بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 17 March 2012

HOMEMADE BURGER

Masak favorite anak2 lagi. Huhu!!!kalau bt kuih muih tradisional ni kurang laju skit bebudak ni. Last2 mommy je pulun sorang2 (kalau yg versi pedas2 daddy jalan le jugak). Kalau buat makanan favourite dorg, smp xsempat kita merasa dah licin. Dah lama mommy belajar teori buat homemade burger ni tapi xpernah2 buat smp le harini. Ini kes, tergeli tekak lps tgk rancangan 'Agen Halal' @ TV Alhijrah....yelah semua org tau kan daging burger yg ready made jual tu bukan guna 100%daging tapi banyak campuran2 lain. Bila prof tu explain yg benda2 lain dicampur utk 'bond' daging2 tu rasa eei!!geli. Baik buat sendiri je. Itulah pencetus idea nak buat homemade burger ni. Alhamdulilah walau takde la perfect mcm yg org jual tu but puas hati sgt2 sbb senang,bersih, selamat&lagi sedap dr yg ready made (heheh!!!perasan le tu). So, lps ni rasanya xyah beli yg readymade lagi sbb dah 'deal' dgn Zafran. Dia cakap sedappppp mommy buat, pastu mommy tanya lps ni kita xyah beli la, biar mommy buat je. Dia reply 'BOLEHHHH'......

Ni daging burger yg dah dibekukan. Mommy alas atas plastik supaya xmelekat.

Ni masa mengoreng. Guna marjerin tapi nampak banyak je kan minyaknya....Pasni bila grill mommy order dr 'George Foremen' sampai kita blh kurangkan minyak. Grill aje, lagi healthy.

Heheh!!!alahai cutenye la. Tak pandai lagi nak agak sizenya. Roti punye le besor, dagingnya ciput je. Next time buat, kita buat besor2 gedabak plak. Suka ati la kan sbb sendiri buat, sendiri makan.

Bahan2:

Bahan A
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar (kisar/dadu)
  • 2 biji bawang putih (kisar/dadu)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar lada sulah/serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Optional
  • daun sup & daun bawang (mommy xletak sbb 3A xsuka sayur)
  • * cendawan cincang
Bahan B
  • Roti burger
  • Timun/tomato/salad
  • Mayonis/sos
  • Keju/margerin
Cara:
  1. Bersihkan daging & tos airnya.
  2. Masukkan dalam bekas besar & campurkan semua bahan A.
  3. Gaul sebati.
  4. Kepal2 daging menjadi bebola kemudian leperkan.
  5. Boleh terus digoreng/bekukan dahulu dalam peti sejuk supaya bentuknya kekal.
  6. Boleh digoreng dengan sedikit margerin/grill. 
  7. Semasa menghidang, belah roti burger&sapukan dengan margerin.
  8. Panaskan sekejap bahagian dalam roti burger supaya lebih ranggup.
  9. Kemudian alaskan roti dengan daging burger,sayur-sayuran, keju & sos.
  10. Siap

Friday, 16 March 2012

Kerepek Horlick....Ho!Ho!Ho!!!!



Besides keep them busy with their chores, of course kena make sure stock makanan sepanjang cuti sekolah ni sentiasa available. Huhu!!!di samping fikir aktiviti utk 3A ni sepanjang 10hari cuti ni, mommy jugak kena fikir nak masak apa utk dorg especially snack/kudapan. Kalau xde keje, nengok TV je petang2 mesti mulut tu pun kena berisi baru le senang kerja mommy. Kalau tak, jap2 dorg tanya mommy nak masak apa....berulang2.......Adoi, ini le yg tension sbb oven rosak. Kalau tak boleh je buat cupcakes ke, buat muffin ke paling2 pun bt lasagna. Ini menu kena tukar kepada goreng & kukus sahaja. 
Aritu masa blogwalking ke blog 3A . Dapat le idea nak buat kerepek horlick ni dari kulit popiah yg balance dulu2 buat popiah. Bagus jugak idea ni atleast xde le terbuang akhirnya kulit popiah yg lebih tu kan. Yang paling penting cepat,senang & sedap resepi ni. Kita jugak boleh variasikan bentuk&rasanya. Mommy buat ni perasa horlick. Lepas ni ingat nak buat yang plain dgn gula aje & yang versi pedas jugak. Eiiii, seronoknye.


