بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Saturday, 1 February 2014

Kek VICO


Assalamualaikum & salam sayang semua. 

Kes haru….mommy dah siapkan n3 ni dalam PC tapi tiba2 nak tambah gambar melalui iphone. Bila mommy edit melalui iphone, sekali everthing abis…..dia revert kepada draf awal. Allahuakbar, padahal dah tahu perkara ni akan berlaku tapi terlupa. Huaawaaaaaa. Kena la retype (lupa dah apa mommy tulis tadi).



ok…..lebih kurang gini kot ayatnya….. 

Sakan ye u al cuti CNY. Sunyi rasanya blog2 semua. Bagi kami yg dah sakan bercuti tempohari maka harusle skrg ni daddy kena sakan bekerja plak. Jangan kata cuti 3 hari CNY, cuti sabtu & ahad pun kena kerja juga. Saborrrrr jelah ye daddy.


3A+R kat rumah ni pun sakan le jugak melepak keboringan. Agenda utama bila dah sakan melepak ni tak lain tak bukan le 'sakan melantak'. Nasib baik le mood bereksperimen mommy belum betul2 panas tambahan pula dgn kecederaan lengan mommy yg kena minyak panas time goreng popiah ketam aritu (teruk juga tau tapi xleh la show off sbb aurat den tu), so xde la makan besar sempena CNY ni. Setakat buat jajan untuk 3A tu kira gagah le lagi.



Ok, sebagai mukaddimah eksperimen mommy tahun 2014 ni mommy nak kenalkan dengan 'Kek Vico'. Mesti ada yg kenal kan? Actually kek vico ni kalau di Brunei tersangattttt le famousnya. U can easily see them kat kedai2 org jual time pagi2.



Yang membuatkan mommy buat le jugak walau senang dpt sbbnya 3A ni suka sesangat. Anis & Ahdia selalu beli (almost everyday) kat kantin sekolah dorg. Masalahnya makcik kantin tu jual alahai setotet je dgn harga 50sen/$1 sepotong (adalah sebesar kotak mancis kot). Si Ahdia ni plak suka beli & makan time balik dlm kereta (kononnya nak share dgn abg & kakak). Itu yg bila makan benda yg setotet berebut2 makan jadinya. Bila abg kirim beli utk dia juga memanjang xde (abis kata Ahdia). Mommy rimas tgk dorg dok berebut2 tu maka mommy google le resepi. Seperti biasa bila dah resepi famous ni byk le versinya kan. So, mommy pilih the best that suit us juga yg hampir sama dgn rupa makcik kantin buat. Tq to Phat Baker for the instructions. Mommy translate to BM ye.


Bahan2: 
1 buku mentega 
1/2 cawan gula pasir 
1/2 cawan susu pekat manis 
2 biji telur (size A) 
3 cawan nestum (juga sedikit untuk tabur) 
3 cawan vico 
2 sudu besar horlick 
1 bungkus biskut marie perisa coklat 

*blh gantikan vico dgn brand lain spt milo/ovaltine etc tetapi jgn tukarkan nestum dgn oats. 

Caranya: 
1. Mula2 sediakan dulang empat segi & alaskan dgn cling wrap. 

2. Sediakan 3 mangkuk besar; Mangkuk 1 kocok gula+susu+telur (guna whisker), mangkuk 2 gaul sebati nestum+vico+horlick & mangkuk 3 hancurkan biskut marie (mommy guna food processor). 

3. Dengan menggunakan kuali/periuk non stick, panaskan mentega sehingga cair. 

4. Apabila mentega telah cair, masukkan bahan mangkuk 1 (susu+gula+telur). Kacau sehingga likat & berkilat menandakan telur telah masak. 

5. Kemudian, tuang bahan mangkuk 2 (horlick+nestum+vico). Kacau sebati semua bahan sehingga likat. 

6. Seterusnya masukkan biskut marie dlm mangkuk 3 & digaul sebati dengan adunan tadi. Matikkan api setelah adunan tidak lagi melekat di kuali/periuk. 

