بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 14 January 2015

SELF DRIVE CAMPERVAN - MELBOURNE (1st day - Mornington Bay)

Assalamualaikum & salam sayang.
Harini mommy nak start la citer cuti2 hujung tahun kami (kan peram lama2 bukan saja basi tapi dah berkulat terus pupus citer tu semua).

At 1st mommy ingat nak jotdown skit2 je & share a few gambar tapi atas permintaan ramai kawan2 fb yg nak details maka mommy cuba sedaya upaya (ingat2 lupa gak ni) bg apa yg mereka request. Kalau yg nak lebih details kena PM/email la kot.


Sebelum tu mommy highlight sikit….percutian kami ni ala2 'nomad' sbb kami bukan stay hotel berbintang2 @ shopping sana sini @ dressing vogue2 ala2 english family. Kami pilih Aussie pun sbb ia unik, semua yg u nak ada kat sana. If berjalan dgn anak2 kecil ni of course taste dorg tak sama dgn taste kita org dewasa. So mommy rasa Aussie mampu berikan kepuasan utk semua pihak. Klau ikutkan daddy & mommy mmg nak pergi outback je sbb view kat Aussie ni mmg superb!!!!! Subhanaallah dan2 tu gak rasa cam nak pindah Aussie. Dalam hati mau je tanya daddy "blh dak kita pindah GE Aussie, 2,3 tahun dah le pastu pindah Brunei balik?"….hahaha soklan mmg nak kena lempang la kot klu tanya. Pepepun 13 hari yg kami spend kat sana sangat2 bernilai & memberikan kenangan manis utk kami simpan. Kalau la dapat spend 30days solid aritu mau kopak pitis daddy tapi berbaloi2 la kot blh cover satu country. Hoooi berangan lagi (hempuk kepala sendiri).

Ok citer Aussie….bermula dari penangan tiket murah AA X (terpandang masa nak beli tiket ke Korea last year lagi). Daddy setuju beli & mitak mommy study itinerary. End upnya setahun gak le (curik2 masa jadi tourist guide). Semua urusan beli tiket, booking campervan & camp site semua daddy buat (yelah dah dia sponsor) tapi mommy fokus kpd spot2 yg kena cover within 13 hari tu. Tiket murah time pegi je dapat, tunggu hampir setahun tiket balik Malaysia takdak jugak yg murah so tong2x kira ok la utk proceed. 

Member tanya berapa budget kami 5 kepala. So mommy terus la highlight kat sini sbb dorg ni dah plan nak g tahun ni (tak sabar dah tu semua nak g), u al allocate la dalam 20-30K (plus minus ye tak termasuk makan, shopping & tiket theme parks). 
Ok, abis mukaddimah (what !!!baru intro ko?)


Heheh….kat bawah ni ringkasan itinerary kami hari pertama bermula dari sampai airport.



Original itinerary tu, dari airport terus nak g Puffing Billy pastu proceed ke Philips Island tapi sbb kami spend byk masa kat office rental camper van tu maka terpaksa tukar plan. Puffing Billy last train pukul 3pm so kena alert ye sapa2 yg nak g sana. Kat mana2 tempat yg ada attraction pun u al kena alert sbb operation hour dorg kat sana til 5pm je, mlm mmg xde life jugak org Aussie ni. Sama cam Brunei mlm sunyi sepi kecuali weekend di bandaraya. They practice quality time utk spend dgn family. Mommy suker.




1st day….we arrive Tullamarine airport @920am (local time, kena tambah 3 jam sbb sana awal 3 jam dari Msia/Brunei)...take cab to camper van rental office. After briefing (jenuh buang masa banyak kat sini), we start our journey with our mobile home aka campervan. Big bos bengang je dgn mommy sbb tertinggal driving license so xleh nak backup dia drive (huhu!!! mommy pun frust jugak sbb xleh try bawak camper van sendiri). 


Drop by west life (shopping complex) to buy groceries (directed by the staff via GPS). Then towards Mornington Peninsula. 




Pemandangan kat area Mornington ni lebih kepada hijau bukit & pantai yg putih bersih. Kat sini banyak vineyard & ladang. 



Take some photos @bathing boxes. We proceed to Philips Island & camp @biG4. 

Mula tu ingat nak g tgk Penguin waktu senja di Philips Island Penguin Parade tapi bila dah masuk campsite malas la plak nak keluar semula. Apatah lagi masing2 excited sbb 1st nite nak tidur dlm ' bungalow bergerak' kami. So, rest je malam tu.




Had our 1st nite as a nomad family in our campervan. What a tired nite.