Bahan2:
  • Kulit popiah - mommy guna separuh dr bungkusan
  • 3-5 sudu besar horlick
  • 3 sudu besar gula icing
  • 1 sudu besar tepung gandum (dicampurkan dengan air utk dijadikan gam)
  • 1/2 cawan air
  • Gunting
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
  1. Mula2 pisahkan sehelai demi sehelai kulit popiah.
  2. Ambil sekeping kemudian gulung memanjang. Pada bahagian hujung sapukan gam (campuran tepung tadi ye bukan gam betul).
  3. Ulang sehingga habis kulit popiah.
  4. Apabila siap menggulung, ambil segulung kulit popiah tadi & gunting melintang (boleh refer gambar mommy d bawah).
  5. Ulang langkah no 4 sehingga habis.
  6. Panaskan minyak & goreng kulit popiah tadi sehingga garing.
  7. Toskan minyak.
  8. Masukkan dalam bekas besar & gaulkan bersama2 horlick & gula icing.
  9. Siap untuk dingap. Kruk krap......2x.

Rupanya sebelum digoreng 
Rupanya selepas digoreng & digaul horlick






HOW TO KEEP KIDS BUSY DURING SCHOOL HOLIDAY


HORAYYY!!!! SCHOOL HOLIDAY JUST STARTED.
(i think the phrase most like to the kids but not to the mommy)

Since last week i keep thinking what should i do to make the kids busy &not bored during this 10days school holiday.

Due to his duty &responsibility definitely daddy will be not taking leave during this 10days school break. As the result, 3A will be 24hours in the house. Huhu!!! i have to do list what they should do, btw any ideas viewer out there???????

So, this entry by right will be the the project for me to handle & monitoring schedule for daddy to authorize. Well, let see if my project will be success after 10days from this date. Insyaallah, 'usaha' have to be carry out not only by me but 3A of course.

Let us start with the listing.......

ACTIVITIES TO DO BY 3A:
  1. Finish up all the homework given by the teacher. (mommy target to complete within 3days)
  2. Meet up dentist @Telisai Clinic for dental check up. (have to do it by Tuesday, otherwise have to proceed @Pekan, Tutong)
  3. Bring them to sport centre & enjoy a splash time. (mommy try to arrange morning session on Monday,Wednesday &Friday)
  4. Proceed with their nite activities ;Mandarin tuition for Arfa on Monday &Wednesday. Mengaji on Thursday &Saturday.
  5. Reading Time ; * Arfa to read &understand 1 chinese story book & 1 english book. Ms Pheng to check on the chinese book & daddy to question him about english book. *Anis to read fluently 1 english storybook & 1 buku cerita dalam BM.        *Ahdia to read alphabet A-Z & numbering 1-10.
  6. Writing;*Arfa to write short story in chinese based on the pictures given ( supervise by Ms Pheng) *Arfa to write short story in English based on the pictures given (mommy to supervise)*Anis to write words based on the pictures given (mommy to supervise)*Ahdia to write alphabet A-Z & number 1-10 (mommy to supervise)
  7. Recreation & sport every evening starting 5-6pm ( involving mommy)
  8. Outing during weekends within Brunei (maybe to have lunch outside)
  9. Catch up with 'Pesta Santai' @Pantai Muara on 23rd-25th march 2012.
  10. Last but not least 'Watching TV'..........huhu!!!have no choice. Must let them enjoy the cartoon while I'm in the kitchen.

Remarks: No truly holiday my dear kids. Wait till daddy can have his annual leave by end of this year. Btw i think no 5 & no 6 can only be carry out successfully before the swimming session (kira umpan la swimming ni). Means, dah settle no 5 & no 6 1st then baru blh pergi swimming. ....BRILLIANT idea mommy!!!! Huhu, dah tau kalau xde umpan for sure liat je nak obey the orders especially Anis.



Thursday, 15 March 2012

Grilled Squid with Green sauce (Sotong Bakar Ala Thai dgn Sos Hijau)

Additional of grilled prawn.....

Love at the 1st sight....How much me&daddy love 'sotong bakar'. That's why I fall in love when saw Tes grilled squid. With the nice photo i guess make me adore her recipe very much. I normally grilled the squids & dipped it with 'air asam'. Daddy really love it (beside kari ikan of course) & that's make me keen to prepare the menu again & again. Tq Tes for this simply lovely recipe. I will keep it as one of our favorite menu. So, u gal!!! no harm to try. SIMPLY DELICIOUS

Craving for the sauce!!!!!

I love the black parts. HANGUSS!!!