7. Tuang adunan ke dalam dulang & ratakan. 

8. Taburkan nestum di atas adunan & tutup sekali lagi atasnya dgn cling wrap. 

9. Menggunakan sarung oven (sbb adunan tu masih panas tau) tekan dgn padat adunan. Biarkan adunan sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan atleast 1 jam di dalam peti sejuk. 

10. Cara menghidang; Tarik keluar cling wrap & potong adunan menjadi bentuk kiub.

*just nak highlight kek vico ni lebih kurang sama konsep dgn kek batik tapi lebih 'rich' dgn rasa.

Friday, 31 January 2014

Umrah - Masjidil Haram

Assalamualaikum & salam sayang semua.
N3 ni mommy himpunkan koleksi gambar2 yg daddy snap dalam kawasan Masjidil Haram (banyak lagi tapi mommy pilih the best untuk tatapan semua). Semoga tercipta lagi impian untuk menjadi tetamuNYA. InshaALLAH.

Semasa hari pertama & kedua kami di Mekah keadaan masih lenggang dari jutaan jemaah tetapi masuk hari Jumaat saja jemaah mula berpusu2 membanjiri masjidil Haram (sebab cuti umum di Saudi).





Mommy juga nak share keadaan terbaru di sekitar Masjidil Haram yg tengah menjalani 'major renovation'. Kami sendiri pun terkejut (walau dah tahu ada construction) dengan ubahsuai besar-besaran di sekitar HARAM yg mmg begitu dekat dgn kawasan tawaf. 

Bila kita berdiri di kawasan platform sementara (untuk org2 berkerusi roda tawaf) baru kita dapat clear picture proses pengubahsuai tersebut. Walau bagaimana pun keadaan construction sekarang ni tidaklah mengganggu jemaah (dari segi habuk mahupun bunyi yg terlalu bising) compare masa mommy pergi dulu tahun 2008 (masa tu mmg berdebu/berhabuk & bunyi teramat bising). Di harap cepat2 la siap pengubahsuai ni untuk keselesaan jemaah (menurut abg yg berkerja di sana, katanya bila raja bertukar haritu, itu yg byk bertukar design & pengubahsuai juga semakin banyak, Allahualam).

Suasana HARAM di waktu malam sehingga ke dinihari juga tetap meriah dengan umat manusia. SubhanALLAH!!!! Inilah kota yg benar2 tidak pernah tidur.















Thursday, 30 January 2014

Umrah - Makkah Al-Mukarramah

Assalamualaikum & salam sayang untuk semua.
Lama rasanya mommy nak ambil mood teruskan N3 ni. Mg ni agak busy & leka sikit. Pepepun mommy kena juga proceed habiskan N3 umrah & teruskan nyawa 'Wind of Change' for the sake of our family. Orang sudi ke tak sudi ke is not my concern anymore. 


Kalau ada yg kata paparan umrah hanya untuk niat riak (ada kawan yg baru g mekah & asyik upload gambar2 di mekah disindir kononnya riak……nauzubillah), I really pity this kind of people. Selalu berburuk sangka & dengki dengan kebahagiaan org lain. Bagi mommy paparan apa2 pun xde nak riak (org lain lagi hebat bertengkek2 dari kita pun). Selain untuk tatapan diri sendiri & keluarga, juga supaya setiap apa yg kita kongsikan itu mendapat manfaat untuk org lain juga. Kalau bab umrah ni ni mommy pun mula berimpian masa tgk gambar2 org yg dah pergi dulu. Pastu timbul niat nak pergi & asyik berdoa supaya dpt jadi mcm mereka. 



So, i think this is my turn to burst others desire/aim to perform umrah as well (sbb ramai org rasa mrk tak mampu & terus tidak meminta dgn ALLAH……salah tu!!! sbb masa mommy pergi 1st dulu mmg time sesak & byk hutang piutang, tapi sebab keinginan tu kuat ALLAH jemput juga menjadi tetamuNYA. SubhanALLAH). 



Okla…..mommy malas la nak explain. Terpulang pada hati masing2. Ikhlas ke tidak kita hanya ALLAH yg mengetahui.

