بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Wednesday, 13 February 2013

Hong Kong Disneyland

Assalamualaikum & good day.
Hari ke-2 kami di Hong Kong, full day spend @Disneyland aje (itu pun xpenuh activities). Habis je round & photography session @Avenue of Stars, kami terus catch-up 1st MTR ke Disneyland. Dari Nathan/Tsim Sha Shui Station kami ambil MTR menghala ke Lai King, then change to Tung Chung Line. Take Tung Chung Line to Sunny Bay then change to Disneyland Resort Line.

Dalam Disneyland Resort Line. Semua deco ada feature Mickey & ada juga patung2 character cartoons walt disney yang lain.
Sampai aje @Disneyland mmg ngam2 gate dibuka (10am). Disebabkan kami beli tiket online maka tak perlu nak beratur panjang2 beli tiket, just print tiket dari vending machine & terus masuk. Kalau beli online dapat discount lagi. Ni link kalau nak beli tiket Disneyland HK online.

Masa kami masuk ni consider org xde la sesak sangat so nak posing @ Main entrance pun kira lengang le jugak. Oh ye, masa nak masuk tu biasale prosedur keselamatan, guard akan check semua bag kita & kalau ada yang bawak bekal makanan yg heavy2 tu mmg dorg suruh buang. Nasib baik bekal lunch kami (ready to eat kari adabi, roti, biskut & choki2) dorg lepas masuk, klu tak haruuuu le lapor kami.

Okey bercerita tentang Disneyland ni, ia terdiri dari 6 taman tema iaitu Main Street USA, Fantasyland, Adventureland, Tomorrowland, Grizzly Gulch & Toy Story Land.


Mula2, selepas Main Entrance kita akan melalui Main Street USA di mana diadakan 'parade' & terdapatnya deretan kedai2 cenderamata. Di sini juga terdapat train yang akan membawa pelancong mengelilingi taman tema. Kami ambil keputusan untuk enjoy the view dengan menaiki train sebelum menapak dengan kaki ke semua tempat2 menarik. 


Taman tema pertama yang kami masuk tak lain & tak bukan pilihan 2 girls tu FantasyLand. Dah tak sabar2 dorg ni nak masuk castle & jumpa dengan Princess. Hehe!!!!yang kelakarnya, bila dah masuk castle boleh Ahdia tanya " mananya castle mommy, princess tidur kat mana?"..........jenuh gak nak explained. Bila dah dapat posing dengan princesses pun masih banyak soalan Ahdia "kenapa princess tu xduduk atas kerusi cantik mommy etc?".....aduhaiiii adik.


Masa @Fantasyland ni masa tu masih awal & orang pun tak ramai sangat so, beratur untuk setiap permainan & berjumpa dengan character cartoon pun kira xde la panjang sangat. So, dapat le posing sakan dengan princessess.


Lepas main carousel, kami menapak pula ke 'Small World'. Cutenyeee le tengok small dolls yang memakai pelbagai costume dok tergedik2 menari. 



Terdapat 100 animated dolls yang mengayakan pakaian dari seluruh pelusuk dunia.


 Hehe!!!!tak puas rasanya naik perahu mendayung ke seluruh pelusuk dunia kecil tu. 

Seterusnya dari Small World kami menonton plak Mickey's Philhar Magic (tayangan 3D). Abis muka basah kena percikan air dari Donald Duck (patut le ramai xnak dok roll depan, rupanya dorg dah tau kena tempias air, hehe sebab 3D dorg p renjis air betul2).


 Selesai nonton, perut pun rasa lapar. Apalagi, mommy pun served le the best kari ayam Adabi. Huishh!!!bila makan time lapor & tempat susah nak cari makan (dlm disneyland ni susah le nak cari halal food except popcorns, jagung & drinks). Ahamdulilah, kenyang layan roti cicah kari ayam, pastu kudap2 plak dgn choki2.


Bila perut dah kenyang, kami teruskan perjalanan (phew!!!banyak lagi nak cover ni). 


