بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Thursday, 24 January 2013

Self Drive Sabah (Day 3 - Kundasang/Ranau)

Assalamualaikum & good day.
Stop for a few days because i had heavy flu (again!!!!). According to the doctor i had some kind of allergic (doctor asked me to figured out the source). I think the most suspected was Arfa's Hamster. Huhu!!!not the 2 hamsters that already passed away but bear hamster that he bought from his teacher. Haru betoi!!!!So after did my major house cleaning & put that hamster outside, i fell much better today. Hopefully that's the reason for my allergic & no more suffering after this, In Sha ALLAH.

Okey, we continue our journey 1Sabah Bah!!!!
Our 3rd day journey was from Kundasang - Sandakan route.
1st spot for the day was of course Kinabalu Park @Kundasang but before we move to Kinabalu park, do view our most memorable awesome moment @Kinabalu Pine Resort (where we had a nite stay). 

Celik2 saje mata @6am, intai terus from the window nampak this awesome view of Mount Kinabalu. SubhanALLAH!!!! speechless. Cepat2 solat subuh & mandi untuk catch up the moment. The breeze, MasyaALLAH soooooo fresh & cold.


The Kinabalu Pine Resort (KPR) was nice & we enjoyed our late dinner @the resort as well. I could say the food also good (xtau le kot masa tu lapar giler, so rasa sedap je. Hehe). The picture above is ours (syoknye kan kalau dapat rumah sebijik cam tu).

Okey, since we still have a long journey to Sandakan so we decided to have an early checked out & proceed with our schedule for the day (banyak gak tempat2 yg boleh melawat sekitar Kundasang/Ranau ni). 


Mula2 tu had breakfast dulu @mamak (haiii, kat mana2 pun mmg cari mamak le jugak big boss ni). Bukak2 je pintu kereta, ALAMAK!!!!kotoq & berdebu pekan Kundasang ni rupanya. Kedai2 jangan cakaple (maaf bukan nak kutuk tapi FACT). Semua kedai berdebu orange baik restoren mahupun kedai runcit etc. Kalau tau mcm ni mmg mau je mommy bekal roti breakfast @resort je. Huhu!!!tapi bila big boss proceed gak terpaksa le telan laju2.

We reached Kinabalu Park @830am. After pay the entry fee (RM3 adult/RM1 kid) kami terus drive along the path straight up to the check point untuk org mendaki (that the last point the car can reach). 

Btw utk pengetahuan semua Kinabalu Park merupakan Malaysia's 1st  'World Heritage Site' yang diiktiraf oleh UNESCO pada December 2000. Ia berperanan sebagai salah satu tempat perkembangan biological penting di dunia & mempunyai nilai sejagat yang tidak ternilai. Yang paling bernilai di sini sudah tentulah Gunung Kinabalu itu sendiri yang mempunyai ketinggian 4095.2m (13,435ft). Menjadi puncak batuan tertinggi bukan sahaja di Sabah tetapi seluruh Borneo.

Kami turun @Pondok Timpohon (macam menara tinjau kat last check point sebelum pendaki memulakan pendakian) & snap a few photos. Masa tu lebih kurang pukul 10am & cuaca masih sejuk. Tiba-tiba Arfa bgt "mommy mulut Affan kuar asap", hehe dorg xpernah p oversea tempat sejuk so excited je bila bercakap tu ada asap kuar. Mula le 2 gegurls tu plak try (tapi xkuar plak asap).

Kemudian kami drive turun semula ke main entrance untuk membeli souvenir (mmg mana2 pergi mesti beli magnetic fridge). Selepas tu kami abadikan sekali lagi kenangan bersama Gunung Kinabalu yang sungguh hebat ciptaanNYA. 

Ada a few pose yang daddy snap dari sudut yang berbeza & yang paling menarik ia memberikan impression/expression yang berbeza. SubhanALLAH!!!!

Seperti gambar di atas bagi mommy expression yang boleh digambarkan ialah MENGGERUNKAN!!!


Kami tinggalkan Kinabalu Park dalam pukul 11am & terus menuju ke Kundasang War Memorial Park. 