Alhamdulilah selepas merempuh perjalanan dgn 2 transit kami akhirnya tiba di Mekah pada pukul lebih kurang 11mlm (17/12/2013). Bas terus bawa ke hotel & since kami tak ambil hotel di Mekah (sepanjang kami di Mekah, kami tinggal di rumah ayah teh, my brother yg menetap di Mekah). 

Masa kami tiba di hotel, ayah teh & cik teh dah siap menunggu untuk bawa balik beg2 kami dulu ke rumah. Manakala kami terus proceed ke HARAM utk perform umrah. Alhamdulilah atas bimbimgan mutawif, akhirnya kami selesai umrah pada pukul lebih kurang 4am. 

Selesai umrah, kami terus saja iktikaf di masjid since lepas tu nak masuk waktu subuh. Kesian 3A tau sebab mmg longlai keletihan & mengantuk. 

Masa saie tu mula2 kami semua bergerak serentak & sama2, hingga sampai pusingan ke 3 Ahdia dah start merengek & menangis……Ah sudah, mommy dah cuak takut dia xnak teruskan (yelah kesian juga kat dia sbb dah tengah2 mlm & masih letih dgn perjalanan jauh). Maka, yg lain termasuk Arfa & Anis terus bergerak mengikut mutawif sehingga selesai saie. Tinggal la mommy & Ahdia je dok berjalan perlahan2. 

Sambil saie tu mommy dok pujuk2 dia, pastu rehat kejap minum air zam2. Merengek juga masa pusingan 4 & 5. Pastu mommy tanya nak naik kerusi roda tak? Tanya pak arab berapa rial kerusi roda tu…40rial. Adussss!!!lupa duit dgn daddy, ada la dlm 20rial dlm beg. Huhu!!!!kesian adik. Mommy takde pilihan cuma pujuk dia, masa pusingan ke 6 tu mommy juga dukung dia atas belakang….huhu!!!!dpt satu pusingan je, mmg tak larat……..Pepepun, nasib baik alhamdulilah berjaya juga kami habiskan 7 pusingan Safa & Marwah. Phewwww!!!!! masa smp kat Marwah tgk dorg tgh dok2 relax atas batu. Heheh!!!!Arfa & Anis nampak cam relax je.

Selesai solat subuh berjemaah di masjidil haram buat kali pertama trip ni (tersengguk2 Anis & Ahdia solat tu, kesian) kami terus tunggu ayah teh untuk balik ke rumahnya. 
Selesai breakfast @rumah ayah teh, terus terbungkang tidur smp le ke tengahari. Kami pergi semula ke HARAM pada tengahrinya tu. Bersambung ye………












Saturday, 25 January 2014

Apa yg seronoknya banjir ni

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Ni nak cerita al-kisah banjir lagi. Mommy xsuka banjir2 ni sebab yelah byk tergendala kerja especially laundry, pastu porch pun becak & kotor. 

Tapi 3A ni plak (rasanya mmg dorg hoping hari2 kot banjir ) sukeeeeeeeeee le sgt banjir sebab boleh mandi hujan + banjir. Hari Rabu lepas, time balik sekolah tu hujan tengah lebat & lopak air pun dalam..mommy bagi greenlight dorg melompat2 dlm air tu. 


3A mcm pelik je sbb mommy baik sgt tak mcm selalu (selalu mcm lion queen, huhu). Heheh!!!!selepas berulang tanya soalan "betul ke mommy, kitaorang boleh mandi hujan?" terus YABADABEDU!!!!! melonjat terus dengan uniform2 sekolah (mommy biarkan aje, gasak le anak2 lagi senang takyah 2,3 helai baju nak basuh).


Tengah dorg dok syok dalam hujan tu, ada la dlm 15 minit kot..mommy dah menjerit "okkkkkkk, dah stop. Masuk mandi air shower"..terus terbantut keseronokan. Pastu bunyi la sambung menyambung "alaaaaaaaa, kejapnya". Heheh!!!senyum je mommy, yalah lps tu Anis & Arfa nak kena g sekolah ugama plak. Ok, abis dah citer main hujan tengahari tu. Alih2..

Petang balik sekolah ugama tu dok memujuk lagi nak mandi. Ahhh sudah (org bg rasa je keseronokan jadi budak2 kampung, ni dah lebih2 plak).