Dari Fantasyland kami bergerak ke Tomorrowland. Kat sini, banyak mainan yang bercirikan futuristic. Yang paling Ahdia suke games tembak2 Buzz Lightyear (siap dah masuk sekali pastu requested masuk lagi). Terpaksa le ikut kehendak dia, lagipun  kat sini beraturnya tak panjang sangat. 


Pastu dah abis semua 'alien' kena tembak, kami drift plak anak beranak @ Utopia. Seronok Arfa boleh drive keta sendiri.



Seterusnya, bergerak plak ke Adventureland & ziarah Tarzan.
Untuk pergi ke Tarzan Treehhouse, kami kena berakit2 dulu.

Tapi sebelum singgah rumah Tarzan tu, kami naik cruise & dibawa menyusuri sungai di mana terdapat banyak gorilla & puak2 asli yang tinggal (tipu2 ni ye, bukan yg real)

Dalam seronok2 menikmati keindahan sungai & hidupan liar tu tiba2 muka kami hampir disambar api dari gua berapi yang menghembuskan api & asap panas. Huishh!!!memang terasa bahang panasnya walau pun semua ini buatan manusia.

Dah siap ziarah Tarzan & Kala, kami menapak plak di Grizzly Gulch. Masa ni, daddy tak ikut (pakcik dah sakit pinggang tiba2). Bila sampai aje @Grizzly Gulch, Arfa terus jerit nak naik roller coaster (Runaway Mine Cars). 


Alahai, mula2 tu mommy suruh Arfa & Anis je naik since Ahdia kecik lagi takut tak lepas minimum height, tapi Anis tak nak naik dengan Arfa je. So, kami ber-4 pun sama2 naik (lepas plak height Ahdia untuk naik). Masya ALLAH!!!serius ingat tak de la laju sangat & slow je, sekali bila naik....Huarggghhh!!!!mommy yang rasa nak jerit. Arfa & Anis ada gak terpekik tapi Ahdia mcm biasa bila takut dia jadi diam. Bila turun je terus Ahdia cakap "mommy ni, adik nak duduk dengan daddy la"......hahaha!!!!dia salahkan org le tu.

Masa @Grizzly Gulch ni, ingat 3A nak posing dgn 'beruang tu' tapi bila start nak beratur je dorg bgt 'time up' sebab dorg kena prepare untuk parade. Last2 posing je dgn penduduk Grizzly Gulch je.



Nak bagi reda sikit berdebar masa naik mine car tadi, kami lepak2 plak @Toy Story Land. 

Tiba2 kami jadi kenit & semua mainan Andy jadi gergasi. Kat sini ramai org beratur nak main semua permainan so yang sempat kami main cuma 'Slinky Dog Spin' & Arfa sorang2 layan 'Toy Soldier Parachute Drop'.

Masa kami @Toy Story Land ni hari dah beransur gelap. Walau sempat cover semua themes tapi ada a few jugak yang kami miss (bergambar dgn mickey & minnie, lihat life parade & yang paling ralat xsempat beli souvenir dgn harga discount; beli le jugak tapi normal price mahal le.....RUGI).

Bila tengok schedule, rupanya kami sempat catch up dgn satu lagi show sebelum acara penutup iaitu Zimba, The Lion King. Show ni actually musical show yang penuh warna warni & aksi2 menarik. 3A really enjoyed the show since ini 1st time dorg tengok life musical show.


Last, moments yang paling indah (walau masa ni mmg mengigil kesejukan & kelaparan) ialah pertunjukan penutup 'fireworks'.


Kami mmg purposely tunggu acara ni sebab masa tgk Lady Lavender p Disneyland Paris & tunjuk gambar2 fireworks tu mmg teruja sangat nak tengok life. Alhamdulilah, walau tak sampai Paris tapi kat Hong Kong pun pertunjukan yang sama diadakan. Sangat cantik & berwarna warni. 

Nasib baik masa ni kami dapat duduk atas bench yang consider tengah2 le menghadap direct ke castle. Walau perut berkeroncong tapi gagah jugak tengok sampai habis. 

