بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Friday, 7 February 2014

Umrah - Masjid Terapung Ar Rahmah

Assalamualaikum & salam sayang.
Hari terakhir kami di Mekah iaitu hari Selasa 24/12/2013. Kami bergerak awal (sebelum subuh) dari rumah ayah teh & selesaikan urusan bagasi sebelum terus ke HARAM untuk solat Subuh. Seterusnya selesai Tawaf Wida, kami bergerak ke Jeddah dengan menaiki bas. 

Sampai di Jeddah, kami dibawa singgah di Masjid Terapung Ar-Rahmah. Kalau ikut aturcara awal, kami akan makan tengahari & solat jamak di sini tetapi ustaz mengubah aturcara memandangkan bagasi kami terlalu banyak (ustaz takut tak sempat clear bagasi). So, kami hanya singgah sekadar menghilangkan lenguh & menikmati makan tengahari kami di pondok2 yg disediakan di kawasan sekitar masjid.

Ok, bercerita ttg Masjid Terapung Ar-Rahmah ni, masa pergi dgn dorg ni mommy xde la heran sbb dulu dah ada pengalaman tapi masih ingat masa mommy pergi dulu mmg jakun la jugak. Dah la nama masjid terapung, sekali tgk xde la atas air pun (sama mcm masjid @Jeti kuah Langkawi, Masjid Putih Terengganu & Masjid di KK tu je). Pastu plak Laut Merah, dok imaging airnya merah (hahaha!!!peraq kata org Kedah). Adusss!!!dulu buta sejarah & geografi gitu, so anak2 semua buat revision ye sebelum g mana2.

Mommy tak nak bercerita panjang ttg Masjid Ar-Rahmah ni kerana ia tiada kaitan dengan sejarah nabi, cuma dimasukkan dalam aturcara jemaah umrah & haji sekadar lawatan biasa sahaja.
Kami pun xsempat nak bergambar di bahagian dalam masjid (sebab dok ingat lps settle lunch... nak solat, lps solat baru la snap apa yg patut..sekali dah siap makan ustaz panggil naik bas, haru betul). 

Pepepun, masjid ni xde apa2 yg istimewa sgt bagi mommy so memadai la kami posing berlatar belakangkan Laut Merah yg memBIRU. 

Nyamannya dok rehat2 kat sini lepas makan, kawasan ni mmg kawasan rekreasi pantai dorg.
Berebut beli aiskrim & jajan. Pening pak Arab tu siap suruh kami masuk amik brg2 sendiri. Hehe!!!
Oh!!!3A sempat lagi celup2 tangan & kaki dalam laut merah tu kononnya nak basuh tangan lepas makan nasi. Layan, kasi chance.


Sampai aje airport mata dah rasa berat sesangat, badan mommy pun dah start mengigil (ah sudah, nak demam la plak). Siap solat jamak @surau airport, beli panadol & telan. Orang dok sibuk2 dalam airport tu mommy blh ghaib tenggelam kejap (tertidur). 

Nasib baik flight schedule ontime & xbyk songgeh sgt beratur. Naik aje, terus nak terlena…….2 kali makan, tidur lagi & lagi akhirnya landed la kami di bumi bertuah, Malaysia tercinta.

Alhamdulilah, dengan ini mommy tutup paparan umrah & ziarah kami anak beranak. Ampun maaf jika ada yg terkurang & terlebih2 plak. Yang pasti dengan tamatnya paparan ini ingatan & kenangan sepanjang di kota suci Madinah & Mekah tetap tersimpan di kotak pemikiran kami especially mommy & doa mommy semoga kita semua masih diberi peluang untuk menjadi tetamuNYA di masa hadapan. Amin3x……..

Thursday, 6 February 2014

Umrah - Tempat2 ziarah sekitar Makkah Al-Mukarramah

Assalamualaikum & salam sayang. 

Belum abis lagi paparan umrah & ziarah kami so teruskan aje ye menimba ilmu, hehe.