Selepas sesi pujuk memujuk maka ada la lagi satu slot sambungan petang tu. Dalam hati mommy "ah sudah, kalau hari2 hujan & banjir mau hari2 mandi hujan dorg ni".
Nasib baik harini sang mentari dah muncul & memberi sinar gembira buat mommy. Heheh!!!!yang pasti ada mereka2 yg bersedih. Lalalalalalaaaa...



Friday, 24 January 2014

Umrah - Raudhah & Bir Ali

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Bila cuaca sejuk2 mcm ni (kat brunei masih lagi hujan setiap hari, cuma semalam je stop kejap), mood nak tido tu lebih dari mood melayan internet. Aishhhh!!!!


Cerita umrah kami di Madinah dah masuk hari terakhir harini. Sekejap je kat sana, cuma 4 hari (tu pun termasuk hari sampai). Sekarang ni kerajaan Arab Saudi makin ketat dalam menerima jemaah luar. Kalau dulu umrah dapat dilakukan sekurang2nya 14 hari tapi sekarang maksimum pun 12 hari. Mmg tak puas rasanya.


Pagi last tu kami berpeluang masuk sekali lagi ke Raudhah dengan senang , alhamdulilah sebab jemaah belum ramai jadinya suasana kat Raudhah tu aman & tenang tanpa tolak menolak mahupun berebut2 (ini pengalaman dulu yg pegi time ramai). 

Anis & Ahdia juga dapat jejak kaki ke karpet hijau Raudhah cuma mommy biar dorg duduk last saf/row sbb bagi peluang org yg lebih layak beribadat. Masa berdoa tu (biasala kan kita menitiskan air mata)……Anis & Ahdia sibuk dok tanya "mommy nangis ke….napa mommy nangis?"……Nanti besar dorg faham la kenapa ye.


Sepanjang kami di Madinah tu, almaklum masjid nabawi tak sama mcm masjidil haram boleh bercampur lelaki & perempuan….kat sini pentadbirannya lebih tersusun & strict. Jadinya group umrah mommy sepanjang kat sana mmg dengan Anis & Ahdia la. Pergi mana2 dari hotel ke masjid pun kami 3 beranak. Daddy, abang geng dgn tokwan. So, kira adil la satu group 3 org, hehe.


Selesai ziaraf Wida' & mengucapkan selamat tinggal kepada Rasulullah tersayang maka kami balik ke hotel untuk bersiap sedia dgn pakaian ihram & seterusnya bergerak meninggalkan Madinah AL-Munawwarah.


Kami sedikit delay masa nak bergerak ke Mekah ni, yelah jemaah ramai & proses mengangkut bagasi tu yg amik masa lama. 


Setelah selesai urusan bagasi, bas pun bertolak ke Mekah. Selepas lebih kurang 15-20minit perjalanan kami singgah di Bir Ali, Dzul Hulaifah untuk miqat. 


Untuk pengetahuan, jika jemaah datang untuk menunaikan umrah @ haji; sekiranya mereka melalui Madinah maka Bir Ali lah tempat miqat sebelum memasuki tanah haram, Mekah.


Selesai solat & niat ihram maka bermulalah langkah kami menuju kota Mekah……Laabbaikallah!!!!!



 




Wednesday, 22 January 2014

Banjir

Assalamualaikum & Salam sayang semua . 

Harini mommy nak bt laporan kajicuaca la. 


Bt pertama kalinya selepas 3 tahun kami menetap di sini, neighbourhood kami naik air/banjir/bah........semua rumah jiran2 kat depan rumah dah ditenggelami air walau tak dlm (kereta blh lalu lg). 


Alhamdulilah, nasib baik rumah kami tinggi sikit ada slope, so air belum melimpah. 


Mmg semenjak blk dr cuti aritu, almost everyday hujan. Mommy rasa cuak juga dgn keadaan ni, tambahan dgn angin kencang & ombak besar. 



Pepepun semoga esok adalah sang mentari yg menjenguk. Semoga Allah jauhi kami dari segala bencana. Begitu juga dengan semua umat islam seluruh dunia. Amin3x..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...