DISNEY IN THE STARS........
Spectacular fireworks synchronized to the music of famous Disney's films, lighting up the sky with exciting pyrotechnics. 
Masa balik ni walau berpusu-pusu (sebab last train ke centre), tapi alhamdulilah selamat sampai ke Tsim Sha Tsui. 3A jangan cakap le, sambil jalan sambil mengeluh penat. Dah tak larat sangat nak jalan, kami mintak daddy je tapau dinner untuk kami. Layan kebab & nasi beriani. Sedapppppnye. Rege berapa dinner kami ni nanti mommy bgt last N3 Hong Kong nanti ye.

Tuesday, 12 February 2013

Victoria Harbor & Avenue of Stars, Hong Kong

Assalamualaikum & good day.
Seronoknye tengok @FB kawan2 tepek gambar balik kampung & jalan2. Ada yg ke Utara, Selatan, Timur & Barat. Yang tak balik kampung plak ada ke hulu & ke hilir bawak anak2 jalan. Betapa bertuahnya Malaysia mempunyai segala yang kita perlukan (hehe!!!duit je kurang kot). Semoga ALLAH sejahterakan Malaysia & jauhi dari segala bentuk kemusnahan. Kami @Brunei ni cuti juga tapi consider 2 hari jelah Ahad & Isnin sebab Sabtu hari persekolahan macam biasa kecuali Arfa yang lama cuti since Jumaat til hari ni Selasa sebab dia sekolah Cina so dorg mmg angkat cuti panjang. Memandangkan cuti setakat 2 hari je memang kami tak berpeluang  nak g jalan2 lagipun Brunei ni kecik je, dah xde tempat nak round. End up house cleaning & gotong royong besar-besaran la kami last weekend.


Okey, dok tengok org tepek gambar jalan2, mommy pun tepek le jugak gambar2 basi kami semasa bercuti ke Hong Kong last school holiday. After abis 1 Sabah kami pusing, kami shot plak ke HK. Actually HK ni consider daddy nak buat surprise @3A sebab mmg kami plan berdua senyap2 je vacation ni (yang Sabah dorg tau kami nak p tapi HK mmg tak tau langsung). Yang kelakarnya, masa @KKIA masa nak naik kapal terbang ada announcement flight ke HK, so depa especially Arfa dok heran nape kita nak g HK? Punya le kami pusing cakap ohw! itu dorg singgah jap je, kita turun Penang. Hahaha!!!bila sampai gak @HKIA, baru le betul2 declare. Kononnya vacation kami ke HK tu kira hadiah untuk ANis sebab berjaya dapat no 3 masa final exam. 

Airport Express... Bring you straight from HKIA, Lantau Island to the Centre.
Kami spend 6 hari & 5 malam semasa di HK & alhamdulilah dapat cover hampir kesemua tempat2 yang menarik di sana. Untuk pengetahuan semua kami pergi tidak melalui agensi pelancongan tetapi lebih kepada "free & easy". Kenapa kami mengambil keputusan untuk pergi sendiri adalah disebabkan kos dengan agensi pelancongan sangat mahal & tidak merangkumi semua tempat2 menarik di HK (rugi rasanya kalau spend amount yang sama tapi hanya dapat pergi Ke Disneyland HK sahaja sedangkan dengan kos yang sama kami dapat cover bukan sahaja Disneyland malah Ocean Park, The Peak, Maddame Tussad etc).

Venetian Hostel/USA Hotel,  Floor 14, Mirador mansion, 62 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong
In Sha ALLAH mommy cuba share pengalaman kami secara transparent. Segala budget & info2 mcm kami spend @HK mommy akan listkan di akhir N3 Hong Kong (so, sesiapa yang belum pergi HK & teringin nak pergi dengan cost yang minima jangan lupa N3 mommy nanti).

Victoria Harbour, named as the 'World Largest Permanent Light & Sound Show' by Guiness World Records. 
Day 1 kami sampai, malam tu terus p jalan2 menikmati keindahan Hong Kong @Victoria Harbour & Avenue of Stars. Kata orang kalau ke HK mmg tak sah kalau tak tengok pertunjukan lampu2 berirama di Victoria Harbour. 