Pasal campsite plak nanti mommy akan buat satu n3 khas pasal BIG 4 Caravan Park ni ye. Ramai kawan yg excited ni, harap blh tunggu n3 tu.

p/s: Fyi, mommy bawak byk can food & maggi sbb nak masak sendiri. Dalam campervan ni semua complete ada dapur, sink, toilet & shower. Tempat tidur pun ada master bed, queen bed & single bed. Nanti next N3 mommy tunjuk gambar dalam camper van.  

Monday, 12 January 2015

Ahdia's 7th Birthday


Assalamualaikum & salam sayang.


Balik Malaysia December lepas kami berpeluang celebrated birthday Ahdia yg ke 7. Baru masuk 7 tahun tapi sekolah dah darjah dua, heheh penangan lahir ujung2 tahun.

Kebetulan birthday sepupunya, Sofia dekat2 tarikh so kami ajak la join sekali.

Jemputan hanya kami adik beradik yg ada kat klang valley je + x-neighbour yg dah mcm family.


Memandangkan kami dah xde rumah @Msia so terpaksa la numpang KFC (mula planned nak buat kat taman tapi musim hujan ni maka xberani tanggung risiko). Sib baik budi bicara staff KFC Kota Damansara terima booking tempat yg mommy mitak (b4 that try tanya KFC subang2 tapi kedekut tak bagi booking2).

Kek plak (harus le mommy tak buat) mommy ordered dgn baker tetap cum member USM (dulu engineer skrg ni dah fulltimer baker). 

Tema ? of course leeeee FROZEN. Mintak member buat simple je tapi nak patung sebab patung tu blh buat main (kat Miri kami dah beli set patung frozen utk buat kek ni tapi jadi patung mainan jelah).

Sampai KFC baru sendiri letak patung Frozen tu sbb member takut tercabut time bawak dlm keta.

Sebenarnya sebelum majlis ni Ahdia demam teruk (hari birthday dia tu la baru betul2 kebah demam). Balik dari Krabi Ahdia terus demam (masa @airport pun kena tegur dek health officer sebab temperature scanner tu detect suhu badan Ahdia tinggi. Sib baik tak kena tahan kuarantin). So kiranya 5 hari gak dia demam. Hari birthday dia tu jugak hari final doctor bagi kalau tak kebah jugak kena buat blood test (itu yg dia takut sangat & gagah jugak bagi baik kot).

Berbalik kepada majlis kami aritu, asal majlis patut mula pukul 3pm tapi VVIP (family ayah cik) sampai 4+…..Adusss semua dah lapor.

After all, alhamdulilah majlis sempoi sambil2 layan KFC. 




Tak puas rasanya berkumpul & chit chat dgn family tapi apakan daya……adat org merantau, seronok sekejap ajalah, selebihnya berpijak di bumi nyata. 

Memang balik kali ni hati tu terasa nak duduk lamaaaaa je, rasa cinta tu masih tetap terpahat kepada Malaysia. Huhuhu!!!!mood rindu ni.