Antara tempat2 ziarah sekitar Mekah yg kami berpeluang pergi ialah Jabal Thur. Kat sini kami singgah sekejap saja & hanya bergambar di kaki bukit saja (begitu juga dgn yg jemaah2 lain). 
Jabal Thur merupakan tempat di mana Rasulullah & Saidina Abu Bakar bersembunyi dr penduduk Quraisy yg merancang untuk membunuh baginda semasa dalam perjalanan Hijrah ke Madinah. U al blh baca sejarah ttg peristiwa persembunyian baginda & apa yg berlaku cuma yg mommy nak highlight adalah peristiwa di mana Saidina Abu Bakar sanggup berkorban menahan kesakitan akibat di patuk ular semata2 kasihnya kepada rasulullah. Begitu juga peristiwa kenapa merpati & labah2 disayangi rasulullah & kenapa kita disunatkan membunuh cicak. Semua ini rentetan dari peristiwa di Gua Thur iaitu ketika penduduk Quraisy mencari baginda, si cicak berbunyi bising memberitahu ttg persembunyian rasulullah tetapi digagalkan usaha mencari itu apabila rasulullah membunuh cicak tersebut & ditambah keyakinan ketiadaan sesiapa di dalam gua tersebut apabila mereka melihat labah2 & 2 ekor merpati yg membuat sarang. 
The end kisah Gua Thur.






Seterusnya kami dibawa ziarah ke Jabal Rahmah. Tempat pertemuan Nabi Adam & Hawa setelah dicampakkan ke dunia & berpisah bertahun2 lamanya akibat perbuatan dosa mereka yg melanggar perintah ALLAH semasa di syurga. 




Jabal Rahmah bermaksud Bukit/Gunung Kasih Sayang. Ia melambangkan simbolik kasih sayang Adam & Hawa yg tidak pernah putus2 berdoa memohon ampun dgn ALLAH diatas kesalahan mereka & meminta agar mereka disatukan semula. Ia juga melambangkan kasih sayang ALLAH kepada hambaNYA yg sentiasa memohon keampuanan diatas dosa-dosa mereka.





Jabal Rahmah juga merupakan tempat wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW tatkala melakukan wukuf. 


Wahyu tersebut termuat dalam QS Al-Maidah (5) : 3, "Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Ku sempurnakan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku ridhai Islam itu jadi agama bagimu. ….."


Turunnya ayat ini membuat para sahabat bersedih, sebab mereka merasa akan hampirnya kehilangan Rasulullah dan tak berapa lama kemudian, Rasulullah dipanggil menghadap oleh Allah SWT.

The end kisah Jabal Rahmah.

Seterusnya otw balik semula ke masjidil haram kami dibawa melalui kawasan Padang Arafah, seterusnya ke Mina.
Mina adalah sebuah lembah di padang pasir yang terletak di antara Mekah dan Muzdalifah. Mina mendapat jolokan kota khemah, kerana terdapat khemah2 untuk jutaan jemaah haji seluruh dunia. Khemah2 itu tetap berdiri meskipun bukan pada musim haji. Mina paling dikenali sebagai tempat dilaksanakannya kegiatan melontar jumrah dalam ibadah haji.
Mina didatangi oleh jemaah haji pada tanggal 8 Dzulhijah atau sehari sebelum wukuf di Arafah. Jemaah haji tinggal di sini sehari semalam sehingga dapat melakukan solat zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Kemudian setelah solat Subuh tanggal 9 Dzulhijah, jemaah haji berangkat ke Arafah.
Jamaah haji datang lagi ke Mina setelah selesai melaksanakan wukuf di Arafah. Jamaah haji ke Mina lagi untuk melontar jumrah. Tempat atau lokasi melontar jumrah ada 3 iaitu Jumrah Aqabah, Jumrah Wusta dan Jumrah Ula. Di Mina jemaah haji wajib melaksanakan mabit (bermalam) iaitu malam tanggal 11,12 Dzulhijah bagi jemaah haji yang melaksanakan Nafar Awal atau malam tanggal 11,12,13 dzulhijah bagi jamaah yang melaksanakan Nafar Tsani.
The end kisah Mina.


Pada sebelah malamnya, kami dibawa ayah teh singgah ke perkuburan Ma'ala. Perkuburan Ma'ala merupakan tanah perkuburan terbesar di Mekah & kedudukannya menghadap ke masjidil haram. Perkuburan Maala ini juga tempat dimana isteri kesayangan Rasulullah, Siti Khadijah disemadikan………Jemaah dari luar yg meninggal di tanah haram juga dikuburkan di sini. 

Menurut ayah teh, makam Saidatina Ummul Mukminun Rodhiallahu 'anha Siti Khadijah adalah di dalam kawasan berpagar hijau (refer gambar atas). Allahualam….

Setelah bergerak dari Perkuburan Ma'ala barulah kami singgah di sebuah restoren Thai untuk makan malam. Hidangan Thai yg ok2 aje tapi sebab kat Mekah & lapar maka terasa tersangat laaaa nikmatnya. 

Wasalam.