Colored light, laser beams & searchlights perform in an unforgettable all round spectacle synchronized to music & narration that celebrates the energy, spirit & diversity of Hong Kong. There are 5 themes; Awakening, Energy, Heritage, Partnership & Celebration.
Sungguh indah permainan lampu2 tu yang pelbagai warna & corak. Ditambah pulak dengan pemandangan tongkang & feri yang dihiasi dengan lampu berwarna warni. Di sepanjang Victoria Harbour ini terdapat gerai2 fotografi yang tak henti2 memanggil para pelancong untuk mengabdikan kenangan bergambar berlatar belakangkan bangunan2 tinggi yang berwarna warni dengan pancaran lampu (kami pun ambil juga dengan kos HK120/2pcs 5R). 


The Avenue of Stars pays tribute to the names that helped make Hong Kong 'Hollywood of the East'.


Untuk pengetahuan semua, Victoria Harbour & Avenue of Stars ini terletak di bahagaian Kowloon manakala bangunan pencakar langit yang diterangi lampu2 itu terletak di sebelah Hong Kong Island.

The Clock Tower 

Di sepanjang Victoria Harbour ini selain dari Avenue of Stars yang terkenal, terdapat juga Clock Tower, Space Museum & Cultural Centre.


Colonial era Clock Tower.

Day 2 - kami akan spend the whole day @Disneyland HK tetapi memandangkan waktu operasi 10am, jadi kami ambil peluang sekali lagi round Avenue of Stars kerana sewaktu kami pergi di malam hari terlalu ramai pelancong yang berpusu2 untuk mengambil gambar. 


Victoria Harbour, busy morning view.
So seawal 7am (selepas breakfast dgn roti, sardin spread, sosej & jus orange di hotel) kami terus sahaja berjalan kaki dari hotel kami @Nathan road ke Tsim Sha Shui Subway menuju ke arah Victoria Harbour (dekat je jarak hostel kami dgn Avenue of Stars ni lebih kurang 1km).
Enjoy our photos along the Victoria Harbour & Avenue of Stars.

A 4.5 meter tall replica of the statuette given to the winner at the 
Hong Kong Awards greets the visitors. 
Along the 440 meter promenade, the story of Hong Kong's 100 years of cinematic history is told through inscriptions printed on 9 red pillars. 
Hollywood of the East.


A life size statue of kung fu action hero Bruce Lee.
With commemorative plaques, celebrity handprints, descriptive 
milestones, the Avenue of Stars fittingly sets the glamour of Hong Kong's film 
industry against the captivating dazzle of Victoria Harbour.





Thursday, 7 February 2013

Self Drive Sabah (Day 6 Tawau - Keningau Route)

Assalamualaikum & good day.
Today entry will be the last N3 about our Self Drive Sabah. Hope u guys enjoy reading all the previous entries about our Sabah Journey.

In this N3, mommy jot down our journey back to Kota Kinabalu using Tawau - Keningau route. This route also well known as "Heart of Sabah" because it cross the centre part of the whole Sabah. Just for info, this route actually not an official road & not marked in the GPS. 

So, our decision to take this route actually based on try & error after mommy watched 'youtube' about a couple of foreigner had their self drive from Keningau to Tawau.

We started our day 6 journey from Semporna as early as 8am. Reached Tawau town at about 10am & after an hour, proceed straight up to Maliau Basin Lost World.

At 1st, the road was really in good condition since it just been repaired. So kami ingatkan mmg jalan sepenuhnya telah dibaiki, rasa lega seketika kerana ambil keputusan melalui jalan ni. 

Rupa-rupanya sangkaan kami meleset kerana selepas 100km pertama kami tempuh, kelihatan jalan granit terbentang di hadapan kami. Huhu!!! cumanya keadaan tidak lah terlalu teruk since jalannya keras & rata. Menggunakan 4WD tidak mendatangkan mudarat kepada kami.

Kami meneruskan lagi perjalanan dengan mengikut arah ke Maliau Basin. Semakin jauh kami bergerak, keadaan jalan semakin teruk. Huhu!!!boleh mommy bayangkan ketika itu seumpama kami menyertai pertandingan "Camel Trophy" yang lasak & begitu mencabar.
Kenderaan juga semakin berkurangan & yang kelihatan berselisih dengan kami cumala lori2 besar & beberapa pickup sahaja. Badan kami 5 beranak memang beralun ke kiri & ke kanan serta kadang2 melambung2 aje gayanya. 