Source: Tes 


Ingredients: (8-10 servings)

For Squid 
1 kg squid- cut into long strips 
1/2 cup soy sauce 
2 tbsp minced ginger 
Bamboo skewers soaked in water 


For Sauce

3-4 fresh green chili- pound into rough paste or finely minced 
6 cloves garlic- finely minced 
1/2 cup sugar 
1/2 cup vinegar 
1/4 cup water 
1 lime- juiced 
2 tsp salt 
2 tbsp fish sauce 
A handful coriander- finely chopped 


Preparation: 
1. Skewer squid in bamboo skewers, leaving some space for handling. 
2. Marinate the squid in soy sauce and ginger for half hour. 
3. While the squid is marinating, make the sauce. Bring sugar, vinegar, water, and salt to boil. When all sugar is dissolve, remove from the heat. 
4. Let the savory syrup cool down, and then add green chili, garlic, lime juice, fish sauce and coriander. Stir well and keep aside. 
5. Back to the squid. Set the charcoal grill on medium-high heat. 
6. Grill the squids about 2 minutes each side or until the squid slightly charred on the outside and cooked through. 
7.Serve hot with green sauce. 


Postmortem:
I can say really burst ur appetite. The sauce also bring me back to my old time when my eldest sister (klong) used to prepare this 'cili cuka' for our 'keropok ikan' dipping. The different i guess only the color & the way they prepared it. My klong just pour vinegar to the pounded cili merah+garlic, beside adding a lots of sugar, while Tes cooked the sauce + added some fish sauce. The taste i could say plus minus.........i simply love it!!!

Tuesday, 13 March 2012

An Evening @Kg Danau, Brunei Darussalam

Lama rasanya tak jot down N3 pasal kami2 je. Boring gak asyik masuk N3 masak je kan. Banyak sebenarnya citer nak jot down pasal 4A+R tapi banyak plak excuses yg ada. Daddy x suka sgt mommy expose citer pasal kami2 kat online baik FB maupun blog but for me it's a moment u should keep rewind in ur mind (fresh for ever). Kalau just ambil gambar & keep it dlm iPhoto pun x best gak sbb xde stories behind the scenes. Kadang2 kita sendiri pun lupa bila ambil gambar tu & apa peristiwa yg berlaku masa tu.
Ok la, mommy nak upload gambar2 yg mommy rasa kami x akan dapat semula bila blk ke Malaysia nanti. Walau bagi sesetengah org, gambar ni@ceritanya biasa aja but for US especially for me it's very special. Priceless i could say!!!


Aktiviti yg selalu Arfa & mommy buat waktu petang, main badminton. Tq to Arfa sbb selalu ajak mommy tanpa berputus asa. Ayat dia " mommy, jomla main badminton. Cakap nak kurus, mommy tu dah gemuk".......huhu!!!ayat bisa & pedih. Layanzzz pro main badminton.
Ironman tengah standby nak smash



Ni plak, Ironman tunggu nak terbang.


Ini bahagian hadapan rumah kami, tempat selalu kami main badminton. Privacy sbb tu mommy pulun main, kalau @Msia dulu nak keluar rumah pun segan. Keluar je terus nampak pintu rumah jiran, huhu!! Bestkan kalau balik nanti blh buat rumah besor privacy mcm ni (ehem!!!daddy keje kuat2 ye). 



Kalau xsempat main badminton, 3A ni main polis sentri adegan kejar mengejar. 
Selalu yg jadi polis Ahdia kot sbb dia yg selalu last kat belakang.Heheh!!polis kan 
dok belakang kejar org.



Dah penat adegan kejar mengejar, turun ke pantai plak.


Favorite diorg kalau xdapat mandi laut. Melukis atas pasir. 
Ni Ahdia wat muka mommy jadi queen ;)




Dah senja ni, nampak tak nun di sana...... itula workplace daddy. Kapal tgh load minyak @port LNG. Daddy kalau nampak flame besor dari top tu mmg gabra semacam le, bukan takut terbakor apa, tapi sure kena oncall le tu. Tempat tu sebenarnya jauh jugak dari rumah kami (kalau drive dlm 15min), tapi dalam gambar nampak mcm dkt je.