Wednesday, 5 February 2014

Menjadi Wanita Paling Bahagia

Assalamualaikum & salam sayang.
Harini kita rehatkan minda dengan khazanah ilmu yg begitu bernilai. 
Melihat sahaja tajuk (mommy pasti ramai juga yang teruja bila tgk tajuk N3 harini), hati mommy sudah berbunga2 rasanya & keterujaan itu lagi menebal bila terlihat tulisan 'International Best Seller'…….


Secara jujur mommy dah lama tak shopping buku2 ilmiah, walaupun semasa di Mekah tempohari daddy ada beli 3 buku yg best juga & Arfa juga membeli beberapa buah buku bacaan harian mengenai Sejarah Mekah & Madinah. Tapi dengan alasan kenkangan masa, mommy dok pegang, belek2 aje buku2 dorg beli tu tetapi lain halnya dengan buku yg satu ni.


Pemberian oleh seorang SAHABAT yg meninggalkan bumi Brunei baru2 ni, begitu istimewa bagi mommy. This is the best gift for me  that i really need (walaupun daddy ada bg something yg special, yg mommy perlukan sangat & mahal juga sebagai hadiah buat mommy masa @Madinah tu..daddy jgn kecik hati ye tapi mommy rasa buku ni special sgt).
Rasanya ucapan terima kasih tak dapat membalas kesudian sahabat mommy ni menghadiahkan buku ini disebabkan kandungan isinya yg sangat berharga. Jazakallahu Khairan Ya Sahabi.





Ditulis oleh DR Aidh al-Qarni & diterjemahkan dalam bahasa indonesia oleh saudara Akhmad Budhiyanto……walaupun ada perkataan2 yg kurang jelas maksudnya tetapi mommy dapat menghayati pengisiannya. Semoga wanita muslimah di luar sana juga berpeluang memperolehi naskah istimewa ini sebagai pedoman kita yg dicipta ALLAH sangat istimewa bukan sahaja di dunia malahan di syurga kelak. InshaALLAH



Tuesday, 4 February 2014

Cheezy Ball ala KFC

Assalamualaikum & salam sayang.
Heheh!!!nak citer pasal kuasa 'iklan'. Mmg power kan kuasa iklan ni sebab ia boleh mempengaruhi pemikiran & tingkah laku manusia.


Dek kerana tergoda dengan iklan KFC cheezy ball yg meleleh2 tu maka mommy telah berjaya melakukan eksperimen lagi khas buat anak2 tersayang.


Dalam keriuhan org dok sambut CNY dengan kerepek 'Ngaku' aka arrowhead, mommy lebih berminat nak try yg cheezyball ni sebab berbaloi kot buat sebab senang, meleleh & pasti 3A suka. Lagipun kerepek ngaku tu mommy dah pernah buat eksperimen  dulu.


So, walaupun tak pernah tahu mcmana rasa sebenar yg cheezy ball KFC tu, tapi dari segi fizikal kira dah jadi kot. Yang penting xde kisah nak g KFC dah (kat brunei ni KFC consider mahal juga).


Mommy follow resepi ni dari blog jomsihatjomgojes. Tq kepada empunya resepi. Cuma mommy tak follow sukatan yg diberi sebijik2 sebab bahan2 dah familiar so kira agak2 aje. Kalau u al nak accurate blh refer sukatan yg diberi.


Bahan-Bahan:
350g ubi kentang yang dilecek (rebus dengan sedikit garam & toskan air)
250g tepung gandum yang diayak
4-5 biji telur (Pecahkan dan pukul telur dalam mangkuk yang lain.)
Serbuk lada sulah
Keju Cheddar(potong dadu)
Serbuk roti
Sedikit garam

Cara-cara:
1. Lenyek ubi kentang bersama-sama tepung , serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul sehingga sebati. Tak perlu tambah air sebab kentang sudah lembut.
2. Ambil adunan tadi, leperkan dan masukkan keju yang sudah dipotong dadu tadi. Gentel adunan menjadi bentuk bulat sehingga menutupi keju. (jangan buat besar sangat. Nanti tebal kulit tak terasa keju pulak)
3. Golek-golekkan dalam serbuk roti.
4. Golekkan pula dalam telur yang telah dipukul tadi.
5. Golekkan semula dalam serbuk roti sehingga menutupi adunan tadi.
6. Ulang sehingga habis.
7. Goreng dalam api yang panas tapi dengan api perlahan.


Monday, 3 February 2014

Ahdia 6th birthday

Assalamualaikum & salam sayang semua.

Kenangan Ahdia celebrated 6th birthday dia semasa kami di Mekah. 

