بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tuesday, 21 January 2014

Umrah - Masjid Quba, Ladang Tamar, Kilang Cetak Al-Quran & Jabal Uhud

Assalamualaikum & salam sayang.
Harap yg berminat & berimpian nak jejakkan kaki ke tanah suci mahupun yg dah berkali-kali pergi ke sana masih sudi follow perkongsian mommy ni.

Hari ke-2 kami di Madinah, kami dibawa ziarah ke tempat2 menarik sekitar Madinah Al-Munawarrah. 

Pertama sekali kami singgah & solat di Masjid Quba. Masjid Quba merupakan masjid pertama yang dibina di Madinah dalam sejarah Islam. Baginda Nabi SAW sendiri bersama-sama Hadzrat Abu Bakar RA dan penduduk madinah telah membina Masjid Quba ini sebaik Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, ini bermakna sehingga hari ini ( 1435 H ) adalah bersamaan usia masjid berkenaan 1435 tahun Hijrah.


Telah diceritakan bahawa Nabi s.a.w menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin. 

Sabda Nabi s.a.w lagi: 
Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah.
Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah. Alhamdulilah jadual kami ke Masjid Quba juga jatuh pada hari Isnin 16/12/2013. Semoga ALLAH terima solat kami, Amin3x.


Selesai solat (kami cuma diberi masa 15-20 minit untuk solat sunat), kami teruskan ziarah ke kebun tamar/ladang kurma. Kedudukan kebun kurma ni cuma beberapa meter sahaja dari Masjid Quba.

Kebiasaannya jemaah akan membeli kurma di sini tetapi ada juga yg dinasihatkan untuk memborong kurma di pasar kurma, Madinah kerana harganya yg lebih murah. 

Bagi kami, disebabkan telah diberitahu awal oleh ayah teh (my brother yg menetap di Mekah) agar tidak perlu membeli kurma di Madinah kerana ayah teh boleh rekomenkan kedai yg menjual kurma yg lebih segar dengan harga yang lebih murah, maka kunjungan kami ke sini lebih kepada membeli coklat (yg ni mmg rekomen beli kat sini……pilihan yg banyak). 

Mommy juga mengambil peluang membeli sedikit cenderahati & kiriman hati unta. Oh lupa!! kami juga diberi secara percuma untuk merasa kurma segar (lepas tu beli la jugak yg fresh ni untuk makan2 semasa di sana tapi tak boleh bawa balik ke tanahair kerana buahnya akan cepat buruk). 

Rupanya org arab ni makan kurma especially yg fresh byk cara. Ada yg dip dgn cheese, madu, asam etc. (info baru untuk mommy).

Okey, abis borong coklat, buah zaiton jeruk, kurma fresh etc tadi kami meneruskan perjalanan.  Ziarah diteruskan ke Kilang mencetak Al-Quran terbesar di dunia.


Kat sini hanya jemaah lelaki je dibenarkan masuk factory & dpt naskah Al-Quran percuma.

 So kami yg ladies kena tg kat luar (kat area sales & marketing sahaja) & beli sendiri Al-Quran sebagai kenangan……


Contoh naskah2 Al-Quran yg diterbit & dicetak dalam pelbagai bahasa & size.

Untuk naskah percuma tu, kalau jemaah yg golongan berumur lebih 50 tahun akan dpt naskah yg besar (senang la baca tulisan besar) selebihnya akan dpt size pertengahan.



Adik dpt Al-Quran pertama walau baru baca Iqra. InshaALLAH semoga boleh cepat2 baca Quran ni plak.

Ziarah seterusnya ialah Jabal Uhud. Sepatutnya kami singgah di Masjid Qiblatain & Masjid Tujuh tetapi disebabkan kelewatan bertolak dari kebun tamar juga banyak masa dihabiskan beratur membeli naskah AL-Quran di kilang cetak quran maka terpaksa la skip 2 masjid tu. 

Pepepun, nasib baik tempat penting seperti Jabal Uhud ni masih sempat untuk kami lawati untuk hari tersebut.


Jabal Uhud, termasuk salah satu bukit yang sangat memiliki nilai sejarah penting dalam sejarah Islam. Di bukit ini, terjadi peperangan yang sangat memilukan dalam sejarah Islam. Pasukan kaum Muslimin yang dipimpin Nabi Muhammad SAW, bertempur habis-habisan dengan kaum musyrikin Kota Makkah. 
Perang Uhud yg sepatutnya memberi kemenangan kepada kaum muslimin bertukar menjadi bencana apabila ada sahabat yg terpengaruh dgn harta pihak musyrikin. Akibatnya beratus2 sahabat yg terkorban & syahid di sini.