Hah!!!yg ni paling best. Aktiviti menarik bubuk (udang geragau). Nampak tak org tengah pegang jala tu. Itu bukan jala biasa2 tapi panjang bermeter2. Dorg ikat kat batang kayu setiap hujung, pastu sorang tarik dari atas pantai (bini2=perempuan) & seorang lagi tarik dari dalam laut (laki2=suami).......Kadang2 tu mmg jauh le dor jalan masuk dalam laut, ada dalam 200m kot. Tapi air mmg cetek la, time laut pasang xde la yg buat keje ala2 nak cari nahas ni. Kadang2 tu dapat jugak ikan2, udang, ketam etc.



Dalam picture ni mmg satu keluarga tengah berkerjasama tarik jala. Kira aktiviti masa lapang sekeluarga la jugak ni.


Sambung posing.....Main pun bertiga, gaduh pun bertiga.


Tinggal kenangan batang kayu ni. mmg tempat kami duduk2 rehat petang2 
tapi skrg dah xde. Dihanyutkan air ombak dah. Masa bln december lepas 
(masa kami blk ke Malaysia), tkg kebun bgt ombak besar sgt sampaikan 
naik ke atas tebing. Uish!!!cuak gak kan kalau tgk tu.


Alahai adik Ya sayang. Abg & kakak mmg sayang sgt2 kat Ya. 
Tapi time gaduh, sayang ke mana gak.


Writing on sand again!!!!



Alahai sampai terpejam2 mata nak tunjuk bucket kenit dia.


Ayoo!!!nampak b#%t*t



Model ronggak!!! mcm citer baywatch. opps!!nauzubillah. Jangan le jadi seksi ye kak bila besar.




Ultimate goal!!!mandi laut.......syiok!



Gaya bebas......tidur.






Seronot kan layan budak2 main air.....hehe!!!hari dah pun senja, kami masuk rumah dulu ye. Nanti2 senang & rajin mommy upload gambor 4A+R lagi.

Monday, 12 March 2012

Fried ice cream/ Aiskrim goreng

Projek ptg Sabtu ni special skit sbb pencetus idea&resepinya disumbang oleh 3A ; Arfa,Anis&Ahdia...For info,3A especially kakak&adik mmg suka sgt2 tgk youtube pasal masak2 ni.Plg dorg suka tgk cake deco.Itu tak kira lagi baking/cooking games..Kadang2 tu mommy pelik plak kenapa la suka bebenar tgk.Kalau weekend, bangun je tidur trus bukak ipad&iphone mommy tgk youtube for cake deco.Ralit pulak tu, sampaikan kadang2 tu hafal dah step org yg masak tu.Yg video bt aiskrim goreng ni pun dah lama dorg tgk....Dok tertiarap 3 beradik ni dengan khusyuknya, pastu mommy tanya la org tu masak apa...Skali tgk resepi aiskrim goreng,hehe!!!mommy xminat sgt sebenarnya aiskrim goreng ni (sedap lagi makan je dgn roti) tapi bila tgk mamat tu buat macam senang je. Bila mommy dok asyik tgk tu ,yg 3 org ni apa lagi sibuk la suruh mommy buat.So, bila bahan2 semua dah complete, tarra version 3A sudah menjadi. Ada 2 resepi yg mommy buat ni, satu guna resepi dalam FB Jom Masak & satu lagi guna resepi dalam Youtube. Beza antara dua resepi ni ialah satu guna roti & satu lagi guna cornflakes.

Tarra......aiskrim goreng 3A

Ada gak bocor2nya tu sbb tak sempat bekukan. 3A x sabar2 nak ngap.

Ini rupa sebelum goreng. Banyak sangat isi aiskrimnya, sampai terkeluar2 isinya.




Version 1 (roti)
(Sumber : FB Jom Masak)

Bahan2:
  • Roti slice (apa2 brand cuma kalau blh biar yg jenis liat skit mcm gardenia tu)
  • Aiskrim (apa2 perisa terpulang taste masing2)
  • Mug/cawan (utk tekan buat bentuk bulat)
  • Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
  1. Ambil sekeping roti & sudukan/scoop aiskrim di tengah2nya.
  2. Ambil sekeping lagi roti & Letak di bahagian atas/lapik.
  3. Ambil mug/cawan @apa la yg korang rasa blh guna, tekan di tengah2 roti tadi.
  4. Tekan kuat2 & potong keliling roti yg berlebihan (bahagian luar mug).
  5. Keluarkan dengan hati2 bahagian bulat yg terbentuk di dalam mug.
  6. Ulang 1-5 sehingga roti habis/mengikut bilangan yg anda kehendaki.
  7. Simpan sekurang2nya 1 jam/lebih elok semalaman roti tadi di bahagian sejuk beku.
  8. Bila hendak digoreng, pastikan keadaan roti keras (kalau roti masih lembik, aiskrimnya juga masih lembik).
  9. Apabila minyak panas, gorengkan sekejap sahaja. Memadai sehingga roti bertukar warna/garing.
  10. Toskan minyak & sedia dimakan.


