punye le lebar.



1st day ni xde org @toddler pool kecuali 3 ketul huruf A ni.


Mula2 Arfa tinggalkan kolam kecik, masuk kolam yg dalam...Pastu xlama tinggal Ahdia sorang2 kat kolam kecik tu. Anis mmg berani sikit swimming ni walau x join intensif class masa @Pusat Akuatik Shah Alam dulu. 

Arfa dikepung oleh 3 ekor dolphins. Mommy shot dr jauh.

Okey, abis hari pertama.....kedian hari Selasa (20/3/2012) pergi lagi. Isnin x pergi sbb g dental check.
3rd time hari Jumaat (23/3/2012) plak pergi. Last day pergi hari Sabtu (24/3/2012) dgn daddy sekali.
Kat bawah ni mommy post lagi gambar2 last day sebab nak bg nampak perubahan ketara 3A jadi 3 org budak hitam. Dengan mommy & daddy skali jadi budak hitam....So, haritu ada 5 org budak hitam. Hahaha!!!Arfa balik sekolah 1st day tu terus bgt kwn2 ckp dia hitam. Masa mandi petang tu bukan main sental lg dia dgn body shampoo kat muka. Pastu tanya "mommy, Affan dah nampak putih skit tak?".....Haha!!!risau tu jatuh saham kalau hitam.

Berkilat dah lengan, tapi ada dorg kisah .
Anis sampai menggelupas bibir. Silap mommy gak lupa nak pakaikan sun protection/sun block lotion.

Budak hitam no 3 merajuk sbb org tinggalkan dia sorang2 kat pool toddler. Mommy le layan dia. Oppss!!lupa nak bgt hari last dgn mommy skali terjun pool. Hehe!!!lps gian lama xmsk pool, lgpun org xramai. Nak bgt rahsia, mommy swam kat toddler pool je ye, yg adult punye aku takut lemas. Huhu!!


Mommy jadi mermaid. Si Ahdia ni asyik bertenggek je atas blkg mermaid tu. Huhu!!

Terjun lagi!!!!ni last jump dah ni b4 bilas nak blk.

Tunggu til next school break plak le nak dtg pun ye. Kasi bersalin kulit baru dulu, baru blh hitamkan semula.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...