Ramai yang memberi cadangan supaya kami bergerak ke ladang lembu Kundasang kerana keindahan semulajadinya yang segar seperti suasana di New Zealand tetapi kami tak nak bazirkan masa yang ada kerana bagi kami mana2 ladang lembu tetap fungsi & persekitarannya sama (lagipun nak gelak pun ada sebab mmg xleh nak compare dengan NZ sbb di sana persekitarannya sangat bersih & nyaman berbanding dgn Kundasang yang kotor, maaf bukan nak mengata negara sendiri tetapi kita kena terima FACT tentang sikap & budaya kita sendiri yang perlu kita ubah). 

Afterall, masa nak cari Kundasang War Memorial tu kami terlajak jalan & mmg melintasi kawasan 'cow farm' yang dimaksudkan oleh rakan2 kami. Budak2 pun xminat sangat nak tengok lembu, hehe sebab selalu kalau blk Besut pun mmg selalu tgk abah sembelih lembu.

Okey, Kundasang War ni plak walau pada zahirnya merupakan sebuah tugu peringatan/kubur para pejuang asing yang terkorban di sini tetapi apa yang menarik kerana kita boleh mengimbau sejarah mereka drp catatan pihak yang bertanggungjawab memelihara khazanah terbabit. Selain dari itu, mommy suka dengan suasananya yang sungguh cantik dengan pelbagai tumbuhan especially bunga2 yang ditanam mengikut tema/negara.

Jika diikutkan di sini juga spot yang sesuai untuk sesi bergambar dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

Destinasi kami seterusnya tiba di Ranau iaitu Poring Hot Spring, juga masih dalam linkungan 'World Heritage Site' Taman Kinabalu. Bayaran masuk ke sini RM3adult/RM1kid.

 
Yang menarik di Poring Hot Spring ni bukan saja tempat mandi manda (air panas semulajadi) tetapi yang mencuri tumpuan kami of course 'Canopy Walk' yang terkenal dengan ketinggian 41 meter dan sejauh 157.8 meter.  Ada 5 jambatan gantung yg harus dilalui, setiap jambatan ada ciri2 yang berbeza, sebab ada yg paling pendek, panjang, scary dll. 


 Masa kami masuk ke Poring Hot Spring ni hanya kami bertiga; mommy, Arfa & Anis. Daddy tak ikut sebab temankan Ahdia tidur dalam kereta (bagus gak dia tak ikut kalau tak jenuh mengeluh penat karang kena berjalan jauh). 




Selain dr hot springs & canopy walk terdapat  lain2 tarikan juga di sini (u al blh refer kat gambar Arfa & Anis tu, hehe). Oh! lupa, untuk melalui Canopy Walk kita perlu membayar sekali lagi sebanyak RM3 adult/RM1 kid. Kalau u al bawak kamera bayaran yang perlu dibayar adalah sebanyak RM5 (masa tu mmg mommy bawak DSLR gedabak tu so mmg xleh sorok. Hehe!!!yang cerdik tu xyah le bawak DSLR masa naik canopy walk memadai je bwk gadget; hp ke@ipad/tab).


Kami meneruskan perjalanan untuk ke Sandakan yang jaraknya 220km dari pekan Kundasang/Ranau, masa tu dah hampir pukul 3pm. Bagi menghilangkan lelah & membasahkan tekak kami singgah dulu ke Ladang Teh Sabah; Ladang Nalapak. Sambil menunggu minuman teh kami tersedia di meja, daddy bawak 3A ronda2 kebun teh (mommy tak larat dah nak jalan). Secara peribadi mommy rasa suasana ladang teh Sabah ni kurang happening compare to Cameron Highland (mungkin keluasannya sedikit kecil berbanding CH). 




Pepepun, mommy tak lepaskan peluang membeli ole2 teh yang pelbagai untuk kenangan kami sendiri & tak lupa untuk keluarga.


Selepas selesai menghilangkan dahaga, kami terus bergerak ke Sandakan. Kami selamat sampai ke Sandakan pada pukul 7:40pm & terus checked in @Swiss Inn Sandakan. Yang bestnya masa JJCM tu kami terjumpa dengan top 2 Masterchef siri pertama; Wahidan. Hehe, tunggu next N3 mommy pasal Sandakan & Wahidan plak ekk. 