Ini plak rupe version 2. Cornflakes fried ice cream. Bocor gak weh!!!


Sebelum digoreng. 



Version 2 (cornflakes)
(Sumber: Hairul)

Bahan2:
  • 2 cawan cornflakes (kisar halus)
  • Aiskrim (apa2 perisa terpulang taste masing2)
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
  1. Kisar halus cornflakes, simpan dulu dalam bekas kedap udara.
  2. Sudukan/scoop aiskrim dan susun dalam bekas.
  3. Kemudian sejuk bekukan selama 1 jam/lebih (kalau masih lembik bekukan sehingga betul2 keras).
  4. Apabila aiskrim sudah beku, celupkan ke dalam telur & terus golek2kan di atas cornflakes sehingga rata. Pastikan seluruh aiskrim bersalut dengan cornflakes supaya bila menggoreng tiada aiskrim yg meleleh keluar.
  5. Apabila selesai semuanya, sekali lagi sejuk bekukan aiskrim bersalut cornflakes tadi ke dalam peti sejuk seelok-eloknya semalaman (kalau xsabar sgt, tunggu la sekurang2nya 1 jam).
  6. Sebaik sahaja dikeluarkan dari peti sejuk, terus goreng dalam minyak yg panas sehingga garing (kira2 5 minit).
  7. Toskan minyak & sedia dimakan (jgn biar terlalu lama sebab nanti aiskrim boleh cair).
  8. Selamat mencuba ye.


Sunday, 11 March 2012

PUDING ROTI BATIK

Entry tertunda....

Tak ingat dah bila buat puding ni sbb dah lama. Gambar ni dulu ada problem nak edit so terperap smp la daddy godek2 dapatkan semula. Puding roti ni antara dessert yg mommy selalu buat. Resepi ni mommy ambil dr blog hana since 2010. 1st time buat masa ada potluck @sekolah pada tahun 2010. Alhamdulilah menjadi & sedap tapi marblenya tak berapa cantik. Tak kisah la janji tastenya sedap.

Hana namakan pudingnya puding roti marble tapi mommy tukar skit la namanya sbb marblenya xberapa cantik, dah jadi mcm corak abstract, heheh!!! so kita panggil dia 'Puding Roti Batik'
Sumber: Hanamemories 

Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Tuesday, 6 March 2012

KUIH KASWI



Teringin nak try buat kuih kaswi ni sebab kata org senang & cepat. Pastu yg penting kuih tradisional. Kalau dulu @Msia, jiran kami 'ibu' selalu je buat kuih ni pass kat kami. Budak2 ni kira suka la jugak. Emmph!! kat sini ada la jugak nampak org jual, tapi xpernah beli. This time mommy nak try buat la since kelapa muda ada stok ni (since mommy suruh 'Saim' gardener kami petik buah2 kelapa yg muda, tiap2 minggu dia petik&pass kat mommy). Huhu!!! nak tak nak mmg kena buat kuih la kan. Kalau tak sayang buang je. Kuih kaswi ni kalau guna bekas lompang kecik2 tu namanya dah jadi kuih kosui kan? Seingat mommy kat Besut mmg org panggil kuih kosui. Tak kisah la kaswi @ kosui. Mommy buat yang version bekas lompang kecil.

Bahan-bahan 
500 gm tepung gandum 
400 gm gula melaka 
200 gm gula pasir 
125 gm tepung sagu 
1 sudu teh kapur diambil airnya sahaja 
1000 ml air 


Cara Menyediakan 
1. Masak gula pasir dan gula Melaka dengan sedikit air dari jumlah air yang diberikan. Masukkan sehelai dua daun pandan. Masak hingga gulanya pekat. 
2. Tapis dan sejukkan. 
3. Campurkan tepung sagu, tepung gandum, kapur dan air hingga rata. 
4. Masukkan air gula yang telah disejukkan dan kacau lagi. 
5. Tuangkan kedalam acuan-acuan kecil yang telah disapu minyak dan kukus hingga masak (anggaran 1-15 minit) Boleh juga kukus dalam loyang besar & ( kalau guna loyang kena kukus dalam anggaran 30minit) , bila sejuk just potong kecil2. 
6. Sebaik-baiknya kukusan hendaklah dibungkus dengan kain putih, supaya wapnya tidak menitis di atas kuih. 
7. Angkat dan sedia dihidangkan dengan kelapa kukus yang digaul sedikit garam. 