Peristiwa Perang Uhud ini sebenarnya memberi pengajaran cukup besar kepada umat Islam iaitu jgn terpengaruh dgn harta dunia semata & patuhlah kepada ajaran ALLAH & Rasul walau apa jua keadaan. 



Makam Syuhada Perang Uhud. Di sini dimakamkan jasad syahid 70 para sahabat termasuk bapa saudara nabi Saidina Hamzah Bin Abu Mutalib.


Alhamdulilah aturcara ziarah kami lancar & kami sempat sampai ke hotel untuk lunch seterusnya menunaikan solat zohor di Masjid Nabi. 

Atas permintaan 3A, kami sekali lagi ambil peluang bagi merpati makan pada sebelah petang selesai solat asar. 

 

Sunday, 19 January 2014

Umrah - Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawwarah

Assalamualaikum & salam sayang.
Harini mommy sambung N3 umrah kami. Hari kedua di Madinah Al-Munawwarah. Kami tiba lewat malam selepas tempuhi lebih kurang 5 jam perjalanan dengan bas dari Jeddah ke Madinah.
Pada jam 7:00 pagi selesai breakfast, semua jemaah berkumpul di lobi hotel & seterusnya dibawa ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat sunat seterusnya menziarahi Makam Rasulullah & sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddik dan Saidina Umar Al-Khattab serta perkuburan Baqi'. Waktu subuh tu memasing dah solat subuh berjemaah buat kali pertama untuk trip kami. 
Terpancar di wajah masing2 perasaan tak sabar untuk memberi salam kepada junjungan besar kita Rasulullah saw.
Oh! lupa nak bagitau cuaca di Madinah sepanjang kami di sana adalah sangat sejuk (mmg musim sejuk). Suhu sekitar 10'C & mmg kalau tak pakai baju tebal confirm mengigil (walaupun ada cahaya matahari tetapi angin tetap dingin).   

Sepanjang lawatan, jemaah dipecahkan kepada kumpulan lelaki & wanita. Kemudian, dipecahkan lagi mengikut kumpulan kecil iaitu follow bas no masing2. Semua sekali ada 6 kumpulan (sebab kami ada 6 biji bas). Dalam trip kami ni mmg ramai jemaah yg pergi bersama keluarga besar mcm kami. Rasa seronok bila melihat ramai kanak2 dapat mengikuti ibubapa masing2. Geng Ahdia pun ada 2,3 org.


Di kala memberi salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw & para sahabat mmg perasaan tu bercampur baur. Gembira, sedih, sayu & seronok.


Lawatan dimulakan dengan lawatan sekitar luar Masjid Nabawi & seterusnya barulah ke bahagian dalam Masjid Nabawi. Kami juga dibawa terus untuk solat & berdoa di Raudhah serta memberi salam sekali lagi di hadapan makam rasullulah (mmg kumpulan kami dapat mampir betul2 menghadap ke makam rasul & para sahabat, Alhamdulilah).

Selesai acara lawatan sebelah pagi, kami pulang ke hotel untuk makan tengahari & seterusnya pergi semula ke Masjid Nabawi unutk menunaikan solat zohor & asar (fyi disebabkan musim sejuk maka jangka waktu antara satu solat ke satu solat sangat pendek, jadinya masa kami di sana agak tergesa2).



Pada sebelah petang iaitu after solat asar, 4A+R+tok wan tak membuang masa untuk terus mencari barang2 cenderamata & barang2 keperluan kami juga. 

Otw nak g shopping tu kami singgah  kat kawasan lapang yg mmg banyak burung2 merpati sedang makan makanan yg ditabur oleh orang ramai yg memberi/sedekah kat mek2 hitam manis. Harga sepeket kecil dedak tu 1 rial…….

Kurrrr!!!!kurrrr!!!!!mari2 adik bagi makan ni.

Memang seronok kehidupan di sana pada waktu itu, ialah tiada aktiviti lain yang dibuat selain beribadat/iktikaf di Masjid Nabawi, bagi merpati makan & shopping sakan (bkn nak show off ni tapi hakikatnya bila shopping pun inshaALLAH dpt pahala). 


Yang lagi mommy envy; kehidupan peniaga2 di sana. Bukak kedai, tutup kedai 2xulang2 gitu le setiap kali masuk waktu solat. Syokkkk betul. 

Rasa nak p jadi penjual kat sana gak (hahaha!!! join dgn mek2 hitam manis jual atas jalan pun ok).


Dok tengah2 shopping tu, bila dengar azan terus bergegas ke masjid untuk solat maghrib & isyak plak. Mmg 'ONTIME' je la solat kat sana. Ya ALLAH!!!!bestnya.