Thursday, 17 January 2013

Rumah Terbalik Borneo

Assalamualaikum & good day.
Masih berkisar di hari ke-2 Self drive Sabah (harap blm ada yg jemu sebab masih ada beberapa hari lagi misi kami mengelilingi Sabah). 


2nd spot kami setelah bertolak dari Kudat ialah singgah di Rumah Terbalik. Terletak di Kampung Telibong, Mile 21, Jalan Telibong, Tamparuli, Sabah. 



Rumah Terbalik Borneo di Kampung Telibong, Tamparuli ini adalah yang pertama dibina di Malaysia dan Asia Tenggara. Hanya terdapat 5 buah rumah seumpama ini di dunia. 


Uniknya rumah ini sebab segalanya dibina secara terbalik termasuk kelengkapan di dalam rumah. 



Untuk masuk ke dalam Rumah Terbalik Borneo ini, bayaran yang dikenakan adalah:-

RM 18 - Dewasa (bukan warganegara Malaysia) 
RM 10 - Dewasa (pemegang MyKad) 
RM 5 - Kanak-kanak (bawah 12 tahun) 




Rumah Terbalik Borneo ini dibuka kepada pengunjung dari jam 8 pagi - 10 malam. 



Pengunjung dibenarkan bergambar di sekitar luar rumah tetapi tidak dibenarkan mengambil gambar di bahagian dalam rumah. 




Berbalik kepada cerita kami,  disebabkan sampai dah agak petang iaitu dalam pukul 5:40pm. So, selesai satu round & posing kami terus bergerak ke Kundasang. 



Di Borneo ni masuk aje pukul 6pm cuaca memang dah berubah gelap. Perjalanan kami dari Tamparuli ke Kundasang agak mencabar kerana keadaan yang gelap gelita & diburukkan lagi dengan kabus tebal. Keadaan jalan yang sempit & berselekoh juga membuatkan mommy dup dap 2x sambil mulut tak henti2 berdoa semoga kami selamat sampai......

Macamana perjalanan kami seterusnya? Tunggu next N3 Self drive Sabah kami.

Tuesday, 15 January 2013

Self Drive Sabah (Day 2- Tip of Borneo)

Assalamualaikum & good day.
Day 2 
Kota Kinabalu to Kudat.
Kita sambung N3 ttg our Self drive Sabah. Masuk day 2 kami bertolak dari KK lebih kurang 11am & bergerak terus ke Kudat. Untuk ke Kudat, kita perlu menempuhi Tuaran, Kota Belud & Kota Marudu (tak masuk town la). Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai terus ke 'Tip of Borneo'. Sepanjang perjalanan ke 'Tip of Borneo' tidak banyak signboard yang membantu jadi kita perlu yakin & follow aje arah ke Kudat sehingga hampir ke destinasi barula ada signboard yang disediakan. 

Semasa kami ke sana, keadaan jalan agak kurang selesa especially di daerah Kota Belud kerana masih dalam pembaikan, apapun Alhamdulilah 'Santa Fe Hyundai' kami managed tu lawan bumping2 road tu, hehe. Oh sebelum terlupa, since Knoor tanya pasal food. Untuk pengetahuan u all, sepanjang perjalanan kami ke Kudat dari KK ni mmg kami xberhenti untuk lunch sebab mmg was-was dengan status HALAL mereka since kami mmg x melalui town. Lunch kami pada hari tu adalah jagung bakar yang mmg SUPERB!!!! mula2 tu pelik gak tgk benda ala2 dibakar tergantung2 di gerai2 tepi jalan (lupa nak snap gambar). Sebabnya, dorg bakar terus dengan kulit2 jagung tu, bila kita beli baru di siat & dibuang kulit. Yang pasti isinya masak elok & rasanya pure manis (aduhai, terbayang2 plak jagung bakar Kota Belud ni). Lagi satu, masa tu mmg musim buah-buah jadi mmg tak risau sangat kebulur sebab rambutan ada, durian pun berlambak2 di sepanjang jalan (cuma kami xlayan durian, daddy xsuka taste durian borneo yang ala2 rasa cempedak tu). Yang paling penting especially u travel with kids, bekal biscuits, buns, drinks etc mmg kena standby banyak2.