Wednesday, 29 February 2012

MENU ORG PANTANG LPS BERSALIN

Tu dia.......Mommy bukan berpantang ye tapi terpaksa makan menu org pantang bersalin sbb peyut dah buncit masuk angin gaya org bersalin. Wakakaka!!!suspen je daddy bila cakap perut mommy ni buncit semacam je mcm ada baby. Suka le dia kot kalau ada baby tapi yg sebenornya mak dara kembung perut.
Menu ni le mommy makan hampir setiap hari masa berpantang. Huhu!!!sebelum tau resepi ni, makan nasi tak lalu je time pantang. Maunya tak jemu, asyik2 nasi kosong dgn lada hitam tumbuk (tabur atas nasi).Pastu kalau tak ayam bakar, daging bakar@ikan selar bakar. Naik jemu rasanya. Bila tau variasi mcm resipi 'sambal tumbuk lada hitam' ni baru le berselera. Matching dgn ulam pucuk kari/pegaga etc....
Btw, bilis tumbuk ni ala2 umai le kot tapi rasa lain skit. Kalau dapat @org Borneo ni makan dgn ambuyat mesti matching. Resepi mmg senang, mommy suka buat sekali sekala utk ubah selera tambahan plak daddy suka juga. Tak sangka pak dara pun minat, mula2 buat dulu siap bgt dia yg ni lauk mommy je tau(bukan apa, nanti xmau dengar dia complaint "ni lauk apa ni?". Sekali dia try, ngam plak dgn selera dia. Heheh!!!sehati sejiwa gak la.

Bahan2:
  • Ikan bilis (anggaran 1 cawan)
  • Bawang merah besar - hiris nipis2
  • Lada hitam 
  • Limau nipis (ambil jus)
  • Sedikit gula kalau suka
Caranya:
  1. Mula2 tumbuk lada hitam sehingga lumat.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis & tumbuk lagi sehingga lumat (jgn terlampau lumat xsedap).
  3. Masukkan dalam mangkuk kemudian perah limau nipis. Guna sebelah pun cukup (apapun bergantung selera kalau suka masam).
  4. Akhir sekali masukkan bawang hiris & sedikit gula. Siap.

*Lepas makan ni, sure kempis perut sebab asyik terkentut je. Kik3x........

Monday, 27 February 2012

Kuih Bronok a.k.a Kuih sagu

Hari Sabtu lepas projek mommy buat kuih tradisional warna warni lagi. Weh, sapa x kenal kuih ni mmg hampeh la sbb seingat mommy masa kecik2 dulu pun mmg glamer kuih ni. Tapi itula yg sayangnya, generasi moden sekarang especially org2 bandar rasanya dah x kenal kuih ni kot. Yang bestnya Arfa suka makan kuih ni tapi dia panggil kuih jelly. Heheh!!! mungkin sebab rasanya yg lembik2 kenyal kot. Bila imbau kembali zaman kecik2 dulu banyak dah rasanya kuih muih tradisional yg hampir 'pupus'. Mungkin disebabkan tidak diturunkan ilmu kepada anak cucu @ mungkin jugak anak cucu yg moden skrg ni lebih suka&senang buat kuih/kek/biskut2 moden. Macam mommy sendiri mok mmg terer masak kuih muih tradisional ni sbb dia mmg berjual dulu2 tapi yang sayangnya tidak diturunkan ilmu itu kpd kitaorg secara total. Yelah, nak tg kami mitak baru mok share kan lagipun mentality mok dia mmg xnak anak2 cucu dia susah payah buat kuih muih ni (cakap dia, alah senang beli jelah...) emmph!!!itu la yg silapnya. Mok mmg berimpian anak2 dia semua jadi mem besor (nak makan order je, hehe hakikatnya anak2 dia mmg mem besor(body besor) tapi x suka arah org buat tapi sebaliknya kena arah utk bt kuih muih ni. ahaks!!!)
Eh, melalut mengumpat mok plak. Ampun mok!!! hehe berbalik cerita resepi mommy last saturday. Alahai, kuih paling senang alaf dulu,kini&selamanya.....TARRRA! kuih bronok a.k.a kuih sagu.