Untuk kami berpatah balik bukanlah pilihan yang bijak kerana sudah terlalu jauh kami tempuh (120km) maka daddy teruskan jua memandu sehinggalah kami sampai ke Maliau Basin. Fikir kami tempat ini dibuka untuk kunjungan orang ramai tetapi rupanya ia adalah sebuah tempat larangan yang hanya dibenarkan untuk pihak2 tertentu sahaja terutama untuk tujuan membuat kajian.

 Tiada tempat untuk kami singgah melepas lelah @ membuang air kecil kerana di kiri kanan adalah hutan belantara yang begitu tebal. Setelah hampir 2jam dengan perjalanan 'Camel Trophy' kami tadi akhirnya tayar kereta kami mula mencecah kembali jalan berturap tar. 

Alhamdulilah, selepas hampir 5jam perjalanan, akhirnya kami sampai ke Keningau. Dari jauh rumah2 & penempatan penduduk mula kelihatan sehingga kami betul2 sampai ke Keningau. Mengambil keputusan untuk berhenti seketika menghilang lenguh, solat & ke tandas kami singgah ke masjid Keningau. 

Selesai urusan, kami meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu melalui Tambunan - Penampang. Ingatkan jarak dari Keningau ke KK tidaklah begitu jauh tetapi disebabkan hari sudah semakin gelap ditambah dengan jalan yang bengkang bengkok ia mengambil masa perjalanan selama hampir 2jam juga sebelum kami tiba di Kota Kinabalu pada pukul 8+pm. 

Selesai checked in @Sabah Oriental Hotel, kami terus p JJCM. Last but not least nak makan seafood lagi @Sabah so kami pilih Gerai Seafood Kak Yati @tepi pasar besar KK. Banyak pilihan & sedap juga cuma keadaan gerai terbuka macam tu of course kurang tahap kebersihannya. 

The next day, kami tinggalkan Sabah dengan seribu satu kenangan & masih menaruh harapan untuk kembali ke Sabah since kami belum berpeluang melihat bunga Rafflesia secara life. In Sha ALLAH!!!!dikesempatan lain kami datang. 


Sekarang kami tinggalkan Sabah dengan penerbangan MH384 dari KKIA ke HKIA. Bye2 Sabah.....Hello Hong Kong!

Wednesday, 6 February 2013

Chocolate - Chocolate Chips Muffin

 Assalamualaikum & good day.
Harini mommy nak jotdown resepi klasik chocolate muffin. Buatnya petang semalam untuk bekal Anis & Ahdia pergi main @rumah Areesya. 
Dorg sekarang ni petang je mesti nak bertemu. Areesya plak masa mula2 dulu mau jugak dtg ke rumah kami tapi once budak2 ni pergi rumah dia, mula seronok dia mengajak org je g rumah dia. Hehe!!!biarle, mommy boleh je htr Anis & Ahdia ke sana & tak risau sangat sebab auntie Areesya pun ada sama2 jaga dorg.


Okey resepi ni simple sangat & memang sesuai untuk minum petang yang adhoc.


Mommy ambil resepi ni dari Nigella Lawson & memang sukatannya ngam2 dapat 12pcs muffin.


Source: Foodnetwork



Ingredients: 
1 3/4 cups all-purpose flour 
2 teaspoons baking powder 
1/2 teaspoon baking soda 
2 tablespoons best quality cocoa powder 
3/4 cup superfine sugar 
3/4 cup semisweet chocolate chips, plus 1/4 cup for sprinkling 
1 cup milk 
1/3 cup plus 2 teaspoons vegetable oil 
1 egg 
1 teaspoon pure vanilla extract 


Directions:
Special equipment: Muffin tin with paper muffin cases
1. Preheat the oven to 400 degrees F.
2. Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 cup of the chocolate chips into a large bowl. 
3. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug. Mix the dry and wet ingredients together, remembering that a lumpy batter makes the best muffins. 
4. Spoon into the prepared muffin cases. 
5. Sprinkle the remaining 1/4 cup chocolate chips on top and then bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...