Alhamdulilah begitu bertuah sayang mommy sorang ni dah la lahir di pagi hari raya aidiladha; 20/12/2007 (heheh!!!ingat lg doctor sibuk nak beraya, adik sibuk gak nak keluar time tu), genap usia 6 tahun dapat pulak menyambut ulang tahun kelahiran @Mekah Al-Mukarramah bersama sepupu sepapat yg lain. 

Syukur kehadratMU Ya ALLAH!!!!!Anugerah yg tak terhingga nilainya engkau berikan kepada daddy & mommy selain permata2 kami yg terdahulu abg & kakak. Walau ketika itu kami tidak mengharap kurniaanMU ini tetapi benarla seperti kata "NikmatMU yg mana lagi hendak kami sangkal".

Doa mommy semoga ALLAH panjangkan umur adik, limpah ruahkan rezeki adik, permudahkan jalan adik menjadi muslimah sejati & semoga adik dikelilingi oleh org2 yg beriman & berbudi pekerti mulia. Amin3x Ya Rabb!!!!!

Berbalik kepada majlis hari jadi Ahdia.nothing special kecuali makan2 & berkumpul bergelak ketawa sesama sepupu sepapat. Juadahnya ayah teh belikan fast food ayam goreng (mcm KFC gitu) & mommy belanja kek birthday yg tersangatlaaaaaaa sedapnya (i wish i could make that wonderful cake myself). 

Keesokkan malamnya plak ayah teh bawa kami ronda2 sambil 'ride on the pony, camel & horses'Seronok tak terkata la mereka semua smp xnak balik. Kan best kalau dapat bela sekoq, hari2 blh 'ride'.








 Oh, btw aktiviti sepupu sepapat sepanjang berjumpa di Mekah rumah ayah teh & cik teh tu ni hah!!!menyepahkan rumah cik teh jadi medan tempur. Huhu!!!mintak maaf la cik teh bagi pihak sebab haru biru jadinya rumah cik teh. Terima kasih yg tak terhingga juga sebab sudi melayan kami sepanjang kami di sana. Hanya ALLAH sahaja yg dapat membalas segala budi ayah teh & cik teh.
 

Sunday, 2 February 2014

KEK LUMUT with cream cheese topping

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Ini plak i consider resepi milik org2 Borneo gak. Rasanya they claim from Sarawak, allahualam. Tapi yg pasti org2 Borneo ni mmg suka guna bahan2 mahal especially nestum,horlick, coklat/milo/vico dalam kek dorg. Heheh!!!of course rasanya pun very RICH. Sedappppp sesangat weh!!!


Resepi kek lumut ni mmg dah terkenal seantero malaya dah lama & berbagai-bagai versi org buat. Ada cara bakar & ada juga cara kukus. 


So far mommy mmg tak berminat nak try kek ni pada peringkat awal walaupun colornya sgt unik sbb mcm terlalu lama tempoh masak & bahan2 yg terlalu byk, sehingga la mommy tgk resepi dr Atie yg simple & cepat. Baru le terbuka pintu hati mommy nak cuba. Alhamdulilah nasib baik mommy cuba, sebab resultnya MARVELOUS!!! Tqvm Atie & Eyna (pemilik asal resepi ni) sebab berkongsi resepi yg best ni. 


Cumanya mommy ubah tang topping je sebabnya masa buat 1st time tu (utk bawa g usrah) whipping cream xde dlm stok, so mommy memandai le tukar dgn cream cheese. Tak sangka sedap & 3A suka. So mommy decided to jotdown resepi Atie ni tapi ubah topping ikut selera kami. Ok ye Atie?


Bhn A
250gm marjerin 
120gm gula caster 

Bhn B 
5 bji telor gred A 

Bhn C 
1/2 cwn susu pekat 
1/2 cwn sekaya pandan 
1 sudu besar pewarna hijau apple 
Setitik dua pewarna kuning lemon 
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu besar paste pandan 

Bhn D 
210gm tepung gandum 
35gm nestum (dikisar halus) 
60gm horlick 

Caranya: 
1. Pukul bahan A sampai kembang dan gebu. 
2. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang. 
3. Masukkan bahan C, D dan pukul sehingga adunan sebati. 
4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. 
5. Kukus selama 45 minit dgn api sederhana. 

Bahan topping cream cheese 
1 buku cream cheese Philadelphia 
1/2 cawan gula kastor 

Caranya: 
1. Pukul semua bahan sehingga sebati & gebu. 
2. Tuangkan krim ke atas kek dan taburkan kelapa kering sebagai hiasan. 

untuk hiasan : Kelapa kering yang diwarnakan dengan pewarna hijau .