Sumber: mama kastam tioman @MyResepi 

Bahan-bahan ( Loyang 22 cm )
1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose (mommy guna sirap ros utk warna merah ni, pastu buat lagi adunan warna kuning utk perisa pisang & adunan ke-3 warna hijau utk perisa pandan)
Kasi variasi warna & rasa. Baru hidup ini meriah&ceria....



Cara-cara
1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
2. Masukkan sagu, kemudian kacau rata.
3. Masukkan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan ke dalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya.
5. Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa parut. 
6. Siap.

Saturday, 25 February 2012

Kek Pandan Kukus

Alahai.....boring betul la. Masa mula2 blk dr bercuti bln Januari lepas mmg mood MALAS melanda sehingga sebulan penuh (mcm bulan mengambang penuh le plak cukup sebulan). Masuk bulan Febuari baru merangkak2 nak bereksperimen apatah lagi mood hilang sbb xdpt bertemu mata lagi dgn toys yg br order dr UK (huhu!!! terlewat 2 hari je brg smp Msia, kami dah blk Brunei). Last2, bila semangat dah panas membara, alih2 oven plak xleh nak panas2. Huwaaaaa!!!!mmg haru btul la. Last 2 weeks mommy ada nak bt lasagna, bila heat up oven tiba2 'blackout' satu rumah. Cari2 punca rupanya oven. Pastu cakap dgn daddy suruh check, dia ckp try guna suis lain kot2 suis yg rosak. Peram la semangat lagi seminggu. Atlast, minggu lepas bila nak menggodek tepung bt kek pandan marble Mamasya, alih2 tgk oven xmenyala pun lampu. Check2 suis, MasyaAllah mujur tak cair suis. Bila daddy tgk confirm la oven dah rosak. Ini yg melemahkan semangat nak bereksperimen ni. Kalau daddy xbgt kat landlord suruh baiki, mommy nekad dah nak beli baru (beli yg biasa2 dah le murah2). Nanti nak blk Msia xde la berat sgt nak angkut (tak pun jual ke lelong2 @sini).
Harini mmg dah xleh tahan lagi la semangat nak buat kek, nak2 plak stok pes pandan xusik2 satu botol yg dah siap2 blend. Itu yg mencari alternatif utk buat kek pandan kukus ni. Harap2 sedap le rasanya. Resepi ni dapat hasil bantuan cik google. Singgah ke rumah jiran macho @Miri ni. Terer giler mamat ni, malu mak dara ni baru nak belajar. Kat entry dia pun dia bgt org yg mencuba resepi dia ni amatur yg baru nak kenal tepung & alat-alat memasak je. Memang kena la tu atas batang hidung mommy ni. Tak kisah le, yang penting boleh abiskan stok pes pandan yg banyak tu & 4A suka nak ngap.
Sapa2 yg rasa amatur gak tu blh la try gak. Btw mommy ada adjust sket2 sukatan asal. 



Sumber: ryo 
Bahan2 :
  • 325 g butter/margerin
  • 1 1/2 cawan gula pasir (next time buat kena kurangkan 1 cawan aje sbb manis sgt).
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 biji telur
  • 60 ml pes pandan
Caranya :
  1. Sediakan pengukus & didihkan air.
  2. Pukul butter bersama gula hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu.
  4. Masukkan tepung dan pes pandan.
  5. Pukul lagi hingga adunan sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam bekas 8"x8" yang sudah di griskan.
  7. Bila pengukus dah mendidih,kukus selama 1 jam @sehingga masak.

Wednesday, 22 February 2012

Projek Aiskrim

Hehehe!!! projek aiskrim Ahdia. Bila last week dia demam, tiba2 je Ahdia suggest kat mommy buat orange fizz macam OSO bt (citer cartoon @channel disney). Huhu!! siap dengan muka sedih demam tu dia cakap "mommy bt la mcm OSO tu nanti cepat la adik sihat".....Kalau u al nak tau dlm citer OSO tu dia buat ice cream dari squeeze orange home made pastu isi dalam bekas ice cube yg petak2 tu. Masa masih cair tu dia tegakkan toothpicks tgh2 (cucuk atas plastik). Haiiiiii dik, byk keje nak kena buat tu. Masa dia cakap tu mommy iyakan aja cakap dia tapi dalam hati tunggu la mommy beli bekas ready made cantik punya dik. Tak blh cakap awal2 sbb nanti merengek2 nak kita ikut cakap dia. So, last2 bila mommy beli bekas ni pastu pujuk2 baru dia agree. Heheh!! itu yg terhasilnya projek aiskrim ni. Bagus jugak bt aiskrim ni save duit mommy. Kalau tak hari2 balik sekolah mesti nak kena beli air kotak la, aiskrim la, calcium la..etc. Flavour tu plak variasikan baru menarik&dorg suka. Mommy beli tropical Minute Maid Pulpy Tropical mix & Sunkist Healthy Health Real orange pulp. Pastu buat jugak flavour milo & syrup Hershey's. Pulun le diaorang tu.