Small road leads up to the headland
Kami sampai ke sini pada pkl 1:20pm & mmg cuaca panas terik. Tetapi alhamdulilah 3A sporting xbuat perangai walau terpaksa mendaki sedikit bukit untuk slot posing2 @Landmark Tip of Borneo ni. After posing senget sana, senget sini kami tinggalkan kenangan @Tip of Borneo untuk bergerak pula ke destinasi seterusnya.

Northwestern tip of all of Borneo
Okey sebelum tutup N3 ni mommy citer sikit pasal Tip of Borneo. Merupakan penghujung Borneo & terletak di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Di sini anda boleh melihat keindahan Laut Cina Selatan yang terbentang luas mata memandang & beberapa buah pulau. Selain penghujung Borneo (Batuan landai di hujung Pantai Kalampunian) yang dipanggil 'Tip of Borneo', dari jauh juga  kelihatan rumah api di Pulau Kalampunian & terbentang laut dengan air yang membiru. SubhanALLAH!!!!mmg virgin rasanya tempat ni. Pantainya juga sesuai untuk aktiviti snorkeling, berenang & santai picnic.
Headland which is dominated by a huge flagpole


Lighthouse on Pulau Kalampunian



We reached the true Tip of Borneo


Pada 29 Ogos 2002, Jalur Gemilang telah dipacak megah di samping monumen globe ini oleh Tan Sri Datuk Chong Kah Kiat, Chief Minister of Sabah & Minister of Tourism, Environment Science & Technology.

Crsytal clear water

Beautiful mountains 

Villagers selling beautiful seashells

Monday, 14 January 2013

Self Drive Sabah (Day 1 - Sipitang)

ASSALAMUALAIKUM & GOOD DAY.
Belum terlambat rasanya untuk mommy wish Happy New Year 2013 untuk semua. Alhamdulilah after a long break kami selamat sampai ke Brunei last Wednesday. 3A pun dah start sekolah. 
Walau mood belum betul2 HEAT untuk jot down cerita apatah lagi resepi tapi mommy gagah jugak ni since banyak travellog yang nak kena simpan dalam Wind of Change. 
1st better mommy mulakan dengan kenangan kami @Sabah. Bestnye pusing 1 Sabah & we were really enjoyed nice view @sana (walau ada sedikit cacat cela, later mommy bgt apa yang spoiled).

Day 1
Perjalanan dari Kg Danau, Brunei ke Kota Kinabalu, Sabah.
Pit stop = Sipitang, Sabah

Kami mulakan perjalanan kami tepat 7:45am & singgah breakfast dulu di Sengkurong sebelum terus ahead ke Kuala Lurah (sempadan Brunei/Sarawak). Selesai cop @KL, kami teruskan perjalanan ke Limbang, Sarawak. Berhenti kejap @Limbang town untuk money change.

Queue arah Limbang, Sarawak

Di sempadan Limbang,Sarawak/Temburong,Brunei kami stucked about 1 hour sebab Q panjang sangat masa crossing sungai Pandaruan (yang lucunya, beratur punya le panjang & lama nak naik feri crossing the river tapi tak sampai 5 minit dah sampai seberang sungai. Hehe!!! u all refer gambar tgk camne keadaan sungai yang memisahkan Malaysia vs Brunei tu). Just fyi, skrg ni tgh dlm construction untuk bina bridge menghubungkan 2 negara tu.


After settle semua 8 checkpoints (Kuala Lurah,Brunei - Pandaruan,Sarawak - Ujung Jalan,Brunei - Labu,Brunei - Mengkalap,Sarawak - Merapok,Sarawak - Sidumin,Sabah) kami singgah ke Sipitang, Sabah & enjoyed our 1st view of beautiful Sabah.




 Esplanad Sipitang sangat sesuai untuk jadi persinggahan bagi menghilangkan lenguh & menjamu selera kerana terletak in between perjalanan jauh Brunei - KK. Kami lepak2 & menghirup udara segar di tengah2 pondok terapung (ramai orang yang lepak @situ. Ada yang duduk2 berborak & ada juga yang terbaring lena dibuai angin laut).



Alhamdulilah kami sampai KK pukul 5:40pm & terus check-in @Promenade Hotel. Malamnya just dinner @Pizzahut, Suria Sabah.



Esok kami akan meneruskan perjalanan ke Kudat untuk sampai ke Tip of Borneo. Jangan lupa next N3.




   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...