Saturday, 1 February 2014

Kek VICO


Assalamualaikum & salam sayang semua. 

Kes haru….mommy dah siapkan n3 ni dalam PC tapi tiba2 nak tambah gambar melalui iphone. Bila mommy edit melalui iphone, sekali everthing abis…..dia revert kepada draf awal. Allahuakbar, padahal dah tahu perkara ni akan berlaku tapi terlupa. Huaawaaaaaa. Kena la retype (lupa dah apa mommy tulis tadi).



ok…..lebih kurang gini kot ayatnya….. 

Sakan ye u al cuti CNY. Sunyi rasanya blog2 semua. Bagi kami yg dah sakan bercuti tempohari maka harusle skrg ni daddy kena sakan bekerja plak. Jangan kata cuti 3 hari CNY, cuti sabtu & ahad pun kena kerja juga. Saborrrrr jelah ye daddy.


3A+R kat rumah ni pun sakan le jugak melepak keboringan. Agenda utama bila dah sakan melepak ni tak lain tak bukan le 'sakan melantak'. Nasib baik le mood bereksperimen mommy belum betul2 panas tambahan pula dgn kecederaan lengan mommy yg kena minyak panas time goreng popiah ketam aritu (teruk juga tau tapi xleh la show off sbb aurat den tu), so xde la makan besar sempena CNY ni. Setakat buat jajan untuk 3A tu kira gagah le lagi.



Ok, sebagai mukaddimah eksperimen mommy tahun 2014 ni mommy nak kenalkan dengan 'Kek Vico'. Mesti ada yg kenal kan? Actually kek vico ni kalau di Brunei tersangattttt le famousnya. U can easily see them kat kedai2 org jual time pagi2.



Yang membuatkan mommy buat le jugak walau senang dpt sbbnya 3A ni suka sesangat. Anis & Ahdia selalu beli (almost everyday) kat kantin sekolah dorg. Masalahnya makcik kantin tu jual alahai setotet je dgn harga 50sen/$1 sepotong (adalah sebesar kotak mancis kot). Si Ahdia ni plak suka beli & makan time balik dlm kereta (kononnya nak share dgn abg & kakak). Itu yg bila makan benda yg setotet berebut2 makan jadinya. Bila abg kirim beli utk dia juga memanjang xde (abis kata Ahdia). Mommy rimas tgk dorg dok berebut2 tu maka mommy google le resepi. Seperti biasa bila dah resepi famous ni byk le versinya kan. So, mommy pilih the best that suit us juga yg hampir sama dgn rupa makcik kantin buat. Tq to Phat Baker for the instructions. Mommy translate to BM ye.


Bahan2: 
1 buku mentega 
1/2 cawan gula pasir 
1/2 cawan susu pekat manis 
2 biji telur (size A) 
3 cawan nestum (juga sedikit untuk tabur) 
3 cawan vico 
2 sudu besar horlick 
1 bungkus biskut marie perisa coklat 

*blh gantikan vico dgn brand lain spt milo/ovaltine etc tetapi jgn tukarkan nestum dgn oats. 

Caranya: 
1. Mula2 sediakan dulang empat segi & alaskan dgn cling wrap. 

2. Sediakan 3 mangkuk besar; Mangkuk 1 kocok gula+susu+telur (guna whisker), mangkuk 2 gaul sebati nestum+vico+horlick & mangkuk 3 hancurkan biskut marie (mommy guna food processor). 

3. Dengan menggunakan kuali/periuk non stick, panaskan mentega sehingga cair. 

4. Apabila mentega telah cair, masukkan bahan mangkuk 1 (susu+gula+telur). Kacau sehingga likat & berkilat menandakan telur telah masak. 

5. Kemudian, tuang bahan mangkuk 2 (horlick+nestum+vico). Kacau sebati semua bahan sehingga likat. 

6. Seterusnya masukkan biskut marie dlm mangkuk 3 & digaul sebati dengan adunan tadi. Matikkan api setelah adunan tidak lagi melekat di kuali/periuk. 

7. Tuang adunan ke dalam dulang & ratakan. 

8. Taburkan nestum di atas adunan & tutup sekali lagi atasnya dgn cling wrap. 

9. Menggunakan sarung oven (sbb adunan tu masih panas tau) tekan dgn padat adunan. Biarkan adunan sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan atleast 1 jam di dalam peti sejuk. 

10. Cara menghidang; Tarik keluar cling wrap & potong adunan menjadi bentuk kiub.

*just nak highlight kek vico ni lebih kurang sama konsep dgn kek batik tapi lebih 'rich' dgn rasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...