Balik sekolah trus ngap.

Si Kenit yg baru baik demam & sparing dia, Si Rongak.

Petang Arfa blk sek ugama makan lagi.

Suka bebenor kalau dpt makan aiskrim.


Sunday, 19 February 2012

Layan keledek goreng rangup


LAYAN GAMBAR JELAH!!!RESEPI BIASA2 JE. 
(Yang penting nak bagi rangup mesti ada air kapur&telur)

TOM YAM KUNG

Gambar ni dah lama dan lupa dah nak jot down resepi tomyam kung ni, sampai le semalam ulang masak tomyam ni baru teringat nak masuk dalam blog so that next time tak lupa lagi&takyah google cari resepi lagi. Mommy suka resepi ni sbb simple&rasanya mmg cukup. Kalau tak tambah susu tu jadi le tomyam biasa tapi bila masuk aje susu/santan trus tukar jadi 'kung'.

Sumber: Youtube (Indonesian Foods)

BAHAN2:
  • 5 biji bawang merah (shallots) - hiris/potong 4
  • 3 tangkai cili kering
  • 5 tangkai cili padi (bergantung tahap kepedasan masing2) - ketuk pecah/hiris
  • 4 batang serai - ketuk pecah/hiris
  • 5 hirisan lengkuas 
  • 4 keping daun limau purut -hiris 
  • Cendawan butang - hiris nipis
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 10 ekor udang kertas/harimau (bersaiz besar)
  • 2 sudu besar stok ayam
  • 2 sudu besar perencah hot&sour tomyam paste
  • 2 sudu besar kicap ikan/sotong
  • 4 sudu besar jus limau
  • 8-10 sudu besar susu cair/santan
  • Air
CARANYA:
  1. Masukkan air ke dalam periuk & tambahkan stok ayam. Jerang air rebusan.
  2. Masukkan juga lengkuas, bawang, serai, cili kering & cili padi. Tunggu hingga mendidih.
  3. Apabila mendidih, masukkan paste tomyam & daun limau purut. 
  4. Kemudian, masukkan cendawan butang & udang. Kacau rata.
  5. Tambahkan kicap ikan. Tunggu sehingga mendidih, kemudian padamkan api.
  6. Tambahkan jus limau & susu cair/santan. 
  7. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kacau & sedia dihidangkan. 


Wednesday, 15 February 2012

Kensom (Ikan Merah)


Resepi kampung yg memang terangkat. Cukup lengkap, masam masin pedas!!!! Kalau makan ni dengan nasi panas pastu ulam-ulaman. Pehh!!memang confirm tambah 2 pinggan. Menu kami semalam. Sempoiii.......

Sumber: Mingguan Wanita Sajian Selera Januari 2007 
(mommy adjust sukatan je utk suite dgn bilangan kami)

Bahan2:
  • 3 keping ikan merah yg bersize besar (kalau suka ikan talapia lagi terangkat-kami tak suka)
  • 3 batang serai* (kalau nak ketuk je pun ok, so xde le serat berserabut sangat dlm kuah)
  • 4 hiris lengkuas*
  • 2 hiris halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 8 biji cili api (bergantung tahap kepedasan masing2)*
  • 2 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 8 biji bawang merah*
  • Sedikit belacan*
  • 3 cawan air
  • Jus asam jawa/2 keping asam keping
  • Gula & garam secukup rasa
  • Nanas/kangkung (mommy tak letak sebab dah jemu dgn nanas/kangkung)
*Lebih ngam bt kensom ni + kangkung goreng belacan.Hehe!!! idea je.

Cara Membuat:
  1. Bahan * dikisar halus.
  2. Masukkan air ke dalam periuk & masukkan bahan kisar.
  3. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan & biarkan sehingga masak.
  5. Kemudian masukkan nanas/kangkung.
  6. Akhir sekali masukkan jus asam jawa/asam keping & perisakan dengan garam serta gula.
  7. Siap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...