Balik makan dinner @ hotel lepas isyak tu pastu sambung jalan2 lagi sambil daddy shooting filem (untuk kenangan kami, bukan selalu dpt datang sini kan).

Kami abadikan pemandangan indah sekitar Masjid Nabawi di kala senja & malam dingin. Ya ALLAH!!!!!aku ingin ke sana lagi.






Friday, 17 January 2014

Umrah - LCCT to Jeddah

Assalamualaikum & salam sayang semua.
Jaga hati supaya sentiasa bersangka baik sesama manusia, InshaALLAH.

Bismillahirahmanirahim………Mommy nak mulakan N3 umrah kami. Semoga menjadi inspirasi kepada semua untuk terus menerus berdoa agar ALLAH sudi menjemput kita menjadi tetamuNYA berkali2. Amin3x……


Perjalanan umrah kami adalah dengan Agensi Pelancongan 'Darul Mubarak Travel & Tour'……..Beribu pejabat di Taman Maju , Tronoh Perak (Ni tempat mommy & daddy menimba ilmu @USM juga di mana terletaknya rumah sewa kami zaman muda mudi bergelar mahasiswa). Alhamdulilah mendapat info dr kakak ipar yg menetap @Mekah tu (sbb ni org kampung dia, fr Bota Perak). 


Syukur kehadrat ALLAH yg tak terhingga mommy & daddy panjatkan sebab Alhamdulilah susunan perjalanan kami ALLAH tetapkan begitu mudah & lancar (walau kami consider last minit dlm segala segi). Kami tiba di tanahair pada 8/12/2013 & sesampai aje @KLIA, staff Darul Mubarak dah sedia menanti kami utk collect pasport. Keesokkannya aturcara menyelesaikan urusan borang pengesahan mahram @Pejabat Agama Islam Selangor & Jabatan Pendaftaran Negara Selangor. The next day plak baru intensively ke pejabat Darul Mubarak cawangan Kajang untuk kursus umrah (ustaz tu bg kursus khas utk kami anak beranak…….Jazakallah ustaz). Pastu masa 2,3 hari yg balance tule nak beli brg2 keperluan umrah spt kain ihram etc……


Jadual perjalanan juga yg sepatutnya 17/12/2013 diawalkan ke 14/12/2013. Alhamdulilah ada pro & con. 


Cuma perubahan lain ialah kami terpaksa tukar flight dari sepatutnya dgn MAS ke Airasia X. Pepepun xde masalah juga dgn AAsia X.


Kami tiba awal lagi 15 minit dr jadual penerbangan asal. Waktu kami tiba di airport Jeddah ialah 4:15minit petang waktu tempatan. Alhamdulilah atlast 4A+R selamat sampai.


Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H

Assalamualaikum.


Hati sayu & terkenang kenangan di Masjid Nabawi. Semoga kita semua mendapat syafaat Rasulallah s.a.w di padang masyar kelak, Amin3x…….



Monday, 13 January 2014

Tahun ke 4

Assalamualaikum & salam sayang dr mommy.
Alhamdulilah, dpt bersiaran harini setelah betul2 settledown baik rumahtangga yg tunggang terbalik dgn kain baju yg menimbun, urusan back to school especially misi membalut luka buku2 sekolah & yg paling settle body mommy ni. Almaklum tahun 2014 ni bertambah lagi angka maka harus le sedar diri bila travel jauh2 & cuaca tak menentu ni. Sampai2 aje ke bumi Brunei terus demam urat. Setelah digodek2 oleh umi barule rasa lega sikit (walau lunyai juga badan kena golek, sbb kata umi keras badannya mem. Sebelum cuti dulu tak mcm gini. Huhu!!!!mana tak keras kejungnya umi hidup mcm pelarian ke hulu ke hilir usung beg). 
Apa khabar u all? Rindunya nak dengar cerita kawan2 semua. Sebelum terlambat Happy New Year 2014 ye semua. Kami tak celebrate sangat cuma tengok fireworks je time countdown tu (nanti mommy citer ye).
InshaALLAH tahun ni bakal menjadi our '4th episode' citer kami merantau & mencari rezeki di bumi zikir, Brunei Darussalam. Officially juga mommy dah meletak jawatan sebagai cikgu & menjawat jawatan tetap & berpencen sebagai supir/surirumah je. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami anak beranak di dunia ini mahupun akhirat. Amin3x!!!!
Ok, n3 terakhir mommy pada tahun lepas adalah pasal perjalanan kami sebagai tetamu ALLAH, so InshaALLAH nanti mommy akan update citer kami sepanjang mengerjakan umrah di Madinah & Mekah. Juga percutian akhir tahun kami di Korea. Wasalam!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...