Sunday, 11 January 2015

Welcome 2015 & bye2 2014

Assalamualaikum & salam sayang.
Belum terlambat kan utk mommy wish 'Happy New Year 2015'.
Tahun 2014 ditinggalkan dengan seribu satu kenangan baik yg manis mahupun yg pahit. Banyak kejadian suka duka bukan saja buat kami sekeluarga tetapi yg paling terasa kejadian2 buruk yg melanda Malaysia tercinta.
Alhamdulilah December 2014 yang lepas kami berpeluang balik bercuti ke tanah air (walau tidak solid 30hari) tetapi cukupla sekadar melepas rindu & menyelesaikan perkara2 berbangkit yg perlu diselesaikan. Balik kali ini ke tanahair alhamdulilah tiada peristiwa buruk yang terjadi cuma biasala sakit demam 4A+R tu tak dapat dielak. Apa tidaknya ibarat 30hari cuti tu berjalan tidak berhenti2 kami anak beranak, rehat mmg tidak cukup. Mujur juga 3A dah biasa terdedah dgn aktiviti lasak jalan2 mak bapak dorg ni. Heheh!!!!banyak sebenarnya yg nak dicoret & disimpan di Wind of Change ni, harap2nya mommy mampu nak recall semua yg kami lalui sepanjang 30hari cuti ni. 
Ok, sebagai pemanas enjin mommy summarize apa yg kami buat sepanjang cuti December lepas.
Di awal percutian, 5/12/2014 kami amik flight dari Miri ke Penang. Kemudian the next day drive to KL, otw kami overnite @Swiss Garden Lumut. Check out dari Swiss Garden & terus proceed ke KL. Cuti2 akhir tahun kami ke Australia bermula di KLIA2 (wow!!!!peraqqq jap dgn besornye airport baru) 7/12/2014 malam.  
Dari 8/12/2014 hingga 12/12/2014 kami telah menjelajah Melbourne, Victoria. Fyi, misi kami ke Australia tak lain tak bukan adalah untuk menikmati keindahan semulajadinya yang memang SUPERB. Untuk merealisasikan misi kami itu, of course the best is by self drive keliling Australia (walau tak mampu nak cover satu country tu yg tersangat leeee besornya tapi alhamdulilah dapat cover 3 states dengan budget yg semput2). Yang paling sesuai dengan budget kami 5 beranak ni maka kami telah berjaya bergerak ke 3 states dengan menggunakan 'Campervan'. Memang betul la dgn kata2 Apollo…."A self drive campervan holiday is the perfect way to enjoy everything Australia has to offer ; in your own time at your own pace".
12/12/2014 kami amik domestic flight, Tiger Air ke Brisbane. Di Brisbane kami sewa lagi campervan kemudian terus self drive ke Gold Coast hingga 14/12/2014. 15/12/2014 plak sambung self drive campervan ke Sydney. Phewww!!!! penat jadi co-driver (heheh!!!!sepatutnya mommy jadi 2nd driver tapi boleh plak terlupa bwk driving license both Msia & Brunei……pot pet 2x la jugak daddy). Kami spend 4 hari kat New South Wales tu & fly back to Malaysia pada malam 18/12/2014. Arrived KLIA2 early morning 19/12/2014 & stay overnite @Sri Enstek Hotel. 21/12/2014 secara 'adhoc' kami sambung cuti2 akhir tahun ke Krabi, Thailand. Bersantai2 di Krabi 4 hari. Sampai KL, decided nak balik Ganu tapi masih tak berani sebab banjir became worst. Tak sangka terburuk pernah terjadi @Pantai Timur especially Kelantan. Walaupun rumah mok @Besut tak banjir tapi excess nak ke Besut semua stuck. Laluan Gua Musang & LPT dua2 terputus hubungan. End up kami mmg tak dapat balik Ganu. 
28/12/2014 celebrated birthday Ahdia & join dgn sepupu dia Sofia @KFC Kota Damansara.
3/1/2015 terbang semula ke Brunei……5/1/2015 Anis & Ahdia dah start sekolah manakala Arfa masih bercuti sehingga 23/2/2015 ni (later citer pasal Arfa plak).


Until today; rutin utk 4A+R bermula semula seperti biasa (kecuali Arfa la blm sekolah). Semoga 2015 bakal memberi lebih kebahagian & kesejahteraan buat kita semua.

Sunday, 7 December 2014

Slept over 3A & frenz

Assalamualaikum & Salam sayang. Mommy bersiaran dari KLIA2 before cuti2 end year kami. Jakun jap org Brunei celup ni masuk KLIA2 sbb besor bebenor rupenya, manyaknya tempat shopping tapi usin ja xdak nak shopping (hahaha!!!usin tu org Brunei panggil utk duit). 
Btw sambil2 boring nunggu flight ni mommy selit la dlu citer2 3A dgn kekawan b4 kami blk Msia Aritu. Sempat lg 2 hari sebelum kami blk 5/12 br2 ni Anis&Ahdia mengajak Areesya tido @rumah. Nak hilangkan rindula kononnya sebulan tak jmp ni. Btw aree dah biasa slept over kat rumah kami, so dah biasa.
Cumanya kawan Arfa plak yg berjangkit nak tido sama. So pepagi tu mommy curi2 snap gambar dr 'girl dorm' & 'boy dorm'. Hehehe dah ala2 kem cuti sekolah rupanya. 

Friday, 5 December 2014

PSR Arfa


Assalamualaikum & salam sayang.
Rasanya sekarang ni dah reda sikit kot org kecoh2 pasal UPSR @Malaysia kan? Alhamdulilah happy & bersyukur tengok a few bekas anak murid yg berjaya cemerlang, ada juga yg frust. Dengar2nya among cikgu2 (my frenz la tu) subjek sains jatuh teruk. Tak tahu la ye kenapa. Pepepun perjalanan jauh lagi untuk anak2 yg amik UPSR ni. Satu yang mommy rasa cam tak syok (walau aiii ni X-cikgu) sistem pendidikan Malaysia sekarang ni dah jadi cam bidang politik. Banyak sangat tekanan & porak perandanya. Klu bab politik, rakyat la suffer kan? so education ni budak2 la yg suffer. 
Berbalik citer kami @Brunei, ada juga exam utk year 6 iaitu PSR (Penilaian Sekolah Rendah), nama dah lebih kurang sebab pi mai 2x tang tu gak. Untuk Arfa this is BIG exam dia yg pertama (tapi rasanya pasni kurang skit kot stress mak pak dia sbb nak htr dia sekolah yg kurang exam dah). Result dia ? emmmph mak pak dia sungguh2 kucewa tapi tuan empunya badan relax senyum2 kambing jugak sebab dia bangga tak study tapi dapat result cam gitu. 4A 1B !!!!!!



