Assalamualaikum & good day.
Alhamdulilah!!!syukur masih lagi bernafas hari ini & dapat meneruskan N3 jalan2 1-Sabah kami. 2 hari lepas mommy betul2 bedded & xbermaya due tu heavy period pain+flu+fever. Betul2 menguji kesabaran bila saat2 berdepan dengan kesakitan mcm tu. Syukur ALLAH uji sikit je supaya kita sebagai hambaNYA ni sentiasa fresh ingat padaNYA.

Okey tanpa buang masa mommy kena habiskan N3 Sabah ni supaya blh memberi laluan pada N3 masak & makan juga N3 jalan2 yang lain.
Hari ke-5 kami di Sabah, merupakan hari yang paling ditunggu2 kerana hari ini kami akan buat Island Trip & snorkeling di Pulau Sipadan (sebenarnya tak sampai ke Sipadan Island yang sebenarnya sebab di sana kita perlu apply licence divers baru boleh masuk).
Untuk day trip ni kami sewa bot & dorg yang bawa kami pusing seluruh pulau kecuali Sipadan (world heritage spot). Pemandu akan bawa kami ke Mabul & Kapalai Islands.
Semasa dalam perjalanan yang mengambil masa hampir 1 jam ke Mabul Island, kami dapat lihat rumah2 terapung yang dibina di atas laut oleh org2 Bajau Laut & pengusaha rumpai laut.
Kelihatan juga rantaian botol2 plastik di atas permukaan laut yang pada mulanya kami ingatkan bahan buangan tetapi rupanya ia merupakan tempat pembiakan rumpai laut. Menurut pemandu bot kami, projek ini dijalankan atas bantuan kerajaan & diusahakan beramai2 bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka.
Sekali sekala, kelihatan juga beberapa bot orang2 Bajau Laut (bot itulah merupakan rumah kekal mereka manakala daratan hanyalah tempat persinggahan mereka).

Dari jauh semasa hampir sampai ke Mabul Island kami dapat lihat bungalow resort terapung & kawasan sekitarnya yang cukup menarik & air yang sungguh jernih. Tak sabar rasanya nak cecah kaki ke dalam air, hehe.
Tetapi malangnya sesampai sahaja kami di Pulau Mabul, jangkaan kami jauh meleset.
Dalam mencari spot terbaik untuk snorkeling kami ambil keputusan untuk pusing dahulu pulau tersebut sambil menikmati pemandangan perkampungan org2 Bajau laut & penduduk asal pulau di samping private property pengusaha2 chalet.
Semasa kami dok round pulau tu macam2 benda yang kami jumpa & huhuhu membuatkan kami terfikir 10x nak snorkeling kat situ. Nak tau kami jumpa apa?
Mula2 tu kami mmg terkejut sebab pasir dipersisir pantai tu sangat kotor dengan sampah sarap. Semakin jauh kami pusing semakin banyak sampah yang kami nampak & yang paling tak tahan banyak le jugak kami jumpa tompok2/lingkaran warna coklat yang dikerumuni lalat (wueekkk!!!!tahikk). Pastu ada jugak kami jumpa bangkai kucing mati etc. Aduhaiiii, loya tekak.
Cukup satu pusingan pulau, kami masih belum jumpa spot yang bersih untuk snorkeling. At last daddy try jugak berenang jauh sikit ke tengah untuk survey corals & ikan2 tetapi hampa sebab jawapan daddy "kotoq".
Bila budak2 3A ni nak main pasir pun mommy macam was2 je di samping rimas dengan budak2 pulau yang dok sendeng2 dengan barang2 kami (pemandu bot cepat2 warning kami agar tinggalkan barang2 berharga dalam bot sebab dorg ni ramai yang panjang tangan).
Bila tak puas hati dengan keadaan kotor @Mabul Island maka kami minta pemandu bot bawa kami ke tengah laut aje untuk snorkeling.
Alhamdulilah, masa di bawa ke Kapalai Island (mmg spot yang famous untuk snorkeling) keadaannya cukup mendamaikan & bersih. Dari atas bot kami dah boleh nampak kawanan ikan & corals yang cukup menarik.
Untuk pengetahuan u all, kami mmg plan nak stay @Kapalai Island ni tetapi bila dapat tahu harga semalaman "Alamak!!!! mahai" mmg cancel. Fyi harga semalam untuk satu kepala tak kira kepala kecik/besar adalah RM1k ++.....Kalau kami 5 ketul kepala mau nearly RM6K......Huhuhu!!!klu 2 malam dah RM12K. AMEKAW!!!!
Tapi bila kami dah sampai dekat ni mmg cantik tempatnya & mungkin padan le dengan rege. Hehe!!!tunggu le mommy p honeymoon dgn daddy jelah mcm ni bila 3A semua dah besar2, heheh.
Air kat sini mmg jernih sangattttt, u al boleh tengok dgn jelas tu 2 beranak terapung (Anis tak tahan lama dok terapung atas air tu sebab geli kena geletek dek ikan2 yang mengerumuni kaki dia,hehe).
Dah penat snorkeling kami pun mula bergerak balik ke darat sekitar 3pm ++. Otw balik, sekali lagi pemandu bot bawa kami pusing semua pulau2 (yang blm dia cover masa datang tadi). Adussss, jauh gak pusing sampai tersenguk2 menahan mengantuk. Hampir pukul 4pm kami tiba di jetty Hotel Seafest tempat kami menginap selama 2 hari di Semporna ni.
Dah berehat & membersihkan diri seketika kami mula bergerak ke Pekan Semporna untuk mencari spot 'Seafood Terbaek Semporna'.
Pusing punya pusing (gamble je cari restoren terbaik), alhamdulilah akhirnya (masa tu dah give up dah lapoooor sesangat sampai terfikir alahai mamak lagi ke malam ni) jumpa jugak restoren terbaik.
Bersih, tempat menarik, halal, restoren melayu & yang paling bersemangat sebab banyak org2 kenamaan yang dah singgah sini termasuk Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai, mesti sedap ni kan.
So, apalagi sebelum makan mahunya memancing hasil laut dulu untuk dimasak oleh tukang masak tersohor. Hehe, Arfa la jadi 'Fisherman of The Day'.
Hasilnya; seekor lobster+3 ekor ketam bunga+seekor ikan ayam+sepinggan sayur kangkung belacan+5 pinggan nasi putih+5 gelas jus = RM235
BERBALOI2.....
Yang paling best of course yang ni "Lobster Salad Mayonis".......hahaha harus cuba @rumah plak pasni resepi ni.
Dah kenyang & penat tahap gaban tu, lena selena2nya kami tidur untuk malam ke-2 ni sebelum meneruskan perjalanan kami berpatah balik ke KK melalui Tawau - Keningau. Nantikan perjalanan penuh mencabar & mendebarkan jiwa sepanjang kami merentasi "Heart of Borneo" keesokan harinya.






















