Ok, sebelum u al judge mak pak dia ni actually ada a few reasons la nape mommy rasa cam nak hempuk kepala dia (cakap je ni tapi dlm diam redha & bersyukur jugak resultnya tu).



# Pak dia x happy sbb tak dapat menyaingi kehebatan & kegemilangan zaman pak dia dulo2 yg kononnya hero sekolah pujaan ramai (naik lunyai telinga dengar citer pak dia ni dari dulo sampai la ni. hahaha!!!!sshhhhh dia dengar. kita layan kan aje la citer atok tu).
#mak dia tak happy sebab pak dia salahkan mak dia anak tak perform.
#mak dia tak happy sebab dia study last minit (study ke namanya ekk klu esok exam, malam ni baru pegang & tido dengan buku).
#mak dia tak happy sebab bila mak dia nak ajar, dia cakap dah tahu tapi hakikatnya dia tak tahu, arrghhhhhh.
#mak dia mmg tak happy sangattttt sebab yang B sebijik tu paper org Brunei which they call MIB. Paper ni dia tak pernah dapat mark kurang dari 80 (A) & bila tanya lepas paper ni pun dia masih boleh cakap "senang jeee mommy", tapi tup2 yg tu dapat B. 
#mak dia rasa cam nak hempuk kepala dia sebab atlast dia mengaku dia rasa resultnya teruk dpt B utk MIB tu sbb kes projek (fyi result PSR ni dinilai since year 4 merangkumi semua markah termasuk homework, project, kedatangan & periksa bulanan). Bila tengok record final exam rupa2nya mmg presentation utk project MIB yg giler ciput. 7% out of 20%. 

Pepepun, semoga Arfa belajar sesuatu dari pengalaman pertama ni (belajar ke dia sebab cam takde perasaan je).
Oh, btw yang kelakornya glamer tau dia ni dapat 4A 1B sebab dapat masuk paper CINO (dah sekolah cina). Yang kami dapat tau kawan daddy (cina) yang bgt. Kami nak p cari paper cina tu tak tau kat mana ada, hahaha punya la lack of info kat sini. 
Sekolah Arfa dari 18 student yg dapat 5A 2org je (gegirls both Malaysian), then 4A1B pun 2org (1 girl + dia). Just comparing dengan sekolah ANis&Ahdia sama gak only 2 student dpt 5A. Mommy cam xde nak kecoh2 sangat sebab kat sini cam org xde nak bangga2 kan sangat anak ko dapat berapa A…… yang dapat 5C pun dapat hadiah kot dari mak pak dorg. Arfa ni masih merengek2 nak hadiah tapi kami sedang tapis permintaan dia. So far semua permintaan dia daddy reject sbb klau dah dok hostel nanti mmg apa yg dia nak tu xleh bawak. Kesian dia. Hahahah!!!



Thursday, 4 December 2014

Ikan Merah Stim Pemanggang AJaib

Assalamualaikum & salam sayang.
Panjang tajuk harini tapi hakikatnya kejadian resepi ni sangatla PENDEK.


Resepi yang simple, menyihatkan, lazat & sangat senang. Yang penting end result sangat gempak & menarik.
Kalau la ada tetamu yang adhoc datang & terpaksa menjamu selera this is the best solution rasanya. 
Yang mommy nak highlight ni sebab, biasa kita stim guna periuk kukus kan? Memang senang juga & lazat juga tapi leceh & lambat sebab nak tunggu air dalam periuk kukus tu mendidih, lamaaaaaa.
So, dengan adanya pemanggang ajaib (tak kira apa brand) kerja yang leceh & lambat jadi senang & cepat.
Okey, ni cara mommy buat.



Bahan2:
Seekor ikan merah (bersih & kelar badannya)
Halia (lagi banyak lagi sedap) - hiris nipis
1 labu bawang putih - hiris nipis
Serai - hiris nipis
Cili - hiris nipis
Daun bawang/Daun ketumbar
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar jus limau
1 sudu besar gula
1 sudu kecil lada hitam (kalau suka)
1 cawan air panas (kalau nak lebih kuah boleh tambah)

Caranya:
1. Masukkan air panas ke dalam pemanggang ajaib.
2. Masukkan ikan merah & tabur semua bahan2 dengan sekata ke atas ikan tadi.
3. Masak selama 1- 2 minit sahaja.
4. Siap dihidang ke dalam pinggan.


Wednesday, 3 December 2014

Rampasan Kuasa

Assalamualaikum & salam sayang.
Disebabkan blog ni temanya 'carca marba' (actually di awal penubuhan niatnya hanya nak fokus dengan masakan tetapi frustrated dengan fenomena blogger2 masak/org yg menggelarkan diri mereka chef blog @ whatever u call them la…….they get angry @sound deras2 kalau org ciplak resepi @gambar dari blog dorg tapi kadang2 kalau diselidik mereka2 ni sebenarnya bukan genuine setiap masa pun, kadang2 idea dari blog picisan mcm kita ni diceduk juga & diam2 je konon dia yg bt sendiri, xde pun diberi kredit atleast link untuk blog picisan kita.).
Alamak!!!!terlebih emo plak mommy harini. Heheh!!!xde la, sebab tu mommy suker2 hati jelah nak tepek cerita apa dalam blog ni supaya org yg konon2 hebat memasak tu xlalu nak jenguk sini, klau dia mai jugak dialu2kan tiru meniru apa2 yg di kehendaki- xdak hal, niat sedekah jelah, mommy dapat pahala kan? Lagi pun apa yg ada dlm blog ni pun biasa2 aje untuk org yg biasa2 aje. Inshaallah.



Sebenarnya tujuan harini xleh bercakap banyak tapi dah ala2 berletiaq plak dah ni nak tunjuk ada org dah merampas buah hati mommy 'Si Pinky'. Huhu!!!!!dia dok merengek2 suruh mommy buat seluar HARAM eh HAREM (betul ekk ejaan tu?) tapi mommy dok bgt mommy xpandai lagi jahit seluar, blm abis lagi kelas blouse. 



Sekali dia cakap "biar affan buat sendiri la" haaaaaaa punya la ketegaq habaq hang budak ni. MOmmy dengan selamba jawab la "haaaaa, buat la kalau pandai sangat"…….Huhu!!!!rupanya kata2 mommy memakan diri. Dia siap buat 3 helai lagi seluar HARAM eh HAREM tu. Pasni blh la upah abang tolong jahit seluar tido mommy gak. Ngeh3x…..



Monday, 1 December 2014

PULUT MANGGA

Assalamualaikum & salam sayang.
Harini nak bercerita tentang dessert 'mek siam'. Rasanya dalam badan ni ada gak kot sikit2 sel darah putih siam mari (kik3x…..belah mok la ni).


Pulut Mangga ni kalau ikutkan walau ada sel darah putih siam mari tapi mommy bukanlah peminat setia sangat compare to daddy yg ada banyak sel darah putih mamak mari. Kalau diberi pilihan mommy akan pilih 1st priority pulut durian (tak kisahla versi apa pun janji pulut makan dengan durian).
Pepepun sebab daddy suka maka mommy buat gak la, yang penting make sure guna mangga yang betul2 masak ranum & manis. Baru terangkat. 



Walau dessert ni mmg dah sinonim sangat2 dengan kami & lebih kurang teman gaduh dengan pulut durian tapi baru harini mommy nak tayang kejadiannya dalam family kami. Hahaha!!!x dak modal dah nak tepek resepi apa sebab rasa cam nak retired jadi chef jap ni :P
Jom jamu mata & mulut (kalau u al dah buat sendiri la nanti ye).

Bahan2:
(untuk seorang makan)
1/2 biji mangga masak ranum (dipotong kecil)
100g beras pulut (rendam semalaman)
1 cawan santan pekat
Garam
Gula
Sedikit tepung beras

Caranya:
1. Mula2 tanak/kukus pulut sehingga masak.
2. Didihkan santan dengan sedikit gula & garam.
3. Arung/gaul pulut dengan sedikit santan yg dimasak tadi.
4. Lebihan santan tadi didihkan semula & masukkan sedikit tepung beras untuk memekatkan kuah santan. Sejukkan.
5. Semasa menghidang, scoop pulut ke dalam mangkuk & campurkan dengan hirisan mangga masak. Curahkan kuah santan ke atas pulut mangga. 
6. Enjoy the feeling!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...